fa
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 16 313 مشترک است و جایگاه 967 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 350 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 16 313 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 13 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -125 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -1 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 4.21% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 687 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 14 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

16 313
مشترکین
-124 ساعت
-247 روز
-12530 روز
آرشیو پست ها
photo content

photo content

Bagaimana Ibu Ayah Boleh Kekal Menjadi POSITIF Ya? 6 kunci ini asas. Kita telah tahu, tetapi kita mudah lupa. Kita perlu peringat diri selalu. Sama-sama kita mengingatkan satu sama lain, ok? . 1. Fikir Sabar. Kenapa perlu sabar? Untuk apa? Adakah sabar bermaksud kita telah kalah kepada kerenah anak? Tidak. Sabar sebenarnya bermaksud kita telah tunjukkan satu model atau contoh sebagai seorang dewasa yang waras. Usia kita berpuluh tahun beza dengan usia si anak. Maka wajarlah kita berfikir yang kita perlu sabar kerana itu cara orang yang bijak. Sabar tiada hadnya, kuatkan kesabaran kita, ok? Malah sabar itu diganjari dengan Syurga, insyaAllah. Sabar itu juga tanda kawalan emosi kita telah berjaya. Kan kita telah belajar macam-macam teknik untuk urus emosi? . 2. Serentak dengan itu adalah TINDAKAN kita kepada sesuatu perkara bila berkait dengan cabaran mendidik anak adalah RESPON, bukan REACT. Bila 'react', kita turut sama naik dengan anak. Anak mengamuk, maka kita lagi lah mengamuk, nak tunjuk ego dan kuasa kan? Kita kan orang tua, telah makan garam dulu, maka anak perlu tahu reaksi kita adalah jauh lebih 'hebat' dari emosi atau tindakan si anak. Tidak sesuai, sebenarnya. Bila kita respon bukan 'react', kita telah asertif, iaitu tengah-tengah (moderate), bukan terlalu agresif, juga bukan pasif biar tak buat apa-apa. Responlah dengan bijak. Contoh nak tunjuk kita lebih hebat mengamuk di atas tu adalah contoh agresif, anak mudah sangat belajar caragaya ini di persekitaran luar sana, marilah kita menunjukkan cara yang lebih baik. Anak mahu aiskrim sekarang, terus belikan. ❌ Anak mahu aiskrim sekarang, terus marah anak tuduh anak tak sabar, keras kepala, kalau nak tu sekarang, sekarang aja! ❌ Anak mahu aiskrim sekarang, tarik nafas dan bincang (nego), boleh kita tunggu hingga sampai kedai lagi 30 minit? ✔ Boleh, anak kata. Bila kita cakap elok-elok, 'request', kelak bila anak nak sesuatu, dia akan mudah meminta izin dan menggunakan perkataan 'Boleh'. "Boleh tak adik nak minta aiskrim, Mama?" Mak pun mudah jawab, "Ya boleh, tapi nanti bila kita sampai kedai ya, bukan sekarang". "Okay", anak kata. . 3. BICARA nya kita adalah setelah kita berjaya MENDENGAR habis dulu. Biasa berlaku kita mudah terus 'jump to conclusion'. Aduh, terlepas, terlupa, dah biasa. Lepas ni mari kita dengar sampai habis dulu baru balas bicara, ya. . 4. 'PAUSE' dengan menarik nafas dalam walau sekali. Ini perlukan latihan. Tarik nafas dalam sekurang-kurangnya sekali; percayalah respon kita adalah jauh lebih baik dari sebelum ini ('react'). . 5. Amalkan 'SELF CARE' asas iaitu jaga makan minum kita, tidur kita mencukupi serta adakan rutin slot khusus bersenam walau 10 minit dulu (regangan, brisk walk, breathing etc), asalkan ia fokus dan dedikasi untuk itu. Jika perlu penuhkan perut sendiri dulu, tak mengapa, makan lah dulu sebelum makankan anak-anak. 'Me time' namanya. Tidur yang mencukupi juga membolehkan otak dan emosi kita cukup rehat dan 'synchronise', selari/setara perjalanannya. 3 aspek ini paling asas untuk tubuh badan yang sihat dan seimbang (Makan, Tidur, Senaman). . 6. Koneksi dengan Pencipta kita. Mana-mana agama sekalipun, berpegang kuatlah kepada Tuhan. Itu tali kita, bila lelah, penat, goyah, kembali kepada PENCIPTA kita, sumber segala yang kita perlukan. Minta kepadaNya. Pasti Dia akan bantu dan lorongkan jalan, dan cara yang kita perlu, bukan mahu. . Refleksi, Maznah Ibrahim. Mari join Telegram Channel Psikologi Anak dan Keibubapaan Positif: T.mazn.me/chan

