es
Feedback

¡No caigas en manos de tramposos! Telemetrio encuentra y marca estos canales 👉 Si quieres ver la etiqueta, suscríbete

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 15 754 suscriptores, ocupando la posición 966 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 350 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 15 754 suscriptores.

Según los últimos datos del 26 octubre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -143, y en las últimas 24 horas de -2, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 3.92%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 2.12% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 618 visualizaciones. En el primer día suele acumular 334 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 27 octubre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

15 754
Suscriptores
-224 horas
-317 días
-14330 días
Archivo de publicaciones
photo content

Alhamdulillah, Salam hari Jumaat. Kita sentiasa berjumpa, membaca, dan mendengar, peroleh manfaat dari input sesiapa jua. Ambil dan bina model framework keibubapaan positif sendiri, Ikut acuan sendiri. Setiap pasangan ibubapa perlu rasa selesa menjadi diri sendiri, ok 😊👍🏻. Care ❤, Maznah Ibrahim Jaga diri dan SOP Covid sentiasa ya. T.mazn.me/chan

photo content

Anak perlu tahu beza antara marah beremosi berpusatkan anda atau marah kerana mendidik yang berpusatkan pembangunan diri mereka, Marah kerana berfokuskan 'kesilapan tingkahlaku mereka' atau marah kerana 'diri mereka seluruhnya'. Anak perlu jelas SEBAB di sebalik setiap tindakan anda. Anak perlu jelas dengan KOMUNIKASI berkesan / terbuka / jelas. Words of Affirmation namanya, dengan perkataan bukan dengan perlakuan non verbal. Ini untuk bantu dia clear cut makna di sebalik perkataan dan tindakan anda ok. Jika tidak, confirm dia akan salah faham dan rasa diri mereka bad/jahat/salah, sentiasa tak betul dan ibuayah tak sayang dia, sayang adik beradik lain saja, Ini skrip yang selalu saya katakan kepada anak (dalam poster). Keyword : Marah kerana sayang ---> tukar kepada Tegur kerana Sayang dan Tanggungjawab Marah Sebab Diri Dia ---> marah sebab tingkahlaku dia yang tak betul (sebab nak dia buat betul) Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan Https://hypnoscript.cc

photo content

2 video mengenai konflik / gaduh adik beradik:- . 1. Anak Bergaduh, Cuba 3 Langkah Ini https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/365644490775114/ . 2. Selalu Menangkan Adik, Apa Kesannya ? https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1231380120369903&id=477691842405405

Kitalah Yang Kena Mulakan.... Tengok gambar ni saya teringat mengenai pelukan satu keluarga, heheh 😅. Telah dua tahun kami amalkan solat jemaah dan peluk each anak from each parent - dan parent to parent sejurus selepas solat. So tiga anak dapatlah memeluk 3 kali budak kecil kan. Selama lingkungan 16-20 saat lamanya setiap kali. Mula-mula anak tak biasa. Lamaaa, kata mereka. Lama-lama alah bisa tegal biasa, kan. Jika hantar sekolah, dan ambil, peluk, cium memula juga janggal. Nak nak anak Thinking, menjaga jarak, malu teacher tengok katanya. Ok, tapi buat juga, lelama dah biasa. So anak Thinking pun boleh peluk tapi kita hormati permintaan dia bila dia kata taknak tu (sesekali). Memberi dahulu, menerimanya kemudian. Jika tak biasa, biasakan. Ia bukan amalan dalam keluarga kami suami isteri juga. Maka tak biasa. Tapi kita nak buat juga, wujudkanlah rule keluarga kita sendiri itu. Sebab nak cari peluang masa peluk anak 5 kali sehari kan (selain I Love You 5 kali sehari juga 😄😄😄). Ok, baca poster saya, ingat tu, ok. *5 Kali Pelukan Kami ke Anak ialah: 1. Sejurus bangun tidur 2. Sebelum hantar sekolah dengan doa (2-3 saat aja) 3. Selepas pulang sekolah (2-3 saat aja) 4. Selepad solat maghrib 5. Sebelum tidur . Care 💕, Sayang anda semua juga yang setia dan menyokong saya, Maznah Ibrahim Telegram saya: T.mazn.me/chan (input parenting dan psikologi kanak-kanak) Kelas terdekat: 9 Oktober 2020 (Percuma Webinar Live Tertutup: Sharing Pengalaman sahabat-sahabat : 5 Parenting Key Succes), 16 Oktober 2020 (Webinar Live tertutup : Dengarlah Anakku: Komunikasi Ibubapa-Anak)

