fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Nota SSPA Keknie

Nota SSPA Keknie

رفتن به کانال در Telegram

Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است

📈 تحلیل کانال تلگرام Nota SSPA Keknie

کانال Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 31 508 مشترک است و جایگاه را در دسته متفرقه دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 31 508 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 08 نوامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر 4 945 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر 6 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 43.96% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 16.58% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 13 847 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 5 224 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 38 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 09 نوامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته متفرقه تبدیل کرده‌اند.

31 508
مشترکین
+624 ساعت
+1777 روز
+4 94530 روز
آرشیو پست ها
Slaid Pencantuman Perkhidmatan Lepas

DOC-20260406-WA0020..pptx18.70 MB

Jenis-jenis Cuti Separuh Gaji (CSG) dan Cuti Tanpa Gaji (CTG) Tadi ada soalan kan, kata kelayakan CTG cuma 360 hari sepanjang perkhidmatan, macamana ada orang CTG sampai 7-8 tahun? Ini lah sebabnya. CSG dan CTG ada bbrp jenis selain daripada yg 180 hari dan 360 hari tu. Untuk memudahkan rujukan, saya compile disini, so nnt kita tau kalau disebut CSG dan CTG yang memberi kesan pada perkhidmatan adalah SEMUA jenis yang ini, bukan yg 180 hari dan 360 hari saja ye. Jenis Cuti Separuh Gaji : ------------------------- 1. CSG sbb kesihatan sanak saudara terdekat – kelayakan 30 hari setiap tahun perkhidmatan melayakkan, terhad 180 hari sepanjang perkhidmatan (Ceraian SR.5.1.2) 2. Cuti bersalin separuh gaji – 14 hari bagi guru yang tidak mempunyai baki cuti bersalin mencukupi (Ceraian SR.5.4.1) 3. Cuti Sakit Lanjutan Separuh Gaji – 90 hari selepas habis kelayakan CS bergaji penuh 180 hari (Ceraian SR.5.4.8 ) 4. Cuti Separuh Gaji selepas habis kelayakan cuti barah – maksimum 12 bulan (Ceraian SR.5.4.7) Jenis Cuti Tanpa Gaji : ---------------------- 1. CTG (urusan peribadi mendesak) – layak 30 hari setiap tahun perkhidmatan yang melayakkan, terhad 360 hari sepanjang perkhidmatan (Ceraian SR.5.1.3) 2. Cuti bersalin tanpa gaji – bagi pegawai yang tidak mempunyai baki cuti bersalin mencukupi, tiada had mengikut keperluan (Ceraian SR.5.4.1) 3. Cuti menjaga anak – kelayakan 5 tahun @ 1,825 hari (atau 1 tahun kalau tidak bersambung dengan cuti bersalin) sepanjang perkhidmatan (Ceraian SR.5.2.2) 4. Cuti Sakit Lanjutan Tanpa gaji – 90 hari selepas habis kelayakan CSL Separuh Gaji, dibayar elaun bersamaan separuh gaji pokok (Ceraian SR.5.4.8 ) 5. Cuti tanpa gaji mengikut pasangan bertugas atau berkursus (dalam/luar negara) – tiada had kelayakan, tertakluk tempoh pasangan bertugas/berkursus. Tugas/kursus pasangan hendaklah melebihi 3 bulan. (Ceraian SR.5.1.4) Keknie Sha