photo content

“WHO AM I? WHY AM I BEING LIKE THIS? Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis dengan sukacitanya menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan dan Puan untuk menyertai Webinar: 📌 “WHO AM I? WHY AM I BEING LIKE THIS? - 10 APRIL 2021 (SABTU) - 9:00 AM - 12:30 PM - Webinar Tertutup - Bahasa Malaysia Penyampai: Slot 1: 🧕🏼 Cik Siti Aishah Mohamad (Social Content Specialist), Media Prima Berhad Slot 2: 🧕🏼 Pn Maznah Ibrahim (Pegawai Psikologi & Kaunseling), Kaunselor Berdaftar, Lembaga Kaunselor Malaysia Atasi masalah anda dengan: ✅ Kenali kekuatan dan kelemahan diri ✅ Meningkatkan potensi diri ✅ Mengoptimumkan kekuatan dan potensi diri dalam pembelajaran dan pekerjaan ✅ Mengenalpasti keistimewaan, bakat dan personaliti diri 📌 Jom sertai webinar ini ! Rujuk POSTER untuk maklumat lanjut. YURAN: Peserta UiTM: RM 15 Peserta Luar UiTM: RM 30 BUTIRAN AKAUN: Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Nama Akaun: Tetuan Kumpulan Wang Amanah UiTM Perlis No. Akaun: 09010010056849 BUTIRAN PEMBAYARAN: Recipient Reference: WHOAMIFSKM Other Payment Details: NAMA PESERTA • Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/EH8xXkJ7m8oev6UU8 • Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran - 8 April 2021 (Khamis) • E-Certificate (Semua Peserta) • Jam Latihan (Staf UiTM) Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: - Dr. Huda (016 357 5660) - Pn. Suzanawati (019 266 8284) ......................................... This webinar is designed to help you to be more systematic in strategizing your life not only as a student but also as a son/daughter to your parents; a parent to your children; a friend, a colleague, co-worker, sub-ordinate, employer and as a community...no matter where and who you are. Spread the words...invite your friends and relatives to join...let's become a better version of ourselves! Don't miss out! Come join us! Register now! https://forms.gle/HvN6X2BaPBmC6iac8

photo content

Ramai anak sebenarnya buatkan ibu ayah salah faham kepada mereka, akibat dari tingkahlaku mereka yang 'misteri', memeningkan, mencabar emosi dan sebagainya. Kadangkala, anak ada peristiwa lain dialami dan dia 'project'kan kepada ibu ayahnya. Ini kerana ibu ayahnya berada di depan mata, hubungan long lasting, orang kata 'take for granted' la. Bukanlah sengaja, tapi biasanya macam tu. Sama juga bila ibu ayah ada masalah lain, anak mendatangi, terus dimarahi anak walau kesilapan kecil. Maka begitulah jua sang anak. Bila anak buat hal, kita geram, marah dsb, initiate kan untuk sesi 'pillow talk' dengan kata nama lain pun boleh: seperti Sesi Sembang, Sesi Borak di Bilik Abah, Sesi Berdua dengan Mama dsb. Ini sesuai untuk anak mula bersekolah rendah. Anak kecil pun ada stres nya, sama seperti kita orang dewasa. If anak-anak kerapkali jadi 'punching bag' isu peribadi ibu ayah, Ibu ayah yang baik juga boleh jadi tempat 'punching bag' anak-anak. Bawa berbincang. Gunakan 5 step di dalam poster ni ya. ....... 1. Abang/Kakak, nanti Mama/Ayah nak ajak sembang lepas kita balik rumah / pukul 930 malam nanti di bilik A. 2. Tadi ayah nampak abang tinggikan suara pada ayah dan mama, ayah kecil hati. Hmm... ada apa-apa yang abang tak puas hati kah? 3. Oh rupanya abang marah sebab CDEFGHIJ, Okay ayah mengaku tadi ayah marah dengan suara tinggi dekat abang. Ayah nak tekan kan sahaja yang itu perkara amat penting sebab tu ayah keraskan sedikit suara ayah. So sorry.. 4. Ok lepas ni, ayah nak abang kalau ada apa-apa tarik la nafas dulu, cakap elok-elok, kalau rasa ayah dan mama busy, minta appoinment dengan mama ayah, macam ayah dah ajar tu. 5. Lepas ni, deal ok. Sama-sama, sabar, cakap elok-elok, bincang, tak boleh terus marah-marah dan tak mendengar. Refleksi, Maznah Ibrahim Telegram Channel: Psikologi Anak dan Keibubapaan Positif: T.mazn.me/chan

