fa
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 16 309 مشترک است و جایگاه 969 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 349 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 16 309 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 14 ژوئن, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -125 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -4 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 4.46% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً N/A% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 727 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 0 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 15 ژوئن, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

16 309
مشترکین
-424 ساعت
-267 روز
-12530 روز
آرشیو پست ها
photo content

Positif, positif, positif. Setiap ujian keibubapaan yang kita hadapi setiap hari, sesuai dengan kemampuan kita. Set ujian itu khusus untuk kita, mengikut kapasiti kita, dan support yang kita mampu akses sebenarnya. Gali potensi dari dalam diri dan dari luar, pasti ada. Move on setelah proseskan ia, iaitu refleksi, dan pelajari. Hidup amat singkat untuk kita kenang yang kurang indah, tetapi cukup panjang untuk kita fikir kebaikan pada masa akan datang hingga hujung usia dan kehidupan selepasnya. CARE 💗 Maznah Ibrahim Jum join telegram positive parenting dan psikologi kanak-kanak di sini: T.mazn.me/chan #keluargaladangpahala

Webinar pagi ini, bicara santai bersama moderator Cik Aisyah Bahari. Boleh klik https://bit.ly/webinarpengurusanemosi sekiran
Webinar pagi ini, bicara santai bersama moderator Cik Aisyah Bahari. Boleh klik https://bit.ly/webinarpengurusanemosi sekiranya mahu masuk dengar live. Lepas isi form dapat link ke fb group penganjur.

Sahabat Alumni EHSABAR, Pn Yasmin Sari, juga aparentis IbuRose; jemput baca penulisan bermakna beliau ya. https://m.facebook.
Sahabat Alumni EHSABAR, Pn Yasmin Sari, juga aparentis IbuRose; jemput baca penulisan bermakna beliau ya. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158017110388192&id=685028191

Jemput membaca perkongsian Pn Ainini dan mudahan dapat kita pelajari sesuatu, InsyaAllah. https://m.facebook.com/story.php?st
Jemput membaca perkongsian Pn Ainini dan mudahan dapat kita pelajari sesuatu, InsyaAllah. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3350719521687942&id=100002497810368

Berkenaan marah dan idea solusi.

photo content

photo content

Kerapkali Terlepas Marah Anak Tanpa Sedar, Kan? Boleh cuba 5 cara segera ini. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1565909936916918&id=477691842405405 InsyaAllah saya akan present dalam webinar secara percuma esok berkenaan pengurusan emosi wanita esok Sabtu, ya (31/10). Stay tune. Care ❤, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Bekerja dari rumah memang tidak mudah. Dengan keperluan anak kecil amat tinggi, dan keperluan majikan juga ada ekspektasinya. Perkongsian dari video ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. https://youtu.be/7VNMc3ttaFA

