Faedah terbitan.
(Amaran nota panjang, sila baca dengan teliti dan rujuk silang pada MyPPSM Persaraan dan Faedah Persaraan Ceraian P.P.1.2.1, 1.2.7, 1.2.8)
Ringkasan ni saya dah pernah share sblm ni. Tapi sy share lagi skali, untuk explain lebih lanjut, tp dengan simple term spya semua lebih jelas InsyaAllah.
Org selalu silap faham, bila sebut faedah terbitan tu mksdnya pencen terbitan sahaja. Sbnrnya ada bbrp faedah terbitan lain, yg terbit apabila seorg pegawai awam meninggal dunia.
Jadual di bwh menunjukkan siapa dan apa yg layak diterima dlm keadaan :
1. Pegawai ada waris (suami/isteri dan anak2) 2. Tiada waris tapi ada parent; dan
3. Tiada waris dan tiada parent yg masih hidup.
Saya explain sedetail boleh untuk setiap row ye, baca bersama jadual di bawah :
1. Ganjaran terbitan
- bayaran sekaligus, kiraan sama formula ganjaran/ graduiti :
7.5% x bulan perkhidmatan x gaji pokok terakhir
- Ganjaran terbitan ni dibyr kepada :
1. Balu/duda dan anak2 - 9/10
2. Ibu - 1/10 (dibyr pd ayah kalau ibu dah takde)
Dalam kes 1&2 takde, peg bujang yg parent dah meninggal dunia, adik beradik/wakil sah boleh menjadi wakil penerima Ganjaran Terbitan.
2. Ganjaran Cuti Rehat (GCR) terbitan
- bayaran sekaligus, berdasarkan jumlah GCR terkumpul gemulah
- formula sama mcm kiraan GCR pegawai bersara :
1/30 x jumlah GCR terkumpul x gaji pokok terakhir
- susunan penerima GCR terbitan ni, sama mcm Ganjaran terbitan di atas.
3. Pencen terbitan
- bayaran bulanan. Sama mcm kiraan pencen sekiranya pegawai bersara.
1/600 x tempoh bulan perkhidmatan x gaji pokok terakhir (terhad 60% @ 3/5 @ 30 tahun perkhidmatan)
- Syer balu / duda : 2 syer, syer anak2 : 1syer setiap anak.
- penerima Pencen terbitan hanya terhad kepada balu/duda dan anak2 yg layak. Ibu/bapa/adik beradik tidak layak jd penerima
- oleh itu, sekiranya pegawai bujang meninggal dunia, tiada Pencen Terbitan akan dibyr kepada sesiapa pun.
- Balu/ duda akan terima pencen terbitan seumur hidup walaupun berkahwin semula.
4. Ex Gratia terbitan
- bayaran sekaligus, khas untuk pegawai yang tiada waris penerima pencen terbitan. Iaitu pegawai bujang yang masih ada parent yg hidup.
- ex gratia terbitan ni adalah ganjaran tambahan utk ganjaran terbitan. Kiraan nya adalah seolah2 pegawai berkhidmat sehingga umur opsyen persaraan.
Contoh :
Pegawai mula berkhidmat masa berumur 21 tahun. Opsyen pencen 60 tahun.
Tapi meninggal dunia umur 40 tahun.
Jadi, ganjaran terbitan dibyr mulai tarikh lantikan pertama (semasa umur 21thn) sehingga tarikh kematian pd usia 40tahun.
Dan, Ex gratia terbitan dikira mulai tarikh kematian (40 tahun) hingga tarikh pencen sebenar pd umur 60 tahun.
- hanya akan dibyr bagi pegawai yg masih mempunyai ibu, sekiranya tiada ibu barulah dibyr kepada bapa. Tidak dibyr kepada wakil lain samada adik beradik/saudara mara yg lain.
5. Ex gratia kematian sekaligus
- bayaran sekaligus, mengikut tempoh perkhidmatan pegawai. Khas untuk pegawai yang berkhidmat kurang daripada 240 bulan (20 tahun)
- Pembahagian syer :
1. Balu/duda dan anak2 - 9/10
2. Ibu - 1/10 (dibyr pd ayah kalau ibu tiada)
- tidak dibayar bagi kes kematian atas sebab bunuh diri
- amaun bayaran berdasarkan tempoh perkhidmatan :
< 60 bulan = RM150K
61 - 120 bulan = RM100K
121 - 180 bulan = RM75K
181 - 240 = RM50K
> 240 bulan = Tiada
- sekiranya tiada penerima, maka tidak akan dibyr kepada adik beradik / wakil yg lain.
6. Pencen Tanggungan
- bayaran bulanan, tambahan kepada faedah terbitan yg lain
- khas untuk kes kematian atas sebab kemalangan, bencana atau penyakit yang berpunca secara langsung daripada tugas rasmi pegawai atau meninggal dalam tempoh 7 tahun drpd kemalangan/bencana/penyakit tersebut
- penerima yang layak :
1. Balu/duda (yg tidak dpt menanggung diri nya) dan anak2
2. Ibu @ bapa di bwh tanggungan pegawai
- syer akan berbeza bergantung berapa penerima yg ada.
Contoh jika ada balu, anak2 dan ibu:
1/6 x gaji akhir = balu
1/ 48 x gaji akhir = setiap anak
1/12 x gaji akhir = ibu