fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

رفتن به کانال در Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام Parenting Maznah Ibrahim

کانال Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 15 759 مشترک است و جایگاه 967 را در دسته خانواده و کودکان و رتبه 2 335 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 15 759 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 25 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -145 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -6 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 3.90% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 2.13% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 614 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 335 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 0 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 26 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته خانواده و کودکان تبدیل کرده‌اند.

15 759
مشترکین
-624 ساعت
-337 روز
-14530 روز
آرشیو پست ها
'I am a Good Mother' Saya percaya, anda adalah ibubapa yang terbaik untuk anak-anak anda, Walau apa jua anda telah lakukan sebelum ini. 'To do the next right thing' or 'better way' tu kita boleh belajar lagi dari masa ke semasa along our journey, Kerana kita manusia makhluk pembelajar, begitu juga anak-anak kita. Allow for mistakes. ❤♥ https://maznahibrahim.com/anda-bukan-ibu-yang-teruk/

Alhamdulillah Syabas kepada lebih 800+ orang yang telah mendaftar Webinar Anak Pendam, Tuan puan telah terima email link raka
Alhamdulillah Syabas kepada lebih 800+ orang yang telah mendaftar Webinar Anak Pendam, Tuan puan telah terima email link rakaman webinar live Jumaat lalu pada malam tadi. Boleh periksa email ya. Ada timer nya. Untuk 3 hari 😊👍🏼 Kenapa penting dorong anak luah, Apa kesan anak pendam, Apa strategi asas dorong anak luah, Mengikut usia 0-2, 2-3, 4-6, 7-12, dan 13-18. Oh ya ada yang pm bertanya untuk diri ibubapa sendiri jika seorang jenis pemendam, Bagaimana? InsyaAllah boleh cover dalam senarai Webinar saya Disember dan seterusnya. Stay tune dan sentiasa follow di Telegram, dan buka email ok. Care ❤, Maznah Ibrahim Channel telegram : T.mazn.me/chan

IDOLA, PENTING, dan DEKAT. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan
IDOLA, PENTING, dan DEKAT. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Tidurkan anak awal, dan jumpa malam nanti insyaAllah. Temujanji kita 9.30 malam ok. Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan.
Tidurkan anak awal, dan jumpa malam nanti insyaAllah. Temujanji kita 9.30 malam ok. Semoga semuanya lancar dan dipermudahkan.

DEKAT Untuk rasa tenang dan selamat, anak bayi akan perolehinya bila dia dipeluk atau didakap dengan erat, secara penuh. Untuk orang dewasa, dapatkan pelukan yang erat dari yang orang yang anda percayai dan rasa dekat (pasangan/ bff). Namun bila tiada sesiapa, 'peluklah' dan dekatlah dengan Tuhan, kita akan pasti dapat manfaat tenang dan selamat.... Refleksi, Maznah Ibrahim .................................. 🏡 Singgah Parent Hut Webinar : Anak sukar meluah perasaannya? Join webinar Live eksklusif saya pada malam ini (9.30-10.30pm), sudah 700 lebih orang mendaftar. Link nya di sini: https://webinarv2.mazn.me/anak-pendam-apa-nak-buat/?utm_source=t

photo content

Antara Kesilapan Kita Ibubapa....(samb. part 3) Kita ibubapa ni ibarat 'mata helang', nampak dari jauh dan pantas menerbang, dan macam sotong pula yang banyak tangan; kita banyak kerja dan tugasan yang harus diselesaikan. Dengarkan, bayangkan, analisiskan, dan 'rasakan' situasi di bawah ini: ....Si anak 3 tahun ni tak pandai nak bercerita penuh lagi. Tapi selalu nangis-nangis aja, memberontak, taknak pergi rumah pengasuh. Bercakap pun macam iya iya aja semuanya bila ditanya. Mama pun taknak lah salah sangka atau tuduh pengasuh pula, provoke anak bila kata si anu ni buat dia ke? Mama juga tak pasti kalau anaknya ini ada disakiti di rumah pengasuh atau sesiapa di sana..... | Misteri |....... -------------- Satu dari kesan bila anak tidak pandai meluah lagi ialah kita senang mempengaruhi dan mengubah apa maksud sebenar dirinya. Adalah lebih mudah bila anak sudah pandai bercerita sendiri, namun tak semua anak pandai mereka ayat dan menuturkan dengan baik. Namun ada caranya untuk mendekati anak, dapatkan pieces of puzzle dan menyusun puzzle dari perspektif dia. Game emosi dan bina bonding dengan bercerita boleh membantu ibubapa dalam mengorek apa sebenarnya yang berlaku. Ia limited info diperoleh, namun boleh membantu dalam proses ke depan anak mampu meluah dengan baik nanti..... . Ada beberapa kesan lain lagi yang akan dikupas nanti dalam Webinar saya nanti ya. Webinar 'parenting' bulan November ini adalah mengenai isu anak pendam atau tidak pandai meluah? Macam mana kita nak buat ni ya? Seusia kecil bayi lagi sebenarnya boleh dilatih (anak kita yang kecil-kecil: pencegahan), atau boleh di'intervene' dengan beberapa strategi atau kaedah tertentu bagi anak yang sudah besar. Sudah daftar ? Sudah lebih hampir 600 orang mendaftar setakat ini. Boleh sharekan kepada rakan dan kenalan anda semua ya. Link daftarnya di sini: https://webinarv2.mazn.me/anak-pendam-apa-nak-buat/?utm_source=t

