fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Nota SSPA Keknie

Nota SSPA Keknie

رفتن به کانال در Telegram

Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است

📈 تحلیل کانال تلگرام Nota SSPA Keknie

کانال Nota SSPA Keknie (@notasspakeknie) بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 31 508 مشترک است و جایگاه را در دسته متفرقه دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 31 508 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 08 نوامبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر 4 945 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر 6 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 43.96% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 16.58% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 13 847 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 5 224 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 38 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Channel ni utk sy simpan nota berkaitan servis@perkhidmatan & kewangan dan pekeliling/nota berkaitan SSPA.”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 09 نوامبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته متفرقه تبدیل کرده‌اند.

31 508
مشترکین
+624 ساعت
+1777 روز
+4 94530 روز
آرشیو پست ها
BAGAIMANA KIRAAN CUTI REHAT SELEPAS GENAP 10 TAHUN DAN APABILA NAIK PANGKAT? 1. Selepas genap 10 tahun daripada tarikh lantikan. Hanya tambah 5 hari pada tarikh genap 10 tahun. Contoh lantikan N19 pada 1.7.2004 Genap 10 tahun pada 1.7.2014 Jadi 5 hari kelayakan ditambah pada kelayakan tahun 2014 pada 1.7.2014. Tak perlu prorate. 2. Perubahan Kelayakan CR selepas Kenaikan pangkat. Kelayakan cuti rehat akan dikira secara prorate mengikut tarikh kenaikan pangkat. Contoh gred N19 lantikan 1.7.2004, Naik pangkat ke gred N22 pada 1.7.2017. Kelayakan CR N19 lantikan 1.7.2004 = 20 hari Genap 10 tahun pada 1.7.2014 = 25 hari Naik pangkat N22 pada 1.7.2017 = 30 hari Kiraan kelayakan perlu prorate ikut tarikh naik pangkat • Bagi CR Gred N22, kelayakan CR mulai 1.7.2017 : 1.7.2017 – 31.12.2017 = 184 hari 184/365 x 30 hari = 15 hari kelayakan mulai 1.7.2017 • Bagi CR gred N19, kelayakan CR sehingga 30.06.2017 : 1.1.2017 – 30.06.2017 = 181 hari 181/365 x 25 hari = 12.39 = 12 hari sehingga 30.06.2017 ** Jumlah kelayakan cuti rehat tahun 2017 adalah 12 (N19) + 15 (N22) = 27 hari. Bagi tahun 2018 akan guna kelayakan penuh Gred N22 iaitu 30 hari. Keknie Sha

photo content

KGT dan JGMM SSM - untuk rujukan kadar KGT semasa SSM

Umur persaraan lantikan selepas 1.1.2012 termasuk KPSL. Saya risau ye, sbb rupanya ramai jugak tak tau kalau kita naik pangka
Umur persaraan lantikan selepas 1.1.2012 termasuk KPSL. Saya risau ye, sbb rupanya ramai jugak tak tau kalau kita naik pangkat secara KPSL selepas 1.1.2012, umur persaraan automatik berubah kepada 60 tahun, walau apa opsyen umur persaraan yg kita pilih sebelum tu. Bukan KPSL sahaja, even kita dilantik ke gred lain/skim lain/skim sama gred lain, selepas 1.1.2012 akan dikira sebagai "lantikan" dan umur persaraan automatik 60 tahun. Walau bagaimanapun, pegawai masih boleh memohon bersara pilihan bila2 masa sebelum 60 tahun tu asalkan telah memenuhi syarat minimum 10tahun berkhidmat dan berusia 40thn. Isu yg selalu berlaku adalah, pegawai dah ready nak pencen umur 55/56/58 tapi bila semak ada lantikan lain selepas 2012 terpaksa tggu lagi 5/4/2 tahun atau terpaksa mohon bersara pilihan kalau nak pencen awal. Rujukan ni drpd Garis Panduan Dokumentasi Persaraan berserta contoh kuiri daripada JPA : https://pencen.jpa.gov.my/.../GARIS-PANDUAN-DOKUMENTASI... Keknie Sha