photo content

Allah As Sobuur Tahu kenapa kita diuji sebegitu, Bila kita tahu kita diuji dengan emosi tertentu terutama cepat marah, tak boleh menunggu, dan lain-lain, Ia sebenarnya petanda kita sedang dilatih untuk jadi lebih SABAR, Dan ia tentulah ntuk kebaikan diri kita sendiri. Kita takkan jadi ibubapa lebih SABAR sehingga : 💕 kita kenal anak, kenapa anak menguji kita sebegitu? atau sebenarnya melalui anaklah kita diuji emosi sekian sekian untuk jadi lebih yakin dan sabar. Bukan sebab anak, tapi lebih kepada untuk kita. Contoh anak sedang fasa autonomi dan ego, maka banyaklah dia tak faham dan buat salah berulang. Ia normal untuk usia itu. Sabar dan tegur berhemah aja usia 3 nanti oklah dia insyaAllah. 💕kita kenal diri (kenapa kita marah-marah, apa sensitiviti kita, puncanya apa) dan usahalah cegah atau atasi/selesaikannya. Penting kenal diri ini. Kadangkala sekecil-kecil sebab trigger adalah dari minda separa sedar dari pengalaman peribadi serta ekspektasi sendiri yang kita tetapkan. Berubahlah, jadilah lebih relaks, dan fleksibel sedikit jika perkara itu tidak mendatangkan mudarat besar. Contoh kita jenis pengemas, berSOP, kita tak boleh rumah sepah, adakanlah SISTEM untuk kemas cepat oleh tentera kecil (anak-anak) semua. 💕 faham kenapa perilaku SABAR/ MENAHAN MARAH itu amat penting untuk diri kita sendiri dan apa sumbangannya ke dalam perkembangan dan hidup anak kita. Ia penting untuk hidup kemudian kita juga nanti, tua kita nanti, generasi kita nanti. Kini - Beri kesan kemudian. Contoh kita sedar kita cepat marah sebab mak/ayah atau atok kita stail sama, kita taknak ia berterusan ke anak cucu kita pula kan. Jadilah pemula. Pasti boleh. . Ha... basically: 5 CARA SEGERA UNTUK TAHAN MARAH KEPADA ANAK: . 🌱 Ketapkan bibir, tahan jangan bercakap apa-apa (NONVERBAL) . 🌱 Menunjukkan wajah tak suka (serius, marah) dengan perilaku anak (tidak bersuara) (NONVERBAL) . 🌱 Tarik nafas dalam-dalam sekurangnya sekali (FISIOLOGI NONVERBAL) . 🌱 Pergi dari situ dan buat kerja fizikal (GUNA TANGAN DAN KAKI SECARA SELAMAT) . 🌱 Pergi dari situ untuk akses air – samada minum air, ambil wudhu’, mandi laju-laju. . *Ini untuk beri anak tidak kena tempias lahar gunung berapi anda. *Setelah tenang, perlu lah bercakap dengan anak dengan jelas apa yang anda tak suka tadi. *Kadangkala biarkan seketika situasi yang buat marah tu, anak dan situasi akan selesai sendiri (contoh gaduh adik beradik). . Hidup ini ada indahnya bukan semua buruk aja... pandang dari sudut kebaikan dan kesyukuran selalu. Ujian pun memang sebahagian dari pembentukan personaliti diri kita, dan untuk tingkatkan darjat kesabaran kita. . Refleksi Diri, CARE ❤, MAZNAH IBRAHIM * Sharekan dengan rakan anda untuk sama-sama berkongsi tips ini. * Join telegram channel saya untuk sentiasa dapat input parenting dan psikologi anak di : T.mazn.me/chan * Lock the date 9 Oktober 2020 (9.30 malam) untuk webinar live tertutup saya: kita dapatkan pengalaman mengenai 5 pendekatan untuk aksi sukses parenting kita dengan anak dari 5 ibu untuk 5 anak spesifik mereka (Link nanti saya beri, stay tune ya).

