Kaedah tukar peranan kami lakukan semasa anakanda pertama usia 2 tahun lebih.
Kerjanya dia ni jenis tak sabar. Macam mak dia juga 😁, cuma kita dah dewasa ni boleh la coped dengan situasi, kan.
Si anak mahu cepat, susu botol. Dia ni campur susu botol sejak usia 4 bulan, ilmu tak cukup mantap masa zaman anak pertama, kan. Tapi dapatla menyusu badan dia tu sampai usia 2 thn 6 bulan.
So dia nak cepat. Dia menekan-nekan (push), nak nak nak, sekarang juga.
Simple aja, kami ajak main role play tukar peranan.
Saya jadi Fateh, anak usia 2 tahun lebih,
Fateh jadi mummy.
Saya pun tekan tekan, paksa paksa, rengek rengek, nak susu sekarang, ulang ulang ulang sama cara gaya dia.
Sampai dia tersengeh, tersedar, dan rasa marah walau dia dah jawab ya, mummy buat ni 😆.
So lepas tu saya explain
1. macam tu lah Mummy rasa. Mummy bukan tak boleh beri sekarang, tapi sabar lah sebentar, kita pun ada kerja.
2. Walaupun begitu, memang kami suami isteri saling peringati sesama sendiri, latih diri agar respon segera untuk permintaan anak. Paling mudah dan cepat ialah acknowledge aja dulu permintaan dia,
Contoh Khairunnisa' kata Mummy kakak nak makan laksa. Ok baik kakak, Mummy buat kejap lagi ya, Mummy tengah basuh cawan ni (itupun dah ok sangat kan walau audio aja, dapat bagi dia tengok muka kita lagi bagus, tapi masa amat terhad dengan aktiviti kerja kita).
3. Dia pun kurang sedikit menekan ibubapanya. Usia 4, baru tahu dia Thinking ekstrovert menakluki ibubapa, memang style dia akan tekan dan paksa memaksa, kan. Hmm sabar mak ayah kadang terlepas juga marah tegur dia. Juga Thinking ekstrovert ni nak hasil cepat cepat depan mata short term, bukan lambat long term macam kami Intuiting relak aja kan (mana orang Thinking tak geram kott 😆).
Ok.
Kesimpulan :
1. Anda boleh cuba switch role. Tukar. Main role play, mak jadi anak, anak jadi mak. So mak buat la macam style si anak. Tujuan bagi dia rasa real sikit apa kita rasa.
2. Namun, anda juga akan mula rasai bagaimana perasaan si anak, meminta, menunggu, memerlukan.
3. Ada situasi memang perlu tindakan atau respon pantas, sebab ia menjadi banchmark kepada trigger emosi positif atau negatif. Belief system akan terbina. Contoh pernah klien dewasa saya trigger marah isteri sebab lambat bantu dia sedang tercekik makanan (lepas tu dia ok), jadilah pergaduhan dan kekasaran. Punca, didapati sewaktu kecil, ada insiden sebagai anak yang tinggal dan membesar di rumah saudara, dia dibuli dan dibiarkan tertekan tanpa bantuan dan sokongan sewaktu amat memerlukan; buli fizikal yang salah satu ialah hampir sama perlakukan dicekik itu. Ia trigger sistem otak 'rage' (amuk, marah) itu.
4. Respon juga walau dengan suara, ayat pendek dan aksi immediate sudah memadai, berbanding diam (SILENT treatment), saya dapati ia lagi mengundang salah faham sampai ke besar sebab tiada assurance dari segi perkataan (ni tangki emosi perkataan).
5. Respon dengan perlakuan segera ialah bawah tangki emosi 'layanan, treat, tindakan'. Memang keperluan tangki emosi manusia.
5. Nanti moh masuk kelas webinar eksklusif kita fahami tangki emosi kita yang mana amat kita prefer, cenderung, mahu, perlu.
Link webinar :
https://hqwebinar.com/v4/events/registrant/5f0eb6bd2891dc3c6d6a02fd/dmlld2Vy
Mudahan anda dapat pelajari sesuatu dari pelbagai sudut melalui perkongsian saya ini, walau poster ini lawak lawak aja kan.😊
.
Maznah Ibrahim
Channel telegram saya untuk keibubapaan positif dan psikologi anak di sini :
T.mazn.me/chan