es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 326 suscriptores, ocupando la posición 975 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 355 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 326 suscriptores.

Según los últimos datos del 08 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -136, y en las últimas 24 horas de -8, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 4.40%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 1.85% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 719 visualizaciones. En el primer día suele acumular 302 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 09 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 326
Suscriptores
-824 horas
-277 días
-13630 días
Archivo de publicaciones
Pilih Sabar Berbanding Marah Pilih Mendidik Berbanding Mengherdik Pilih Pandang Anak Lebih Berbanding Pandang Hp Lebih Pilih
Pilih Sabar Berbanding Marah Pilih Mendidik Berbanding Mengherdik Pilih Pandang Anak Lebih Berbanding Pandang Hp Lebih Pilih yang lebih perlu dan penting Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Sambil buat kerja atau drive kereta, boleh tonton video live pendek saya ini ya : https://fb.watch/nJRxoMCHKG/?mibextid=Nif5o
Sambil buat kerja atau drive kereta, boleh tonton video live pendek saya ini ya : https://fb.watch/nJRxoMCHKG/?mibextid=Nif5oz

photo content

photo content

InsyaAllah kita ibu yang ada sentuhan magis tersendiri. Sentuhan Magis Ayah bagaimana ? 😀 Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan
InsyaAllah kita ibu yang ada sentuhan magis tersendiri. Sentuhan Magis Ayah bagaimana ? 😀 Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Tenangkan diri dahulu ya 👌
Tenangkan diri dahulu ya 👌

Kita adalah tempat selamat anak apabila mereka rasa tak selamat. Kita adalah tempat 'landing' anak apabila dia rasa 'down'. K
Kita adalah tempat selamat anak apabila mereka rasa tak selamat. Kita adalah tempat 'landing' anak apabila dia rasa 'down'. Kita adalah tempat 'bouncing' selamat anak apabila dia tersilap jalan. Kita adalah tempat luncur anak bila dia sedang mengalir air mata kesedihan... Kita adalah papan putih anak bila dia sedia mahu belajar. Kita adalah pen warna anak bila dia sedia untuk dicorakkan... Senarai takkan habis. Untuk ini kita perlu ada kesudian, kesanggupan, kesediaan untuk ikut naluri hati mahu bertindak lebih baik setiap hari, belajar dan perbuat lebih baik setiap hari juga. Momen demi momen... Tidak akan sia-sia usaha kecil kita. Moga Allah Redha. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Tidak Mudah Melakukan Secara Istiqomah Perkara yang Betul dan Lebih Baik, Namun Tidak Sia-sia Setiap Usaha kepada Perkara Ter
Tidak Mudah Melakukan Secara Istiqomah Perkara yang Betul dan Lebih Baik, Namun Tidak Sia-sia Setiap Usaha kepada Perkara Tersebut. Pasti Ada Bezanya... Maznah Ibrahim Telegram channel : T.mazn.me/chan

*'Thursday MINDTALK' Siri ke-8 Kembali* Tajuk : *_Another Side of the Coin_- Kefungsian Minda ADHD* Tarikh: 14 September 2023 Masa: 2.30-3.30 petang Medium: FB Hospital Putrajaya, Google Meet dan Youtube Unlisted Di dalam dunia yang serba pantas ini, kita seringkali terlalu fokus kepada apa yang dianggap sebagai 'kekurangan' atau 'masalah' dalam kehidupan kita. Namun, adakah kita pernah berfikir bahawa setiap sisi perkara ada aspek yang unik dan berharga? Di dalam webinar live kami yang bertajuk 'Another Side of Coin': Kefungsian Minda ADHD ini, kami akan membongkar satu aspek yang seringkali dianggap sebagai tentangan, tetapi sebenarnya mempunyai potensi luar biasa - Kefungsian Minda ADHD. Mari kita meneroka maklumat baru dan menarik ini bersama-sama Pegawai Psikologi Klinikal Hospital Putrajaya untuk mendapatkan pandangan yang lebih mendalam dalam memahami individiu ADHD, keunikan dan potensi mereka yang belum terungkap. Sertai kami dan teroka perspektif yang berbeza dalam perjalanan bersama individu ADHD ini (sama ada kanak-kanak mahupun dewasa). Link Daftar untuk mendapatkan link tontonan 'Live' di Google Meet dan Youtube Unlisted: https://forms.gle/skNp2VVZ4ZFu71eJ9 E-sijil akan diberikan selepas pengesahan kehadiran dan penilaian diberikan bagi tempoh masa ditetapkan.