photo content

Takdir Allah sentiasa yang terbaik aturannya. Allah tahu kemampuan kita. Ujian dan bantuannya sentiasa ada. Tinggal diri kita saja melaluinya, memilih hikmah kebaikan berbanding keluh kesah yang merugikan. Sanah helwah buat Kak Chik Ashfa, anak comel, penyayang dan sangat bijak (seorang anak Achondroplasia - kerdil), anak kepada sahabat saya Pn Rafiza Rafi. Beliau adalah sahabat group EHSABAR kami yang sentiasa positif dan looking forward untuk jadi yang terbaik. Mudahan Pn Fiza dapat konsisten menulis journey ini di dalam blog, saya amat menggalakkannya. Luar negara banyak, dalam Malaysia tak berapa nampak. Sama-sama kita doakan kebaikan buat anak ini dan semua anak kita ya ❤❤❤ https://www.facebook.com/mymscbiz/posts/2856946957909557

Antara Kesilapan Kita Ibubapa....(samb. part 2) Kita ibubapa ni ibarat 'mata helang', nampak dari jauh dan pantas menerbang, dan macam sotong pula yang banyak tangan; kita banyak kerja dan tugasan yang harus diselesaikan. Dengarkan, bayangkan, analisiskan, dan 'rasakan' situasi di bawah ini: ....Kakak 9 tahun baru balik dari sekolah. Ibu nampak kakak monyok dan tak ceria. Ibu tak tahu macam mana nak korek perasaan kakak. Adakah kakak ada adegan dibuli lagi di sekolah seperti guru beritahu hari itu? Jenis kakak yang pendiam ni memang macam tu, sama macam ayahnya, getus ibu dalam hati. Ibu rasa buntu juga tak tahu nak buat macam mana. Ibu harap boleh sembang dan kakak pandai bercerita apa-apa kepada ibu. Nanti kalau kakak dah besar remaja bolehlah jadi kawan baik dengan ibu....... -------------- Satu dari kesan bila anak tidak pandai meluah ialah kita ibubapa tidak tahu apa dalam hati si anak. Maka kemungkinannya akan kurang tepatlah strategi kita bantu si anak. Kita ingat dia Abc rupanya dia Bca, kita ingatkan dia sedih kena buli dengan rakan sebaya, rupanya dia kecil hati atau marah dengan kita mengenai hal tertentu yang kita terlepas pandang. Ditambah lagi dengan masa kita dengannya semakin berkurangan sejak ada anak bayi dan dia pun dah masuk fasa 'pre teen'. Dan anak boleh terus pendam sebagai caragaya komunikasinya dalam menangani stres kehidupannya... Most likely.. Berkemungkinan besar. . Ada beberapa kesan lain lagi yang akan dikupas nanti dalam Webinar saya nanti ya. Webinar 'parenting' bulan November ini adalah mengenai isu anak pendam atau tidak pandai meluah? Macam mana kita nak buat ni ya? Seusia kecil bayi lagi sebenarnya boleh dilatih (anak kita yang kecil-kecil: pencegahan), atau boleh di'intervene' dengan beberapa strategi atau kaedah tertentu bagi anak yang sudah besar. Sudah daftar ? Sudah hampir 500 orang mendaftar setakat ini. Boleh sharekan kepada rakan dan kenalan anda semua ya. Link daftarnya di sini: https://webinarv2.mazn.me/anak-pendam-apa-nak-buat/?utm_source=t

