ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 764 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 963,并在 马来西亚 地区排名第 2 333 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 764 名订阅者。

根据 24 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -142,过去 24 小时变化为 -1,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.89%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.14% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 613 次浏览,首日通常累积 338 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

凭借高频更新(最新数据采集于 25 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

15 764
订阅者
-124 小时
-277 天
-14230 天
帖子存档
Ada beza api marah merah menyala dengan api marah namun biru warnanya. Saya juga merefleksi diri untuk perkembangan anak-anak. Masa tulis ni Fateh 4 tahun dan Khairunnisa' 1 tahun. Awesome. Sebab sekarang ni Yumna 2 thn 8 bulan sangat rajin 'membant' memasak di dapur dan menuntut kesabaran yang amat tinggi untuk proses ini, heheheh. https://maznahibrahim.com/marah-anak-untuk-mendidik/

Semoga dilancarkan bicara dan memberi manfaat kepada kita semua ibu bapa yang cakna mengenai kesihatan emosi anak-anak kita i
Semoga dilancarkan bicara dan memberi manfaat kepada kita semua ibu bapa yang cakna mengenai kesihatan emosi anak-anak kita insyaAllah.. https://www.facebook.com/bernamaradio/videos/440840690453657/

Berkata yang baik, benar, dan tegas adalah apa yang antara manusia perlukan, bukan yang melampau ekstrim sindir, kritik, mara
Berkata yang baik, benar, dan tegas adalah apa yang antara manusia perlukan, bukan yang melampau ekstrim sindir, kritik, marah dan seangkatan dengannya. Asal ia dibuat dengan penuh kesedaran, kita ok. Bila tak sedar aja biasanya terlajak terus macam peluru berpandu berterusan, kan? (emosi kawal kita bukan aqal kawal kita) KAWALAN EMOSI yang baik, secara spontan datang dari hati yang tenang dan pengamalan skil PENGURUSAN EMOSI harian..... Semoga dipermudahkan semua urusan kita dalam mendidik permata hati kita. Refleksi malam, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan 'Emosi baik biasanya komunikasi juga baik' - saya selalu ucapkan begini. Silakan daftar Webinar Penat Emosi di sini ya bagi yang memerlukan, kita sama-sama berusaha menjadi ibu bapa yang sabar seperti yagn anak-anak kita dambakan: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210209

Mahu Tahu Macam Mana Nak Manage Salah Laku Anak Kecil Terutama Bawah Usia 3 ? . 1. Jika anak memang biasa pukul, cubit, tumbuk orang --> beri dia alatan untuk buat aktiviti sama tetapi bukan kepada manusia, kepada alatan yang selamat (punching bag, bantal, etc) (sediakan medium atau setting nya saja) . 2. Jika anak suka cakap benda tak baik, marah-marah, sebut badwords ke --> ajar dan latih anak untuk tarik nafas dan hembus di mulut lama-lama / nyanyi / sebut astaghfirullahalazim 10 kali . 3. Jika anak mudah naik kaki --> sediakan alat menyepak dan suruh anak tendang bola, tendang angin, jalan laju / lari / kayuh basikal banyak round . Ia management untuk emosi kanak-kanak Dengah saluran dan cara yang selamat dan sihat, . ❗1 : Cara spontan dan ❗2: Secara latih (by training), . Hakikatnya anak kecil masih dalam proses belajar regulasi emosinya (urus emosinya), . Bukan dimarah, dihukum, diherdik, dikritik, . Key nya ❗1: Urus tingkahlaku, ❗2: Bukan Label Orangnya (seperti degil tak dengar kata, nakal dsb) . At least bila beri alternatif tindakan, Maka dia tak i. cederakan orang / ii. rosakkan barang / iii. dan cederakan dirinya sendiri. . Doa banyak-banyak juga sebab doa ibubapa maqbul kan. . Ibubapa diuji untuk skill baru. . Last But Not Least . 4. Ibubapa wajib tak buat macam tu pada anak (naik tangan, naik kaki, mencemuh memaki dsb) - Hakikatnya anak belajar dari ibubapa sendiri, monkey see monkey do, anak alami atau diperlaku, anak buat balik pada orang. . Jika ibubapa pernah terlepas laku seperti 3 jenis di atas, Ibubapa boleh astaghfirullahalazim banyak-banyak, dan solat sunat taubat aja, InsyaAllah boleh masuk on track betul balik. . . Share kan. ❤ Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Kita dan Anak Kita, Kita guru anak, dan anak guru kita. Tuhan sayang kita maka beri 'sign' dari 'guru kecil' kita depan mata,
Kita dan Anak Kita, Kita guru anak, dan anak guru kita. Tuhan sayang kita maka beri 'sign' dari 'guru kecil' kita depan mata, kesannya terus nampak. Kadang kita lupa atau buat-buat tak nampak 'sign' itu, Maka jadilah kebanyakannya dah jadi hampir buluh baru kita tersedar sebab terhantuk kuat. 🤦‍♂️😓 Ingat, yang Tuhan itu amat penyayang, pemaaf dan penuh hikmah, kita buka hati dan terus berubah, tidak pernah terlambat. Pasti ada jalannya. . Refleksi, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan ......... Webinar penat emosi akan dinaikkan harga pada Isnin ini ya (8 Feb) https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210207