photo content

Satu perkara yang saya sedari bila topik anak memendam rasa dan luah melalui tindakan / tingkahlaku mencabar, ialah: Cara bagaimana kita 'groom' atau latih (bentuk) anak agar mampu berkongsi apa jua dengan kita, hatta perkara kecil dan remeh, yang dia kacau kawan mahupun perkara besar kawan kacau dia. Eh dua tu sama penting sebenarnya. Kecil pada kita, besar pada dia, Besar pada kita, kecil aja pada dia. Contoh, dia nak cerita kawan dia kacau dia then dia buat camni camtu, padanya ia besar, pada kita remeh kecil aja ni. Kita nak ajak dia berhenti di kedai dulu beli makanan, baru balik rumah, dia taknak sebab nak pulang cepat tengok tv, besar pada kita kecil pada dia. (Alah mak / ayah ni, abang nak cepat la, tak kisah la makanan ada ke tak). Mak pula kata nanti kamu yang bising bila makanan lambat mama masak. So, dua dua pun penting dan besar, perspektif berbeza aja kan 😅. . Mari kita belajar (i) mendengar, (ii) bertanya, serta (iii) meluah kepada anak, akan perasaan kita. Ok. Ayah PELIK la abang solat laju sangat, macam kartun aja, Hmm sebenarnya tak boleh macam tu, sebab kita nak cakap dengan Allah elok-elok bukan rushing. Ayah nak abang solat elok-elok ok. Mudahan anak boleh luah perasaan dan pandangan dia yang: Ayah, abang tengok kawan buat macam tu ok aja. Lagipun abang nak cepat tengok tv / buat kerja sekolah. Boleh la ayah. Haa kan perspektif berbeza tu? Ok. Hubungkan aja neuron dalam brain kita dengan memahami makna di sebalik tingkah laku anak kecil, dengan bertanya kepada mereka. Heheh. . . Refleksi, Maznah Ibrahim Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

photo content

Pelaburan masa dengan anak-anak kita demi kebaikan masa depan kita dan mereka jua.... Maznah Ibrahim T.mazn.me/Chan
Pelaburan masa dengan anak-anak kita demi kebaikan masa depan kita dan mereka jua.... Maznah Ibrahim T.mazn.me/Chan