photo content

Rebonding - dengan anak bila ada aja rasa 'gap' sedikit. Adakan kembali sesi one-to-one secara eksklusif dengan si anak, insyaAllah ia bantu 'repair' awal luka emosi mereka. *Kita ibubapa ada anugerah 'rasa'/'instict', boleh rasa jika ada sikit isu/problem/gap/perubahan diri/anak *Kita takmo ia semakin mendalam/merebak, dan sukar nak repair bila anak dah dewasa kelak. CARE ❤, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

juga pernah saya tulis, boleh search di telegram ini ya 😊👍🏻

KISAH ADIK BERADIK BERGADUH: MILIK SIAPAKAH KHEMAH ITU? . Sedang lidah lagi tergigit, kan. Lidah dan gigi duduk satu ruang sama 😁. Inikan pula adik beradik 😊. Cantik peribahasa lama. . Ini kisah mengenai Fateh dan Khairunnisa. ---------------------- Haritu Fateh dan KN gaduh sungguh pasal khemah pokedot ni. Saya tak dapat masuk campur awalnya sebab tengah handle Baby Yumna, Macam biasalah, suara KN nyaring penuh dengan emosi kesakitan 😅 (sakit hati sesangat). . Usai handle Yumna, saya pun terus ke arah mereka dan guna 'kuasa veto' dan teknik solusi, saya buat keputusan untuk minta mereka berdua keluar dan lipat khemah, maka khemah ini tiada siapa boleh jadi pemiliknya. . *Oh ya, isu mereka dua ialah 'masing masing tegas mengaku khemah ini milik mereka' (orang Thinking dan kuasa takhta/ pemilikannya😆) . Milik Siapakah Khemah Itu? ~~~~~~~~~~~~~~ Tidak lama selepas tu, pabila saya dan budak berdua sudah tenang, saya berfikir yang ini tak boleh dibiarkan begitu saja, ini tak betul. Kalau saya tak buat sesuatu, saya yakin perkara ini akan berulang, maka saya perlu lakukan sesuatu.🤔 (ting 💡, storytelling menerpa di minda). . Jadi saya pun mulakan macam ni. . "Fateh, ceritakan apa berlaku". Fateh pun cerita dengan panjang lebar. Ok, yang saya faham, Fateh sedar khemah itu memang saya beli untuk dia masa dia kecik kecik dulu. Cumanya Fateh 'pantang' (marah) sebab Kakak tak minta izin untuk masuk khemah. Okay, itulah puncanya.🤗 Jadi kalau kakak minta izin, Fateh akan beri masuk? Ya kata dia. . Kemudian saya menoleh kepada Khairunnisa'. "Kakak, ceritakan apa yang berlaku" Kakak pun cerita dengan sungguh sungguh dia. Kesimpulan yang sayadapat, si Kakak yang egosentrik ni (barang dia milik dia, barang orang milik dia juga😅), yakin yang ini khemah dia sebab warna merah (Thinking akan reasoning), Abang kan suka warna biru? (punyala alasan logik benau dia beri 😁😂, waduh) . Okay, Kemudian saya pun memulakan cerita. . Mummy kahwin ayah, Mummy dapat anak 1, Abang Fateh. Khemah tu Mummy beli untuk anak Mummy. Lepas tu Mummy dapat anak kedua, Kakak, maka khemah ini untuk anak Mummy nama Fateh dan Khairunnisa. Kemudian Mummy dapat anak no 3 nama Yumna, maka khemah ni jadi milik 3 orang anak Mummy yg comel tu, nanti akan datang Mummy dapat anak ke 4 nama Luqman Al Hakim ke, maka khemah ni milik 4 orang lah, kan? . Allah ada berapa? Satu. Matahari ada berapa? Satu. Siapa pemilik matahari? Allah, kata Fateh. Matahari untuk siapa? Semua manusia ciptaan Allah. Banyak tak? Banyak, juta juta. Mummy ada berapa? Satu Khemah ni milik Mummy sebab Mummy yg beli. Anak Mummy ada berapa? 3 kata KN. Jadi khemah ni milik Mummy tapi dikongsi 3 orang buat masa ini. Boleh, boleh? Boleh. Terus Fateh pergi ke tempat simpanan khemah dan buka khemah. Dan KN (Ti) berlatih minta izin, skripnya elok, maka Fateh pun bagi masuk. (Fateh Te ada benchmark dia). Bereh. Alhamdulillah.😊 -------------- Refleksi: 1) Saya gunakan kuasa veto dan teknik solusi terus sebab itu yang terbaik buat masa itu. Emosi saya tak ok, anak anak juga semakin 'parah' pertelingkahannya. 2) Bila dah tenang, dan anak anak dah tenang (tak lama, dalam beberapa minit saja, sebab saya bergerak banyak maka energi mengalir keluar pantas), saya buat storytelling jenis 'narrative story'. 3) On the spot Allah ilhamkan saya metafora yang sesuai saya kaitkan iaitu matahari dan naungan di bawahnya yang meliputi seluruh alam mendapat rahmat. 4) Kerap dan sentiasa kaitkan dengan spiritual sebab manusia tetap berbatas, dan mungkin tidak cukup adil dan standard. i. Allah suka, ii. Rasulullah suka, iii. ibubapa suka. 5) Untuk mendorong fitrah anak kecil yang sukakan kebaikan, sukakan perasaan 'disukai', buat baik (please) sebab nak disukai, nak perhatian, banyakkan keyword 'SUKA' kerana ia positif, buat orang rasa seronok (bukan marah, benci, murka, neraka dsb.). Maznah Ibrahim. p/s jika idea ini boleh diguna bersama, kongsikan dengan rakan dan pasangan anda ya T.mazn.me/chan Kalau cari penulisan berkaitan adik beradik bergaduh, ada berpuluh