MACAM MANA NAK RESPON BILA ANAK ADA 'NEGATIVE SELF TALK' Bila anak mula ada skrip tak berapa baik berkenaan dirinya, peranan ibubapalah untuk bantu betulkan semula. Pasakkan skrip yang baik-baik dan positif sehingga akhirnya dia PERCAYA dan ada 'POSITIVE SELF TALK' mengenai dirinya. Sistem kepercayaan dalam dirinya berubah. Ini mudah untuk anak kecil-kecil, sebab self esteem anak kecil sememangnya sedia ada sangat tinggi. Mereka yakin diri, mereka berani redah, mereka tiada ketakutan kerana kurang pengalaman dan tekanan. Sebaik mula masuk alam persekolahan, cabaran negative self talk akan mula melandai. Macam Mana IbuAyah Boleh Bantu? Ajarkan anak-anak skrip tegas diri (‘Self Affirmation’) apabila mereka sedang hadapi isu takut atau tidak yakin diri, bermula usia 3 tahun. Caranya kita sebutkan ayat, minta dia ulang. Contoh : Situasi 1: Anak nak beli aiskrim dan kurang berani. Maka saat itulah digunakan untuk PECAHKAN BARRIER DALAM DIRI DIA dia sebab dia nak sangat aiksrim tu. - Ajar dia sebut : “M (nama dia) berani beli aiskrim sendiri” (sambil tepuk dada kiri dia) - Tunggu dan observe aja. - Puji bila berjaya. - Temani bila dia tak berjaya, cakap kat dia: "Tak apa, NANTI M (nama dia) boleh beli lagi. . . Contoh Situasi 2: Anak kecil kita teringin nak main bola sepak dengan abang besar, tapi ada ketakutan/kebimbangan kepada penolakan : - “Saya berani main bola sepak dengan abang-abang”. . . Contoh Situasi 3: Anak nak berenang tapi takut tenggelam: - “M berani berenang di kolam besar. M berjaya terapung. M berjaya berenang”. . . Skrip tegas diri ini bantu terapkan yakin diri kerana bermula dengan perkataan ‘Saya’ atau ‘Nama dia’, dan disusuli dengan perbuatan tingkahlaku spesifik yang mereka mahu, pada saat mereka sangat mahu, dan pada lokasi yang sesuai (tepat). . . Ia lebih berkesan berbanding dipaksa atau disuruh di saat mereka belum bersedia ;) . . p/s Kongsikan dengan pasangan anda ya, kita saling peringatkan. . -------------------------------------------- . Cabaran RM1 °°°°°°°°°°°°°°°° Ini cara kami terapkan pada anak sulong kami, Fateh. Masa usia dia 2 tahun 8 bulan, saya bagi dia peluang beli sendiri bila dia nak sangat beli aiskrim kat kedai runcit, tapi dia pulang dengan RM1 layang-layang. Setelah kejadian itu, siri kejayaan membeli sendiri berulang dan saya namakan 'Cabaran RM1' dan meningkat ke RM2 dan seterusnya. . Kaedah 'Self Hypnoscript' Untuk Anak °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Dia mula ada 'rasa' takut bila usia 3 ke atas (sebab usia 3 sudah mula berfikir), maka saya gunakan skrip 'Self Affirmation' ini untuk bantu dia. Next dia boleh train adik dia Khairunnisa' pula dan adik lain seterusnya. Bila usia dia 6,7 tahun, dia ada halangan dalam diri belum boleh membaca lancar. Kami cuma cakapkan padanya: Fateh bukan tak boleh membaca, Fateh belum membaca. NANTI Fateh akan lancar membaca dan laaaagi laju dan jauh boleh tahu banyak perkara dari kebolehan membaca tu. Usia 8 baru dia betul lancar membaca, alhamdulillah. Kami sabar dan sentiasa menyokong dirinya. Esteem dirinya perlu dipelihara selalu dan peranan kitalah yang senantiasa memasakkan kata-kata yakin itu. . Boleh dapatkan Ebook Premium Skrip Hypno bagi Isu Anak Usia 0-18 Tahun bagi konsep, dan cara membina ayat dan contoh ayat positif disediakan. Https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch200220 CARE ❤, Maznah Ibrahim. . Telegram channel parenting dan psikologi anak di sini: T.mazn.me/chan