Benarkah Diam Tandanya Akur? Macam ya namun sebenarnya tidak semestinya, kan? Instict kita sendiri memberitahu, yang anak atau sesiapa bila diam, mungkin dia tak setuju, tapi tak sampai hati nak beritahu. 1. takut kecilkan hati orang lain 2. takut orang itu marah Maka baiklah aku diam aja. Tanda 'hmm... ya macam setuju', supaya tak payah panjang-panjang nak berbalah. Tahu, kalau jawab pun takkan dapat apa yang aku nak. Ala-ala pendam juga ni. . Namun diam juga tanda menang bagi orang yang berilmu, sebab berbalah dengan orang yang tidak setara corak pemikiran, adalah membuang masa. . Berbeza bagi perhubungan ibubapa-anak, Sebab ada dinamik hubungan atasan-bawahan, besar (tua)-kecil (muda), penanggungjawab-dipertanggungjawabkan, Isunya juga sebab ia 'long term relationship'. Kita nak hidup lama dengan orang ini, maka kita perlu 'break the cycle' daripada corak komunikasi kurang berkesan ini. Maka dinamik perhubungan seperti ini yang ada melibatkan perbezaan 'kuasa', Pilihan 'diam' biasanya tanda tidak setuju, tanda 'terpaksa akur'. Kesannya besar sangat, Besar sehingga kita ibu bapa tidak akan terjangka. Kesan kepada kesihatan mental, dan termasuk tingkah gaya anak di kemudian hari dalam hidupnya kelak..... . . Asertif -------- Selalu diajarkan di dalam latihan komunikasi berkesan, Elak pasif atau agresif (dua ni tak perlu belajar, sebab senang diserap/ditiru akibat daripada persekitaran kita kebanyakan orang menggunakan dua kaedah ini). Yang kita akan 'struggle' nak belajar dan amal ialah ASERTIF. =Beritahu perasaan sebenar dan sebab kepada perasaan itu, Dan susuli dengan cadangan solusi. . "Ibu rasa marah tadi Amir tarik baju ibu kuat-kuat, hampir terjatuh ibu. Ibu nak minta Amir lain kali kalau nak minta sesuatu, beritahu ibu elok-elok aja tak perlu tarik baju ibu, ok?" (wajah sungguh-sungguh, laras wajah setara kedudukannya). . "Ana rasa geram kat Mama sebab Mama tak bagi Ana main game dengan kawan-kawan online. Tapi Abang boleh main game online? Ana rasa Mama tak adil. Ana nak minta Mama percaya kepada Ana dan bagi izin Ana, Ana akan pastikan solat dan kerja sekolah semuanya siap dulu". (NEGO) . Haish, panjang nak citer kalau bab ini. . InsyaAllah berjumpa esok dengan warga Perlis kesayangan saya, Pertama kali rasanya sejak Covid ni, Live Seminar, anjuran KSSIP, Mudahan para peserta yang full house 90 orang sebab dewan auditorium kita ni muat 90 sahaja kerana penjarakan sosial, akan beroleh manfaat esok, insyaAllah. Kita praktis hands-on nanti, Saya bawa dadu emosi versi baru yang saya baru buat ni (akan jadi bahan gift untuk semua peserta Webinar EQ Anak pada 9 April malam nanti). Kalian esok adalah perintis kepada dadu buatan sendiri ni. Refleksi, Maznah Ibrahim. . *Mari join komuniti keibubapaan positif kepada anak-anak kita, di sini 🏆 T.mazn.me/chan

photo content

Bersyukur kita bila: - anak aktif tak duduk diam, - anak bertanya tak henti, - anak buat silap bila cuba, - anak bawa sana le
Bersyukur kita bila: - anak aktif tak duduk diam, - anak bertanya tak henti, - anak buat silap bila cuba, - anak bawa sana letak sini, - anak cepat berubah emosinya, menunjukkan dia adalah kanak-kanak yang sihat..... syukur alhamdulillah kan. fasa usia 2,3,4,5,6 penuh dengan warna warni kehidupan, bersabarnya kita membawa hasil di kemudian, seorang anak penyelidik dan mencari jawapan, menemui ilmu baru dan menjadi mampan. Maznah Ibrahim *bersama kita dalam komuniti keibubapaan positif dan menyokong perkembangan emosi anak-anak kita di channel telegram: 🏆 t.mazn.me/chan

photo content

Salah satu buku yang saya suggest untuk EQ anak ya. InsyaAllah nanti kita Live Webinar 9 April, Jumaat malam berkenaan bagaimana nak groom EQ anak dari 5 komponen EQ manusia. Stay tune ... link akan disiarkan dalam masa terdekat (Premium Percuma) ..... Tulisan Pn Rodhiah dari Johor. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3520645248047447&id=100003060185128