photo content

photo content

Antara Kesilapan Kita Ibubapa.... Kita ibubapa ni ibarat 'mata helang', nampak dari jauh dan pantas menerbang, dan macam sotong pula yang banyak tangan; kita banyak kerja dan tugasan yang harus diselesaikan. Dengarkan, bayangkan, analisiskan, dan 'rasakan' situasi di bawah ini: Mak dengar suara anak kecilnya menangis kuat. Mak pun terus marah si abang sebab pada mak abang 5 tahun mesti kena jaga adik dan pastikan adik selamat, sementara mak tengah memasak. Abang dimarahi teruk sama seperti 'teruknya' tangisan kesakitan si adik yang baru belajar bertatih (berjalan sendiri). Abang juga jadi sangat sedih, sakit hati, malah fizikalnya juga lebam-lebam dicubit dan dipukul ibu. Sebenarnya semua ketiga-tiga pun 'sakit', sedih, dan kecewa dalam masa beberapa minit yang singkat ini.... ------- Satu dari kesan bila anak tidak pandai meluah ialah ibubapa akan mudah salah tanggap, menuduh dan tersilap dalam layanan kepada si anak ini. Bila silap layanan, sama aja macam terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan memang tak ok kesannya, seperti situasi di atas. Ada beberapa kesan lain lagi yang akan dikupas nanti dalam Webinar saya nanti ya. Webinar 'parenting' bulan November ini adalah mengenai isu anak pendam atau tidak pandai meluah? Macam mana kita nak buat ni ya? Seusia kecil bayi lagi sebenarnya boleh dilatih (anak kita yang kecil-kecil: pencegahan), atau boleh di'intervene' dengan beberapa strategi atau kaedah tertentu bagi anak yang sudah besar. Sudah daftar ? Sudah hampir 400 orang mendaftar setakat ini. Boleh sharekan kepada rakan dan kenalan anda semua ya. Link daftarnya di sini: https://webinarv2.mazn.me/anak-pendam-apa-nak-buat/?utm_source=t

Anak Kecil Kadangkala Kita Lihat Seperti Amat Keras, Kuat Kemahuannya ... Apakah di sebaliknya. Rupanya fasa biasa untuk usia tertentu. Boleh baca lanjut di sini: https://maznahibrahim.com/anak-keras-kepala/

Tenang Tenang Walau Ada Bimbang? . Lagi bimbang lagi banyak kebimbangan mendatang ya. Itulah seni fokus. . Sedangkan bimbang banyak ke arah tidak pasti akan perkara itu, banyak fokus kepada masa depan, dan banyak bermain di fikiran kita saja. . Kita ubah fokus. Apa nak difokuskan? . 4 perkara ini sahaja : . 1️⃣. Penjagaan diri anda sendiri. 💪☺️ Self care amat penting. Pastikan diri anda cukup makan, cukup tidur, cukup beraktiviti, dan cukup melakukan perkara yang anda suka buat, dan buat anda gembira. Apakah ia? Kenalpastikan ianya... Kadang, dengan berbual dan meluahkan, anda rasa banyak lega. Kadang, dengan pelukan, anda juga rasa tenang. Kadang dengan menulis, anda juga rasa ringan. Dan bermacam lagi. . 2️⃣. Lakukan aktiviti bermanfaat dan berkualiti dengan ahli keluarga.😍👍 Jika selama ini kurang berpeluang solat jemaah keluarga, mungkin ini masanya kan? Jika selama ini selalu berada di luar, berjalan, dan tak berpeluang nak memasak, inilah masanya nak cuba, lakukan dengan anak-anak. Banyak peluang sebenarnya.😊 . 3️⃣. Jika anda bekerja, mungkin banyak tugasan kini perlu dilakukan secara online. Bahagikan masa dengan sebaiknya ya. Beritahu anak yang anda ada sedikit kerja, dan akan kembali kepada mereka setelah selesai.😊 4️⃣. Hanya mendapat input mengenasi situasi semasa dari sumber yang sah dan membantu anda sahaja. Selainnya, pilih input yang membantu, bukan menambah beban diri pula.👍 Tarik Nafas Hembus, Senyum, Sabar dan Bersangka Baik.😀😀😀 Luah dan kongsikan kepada orang yang dipercayai saja ya. . CARE♥️, Maznah Ibrahim 🎈................................................🎈 💻Webinar Anak Pendam Emosi telah dibuka, boleh daftar di sini: https://webinarv2.mazn.me/anak-pendam-apa-nak-buat/?utm_source=t Channel Telegram: T.mazn.me/chan

photo content

Audio Post 3 Mari berehat sebentar di Parent Hut Audio. Kali ini 4 minit audio saya bercakap mengenai kawalan. . #3 Kawalan https://open.spotify.com/episode/05jkG5EowohmCKfvR5rSZf . .