photo content

Apa Yang Anak Kita Lihat ? Boleh, tak boleh Mana yang baik, mana yang tak baik Hitam dan putih jelas batasannya. Bagaimana nak tahu mana selamat tak selamat? Ajar perasaan. 1️⃣Benda yang dia lihat, rasa selamat, rasa ok = ✓ boleh continue lihat 2️⃣Benda yang dia lihat, rasa tak selamat, rasa tak ok = X perlu continue lihat ▶️ say No to self, stop, pergi dari situ dan beritahu ibu ayah, ▶️ Anak besar sikit, ajar stop dan tukar / skip. Kemudian beritahu ibu ayah juga. Kenapa beritahu ibu ayah ? Sebab ibu ayah perlu tahu apa dia terlihat, dan guide, beri input tambahan lagi. 3️⃣Benda yang dia lihat, rasa keliru / tak sedap hati, jatuh kepada = X Selamat Maka proceed kepada tindakan ni 2️⃣ di atas. Kesimpulan : Ajar anak kenali perasaan. Dari perasaan dia akan dapat buat banyak tindakan lain yang betul 👍. Ia sebahagian dari Skil EQ anak. Ada saya cerita sebaik mungkin dalam Webinar ini 👇👇👇 https://maznahibrahim.com/product/webinar-keibubapaan-eq-anak-penting/

photo content

Kita Nak Disiplinkan Anak Tapi Kita Bukan Guru Disiplin atau Terapis Tingkahlaku https://fb.watch/mwZmnddJO5/?mibextid=Nif5oz

Anak Juga Perlu Dijaga Perkataan Kita Kepada Mereka Seperti Kita Menjaga Perkataan Kita Kepada Orang Dewasa 'Penting' Yang La
Anak Juga Perlu Dijaga Perkataan Kita Kepada Mereka Seperti Kita Menjaga Perkataan Kita Kepada Orang Dewasa 'Penting' Yang Lain Maznah Ibrahim Reminder keibubapaan kita sehari-hari ♥️: T.mazn.me/chan