photo content

Bila Ibu Ibu Penat Handle Bermacam Tugas dan Urusan Seharian, Ibu ibu jangan lupa buat 'Self Care' ya. Yalah asyik 'care' orang tersayang, si cenonet anak anak dan si besar ayah, kini tiba masa layan diri pula... Manjakan dirimu, bebaskan dirimu. Ia sama macam penjagaan diri juga, cumanya ia lebih personal, spesifik untuk tiap diri ibu yang berbeza dan unik. Ia penting untuk pastikan ibu ibu seimbang, jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman - emosi, spiritual dan pemikiran sihat) dan elak 'burnout' atau meletus macam bom jangka. . Di sini saya senaraikan idea 10 aktiviti 'Self Care' yang ibu ibu boleh cuba buat dan 'decide' jika sesuai: . 1. Call kawan baik bff dan sembang. Ini kalau terbatas masa nak jumpa 'live'. Ada juga yang terbatas nak sembang call, whatsap/ mesej di telegram, meluah dan berkongsi pun ok sangat, lega. Tapi bff atau kenalan ni perlulah jenis yang positif orangnya. Meet up jumpa 'live' / online dengan kawan atau geng pun ok ;) (Tangki emosi: Perkataan). Ada juga yang sesuai dengan call dan dengar suara mak sendiri :) Pun sangat ok. . 2. Hadiahkan diri dengan buat minuman panas / sejuk kegemaran sendiri, contoh hot chocolate ke, teh tarik sihat ke, air sirap bandung ke, kopi halia best ke, heheh apa apa lah asalkan ibu minat dan sekali minum terus rasa segar sampai perut dan otak. (Pepatah lama mengatakan, gendang gendut tali kecapi kan, kenyang perut suka hati, air kegemaran juga refreshing perut dan emosi kita). . Sama minuman ini ialah makanan, macam goreng pisang ke, kek secret recipe ke - sama ada pergi ke kedai atau cuba buat sendiri. Makanan/Minuman ni sesekali boleh, sedikit, bukan banyak berlebihan, nanti gula naik pula ya. Kita kan nak sihat dan gorgeous selalu. . 3. Hadiahkan diri dengan pergi ke SPA untuk urutan seluruh badan, SPA ni ada konsep persekitaran terapeutik yang membantu lapangkan emosi kita. Jika nak bajet, kenali / cuba pengurut yang bagus, sama ada pergi ke rumahnya atau upah dia mai rumah dan urutlah dalam sejam gitu. (Tangki emosi: Sentuhan) . 4. Pergi bawa diri berjalan / window shopping, atau ke alam semulajadi yang ibu suka macam air terjun ke, sungai ke, track senaman ke, berbasikal ke, panjat gunung ke dan apa apa sahaja asalkan sesuai dengan diri dan ibu akan rasa 'release'. (Tangki emosi: Masa istimewa) . 5. Menonton wayang / cerita yang inspirasi untuk diri. Dah lama tak tonton wayang / konsert, boleh pergi jika ada cerita sesuai. Ia sama juga, tidak perlu sampai banyak kali, sesekali akan banyak membantu hiburan seperti ini. (Tangki emosi: Masa istimewa) . 6. Mandian air suam dengan bauan pati bunga yang menenangkan dan refreshing. Sama orang berpantang, ada mandian suam herba akar kayu, ia sangat menyegarkan urat dan badan seluruhnya. (Tangki emosi: Masa istimewa) . 7. Join anak anak main sekali ! Ha ini kena sporting la ya, berlari sama, melompat sama, terbangkan belon sama, layangkan layang layang / wau sama. Memang rasa emosi ringan sangat. Sebab aktiviti kanak kanak secara fitrahnya ni memang meringankan emosi sebab kanak-kanak amat mudah let go dan lupa segala perkara berlaku bila mereka bergerak. . 8. Membaca. Ada ibu ibu dah lama tak membaca. Bila dapat membaca buku novel cinta masa zaman remaja dulu/ komik, dapat baca lagi, fuhh best juga layan. Again, bukan tiap hari sampai ketagih, tapi sikit sikit aja. . 9. Dengar lagu kegemaran lama lama masa zaman muda dulu, 90-an kita. Bila sesekali dengar, memang best layan emosi muda dan ringan tu. Sambil senyum sorang-sorang, ibu sendiri saja tahu. Hehehe. . 10. Pergi tempat yang boleh jerit sekuat hati. Contoh bukit ke, laut ke, karoake ke, asal dapat jerit bebas tak kisah orang nak kata apa. Puas hati dan anak perut, hehehh. . Apa pun, pastikan aktiviti sihat, selamat dan berkat ya. Ia akan activate sistem emosi positif di otak ibu ibu: 'Care/Attachment System', 'Play System' dan 'Seeking System'. . Refleksi, Maznah Ibrahim. Jum masuk telegram saya psikologi kanak-kanak dan keibubapaan positif di sini: T.mazn.me/chan

photo content

Sekolah di Rumah, Musim PKP? Untuk anak-anak usia 7 hingga 17 tahun yang kita bimbang nampak mereka 'tak minat belajar' atau buat kerja sekolah etc , Ketahuilah personaliti anak-anak usia pelbagai ini satu spektrum yang luas. Setiap anak juga berbeza pendekatan kita kepada mereka, dan berbeza learning style mereka, kan? Asalkan optima penglibatan mereka untuk persekolahan (dapat 1 jam sehari fokus pun lagi baik daripada harap 10 jam pagi sampai malam tak siap-siap kerja sekolahnya), Saranan saya Fokuskan lebih kepada pembentukan sahsiah, karektor, life skills untuk tempoh PKP yang mahal ini. Relaks, parents. Guru guru pun ada anak, kan? InsyaAllah sama-sama fahami. Kerajaan juga faham. Jaga emosi anak, dengan jaga emosi kita dan rendahkan ekspektasi kita. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

Mari pergi ke alam semulajadi untuk lepas tenaga dan serap tenaga segar baru. Takpun berdamai dengan pokok-pokok, tanam-tanaman dan seangkatan dengannya. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

photo content

Jum sentiasa bawa diri ke arah positif, Cara lebih baik, dari apa jua ilmu kita pelajari. Refleksi, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content