ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 15 768 подписчиков, занимая 970 место в категории Семья и дети и 2 340 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 15 768 подписчиков.

Согласно последним данным от 22 октября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -142, а за последние 24 часа — -3, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 3.86%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.16% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 609 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 341 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 23 октября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

15 768
Подписчики
-324 часа
-307 дней
-14230 дней
Архив постов
Kita sering silap faham kepada anak melalui tingkahlaku dan karektor yang ditunjukkan seperti 'mengada-ngada', drama king/queen la, degil kepala keras batu dsb.. Tukar perspektif, pandang dari sudut positif aja. https://maznahibrahim.com/14-sikap-anak-yang-sering-buat-kita-hilang-sabar/

Ada adegan anak pecahkan pinggan? Pasti ada, kan. Setiap rumah ada alaminya. Kita cakna dan tahu kesan jika marah anak kaw kaw punya, efek ke 'reptilian brain' dia (terancam dan terjejas rasa sekuriti dia). Ketakutan, rasa bersalah, rasa diri amat kecil bila dimarahi. Sedangkan orang dewasa terbuang air kecil di masjid pun Rasulullah s.a.w tidak marah malah mengarahkan sahabat lain untuk membersihkan air kencing itu kemudian baru memberitahu ayat peraturan masjid *Teknik Nabi, oleh Tim Pengkaji Hadith Nabi (TPH). Mudah aja: 1. dalam rumah anak kecil, kita sediakan pinggan plastik yang bpa free untuk makanan panas. 2. anak sudah besar sedikit, kita izinkan untuk adegan pecah berlaku. Belilah pinggan kaca yang tidak terlalu mahal. 3. adegan pecah telah berlaku, kita katakan: Hati-hati, takmau pijak. Tidak mengapa, mama ambil penyapu dan kita bersihkan. (permulaan ayah ibu bersihkan kerana tentunya si anak terkejut dengan adegan ini). 4. anak sudah besar sedikit, usia 7 ke atas, pecah berlaku, anak sendiri akan katakan: jangan bergerak (kepada semua ahli keluarga), abang/kakak nak ambil penyapu dan sapu. Modelkan semasa anak kecil, dan anak laksanakan sewaktu dia sudah mampu. Berapa harga pinggan kaca kita tu? RM3? RM10? RM30 seunit? Berapa harga keyakinan diri anak yang telah punah akibat kita memarahi mereka? Mampukah kita bayar kembali? Fikir-fikirkan. Maznah Ibrahim. t.mazn.me/chan *** p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t5 .

photo content

Anak Kita Usia 2-7 Tahun (Praoperasi): 💨 memiliki imaginasi yang sangat tinggi 💨 banyak idea dan eksperimennya nak buat sendiri 💨 dah diterangkan berulang kali pun akan faham separa aja nanti 💨 egonsentrik, memahami dari dunia dan perspektifnya sahaja dulu Tapi tak apa, 🌈 fahami dia dan beri ruang peluang kepada apa dia nak, 🌈 terangkan aja berulang kali sebaik berlaku sesuatu (tunjuk bukti dengan berhemah) 🌈 libatkan dia untuk sama-sama alami, secara konkrit jelas 🚀 ini adalah persediaan untuk kognitif matang dia fasa bimbingan usia 7 ke atas nanti... Key nya sabar dan terus perkuatkan kesabaran. 🗝Terang dan ulang terang berkali akan peraturan yang betul: boleh dan disusuli tidak boleh (contoh : "TAK BOLEH main tepung merata tapi BOLEH MAIN tepung dalam bekas besen ini saja), 👨‍🌾 Maka dia akan gembira dan puas, 👩‍🎨 Keyakinan diri tinggi, 👩‍🔬 Optimis: positif, 👨‍🚀 Kreatif dan imaginatif dalam penyelesaian masalahnya nanti. Ok ibu ayah Maznah Ibrahim. p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t4

photo content

Video Panduan Kaedah Therapeutic Storytelling: https://courses.maznahibrahim.com/therapeutic-story-telling

Bagaimana Gunakan Kaedah Otak Kanan dengan anak kecil yang sememangnya major kat otak kanan sewaktu usia dini... Pastikan memenuhi 3 aspek ini: i. Indirect ii. Guna metafora iii. Everything can be anything, anything can be everything Maznah Ibrahim https://www.youtube.com/watch?v=uiAVtr16uYo

photo content

( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK) Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau . Otak kita akan merembeskan hormon serotonin, iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser). Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi. Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin, lebih dekat kepada kemurungan (depression). Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine, iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan, Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati). Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari, Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan. Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda, dan positif emosi. Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami, sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi . Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasama Mak pak pun kurang stres sebab mereka. Buat ya? Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga. Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah. Buat ya. CARE , Maznah Ibrahim Telegram peringatan mesra keibubapaan kita bersama di : t.mazn.me/chan . p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=fp3

Sebab anak duduk di rumah saja, mereka juga : 💥Penat bgaduh, 💥Penat panggil kita, 💥Penat cari perhatian kita, 💥Penat ajak kita buat itu ini... Dalam pada kita sibuk bekerja dari rumah (atau kita memang fulltime house manager di rumah), Maka, 💝 Luangkanlah masa melihat mereka sepenuhnya 💝 Fokus bermain : berpusatkan minat mereka 💝 Cuba 10 minit penuh dulu 💝 Masuklah dan 'enjoy' lah terjun ke level mereka (posisi badan kita, pilihan aktiviti mereka, pandang wajah mereka tak berbelah bahagi, rehatkan minda kita turun ke level badan kita) InsyaAllah anak-anak akan happy sangat-sangat. Rasa bahagia, ⛄Rasa segan pun ada sebab Mama Ayah tengok mereka macam peminat admire besar sungguh. Hm... tadi mama ayah kerja, sekarang mama ayah jadi playmate awak ya. . Care ❤, Maznah Ibrahim. p/s: Telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak). Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t2

photo content

Bila kita ada banyak alat gajet yang 'multifunction', seperti hp (alarm, masa, email, text, media sosial, planner, dll) dan p
Bila kita ada banyak alat gajet yang 'multifunction', seperti hp (alarm, masa, email, text, media sosial, planner, dll) dan periuk memasak itu ini juga multifunction, Ia membantu banyak tugasan rumah kita, kan. Maka tak mustahil juga peranan kita kepada anak adalah 'multiroles', pelbagai peranan dan fungsi.... Hmm dan jalanilah ia sebaik mana yang mampu. Kelak fungsi kita semakin menurun bila anak sudah besar dewasa dan berdikari. Hayatilah ia selagi masih ada ruang dan peluang. Care ❤, Maznah Ibrahim Channel telegram ingatan bersama mesej keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

Semoga kita dapat menarik dan membesarkan emosi positif kita hari ini, Dan akui rasa emosi kurang enak kita, kemudian perlaha
Semoga kita dapat menarik dan membesarkan emosi positif kita hari ini, Dan akui rasa emosi kurang enak kita, kemudian perlahan-perlahan pelawalah emosi kurang enak untuk beransur pergi.... . Sebut aja : "Kesyukuran saya hari ini kerana...", "Alhamdulillah, hari ini saya dapat/ada/telah..." "Bertuah nya saya hari ini kerana....", dan sebagainya.... Tarik yang baik-baik aja ok. Semoga semua urusan kita baik dan lancar hari ini. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan . p/s: Semalam telah dibuka webinar EQ Anak (latih skil pengurusan emosi anak) dengan harga 'earlybird' 24 jam ya. Boleh daftar di sini: https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t1

Isu lama, iaitu hubungan ibu bapa dan anak semakin renggang dan sukar nak cakap bila 1️⃣ anak semakin membesar, 2️⃣ anak mula ada dunia sosialnya sendiri... 3️⃣ dan halangan komunikasi ini bertambah-tambah lagi sejak PKP, dengan setiap ahli keluarga 'engage' dengan skrin lebih dari manusia sebenar di dalam rumahnya. Perkara-perkara penting yang mungkin selalu dilupakan, atau kita tak pernah tahu pun yang ia amat penting, Maka itulah kesilapan biasa yang kita lakukan semasa nak menegur anak. Ia juga kesilapan sama sewaktu kita kita nak : ✅ berbual santai (atau tak wujud pun sesi berbual santai ni?) ✅ menegur (ada topik khas nak cakap dengan si anak) ✅ atau nak mengajar anak (ni ibubapa yang rajin sangat nak ajar tapi tak perasan ia beri kesan berbalik pula kepada emosi anak) Inilah yang saya perhatikan kesilapan kecil tak terjangka oleh ibubapa, berkemungkinan tidak tahu ia amat penting dalam komunikasi dua hala penting ini. . Maka di sini saya nak kongsikan 5 tips penting dari perspektif sains komunikasi dan psikologi manusia yang kita boleh buat, perbaiki dari kebiasaan sewaktu kita nak (i) berbual, (ii) menegur mahupun (iii) mengajar anak ya. Biasa saya jawab dalam Q&A secara teks kali ini saya terangkan secara langsung, visual dan audio, mudahan jelas ok. . Mari bersama saya dan kita kongsikan dengan kawan dan kenalan kita yang lain... Jum. . Malam ini, Sabtu, 9.30 malam, kita bincang, kupas secara santai ya, di FB Page: fb.com/maznahibrahimofficial atau Youtube Channel: https://www.youtube.com/c/maznahibrahim