photo content

Slaid Pekeliling Perbendaharaan WP1.4 terkini 1.1.2026 - MOF

FAQ BDR 2026

Cuti Bersalin Guru. Kenapa kita kena fokus dengan Cuti Bersalin untuk Guru? Sebab kebanyakan kes melibatkan cuti bersalin adalah di kalangan guru. Ada yang cuti bersalin kurang 60 hari, ada yang guna MC masa cuti bersalin, ada yang cuti 30 hari terus masuk kerja, ada yang guna CRK masa cuti bersalin. Kalau guru dah habis kelayakan Cuti Bersalin, ada 3 pilihan cuti yang boleh digunakan : 1. CB Separuh Gaji 14 hari + CBTG; atau 2. CB Separuh gaji 14 hari + CMA; atau 3. CMA saja *CBTG - cuti bersalin tanpa gaji *CMA - Cuti Menjaga Anak Kalau dalam tempoh cuti bersalin tu ada cuti sekolah, ia dikira sebagai cuti bergaji penuh. Contoh bersalin masa cuti sekolah 30 hari. So 30 hari bergaji penuh, kemudian sambung 14 hari CBSG, selebihnya CBTG atau CMA. Cuti Rehat Khas tidak boleh digunakan sebagai menampung Cuti Bersalin. Cuti Sakit tidak boleh digunakan sebagai cuti bersalin. Cuti Menjaga Anak boleh diambil terus mulai tarikh bersalin sekiranya nak guna kelayakan CMA bersambung terus cuti bersalin. Tapi CMA juga adalah sejenis CTG. Kesan CBTG dan CMA : - hilang kekananan. maksudnya kita pnya giliran nak naik pangkat tu akan berubah/beranjak sbb kita ambik CTG - mengurangkan tempoh perkhidmatan bagi kiraan faedah persaraan - memberi kesan pada kelayakan CR sekaligus memberi kesan pada kelayakn untuk simpan GCR Tahun tersebut. Biasanya isu pasal CB Guru ni akan dikenalpasti semasa cikgu nak naik pangkat sbb bila dikesan Cuti Bersalin tidak mematuhi tempoh mandatori iaitu 60 hari. Contoh, cikgu hanya ambik CB 30 hari. Sepatutnya mandatori 60 hari. tapi cikgu datang sekolah mengajar selepas 30 hari tu. Tempoh 30 hari yang cikgu dtg kerja tu, akan dikira sebagai cuti tanpa gaji. sbb cikgu sepatutnya tak perlu dtg kerja untuk tempoh tu. kena cuti bersalin. Bila CTG, kena bayar balik emolumen 30 hari, tempoh perkhidmatan berkurang 30 hari, kekananan hilang 30 hari, cuti rehat pun berkurang sbb CTG ni. Macam tak adil kan? kita dah datang kerja, kita pulak kena bayar balik pd kerajaan. Huhu. Sebab itu lah pentingnya kita ambik tahu pasal kelayakan Cuti Bersalin dan kesan kalau tidak dipatuhi. Bukan PT/CC/EO atau unit sumber saja kena tahu, semua penjawat awam harus cakna supaya sekurang2nya jika berlaku di kalangan orang yg kita kenali, kita boleh kongsi maklumat berkaitan, ok? Keknie Sha Cuti bersalin (bukan guru) di sini : https://www.facebook.com/share/p/1FVjAwxtxv/

photo content

Cuti Bersalin (Bukan Guru) Nota utama : - Kelayakan CB adalah 360 hari sepanjang perkhidmatan. - Mandatori, WAJIB kena ambik
Cuti Bersalin (Bukan Guru) Nota utama : - Kelayakan CB adalah 360 hari sepanjang perkhidmatan. - Mandatori, WAJIB kena ambik CB minimum 60 hari, tak boleh kurang. - Fleksibel penggunaan 60-90 hari bagi tiap kelahiran. - kalau mohon CB 14 hari lebih awal, 14 hari tu termasuk dlm tempoh 60-90 hari tu. 1. Kalau dah habis kelayakan Cuti Bersalin, pilihan ada 3 (bagi bukan guru) : 1. CR yg layak + CBTG; atau 2. CR yg layak + CMA; atau 3. CMA saja. Apa beza CBTG dan CMA ? - dua2 tanpa gaji - dua2 hilang kekananan - dua2 bagi kesan pada kelayakan CR/CRK - CBTG cuma layak maksimum 90 hari utk satu kelahiran, CMA kalau bersambung dengan tarikh bersalin layak maksimum 5 tahun. - kalau CMA melebihi 180 hari dlm satu tahun kalendar, pegawai masih layak pergerakan gaji secara isyarat. *CBTG = CUTI BERSALIN TANPA GAJI *CMA = CUTI MENJAGA ANAK *CR/CRK = CUTI REHAT/CUTI REHAT KHAS Keknie Sha Cuti Bersalin (Guru) di sini : https://www.facebook.com/share/p/1Fdipkx7gj/

photo content
+4

KIT PANDUAN PESARA 2022

Nota Faedah Terbitan 2

- kiraan pencen tanggungan adalah berdasarkan gaji akhir pegawai, bukan formula seperti pencen terbitan. - balu/duda hilang kelayakan Pencen Tanggungan apabila berkahwin semula. Panjang ek? Hehe takpe, copy paste, simpan sebagai nota. One day you will need this. Baca slow2, insyaAllah nnt nampak jelas beza nya. Semoga bermanfaat. Keknie Sha