Fahami sebab kepada mengapa anak-anak buat hal di dalam rumah Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan
Fahami sebab kepada mengapa anak-anak buat hal di dalam rumah Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Anak-anak memahami emosi ibu kerana mereka ada keupayaan merasai... Bukan memahami reason pada level pemikiran logik orang de
Anak-anak memahami emosi ibu kerana mereka ada keupayaan merasai... Bukan memahami reason pada level pemikiran logik orang dewasa.. Warkah dari anak untuk Ibu pula ya.... . Refleksi, Maznah Ibrahim . T.mazn.me/chan ..........⚘............ Webinar penat emosi akan dinaikkan harga pada Isnin ini ya (8 Feb) https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210206

Malam ini kita restream Live, Sabtu 6 Februari 2021, 9.30 malam ya. InsyaAllah saya ada bersama boleh jawab di komen live nan
Malam ini kita restream Live, Sabtu 6 Februari 2021, 9.30 malam ya. InsyaAllah saya ada bersama boleh jawab di komen live nanti.

Warkah ibu-ibu yang mencintai anak-anak kerana Allah untuk anak-anaknya. Refleksi, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan
Warkah ibu-ibu yang mencintai anak-anak kerana Allah untuk anak-anaknya. Refleksi, Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

InsyaAllah saya akan re stream di Page saya, esok Sabtu, 9.00 malam untuk slot 'emosi ibu bekerja dari rumah', kerana petang tadi ia tidak berlaku seperti dirancang (Live serentak di Page saya). Namun tidak mengapa kerana Allah lebih tahu apakah perancangan yang lebih baik untuk kita semua. Stay tune..

Berjumpa petang ini live di FB Page: facebook.com/maznahibrahimofficial Untuk membincangkan mengenai ibu bekerja dari rumah a
Berjumpa petang ini live di FB Page: facebook.com/maznahibrahimofficial Untuk membincangkan mengenai ibu bekerja dari rumah atau WAHM dalam pengurusan emosi sehari-hari.

5 Cara Ibu Kekal Positif Walau Sangat Penat dan Hampir Burnout Ada hari-hari tertentu, kita amat penat dan mudah terlepas ke anak. Sampai jadi buntu dan bertegas menyatakan sesuatu yang tidak sesuai seperti "Jangan cakap dengan Mama sampi bila-bila", "Mama takkan bawa keluar anak Mama sampai bila-bila", "Adik tak boleh nak minta apa-apa dah kat Mama". . Saya sediakan 5 tips mudah, mudahan anda akan sentiasa kekal lebih baik berbanding terfikir sangat teruk dan semakin teruk dalam fasa 'roller coaster' keibubaapan zaman ini. I Do CARE For You ❤🌹, Maznah Ibrahim 5 cara itu beserta caption di sini: Telegram channel umum Parenting dan Psikologi Anak di sini: T.mazn.me/chan

photo content

5 Cara Ibu Kekal Positif Walau Sangat Penat dan Hampir Burnout Ada hari-hari tertentu, kita amat penat dan mudah terlepas ke anak. Sampai jadi buntu dan bertegas menyatakan sesuatu yang tidak sesuai seperti "Jangan cakap dengan Mama sampi bila-bila", "Mama takkan bawa keluar anak Mama sampai bila-bila", "Adik tak boleh nak minta apa-apa dah kat Mama". . Saya sediakan 5 tips mudah, mudahan anda akan sentiasa kekal lebih baik berbanding terfikir sangat teruk dan semakin teruk dalam fasa 'roller coaster' keibubaapan zaman ini. I Do CARE For You ❤🌹, Maznah Ibrahim 5 cara itu beserta caption di sini ya 😃👍🏼 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1695849810589596&id=477691842405405 . . Telegram channel umum Parenting dan Psikologi Anak di sini: T.mazn.me/chan

Audio Post #20 PENAT Kita bersama berfikir dan merefleksi diri mengenai penat fizikal, penat mental dan penat emosi. Semoga bermanfaat. https://open.spotify.com/episode/1MNmBtHerg9vMe3zrXAbtd?si=b2UwYQtDSWSyUih-gCpKiQ .

Sebagai wanita, kita tidak akan pernah tidak penat dalam mengurus anak-anak dan urusan rumah seharian. Sememangnya dalam mena
Sebagai wanita, kita tidak akan pernah tidak penat dalam mengurus anak-anak dan urusan rumah seharian. Sememangnya dalam menangani kebisingan, keriuhan, gelak ketawa malahan pergaduhan anak-anak, itulah yang menjadi sebahagian dari hidup kita selagi bergelar ibu dan ayah. https://maznahibrahim.com/penatkah-kita-sehari-hari-menguruskan-anak-dan-urusan-rumahtangga-seharian/

APABILA ANAK BEREBUT BARANG (ANAK YANG BELUM PANDAI MELUAH SECARA PERKATAAN, MAKA DIA BEREMOSI ATAU TANTRUM) 1. Angkat sahaja anak ini dan bawa ke bahu atau dukungan, bawa berjalan sama (ini untuk alirkan energi emosinya). . 2. Boleh ‘distract’ atau alihkan perhatian dia kepada objek lain yang tinggi (sama paras dia dan kita). . 3. Kawal pernafasan anda, kekal tenang. Ketenangan anda akan dapat menyerap emosi negatif sedih / kecewa / marah dia. Ini amat penting. . 4. Teruskan hingga emosinya nampak lebih tenang dan stabil. Bawa kepada perbualan kognitif (aras pemikiran). Ia penting untuk anak kecil mendengar ayat sebegini walau dia masih kecil. . 5. Contoh: “Adik nak mainan abang tapi abang tak beri, Adik rasa sedih. Apa kata Adik main mainan lain, best tau mainan ni”. (ayat ini penting untuk dia belajar nama emosi dan penyebab emosinya tadi serta pilihan lain yang dia ada). . 6. Raikan pilihan baru yang diambilnya. Puji : “Pilihan adik pilihan yang bijak. Jadi kita main la mainan yang lain dulu sementara ya”. . 7. Kemudian ajarkan anak ini teknik asertif: “Lain kali, bila Adik nak main, Adik cakap kat Abang macam ni: Abang, adik nak main sama-sama boleh?” Perkataan ‘boleh’ akan buatkan si abang berkata “Boleh!”, sebab adik minta elok-elok dan tak menangis. 8. Untuk anak besar pula ajarkan yang bila adik minta, abang/kakak perlu beri sebab adik minta elok-elok (adik dah cuba kaedah baru). . *Anak telah belajar tingkahlaku baru untuk atasi stres isu mahu main mainan abang/kakak. *Ini penting untuk kemahiran sosial dan mengurus stresnya pada masa hadapan. . Maznah Ibrahim *Sharekan dengan pasangan dan sahabat anda yg perlu skill ni ya. T.mazn.me/chan p/s: Silakan daftar webinar penat emosi sebelum dinaikkan harga pada Isnin ini ya (8 Feb) https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=fp210203

photo content

CARA GALAK ANAK BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL . CARA 1️⃣: Beri anak pilihan antara dua, sejak dia usia 2. Anak usia 2 ni dah peringkat autonomi iaitu buat sendiri ikut apa dia rasa dan fikir betul. “Adik hari ni nak pakai baju Biru atau Hijau ni?” “Adik nak makan sekarang atau 5 minit lagi” “Adik nak pergi senaman di taman depan tu atau di taman sebelah?” . CARA 2️⃣: Puji bila anak buat pilihan, walau apa jua pilihan dia. “Hmm Mama suka adik boleh buat pilihan iaitu nak makan nasi bukan mee. Mudah lah Mama nak memasak makanan yang adik akan makan”. . CARA 3️⃣: Bimbing dia ke arah keputusan yang betul seperti kita tahu ia adalah keputusan lebih tepat buat masa itu. “Adik pilih, sama ada nak dapat mainan ni minggu depan atau bulan depan?” (bukan sekarang). “Bagus sebab adik berjaya tangguh keinginan adik, tak semua kita nak tu boleh dapat sekarang, kan?” Cubalah. Care ❤️, Maznah Ibrahim. . Telegram channel: T.mazn.me/chan p/s: Pastikan daftar webinar penat emosi sebelum dinaikkan harga pada hujung minggu ini ya. https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210202p