Anak Pendam atau Sukar Luah Perasaan/Pemikirannya: Macam Mana Nak Buat? Tindakan manusia ada 2 bentuk; sama ada pendam atau ekspres. Ekspres pula ada 2 cara, sama ada secara agresif (marah-marah, bentak-bentak, mengamuk-ngamuk) atau asertif (beritahu elok-elok jelas dan tidak melukakan sesiapa). Ramai mengadu dan bertanya kepada saya macam mana nak buat agar anak menjadi seorang yang meluah. Memberitahu, berkongsi kepada ibubapanya akan apa yang berlaku sama ada di sekolah mahupun di mana jua berada. Alangkah bestnya bila anak boleh beritahu, maka kita boleh tahu. Tahu apa dalam pemikirannya dan apa dalam hatinya. Maka tidaklah kita bersangka-sangka mahupun menuduh, atau tersilap layanan kepada mereka (mistreat) yang bakal memberi kesan kurang baik pula kelak walau niat kita baik aja sebenarnya. Nak bantu anak, nak bimbing anak, nak selesaikan masalah anak. Dalam webinar 1 jam ini insyaAllah saya kupaskan: 1⃣ : Senario dan kesan anak pendam kepada bukan sahaja dalam jangka masa pendek malahan jangka masa panjang 2⃣ : Bagaimana cara ibubapa boleh lakukan untuk bantu anak luah atau beritahu kepada ibu bapa apa sahaja yang perlu, dan penting termasuk RAHSIA SELAMAT. Untuk siapa webinar ini? 1⃣ : untuk semua ibubapa yang mahu cakna akan skil komunikasi mendorong anak meluah 2⃣ : untuk ibubapa yang selalu rasa sukar atau buntu tidak tahu macam mana nak korek apa dalam hati anak 3⃣ : untuk ibubapa yang selalu rasa tidak reti nak cakap dengan anak dengan cara lebih berkesan bagi mengetahui apa di dalam hati anak. Kenapa saya buat webinar tajuk ini pada bulan November ini? 1️⃣ : Kerana saya selalu ditanya mengenai soalan ini, malah ramai juga mengalami pasangan yang tidak meluah sehinggakan menjadi kesan kepada perhubungan dan konflik dalam suami isteri. Maka cara terbaik ialah ibubapa itu sendiri belajar dan ajarkan anak kerana anak ini akan jadi suami/ isteri orang lain kelak :) 2️⃣ : Kerana ia skil penting agar bonding ibubapa-anak kekal utuh sehingga fasa 'storm and stress' remaja nanti, yang mana anak akan bercerita kepada ibubapanya bila alami apa jua cabaran, godaan dan halangan dalam diri dan luaran semasa fasa mencabar itu nanti. 3️⃣ : Kerana skil mudah ini adalah satu dari komponen EQ untuk seorang manusia dan alangkah baiknya ia dikuasai oleh ibu bapa untuk diwariskan kepada anak mereka, maka nanti anak ini akan sukses dan seimbang dewasanya kelak (survive dalam arus semasa dengan kesihatan mental yang baik). Banyak hasrat saya lagi, pokoknya ia untuk anda semua yang saya hargai dan ambil berat akan skil keibubapaan kita bersama. Jum daftar, ia percuma dan sebarkan kepada kenalan anda semuanya ya. Tarikh : 20 Nov 2020 (Jumaat) Masa : 930 - 10.30 malam Rakaman : Ada untuk selama 3 hari bagi yang telah mendaftar Daftar di sini: https://webinarv2.mazn.me/anak-pendam-apa-nak-buat/?utm_source=t . .

photo content

😁😂 Tarik nafas hembus senyum ok Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan
😁😂 Tarik nafas hembus senyum ok Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan