5 TIPS 'STAYING AT HOME PARENT WITH SMALL KIDS' AGAR EMOSI POSITIF DAN 'LESS STRESS'.
Saya nak ucapkan SYABAS
TAHNIAH kepada anda semua #IbuBapaKini sebab telah berjaya 'berpuasa' dengan sangat tabah,
Duduk saja di rumah dengan keluarga,
Mengendali kerja sendiri dan anak-anak,
Tuhan aja tahu bagaimana kelam kelibutnya kita....
.
Saya review penulisan tahun lalu dan update untuk kita sama-sama hayati dan dapat serba sedikit input ya.
Untuk saya sewaktu mula-mula PKP sepenuhnya tidak boleh keluar rumah, saya sudah perasan bunga-bunga kecil 'unknown reason meltdown' si Yumna toddler yang saya kenalpasti sebagai stres dia sebagai anak kecil, lalu saya lakukan perubahan (adjustment) segera.
.
Saya kongsikan 5 tips penting yang boleh saya senaraikan agar kita sebagai IbuAyah boleh kekal positif.
.
1. Memandangkan kurang aktiviti luar rumah dan keluar dari rumah yang boleh dihabiskan masanya dan tenaga, maka tenaga dan masa anak sepenuhnya adalah di dalam rumah. Ia sememangnya mudah mengundang stres, kepada kanak-kanak sebenarnya, sebab segalanya terhad (dan ingat, anak-anak adalah bergantung kepada pohon utama iaitu IBU dan AYAH sebab mereka masih belum sepenuhnya berdikari):
-- maka, UBAH SUSUNATUR PERABOT agar lebih luas, lapang untuk anak lakukan aktiviti fizikal seperti merangkak, berlari pusing, melompat, berbasikal kecil tricycle/kereta kecil dll.
-- beli di shopee alat gayut (door chin bar pasang kat rumah nanti boleh gayut), buaian dan alat panjat, kolam besar agar anak ada aktiviti indoor dan outdoor
-- adakan rutin untuk 'jumpa' atau 'dilihat' oleh matahari pagi dan petang walau di beranda/balkoni rumah untuk aktiviti alam semulajadi walau 10 minit,
.
2. Tidur juga mudah lewat sebab tenaga banyak 'reserve', berbanding hari biasa banyak travel ke sekolah, aktiviti di sekolah, tenàga saling berpindah dengan individu lain (kanak-kanak/orang dewasa), maka anda akan dapati anak kurang letih gitu. Jika tidur biasanya lepas isya kini jadi lepas pukul 10 mungkin 😄😅. Kini ada yang sampai 2-3 pagi juga.
Jadi PENATKAN mereka dengan AKTIVITI 'HOUSE CORES' harian anda. Mana yang boleh mop, mop, kacau bancuhan cekodok, mem vakuum, sidai baju, melipat kain atau hang ke hanger, dll.
Ia PELUANG BAIK sebenarnya, untuk latihan anak dan juga kurangkan bebanan tenaga terpendam anak dan kita sendiri. Walau kecah, kecoh, haru biru, just libatkan mereka, ok.
Dan ia untuk bantu emosi anda 'clean and clear' bila rumah walau sepah sebab anak kreatif, namun bersih dan sedikit kemas. Benar, rumah sepah buatkan emosi, kepala semua serabut, emosi pun cepat ribut taufan meletup aja 😣, ia sebenarnya prioriti, bukan satu 'option'.
Juga penatkan mereka dengan SEKURANGNYA 30 minit dua kali sehari sesi pagi dan petang, aktiviti outdoor/tepi tingkap, untuk anak dapat cahaya matahari. Cahaya ini bantu rembes hormon antistress anak-anak dan mak pak sekali.
Saya tahu kita rasa melibatkan anak dalam aktiviti tugas utama kita (memasak so on) adalah ibarat buang masa dan menambah kecah, hakikatnya kepuasan si anak perolehi sebenarnya jauh lebih besar kesannya kelak untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka remaja ke atas nanti, keyakinan diri, keberdikarian (mandiri) dan coping skill mereka bila hadapi stres dewasa kelak.
Juga masa kita, kita rasa masa kita terbuang, namun fikirkan semula: fokus dan siap berbanding (vs) tak dapat fokus dan tak dapat siap, malahan buat silap lagi, mungkin ada ketikanya kita akan buat kerja malam hari sewaktu anak-anak telah tidur, atau kita time off sebentar block masa 30 min tutup pintu bila sudah layani mereka 30 minit (sepertinya 1:1, sama banyak masa dengan mereka dan masa untuk kerja kita sendiri..), namun adalah output kerja kita siap sikit sikit itu (walau block masanya 1:1 ialah 10min:10min tau) 😅😅 (maka siapkan setting meja kerja kita yang boleh check in dan out anytime tu).