Bagaimana Ibu Ayah Boleh Kekal Menjadi POSITIF Ya?
6 kunci ini asas.
Kita telah tahu, tetapi kita mudah lupa.
Kita perlu peringat diri selalu.
Sama-sama kita mengingatkan satu sama lain, ok?
.
1. Fikir Sabar. Kenapa perlu sabar? Untuk apa? Adakah sabar bermaksud kita telah kalah kepada kerenah anak?
Tidak. Sabar sebenarnya bermaksud kita telah tunjukkan satu model atau contoh sebagai seorang dewasa yang waras.
Usia kita berpuluh tahun beza dengan usia si anak. Maka wajarlah kita berfikir yang kita perlu sabar kerana itu cara orang yang bijak.
Sabar tiada hadnya, kuatkan kesabaran kita, ok? Malah sabar itu diganjari dengan Syurga, insyaAllah. Sabar itu juga tanda kawalan emosi kita telah berjaya. Kan kita telah belajar macam-macam teknik untuk urus emosi?
.
2. Serentak dengan itu adalah TINDAKAN kita kepada sesuatu perkara bila berkait dengan cabaran mendidik anak adalah RESPON, bukan REACT.
Bila 'react', kita turut sama naik dengan anak. Anak mengamuk, maka kita lagi lah mengamuk, nak tunjuk ego dan kuasa kan? Kita kan orang tua, telah makan garam dulu, maka anak perlu tahu reaksi kita adalah jauh lebih 'hebat' dari emosi atau tindakan si anak.
Tidak sesuai, sebenarnya. Bila kita respon bukan 'react', kita telah asertif, iaitu tengah-tengah (moderate), bukan terlalu agresif, juga bukan pasif biar tak buat apa-apa. Responlah dengan bijak. Contoh nak tunjuk kita lebih hebat mengamuk di atas tu adalah contoh agresif, anak mudah sangat belajar caragaya ini di persekitaran luar sana, marilah kita menunjukkan cara yang lebih baik.
Anak mahu aiskrim sekarang, terus belikan. ❌
Anak mahu aiskrim sekarang, terus marah anak tuduh anak tak sabar, keras kepala, kalau nak tu sekarang, sekarang aja! ❌
Anak mahu aiskrim sekarang, tarik nafas dan bincang (nego), boleh kita tunggu hingga sampai kedai lagi 30 minit? ✔ Boleh, anak kata.
Bila kita cakap elok-elok, 'request', kelak bila anak nak sesuatu, dia akan mudah meminta izin dan menggunakan perkataan 'Boleh'.
"Boleh tak adik nak minta aiskrim, Mama?"
Mak pun mudah jawab, "Ya boleh, tapi nanti bila kita sampai kedai ya, bukan sekarang".
"Okay", anak kata.
.
3. BICARA nya kita adalah setelah kita berjaya MENDENGAR habis dulu. Biasa berlaku kita mudah terus 'jump to conclusion'. Aduh, terlepas, terlupa, dah biasa. Lepas ni mari kita dengar sampai habis dulu baru balas bicara, ya.
.
4. 'PAUSE' dengan menarik nafas dalam walau sekali. Ini perlukan latihan. Tarik nafas dalam sekurang-kurangnya sekali; percayalah respon kita adalah jauh lebih baik dari sebelum ini ('react').
.
5. Amalkan 'SELF CARE' asas iaitu jaga makan minum kita, tidur kita mencukupi serta adakan rutin slot khusus bersenam walau 10 minit dulu (regangan, brisk walk, breathing etc), asalkan ia fokus dan dedikasi untuk itu.
Jika perlu penuhkan perut sendiri dulu, tak mengapa, makan lah dulu sebelum makankan anak-anak. 'Me time' namanya. Tidur yang mencukupi juga membolehkan otak dan emosi kita cukup rehat dan 'synchronise', selari/setara perjalanannya.
3 aspek ini paling asas untuk tubuh badan yang sihat dan seimbang (Makan, Tidur, Senaman).
.
6. Koneksi dengan Pencipta kita. Mana-mana agama sekalipun, berpegang kuatlah kepada Tuhan. Itu tali kita, bila lelah, penat, goyah, kembali kepada PENCIPTA kita, sumber segala yang kita perlukan. Minta kepadaNya. Pasti Dia akan bantu dan lorongkan jalan, dan cara yang kita perlu, bukan mahu.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Mari join Telegram Channel Psikologi Anak dan Keibubapaan Positif:
T.mazn.me/chan