Garis Panduan Dokumentasi Persaraan dan Contoh Kuiri

Nampaknya, banyak kekeliruan jawapan di posting ini 🤭😆 Sebab tu, perkara paling penting masa jawab soalan exam JPA samada KPSL atau pengesahan jawatan adalah Baca soalan dengan teliti. Soalan : Pegawai melahirkan anak kembar. Kembar 1 lahir pada 8.3.2026 jam 11.55 pm Kembar 2 lahir pada 9.3.2026 jam 12.03 am Bilakah cuti bersalin ibu bermula? Soalannya adalah pada Cuti Bersalin ibu ye. Bukan pada Cuti menjaga isteri bersalin untuk suami. Hehe kebanyakan jawapan dlm post tersebut mengambil kira kelahiran selepas jam 6ptg, itu tidak terpakai bagi pengiraan tarikh mula isteri bersalin. Tarikh cuti bersalin pegawai wanita dikira mengikut tarikh kelahiran anak. Mksdnya dlm kes ni, wpun 2 anak dan berlainan tarikh, Cuti Bersalin dikira mengikut tarikh kelahiran yg terawal, 8.3.2026 jam 11.55pm. So, Cuti bersalin ibu bermula 8.3.2026. Walaupun ibu itu bekerja sepenuh hari (8am-5pm) pada tarikh tersebut,ttp dikira Cuti Bersalin telah bermula. Berbeza dengan CTR Kelompok menjaga isteri bersalin bagi suami nya, akan bermula pada 9.3.2026 sebab isteri telah bersalin selepas jam 6.00petang pada 8.3.2026. Waktu bekerja dikira tamat pada 6.00ptg (6.01ptg baru dikira hari berikutnya), walaupun lahir pada hari Sabtu Ahad atau Cuti Umum, dan kiraan masa yg sama digunakan bg pegawai bekerja syif. Keknie Sha

photo content

#1hari1nota Saya ambik nota ni dr Bahagian Pencen JPA Apabila berlaku kematian pesara kerajaan, bantuan mengurus jenazah bole
#1hari1nota Saya ambik nota ni dr Bahagian Pencen JPA Apabila berlaku kematian pesara kerajaan, bantuan mengurus jenazah boleh dituntut oleh waris yang menguruskan jenazah pesara berkenaan. Amaunnya : RM3,000 sahaja. Tempoh : Perlu dikemukakan permohonan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara. Untuk kematian pesara sahaja. Pasangan pesara tak layak. Borang boleh dapat pada pautan ini https://pencen.jpa.gov.my/images/borang/JPA.BP.UMUM.BMJ.Pin2025.pdf Ke mana permohonan boleh dihantar? Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada KWAP secara rasmi melalui mypesara@kwap.gov.my atau melalui https://feedbacks.kwap.my/

Soalan pasal kontrak interim tadi ramai jawab Pelepasan Jawatan sbb PBM yg sama. Lantikan Kontrak tiada istilah pelepasan jawatan, cuma ada penamatan kontrak. Dan kaedah penamatan kontrak adalah Letak Jawatan. Istilah pelepasan dan perletakan jawatan adalah untuk lantikan tetap dan sementara sahaja. Pegawai lantikan kontrak/kontrak interim yang mendapat tawaran jawatan lain (tak kesah lantikan PBM sama atau berbeza) hendaklah meletak jawatan dengan memberi notis 30 hari atau membayar sebulan gaji sebagai menggantikan notis. Tapi, KJ boleh pertimbangkan permohonan pemendekan notis dan dikecualikan byrn sebulan gaji sekiranya ditawarkan jawatan lain dalam perkhidmatan awam. Keknie Sha

Kalau kontrak interim, dpt tawaran jawatan baru, Pihak Berkuasa Melantik yg sama, kena letak jawatan atau lepas jawatan?
Kalau kontrak interim, dpt tawaran jawatan baru, Pihak Berkuasa Melantik yg sama, kena letak jawatan atau lepas jawatan?

Harini ramai pm tanya pasal Cuti Bersalin. So kita repeat again, sampai ingat haha Nota penting : - Kelayakan CB adalah 360 hari sepanjang perkhidmatan. - Mandatori, WAJIB kena ambik CB minimum 60 hari, tak boleh kurang. Fleksibel penggunaan 60-90 hari bagi tiap kelahiran. - kalau mohon CB 14 hari lebih awal, 14 hari tu termasuk dlm tempoh 60-90 hari tu. 1. Kalau dah habis kelayakan Cuti Bersalin, pilihan ada 3 (bagi bukan guru) : 1. CR yg layak + CBTG; atau 2. CR yg layak + CMA; atau 3. CMA saja. 2. Kalau guru dah habis kelayakan CB, pilihan ada 3 : 1. CB Separuh Gaji 14 hari + CBTG; atau 2. CB Separuh gaji 14 hari + CMA; atau 3. CMA saja Kalau dalam tempoh cuti bersalin tu ada cuti sekolah, ia dikira sebagai cuti bergaji penuh. Apa beza CBTG dan CMA ? - dua2 tanpa gaji - dua2 hilang kekananan - dua2 bagi kesan pada kelayakan CR/CRK - CBTG cuma layak maksimum 90 hari, CMA kalau bersambung dengan tarikh bersalin layak maksimum 5 tahun. - kalau CMA melebihi 180 hari dlm satu tahun kalendar, pegawai masih layak pergerakan gaji secara isyarat. *CBTG = CUTI BERSALIN TANPA GAJI *CMA = CUTI MENJAGA ANAK *CR/CRK = CUTI REHAT/CUTI REHAT KHAS Keknie Sha

photo content

Melihat kepada inbox saya, masih ramai yg keliru ttg kaedah kiraan penetapan gaji permulaan untuk yang naik pangkat vs penetapan gaji pegawai sedang berkhidmat yang dilantik ke jawatan lain (telah disahkan jawatan di gred lama) Ia nya 2 situasi yang berbeza. 1. Naik pangkat melalui pemangkuan atau TBK Contoh 1 : N1 naik N2 J5 naik J6 Formula kiraan gaji naik pangkat : a. Tarikh naik pangkat selepas TPG = Gaji akhir + 1KGT gred baru b. Tarikh naik pangkat sebelum/sama TPG = Gaji akhir + 1KGT gred lama + 1KGT gred baru 2. Naik pangkat tapi secara lantikan ke gred/skim lain/sama yg lebih tinggi Contoh 2 : N1 dilantik N5 N2 dilantik S9 Formula kiraan gaji naik pangkat : a. Tarikh lantikan selepas TPG = Gaji akhir + 1KGT gred lama b. Tarikh lantikan sebelum/sama TPG = Gaji akhir + 1KGT gred lama + 1KGT gred lama Nampak tak beza utama dia? Naik pangkat pemangkuan/tbk = guna KGT lama dan baru Naik pangkat secara lantikan ke gred/skim baru = guna KGT gred lama sahaja. Punca kuasa juga tak sama. Contoh 1 = Ceraian U.P.3.12 Contoh 2 = Pekeliling SPA Bil. 1/2020 Jadi make sure korang tau korang punya kiraan yg mana. Jangan panik kalau tgk kiraan naik pangkat sblm ni guna KGT lama saja hehe Keknie Sha

photo content

Saya simpan semua infografik FB saya dkt sini ye supaya senang nak rujuk balik. Feel free to download and rujuk utk diri send
Saya simpan semua infografik FB saya dkt sini ye supaya senang nak rujuk balik. Feel free to download and rujuk utk diri sendiri dan rakan2. As long as tidak disalah guna. https://tinyurl.com/kekniesha Please share supaya lebih ramai org dpt manfaat InsyaAllah, Biiznillah. Nnt kita update every now and then, insyaAllah. Keknie Sha

photo content

Cuti Sakit. (Pegawai Lantikan Tetap Sahaja) Cuti sakit ni tajuk yg sangat basic. Macam Cuti Rehat. Tapi ada jugak kekeliruan timbul ttg kiraan dan sambungan CS ni. Ok, kita ulangkaji sikit. Cuti Sakit kelayakan setiap tahun adalah 180 hari. Bergaji penuh Awam + Swasta = 180 hari. Tiada lagi had 15 hari utk cuti sakit swasta. Ni pun masih ada yg tak tau. Drpd 180 hari tu, 90 hari pertama - kelulusan KJ 90 hari kedua - kelulusan KSU. Selepas habis 180 hari, Bukan Guru : habiskan CR yang layak dahulu Guru : Habiskan CRK yang layak dan Cuti Tambahan 25 hari. Sekiranya pegawai masih MC, Kena mohon Cuti Sakit Lanjutan Separuh Gaji (CSL SG) Maksudnya kita MC, tapi gaji dan elaun dpt separuh saja. Kelayakan CSL SG = 90 hari. Perlu Mohon perakuan Lembaga Perubatan. Dah habis 90 CSL SG tapi masih MC, Mohon Cuti Sakit Lanjutan Tanpa Gaji (CSL TG) Yang ni mksdnya walaupun ada MC, pegawai tidak dibayar gaji TETAPI akan dibayar ELAUN BANTUAN yg bersamaan Separuh Gaji. Kelayakan CSL TG = 90 hari. Perlu Mohon perakuan Lembaga Perubatan. Sekiranya pegawai masih sakit berpanjang di tahun kedua, flow ni akan berulang. Setiap 1 Januari tahun baru, kelayakan MC 180 hari bergaji penuh akan restart kiraan 1 semula. Maksudnya, kalau pada 31.12.2025 pegawai sedang guna CSL Separuh Gaji, pada 1.1.2026 pegawai akan layak guna MC 180 hari bergaji penuh, bukan sambung CSL SG ye? Atau pada 31.12.2025 pegawai sedang guna MC 90 hari kedua kelulusan KSU, pada 1.1.2026 layak guna MC 90 hari pertama kelulusan KJ semula. Bukan sambung kiraan 90 hari kedua kelulusan KSU. Boleh faham ke ek..haha baca la ikut perenggan by perenggan insyaAllah fahammmm.. aminnnn ok lah dah kita sambung keje. Keknie Sha

photo content

Bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK) ...atau orang selalu panggil "pencen medical board". Walaupun saya dh pernah post banyak tajuk ni tapi masih ada yang kurang faham dan perlu nota ulangan. Jadi kita buat la ye. Rujukan : MyPPSM Ceraian PP1.2.4 Permohonan ASK ni bermula drpd Ketua Jabatan. Bukan pegawai mohon untuk bersara ASK. Tapi HR boleh mencadangkan kepada KJ sekiranya terdapat pegawai yang memenuhi syarat seperti di dalam gambar untuk diperiksa oleh Lembaga Perubatan bagi tujuan Bersara ASK. Step by step proses permohonan bersara ASK : 1. Mohon laporan perubatan daripada Unit Rekod hospital yang merawat pegawai. Ni bukan laporan biasa dr klinik yg pegawai appointment selalu ye, mesti dari Unit Rekod. - jabatan atau pegawai sendiri boleh mohon. Kalau Jabatan mohon, free. Kalau pegawai sendiri mohon, bayar RM80. Kalau jabatan mohon bg pihak pegawai, kena ada surat kebenaran dr pegawai membenarkan jabatan mohon bg pihak beliau. 2. Lepas dpt laporan perubatan, Jabatan mohon penubuhan Lembaga Perubatan (LP) daripada Jabatan Kesihatan Negeri/Hospital. (Lampiran PP1.2.4(A)) - dalam permohonan penubuhan LP ni kena cerita la sikit latarbelakang pegawai. Ulasan daripada penyelia beliau berhubung prestasi kerja sebelum dan selepas di diagnos penyakit tersebut. Sertakan salinan buku perkhidmatan. Dokumen wajib yg lain laporan perubatan, salinan ic dan Borang2 wajib ikut dlm pekeliling. 3. Selepas LP ditubuhkan, satu mesyuarat akan dibuat antara LP dan pegawai serta wakil jabatan. Wakil jabatan ni dia jemput KJ tp biasanya HR la pegi dengan penyelia yg kerja direct dengan pegawai. Nnt doktor akan tny keadaan tugas semasa mcmana, dpt buat kerja lagi ke tak, prestasi ok ke tidak. Plg penting, wajar tak dibersarakan atas sebab perubatan. 4. Lepas tu tunggu la keputusan LP. Biasanya sebulan dua jugak. 5. Keputusan LP ada 2 saja : berupaya atau tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya. 6. Kalau keputusan LP tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, maka pegawai boleh dibersarakan ASK. Contoh laporan LP di Lampiran PP1.2.4(B). 7. Bermula tarikh laporan tersebut, pegawai akan diberi Cuti Perubatan Khas dengan dibayar gaji + elaun tetap sahaja (termasuk BISH/COLA kalau di sjung) sehingga ke tarikh sehari sebelum bersara ASK. Kalau ada cuti yg layak, kena habiskan cuti rehat yg layak dulu, baru CPK. Pegawai tak perlu dtg kerja dah. Rehat dirumah sambil tggu tarikh persaraan drpd JPA. 8. Jabatan kena keluarkan Notis Cadangan Bersara ASK kepada pegawai (Lampiran PP1.2.4 (C)). Pegawai kena jawab dlm tempoh 14hari setuju atau tidak guna Lembaran PP1.2.4(C1). Kalau tak setuju kena bagi justifikasi kenapa. 9. Selepas dpt perakuan pegawai, jabatan akan hantar Perakuan Persaraan ASK kepada JPA Pencen bersama-sama semua dokumen bagi tujuan persaraan (Lampiran PP1.2.4(D). Proses ini lah yg akan ambik masa sikit. Sama mcm kita prepare dokumen pesara biasa. Jadi sebaiknya, masa lepas LP terus prepare je semua sementara tggu keputusan LP. Takde la kalut kan hehe work smart gitu. 10. Selepas habis semua proses ni kita tggu la tarikh persaraan daripada JPA. Ni akan ambik masa. Tapi once dpt tarikh, InsyaAllah payment akan terus diproses dlm tempoh terdekat. Ganjaran dan GCR akan dpt dulu, pencen bulanan akan terus dpt next month tu. Simpan ye nota ni untuk rujukan di masa akan datang sekiranya perlu. Keknie Sha