Ini akan bantu anak-anak untuk membentuk hubungan yang kuat dengan orang lain, tidak kira orang dewasa seperti atuk nenek, makcik pakcik, guru, orang awam, atau individu rakan sebaya mahupun yang lebih kecil... . 6. Identiti Jantina: Ayah boleh memainkan peranan penting dalam membentuk pemahaman anak-anak tentang peranan dan identiti jantina. Ayah yang menyokong dan berfikiran terbuka boleh menggalakkan anak-anak untuk menerima dengan positif dan secara sihat tentang jantina mereka sendiri sambil menghormati kepelbagaian perasaan dan isu dalam perhubungan berlainan jantina atau sesama jantina anak-anak ini. Tak kira dari usia prasekolah 4-6 tahun mahupun sekolah rendah dan menengah. Anak-anak akan sentiasa ada isu dengan orang lain dan mereka sebut budak tu, that boy, that girl etc... cikgu perempuan tu, cikgu lelaki tu.. dsb. Sebab dialog ayah akan lebih logik berbanding ibu yang berunsur emosi atau bias, kan.... Tapi ada momen dalam fasa tertentu sesuai ibu dengan anak perempuan remaja untuk berkongsi secara telus akan pengalaman mak masa remaja dulu... chatting chatting gugurl la kiranya... dan usia 3-5 tahun electra complex yang anak girl tiru mak tapi admire ayah, dan anak lelaki tiru ayah dan admire cinta kat mak tu kannnnn..... . 7. Resilien (kental diri) Ayah yang konsisten memberikan sokongan emosi dan bimbingan sewaktu anak menghadapi cabaran hidup, boleh membantu anak-anak untuk membentuk daya tahan dan kemahiran menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka. Ini sangat penting sebagai perisai atau skil anak dalam mengemudi pasang surut kehidupan dewasa mereka kelak. . ***Penting untuk kita ambil perhatian bahawa kesan figura seorang ayah ni mungkin berbeza-beza berdasarkan keadaan individu, kualiti perhubungan dan persekitaran keluarga secara keseluruhan. Ada setengah anak tiada figura bapa, kerana perpisahan mahupun kematian kan? Namun dengan adanya penglibatan lelaki dewasa yang rapat dalam hidup anak ini dan positif, bersama-sama membantu menyokong perkembangan anak ini, boleh menyumbang kepada perkembangan sihat anak-anak apabila mereka besar kelak. Apatah lagi yang ayah itu sendiri wujud (tidak bercerai atau meninggal), mainkanlah peranan sebaiknya. Ia tidak bermaksud anda merendahkan martabat diri dengan terlibat dalam sedikit urusan mikro rumah, iaitu tengokkan anak dan main dengan mereka, ia sebenarnya sangat menyumbang besar dalam kehidupan seorang anak.... PERCAYALAH (lagu Ct Nurhaliza)... . ACEs (Adverse Childhood Experiences) sangat jelas 10 itemnya melibatkan hubungan ibu dan ayah, peranan kedua ibu dan ayah kepada anak-anak, dan aspek ketiadaan, penceraian atau cabaran dalam rumahtangga dan satu item khusus untuk ayah (anak menyaksikan ibu diperlakukan kekerasan fizikal dalam pelbagai cara).... dan kesannya, kekal dan ia adalah dari 14 aspek kehidupan seorang anak dewasanya kelak.... . Terima kasih sudi baca, jarang saya menulis sedikit panjang, kongsikan dengan pasangan kita, dan kawan-kawan kita yang lain ya.😍👍👏. . Maznah Ibrahim. Telegram channel reminder keibubapan kita sehari-hari: T.mazn.me/chan