Anak Mengamuk: Soalan dan Jawapan 'Parenting' Harian Kita Ini antara soalan biasa ditanya. Semoga sahabat peroleh idea untuk
Anak Mengamuk: Soalan dan Jawapan 'Parenting' Harian Kita Ini antara soalan biasa ditanya. Semoga sahabat peroleh idea untuk solusi / alternatif yang lebih positif ya. Ini juga antara yang disentuh semasa Webinar Dengarlah Anakku pagi tadi. Beritahu secara asertif, tegas dan hemah kepada anak. 'Positive language' ini untuk anak, tetapi jauh lebih lagi untuk diri kita sendiri sebenarnya. Didik anak adalah untuk didik diri kita sendiri sebenarnya. CARE ❤, Maznah Ibrahim ......................................... Webinar Live - 'Penat Emosi: Strategi dan Teknik 'Release' Emosi' pada 24 April 2021 sudah dibuka 😍👍, boleh mula mendaftar di sini ya: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t

"Dia kan burung, kenapa dia tak boleh terbang?" Saya teringat cerita kisah burung dan ayam ini, lalu menceritakan kepada anak-anak semalam sebelum tidur (dalam gelap gelita itu as usual 😁). Separa mengantuk ntah apa-apa saya ceritakan. Sebenarnya nak maksudkan kepada anak besar, yang adik-adik ada keupayaan masing-masing dan usahlah dibanding-bandingkan hak dia, hak mereka dan sebagainya (anak Thinking kan nak adil sokmo). 😄😄😄 Tup dalam soalan kenapa 'burung' satu lagi tu tak berjaya terbang ya? Saja tanya mereka. Si pemuda ni pening jadinya sebab dia bela dan ajar cara sama, pukul rata sama training diberi. Fateh jawab: Ntah ntah burung tu sebenarnya ayam... Ha.. pandai Fateh fikir sendiri, betul, sebenarnya telor tu salah satunya adalah telor ayam bukan telor burung. . . Nah, email bertajuk seperti di atas ini ada di inbox anda subscriber saya ya. Akan ada banyak lagi email kisah sebegini akan saya mula berikan. LoveLetters untuk #IbuBapaKini saya. Pastikan baca dan save sebagai address contact agar ia masuk ke inbox ya. Anak-anak adalah unik. Setiap mereka tidaklah sama. Walau Thinking macam anak-anak saya ni, namun tetap berbeza. Juga walau acuan ibu dan ayah yang sama. Tetap berbeza. Walau kembar pun, tetap tidak sama. Betapa Tuhan tu nak beri kita sedikit ujian untuk kita saling belajar dari satu sama lain. Mengurus sumber manusia! Mengurus si kecil yang akan menjadi pemuda pemudi hebat kelak (InsyaAllah). Takkan kita nak suruh ikan tu panjat pokok kelapa macam kera? Sedangkan kehandalan ikan adalah berenang di lautan/sungai. Begitulah ibaratnya (ni petikan ayat Albert Einstein kan). . . Refleksi Kasih Sayang di Hari Jumaat, Maznah Ibrahim . ...................................................... Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan ........ Jumpa esok peserta Live Webinar Dengarlah Anakku, 8.30 kita boleh mula masuk, 9.00 kita mula, 12 moga sudah tamat, 12-1.00 gift special time saya untuk parent yang ada apa-apa soalan jua, boleh dikemukakan ya. Konsultasi parenting gitu insyaAllah. *Boleh print workbook siap-siap untuk tambahan catatan penting kita ya ;) .... Yang belum mendaftar atau tak free esok, sebenarnya boleh aja mendaftar sebab rakaman Webinar last ini akan kami masukkan ke sistem dan anda boleh akses untuk 30 hari, soalan boleh pm di inbox messenger page ini sebagai ganti soalan live tak dapat diberi ya. Sebabnya saya sudah 5 kali buat Webinar Dengarlah Anakku dan akan move on ke tajuk lain baru pula (Webinar berbayar). Boleh sempat lagi daftar di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live/?utm_source=t

photo content

Kisah ibu-ibu yang seringkali rasa bersalah kerana termarahkan anak. Maafkan diri dan terus move on ya. . Sayang semua, Mazna
Kisah ibu-ibu yang seringkali rasa bersalah kerana termarahkan anak. Maafkan diri dan terus move on ya. . Sayang semua, Maznah Ibrahim. Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif di sini: t.mazn.me/chan