photo content

Bila terbuat silap, Mulakan aja yang baru Maafkan diri dan terus maju. Anak-anak amat ringan emosi dan pemaaf orangnya, Sedang Tuhan juga Maha Pengasih Penyayang dan Pemaaf kepada hambaNya, kan. Semoga kita semua sentiasa Sabar dan Berhikmah dalam menguruskan aksi anak-anak kita sehari-hari. We are the best parents for our own children😊🌟🌟🌟 Care ❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

3 SEBAB 'SELF ESTEEM' IALAH PERISAI KEPADA KESELAMATAN PERIBADI ANAK KITA Apabila anak rendah 'self esteem', anak sebenarnya sukar nak ‘apply’ apa-apa skil pertahanan diri yang kita beri kepada mereka seperti skil pertahanan diri fizikal (taekwando, silat) mahupun skil pertahanan peribadi seperti ‘Personal Safety’ (Keselamatan Peribadi untuk pencegahan buli dan penderaan seperti seksual). Bacaan penuh: https://maznahibrahim.com/3-sebab-self-esteem-ialah-perisai-kepada-keselamatan-peribadi-anak-kita/

Teruskan Usaha Perbuat Usah Mengalah 💪💪💪 Semoga apa jua hasrat/cita-cita/impian kita semua akan tercapai bila tiba masanya. CARE ❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan