Peranan AYAH dalam Keibubapaan Adalah Sangat Sangat PENTING!
Saya menyaksikan kesan dari ketiadaan, kurang main peranan, atau tindakan negatif ayah dalam hidup sang anak, terutama apabila anak telah meningkat usia remaja ataupun yang telah dewasa (dan telah menjadi ibu bapa pula).
Tapi poster ni saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada ayah masa kini yang sangat baik, prihatin, dan main peranan sebaiknya dalam hidup sang anak.
Sebenarnya juga, main peranan / penglibatan ayah ini cukup melegakan sang ibu..
Ibu ni banyak emosi terbabas dan tempias ke seisi rumah...😀..
Maka tahniah, dan syabas kepada kalian yang sudi terlibat dalam membantu kerja dalam rumah (walau peranan tetap Mr. Buangkan Sampah Dapur), apatah lagi yang sudi luang masa tidak berbelah bahagi Mr. Bermain dengan Anak, dan Mr. Penyokong Emosi Mak😊😊😊 .
Terima kasih!!! Peranan anda telah bantu banyak dalam kehidupan anak ini kini dan pada masa akan datang.
Di sini saya senaraikan dari pembacaan saya berkenaan instict saya dan pengalaman saya bekerja dengan klien kanak-kanak, remaja dan individu dewasa dalam kesihatan mental dan penyakit mental ya.
Peranan seorang figura bapa boleh memberi impak yang signifikan dan kekal kesannya kepada kehidupan anak di kemudian hari. Ini termasuk dalam pelbagai aspek, seperti perkembangan emosi, kognitif, sosial dan tingkah laku.
Dari kajian, berikut merupakan beberapa potensi kesan positif daripada seorang bapa yang menyokong dan terlibat dalam kehidupan anak-anak kemudian hari (syukur alhamdulillah, SYABAS):
1. Kesejahteraan Emosi:
Ayah yang terlibat dalam perkembangan anak sangat membantu kestabilan emosi dan harga diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami interaksi positif dengan bapa mereka lebih berkemungkinan untuk meningkatkan rasa harga diri, keyakinan diri dan ketahanan emosi yang kuat.
Sebab ayat bapa ni lain sedikit dari mak, mak mungkin membebel kan, ayah ni sekali sebut je anak terasa kesannya. Macam "Bagus Abang, Ayah bangga, ayah nampak tadi Abang berani pertahankan diri di depan kawan abang yang badan besar tadi!" (ni antara sedutan ayat suami saya kepada anakanda kami, Fateh 11 tahun).
.
2. Hubungan Sihat:
Ayah yang menunjukkan rasa hormat, kasih sayang dan komunikasi yang sihat dengan mak atau ibu kepada anak-anak ini atau ahli keluarga yang lain boleh menjadi contoh teladan untuk membentuk hubungan yang positif.
Anak-anak pasti akan belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan cara yang hormat dan penyayang, dan boleh mempengaruhi hubungan mereka sendiri apabila dewasa. Bapa borek, anak rintik kan...
.
3. Kejayaan Akademik:
Ayah yang terlibat dalam perkembangan anak-anak sering menunjukkan minat terhadap pendidikan anak-anak mereka dan memberikan sokongan untuk pembelajaran.
Penglibatan ini boleh membawa kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi dan motivasi yang lebih besar untuk cemerlang di sekolah.
Kalau MAK MAK SAHAJA terlibat, takut mak jadi naga lebih warna warni, harini kaler biru sejuk, esok kaler merah panas sebab mak tiba-tiba teringat eh mak tak sidai baju lagi atau masakan di dapur tertinggal separa jalan! 😁😁😅.
.
4. Perkembangan Kognitif:
Ayah yang melibatkan diri dalam aktiviti yang merangsang pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah boleh menyumbang kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Dalam petua keibubapaan dalam Quran pun ada menyebut antara peranan bapa adalah berdialog dan beramal bersama anak-anak, kan.
Jadi aktiviti ini mungkin termasuk bermain permainan pendidikan, membincangkan idea, dan mencabar minda dan menggalakkan rasa ingin tahu anak-anak. Maka ayah-ayah selalulah berbual dan challenge pemikiran anak-anak ya 😊😉.
.
5. Kemahiran Sosial:
Berinteraksi dengan ayah ni boleh membantu anak-anak mengembangkan kemahiran sosial, seperti empati, kerjasama dan penyelesaian konflik.
Interaksi positif dengan ayah boleh membawa kepada tingkah laku anak yang boleh menyesuaikan diri dengan sosial mereka secara yang lebih baik.