Faedah terbitan. (Amaran nota panjang, sila baca dengan teliti dan rujuk silang pada MyPPSM Persaraan dan Faedah Persaraan Ceraian P.P.1.2.1, 1.2.7, 1.2.8) Ringkasan ni saya dah pernah share sblm ni. Tapi sy share lagi skali, untuk explain lebih lanjut, tp dengan simple term spya semua lebih jelas InsyaAllah. Org selalu silap faham, bila sebut faedah terbitan tu mksdnya pencen terbitan sahaja. Sbnrnya ada bbrp faedah terbitan lain, yg terbit apabila seorg pegawai awam meninggal dunia. Jadual di bwh menunjukkan siapa dan apa yg layak diterima dlm keadaan : 1. Pegawai ada waris (suami/isteri dan anak2) 2. Tiada waris tapi ada parent; dan 3. Tiada waris dan tiada parent yg masih hidup. Saya explain sedetail boleh untuk setiap row ye, baca bersama jadual di bawah : 1. Ganjaran terbitan - bayaran sekaligus, kiraan sama formula ganjaran/ graduiti : 7.5% x bulan perkhidmatan x gaji pokok terakhir - Ganjaran terbitan ni dibyr kepada : 1. Balu/duda dan anak2 - 9/10 2. Ibu - 1/10 (dibyr pd ayah kalau ibu dah takde) Dalam kes 1&2 takde, peg bujang yg parent dah meninggal dunia, adik beradik/wakil sah boleh menjadi wakil penerima Ganjaran Terbitan. 2. Ganjaran Cuti Rehat (GCR) terbitan - bayaran sekaligus, berdasarkan jumlah GCR terkumpul gemulah - formula sama mcm kiraan GCR pegawai bersara : 1/30 x jumlah GCR terkumpul x gaji pokok terakhir - susunan penerima GCR terbitan ni, sama mcm Ganjaran terbitan di atas. 3. Pencen terbitan - bayaran bulanan. Sama mcm kiraan pencen sekiranya pegawai bersara. 1/600 x tempoh bulan perkhidmatan x gaji pokok terakhir (terhad 60% @ 3/5 @ 30 tahun perkhidmatan) - Syer balu / duda : 2 syer, syer anak2 : 1syer setiap anak. - penerima Pencen terbitan hanya terhad kepada balu/duda dan anak2 yg layak. Ibu/bapa/adik beradik tidak layak jd penerima - oleh itu, sekiranya pegawai bujang meninggal dunia, tiada Pencen Terbitan akan dibyr kepada sesiapa pun. - Balu/ duda akan terima pencen terbitan seumur hidup walaupun berkahwin semula. 4. Ex Gratia terbitan - bayaran sekaligus, khas untuk pegawai yang tiada waris penerima pencen terbitan. Iaitu pegawai bujang yang masih ada parent yg hidup. - ex gratia terbitan ni adalah ganjaran tambahan utk ganjaran terbitan. Kiraan nya adalah seolah2 pegawai berkhidmat sehingga umur opsyen persaraan. Contoh : Pegawai mula berkhidmat masa berumur 21 tahun. Opsyen pencen 60 tahun. Tapi meninggal dunia umur 40 tahun. Jadi, ganjaran terbitan dibyr mulai tarikh lantikan pertama (semasa umur 21thn) sehingga tarikh kematian pd usia 40tahun. Dan, Ex gratia terbitan dikira mulai tarikh kematian (40 tahun) hingga tarikh pencen sebenar pd umur 60 tahun. - hanya akan dibyr bagi pegawai yg masih mempunyai ibu, sekiranya tiada ibu barulah dibyr kepada bapa. Tidak dibyr kepada wakil lain samada adik beradik/saudara mara yg lain. 5. Ex gratia kematian sekaligus - bayaran sekaligus, mengikut tempoh perkhidmatan pegawai. Khas untuk pegawai yang berkhidmat kurang daripada 240 bulan (20 tahun) - Pembahagian syer : 1. Balu/duda dan anak2 - 9/10 2. Ibu - 1/10 (dibyr pd ayah kalau ibu tiada) - tidak dibayar bagi kes kematian atas sebab bunuh diri - amaun bayaran berdasarkan tempoh perkhidmatan : < 60 bulan = RM150K 61 - 120 bulan = RM100K 121 - 180 bulan = RM75K 181 - 240 = RM50K > 240 bulan = Tiada - sekiranya tiada penerima, maka tidak akan dibyr kepada adik beradik / wakil yg lain. 6. Pencen Tanggungan - bayaran bulanan, tambahan kepada faedah terbitan yg lain - khas untuk kes kematian atas sebab kemalangan, bencana atau penyakit yang berpunca secara langsung daripada tugas rasmi pegawai atau meninggal dalam tempoh 7 tahun drpd kemalangan/bencana/penyakit tersebut - penerima yang layak : 1. Balu/duda (yg tidak dpt menanggung diri nya) dan anak2 2. Ibu @ bapa di bwh tanggungan pegawai - syer akan berbeza bergantung berapa penerima yg ada. Contoh jika ada balu, anak2 dan ibu: 1/6 x gaji akhir = balu 1/ 48 x gaji akhir = setiap anak 1/12 x gaji akhir = ibu