photo content

Tugas Keibubapaan adalah Tugas Bersama Ibu Ayah, Malah Peranan Ayah 4 Kali Ganda dari Ibu. Keibubapaan bermaksud ibu dan bapa kepada anak-anak yang menjadi tanggungjawab bersama. Ia bukan berkenaan anak-anak semata-mata, ia lebih kepada jawapan kepada isu keibubapaan iaitu ibu ayah. Jawapannya ada pada ibu ayah itu sendiri. Dalam dunia keibubapaan, anak-anak bukan masalahnya, tetapi jawapan dan solusinya adalah ibu ayah itu sendiri. Mana mungkin ibu saja mendedikasikan seluruh tenaga kepada anak (selain tugas rumahtangga), manakala sentuhan ayah kepada anak tiada atau hanya secebis rasa atau sepintas lalu..... Kajian juga menunjukkan bapa yang terlibat secara langsung kepada tugas pendidikan dan perkembangan anak, memberi kesan besar kepada seluruh perkembangan anak. Dalam kajian oleh Dr Husna binti Husain dari UPSI berkaitan keibubapaan dari ayat Al Quran juga menunjukkan perkara yang melibatkan keibubapaan (beliau namakan Petua Keibubapaan dari Kisah dalam Al Quran), dengan 5 tema tugas/peranan/ tanggungjawab keibubapaan (walau sedikit kisah peranan ibubapa kepada anak berbanding anak kepada ibubapa). Dan dari itu, HANYA 1 adalah tugas / peranan/ tangungjawab ibu: iaitu ibu menunjukkan emosi dan kasih sayang yang kuat; ibu perlu menjaga emosinya, fokus kepada emosinya sendiri, bermonolog kepada Allah, adu kepadaNya (dan boleh adu kepada wakil Allah seperti rakan dipercayai dan profesional bersesuaian), yang mana secara tak langsung ibu yang positif dan kuat emosinya dapat memberi curahan kasih sayang yang baik dan positif kepada anak-anak dan seluruh isi rumahtangga 'rumahku syurgaku'. 4 lagi tema adalah tugas ayah. Banyak berkaitan komunikasi tugas hakiki keibubapaan; nasihat, berdialog, mengingatkan, melaksanakan peraturan, melaksana amalan bersama-sama, doa dan wasiat, jadi sumber rujukan utama oleh anak (maka perlu ada komunikasi juga). Bila ibu banyak main peranan bab komunikasi, maka banyaklah kesan tempias stres ibu kepada anak-anak melalui komunikasi kurang enaknya.... Maka di sini, ayah yang lebih stabil dan tegas berhemah lah yang lebih layak berkomunikasi dengan anak-anak sama ada secara tegas atau berdialog (saling mengutara pendapat; anak banyak bantahannya - nasihat - peringatan) mahupun secara modelling; lakukan dulu, dan lakukan bersama-sama. Silakan wahai ayah, peranan mu amat penting dan amat didambakan oleh anak. InsyaAllah cemerlang dan seimbang lah hasil anak ini dari sentuhan dan main peranan oleh mu secara aktif...... mudahkan para ibu...... Kami sayang ayah-ayah, kami perlu ayah-ayah. Ayah-ayah hebat dan didambakan oleh keluarganya. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

photo content

Macam mana nak menumbuhkan sikap suka membaca buku fizikal di kalangan anak-anak kita ni? Ingati 4 poin dari poster ini, Fahami dari audio podcast ini. Silakan. https://open.spotify.com/episode/5wsGTfSMMQIwMwGymePDPG... Maznah Ibrahim. Telegram channel: T.mazn.me/chan

photo content