Kisah Pelajaran Malam Tadi
Dari Anak Melalui Mak Untuk Anak
Sewaktu Santai Sebelum Anak Tidur
.
Kisah 1 :
Fateh kata : Bau pampers Baby Yumna busuk.
Yumna tak sedar ke ?
.
Saya kata macam tulah,
orang lain saja boleh beri maklumbalas tentang diri kita,
Kita biasanya tak sedar pun.
.
Orang lain cermin diri kita,
Contoh kalau kawan atau guru kata rambut Fateh busuk,
Maka mungkin benarlah,
Sebab Fateh tak boleh bau sendiri.
.
Kalau kawan kata Fateh marah,
Fateh rasa tak,
Sebab Fateh fikir 'marah ialah dengan pukul sekali',
Tapi kawan dengar suara Fateh tegas dan dia pun ada persepsi dia sendiri,
Maka perlulah kita berubah pada gaya suara..
.
Jadi bersifat terbukalah,
Bersedia terima kritikan.
Okay?
.
Dia angguk.
.
-------------------
Kisah 2 :
Khairunnisa' (KN) nak campur kertas dia potong yang besar tu dengan bintang comel yang Mummy buat,
Masuk dalam botol.
(Kami buat projek bintang bintang di langit)
.
So bintang comel pun tak nampak lah.
.
Saya keluarkan kertas potongan besar,
tinggalkan bintang sahaja,
tanya KN:
.
"Nampak bintang comel tu? Cantik tak?"
.
"Nampak. Cantik!".
.
Okay, saya campur semula kertas potongan besar lain tu, dalam balang sama.
.
"Sekarang nampak bintang tak?"
"Taaak. Bintang dah tenggelam". (Kata KN dengan kosa kata mengagumkan hehe😅)
.
"Betul.
Jadi, benda baik dan tak baik,
tak boleh campur.
Bila campur, benda baik mudah tenggelam sebab benda tak baik tu pengaruh dia besar.
.
Macam Fateh, nanti besar bergaul, berkawanlah dengan kawan yang betul dan baik.
Jika tidak, 'bintang' potensi Fateh akan tenggelam. OK".
.
Faham tak faham Fateh separa faham dan angguk jela hehe.😀😀😀
.
.
====================
Nota.
1. Bila ada situasi anak bercakap sesuatu, dan perlu dikaitkan dengan pelajaran kehidupan dia yang unik tersendiri tu, terus berikan pelajaran / mesej itu. Sebab ia 'fresh' dia tengah tanya dan 'engage' dalam situasi itu.
Macam Fateh sebelum ni meluah pada saya yang kawan kata dia marah sedangkan dia rasa tak, marah ialah dengan pukul sekali dan dia tak pukul orang. Saya kata maybe sebab suara Fateh tegas dan kelihatan marah. Macam sekarang ni. So marah juga ialah dari suara (verbal) dan atau pukul (perlakuan).
Guru pernah kata "Fateh, shampoo rambut" dengan muka serius seperti gurau.
Ayah Fateh selalu minta dia shampoo rambut sebab rambut dia berbau (dia kan rambut lebat hitam), dia pun shampoo la. Namun saya tak pernah rasa rambut dia ada bau semerbak ke apa 😂😂😂.
.
.
2. Biasanya dengan tunjuk metafora macam ni (bintang dalam balang) anak lebih jelas perbezaan depan mata dan boleh berfikir, boleh memilih, boleh buat keputusan dengan lebih tepat dan baik.
.
3. Ibubapalah yang merupakan guru kehidupan anak anak. Sentiasa didik dan bimbing dengan penuh kasih sayang, dengan kaitkan on the spot situasi mereka sewaktu MOOD BAIK dengan ISU MEREKA yang masih puzzle pada minda mereka saat mood baik itu
.
4. Biasanya mood baik tu sebelum tidur, santai santai beraktiviti dah nak tidur dah .. Grounding Technique.
.
Maznah Ibrahim
15 April 2019
****⚘⚘⚘***
PS: Jangan lupa daftar Webinar Parenting bulan Disember kali ini berkenaan 'Therapeutic Storytelling' untuk Anak dari Ibubapa ya : 25 Disember 2020, 9.30 malam
https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
.
.