Peranan AYAH dalam Keibubapaan Adalah Sangat Sangat PENTING! Saya menyaksikan kesan dari ketiadaan, kurang main peranan, atau tindakan negatif ayah dalam hidup sang anak, terutama apabila anak telah meningkat usia remaja ataupun yang telah dewasa (dan telah menjadi ibu bapa pula). Tapi poster ni saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada ayah masa kini yang sangat baik, prihatin, dan main peranan sebaiknya dalam hidup sang anak. Sebenarnya juga, main peranan / penglibatan ayah ini cukup melegakan sang ibu.. Ibu ni banyak emosi terbabas dan tempias ke seisi rumah...😀.. Maka tahniah, dan syabas kepada kalian yang sudi terlibat dalam membantu kerja dalam rumah (walau peranan tetap Mr. Buangkan Sampah Dapur), apatah lagi yang sudi luang masa tidak berbelah bahagi Mr. Bermain dengan Anak, dan Mr. Penyokong Emosi Mak😊😊😊 . Terima kasih!!! Peranan anda telah bantu banyak dalam kehidupan anak ini kini dan pada masa akan datang. Di sini saya senaraikan dari pembacaan saya berkenaan instict saya dan pengalaman saya bekerja dengan klien kanak-kanak, remaja dan individu dewasa dalam kesihatan mental dan penyakit mental ya. Peranan seorang figura bapa boleh memberi impak yang signifikan dan kekal kesannya kepada kehidupan anak di kemudian hari. Ini termasuk dalam pelbagai aspek, seperti perkembangan emosi, kognitif, sosial dan tingkah laku. Dari kajian, berikut merupakan beberapa potensi kesan positif daripada seorang bapa yang menyokong dan terlibat dalam kehidupan anak-anak kemudian hari (syukur alhamdulillah, SYABAS): 1. Kesejahteraan Emosi: Ayah yang terlibat dalam perkembangan anak sangat membantu kestabilan emosi dan harga diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami interaksi positif dengan bapa mereka lebih berkemungkinan untuk meningkatkan rasa harga diri, keyakinan diri dan ketahanan emosi yang kuat. Sebab ayat bapa ni lain sedikit dari mak, mak mungkin membebel kan, ayah ni sekali sebut je anak terasa kesannya. Macam "Bagus Abang, Ayah bangga, ayah nampak tadi Abang berani pertahankan diri di depan kawan abang yang badan besar tadi!" (ni antara sedutan ayat suami saya kepada anakanda kami, Fateh 11 tahun). . 2. Hubungan Sihat: Ayah yang menunjukkan rasa hormat, kasih sayang dan komunikasi yang sihat dengan mak atau ibu kepada anak-anak ini atau ahli keluarga yang lain boleh menjadi contoh teladan untuk membentuk hubungan yang positif. Anak-anak pasti akan belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan cara yang hormat dan penyayang, dan boleh mempengaruhi hubungan mereka sendiri apabila dewasa. Bapa borek, anak rintik kan... . 3. Kejayaan Akademik: Ayah yang terlibat dalam perkembangan anak-anak sering menunjukkan minat terhadap pendidikan anak-anak mereka dan memberikan sokongan untuk pembelajaran. Penglibatan ini boleh membawa kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi dan motivasi yang lebih besar untuk cemerlang di sekolah. Kalau MAK MAK SAHAJA terlibat, takut mak jadi naga lebih warna warni, harini kaler biru sejuk, esok kaler merah panas sebab mak tiba-tiba teringat eh mak tak sidai baju lagi atau masakan di dapur tertinggal separa jalan! 😁😁😅. . 4. Perkembangan Kognitif: Ayah yang melibatkan diri dalam aktiviti yang merangsang pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah boleh menyumbang kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Dalam petua keibubapaan dalam Quran pun ada menyebut antara peranan bapa adalah berdialog dan beramal bersama anak-anak, kan. Jadi aktiviti ini mungkin termasuk bermain permainan pendidikan, membincangkan idea, dan mencabar minda dan menggalakkan rasa ingin tahu anak-anak. Maka ayah-ayah selalulah berbual dan challenge pemikiran anak-anak ya 😊😉. . 5. Kemahiran Sosial: Berinteraksi dengan ayah ni boleh membantu anak-anak mengembangkan kemahiran sosial, seperti empati, kerjasama dan penyelesaian konflik. Interaksi positif dengan ayah boleh membawa kepada tingkah laku anak yang boleh menyesuaikan diri dengan sosial mereka secara yang lebih baik.

photo content

[Tips Rebonding atau Masa Nak Selami Hati Anak] Laras Badan Sama ✅ Laras Mata Sama ✅ Laras Emosi Akan Lebih Dekat ✅ Mesej Aka
[Tips Rebonding atau Masa Nak Selami Hati Anak] Laras Badan Sama ✅ Laras Mata Sama ✅ Laras Emosi Akan Lebih Dekat ✅ Mesej Akan Lebih Sampai ✅ Koneksi dan Percaya Meningkat ✅ Semoga kita sentiasa DEKAT di hati anak ❤️ Maznah Ibrahim Telegram channel keibubapaan reminder kita sehari-hari :- T.mazn.me/chan p/s saya selalu sarankan baring, sebab ia paling powerful, saya pun suka dan selalu buat yang 'baring' tu. Anda suka posisi mana satu ? .

30 Soalan Boleh Tanya Kat Anak Selain “Apa Belajar Hari Ini?” Kadang kita buntu nak tanya soalan apa lagi selain "Apa Kakak / Abang belajar kat sekolah hari ini? Anak pula biasanya tak dapat jawab dengan baik soalan lazim kita tu heheh. Saya juga alami masa anak sulong pertama kali masuk sistem persekolahan, masa dia usia 4 tahun dan sekolahnya jenis 8 pagi sampai 5 petang. Kenapa penting kita nak tanya sangat dan apakah agaknya 30 soalan pilihan lain yang kita boleh gunakan selain yang lazim ini? Baca lanjut di sini. https://maznahibrahim.com/30-soalan-boleh-tanya-kat-anak-selain-apa-belajar-hari-ini/