photo content

NOTA FAEDAH TERBITAN, EX GRATIA KEMATIAN SEKALIGUS, BAYARAN MENGURUS JENAZAH

photo content

Cuti Tanpa Rekod Kelompok. Nota ulangkaji : 1. Kelayakan CTRK adalah 20 hari setahun. Tidak perlu propotionate. Tidak boleh di carry forward. Akan renew setiap tahun. 2. CTRK ada 18 jenis cuti berkongsi kelayakan yg sama. Jadi, kalau dah takde kelayakan, tak boleh guna CTRK dah untuk mana2 cuti dlm list tu, kena ambik Cuti Rehat atau apa2 cuti yg layak. 3. Cuti utk jaga anak kuarantin, BUKAN guna CTRK. Itu guna CMAKP. 4. Cuti utk jaga keluarga sakit selain sakit berjangkit, boleh guna CTRK. Tertakluk pd perakuan doktor dan kelulusan KJ. 5. Umrah telah dimasukkan dlm CTRK. Boleh ambil maksimum 20 hari asalkan tempoh umrah termasuk dlm tempoh cuti. Tapi, syarat nya masih SEKALI dalam perkhidmatan sahaja. 6. Cuti Isteri Bersalin sudah tidak gunapakai 7 hari. Boleh ambik 20 hari terus kalau bos bagi😂 7. Cuti keluarga meninggal sudah tidak gunapakai 3 hari. Ambik la sebanyak mana masa yg diperlukan mengikut baki kelayakan CTRK, asalkan KJ luluskan. 8. Kalau ada interview utk kerja lain, yg boleh menambahbaik nilai hidup, boleh guna Cuti Peperiksaan. Dulu utk periksa je, skang boleh guna utk interview. Online atau semuka dua2 boleh. Asalkan? Diluluskan KJ 😆 9. Christmas Eve kena mohon sehari sebelum Krismas. Hari Raya Haji untuk hari raya haji kedua. 10. Deepavali special skit. Kalau negeri tu tak ambik deepavali as cuti umum, pegawai boleh mohon CTRK deepavali pd hari kejadian. Kalau negeri tu ambik Deepavali as cuti umum, pegawai boleh mohon sehari sebelum atau sehari selepas sebagai tambahan. 11. Pegawai COS juga layak CTRK ni, termasuk LKI. 12. Ketua Jabatan boleh untuk tidak meluluskan permohonan walaupun ada kelayakan. Kemudahan yang ada hendaklah digunakan dengan bijaksana dan telus. Jangan salahguna, jangan manipulate keadaan, jangan menganiaya orang. CTRK adalah cuti bergaji penuh, tidak memberi kesan pada perkhidmatan dan pencen KECUALI kalau diambil melebihi kelayakan dan tanpa kelulusan/kebenaran. Share supaya lebih ramai tahu ye 😉 Keknie Sha p/s : infografik adalah berdasarkan ayat layman yg saya gunakan jadi rujuk pekeliling asal MyPPSM Ceraian SR5.7.1 untuk nota penuh dan lengkap. TQ

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua ❤️ Ikhlas dari, Keknie Sha
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua ❤️ Ikhlas dari, Keknie Sha