es
Feedback
𝗦𝗧𝗨𝗗𝗬 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡™ 🇵🇸

𝗦𝗧𝗨𝗗𝗬 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡™ 🇵🇸

Ir al canal en Telegram

Hye students ! We are here to help you to increase your motivation with nice and aesthetic notes . Hope its helps you guys ❤️‍🔥 Official bot :- https://studywithadmin.carrd.co

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗬 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡™ 🇵🇸

El canal 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗬 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡™ 🇵🇸 (@studywithadmin) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 66 891 suscriptores, ocupando la posición 2 450 en la categoría Educación y el puesto 436 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 66 891 suscriptores.

Según los últimos datos del 07 julio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -1 854, y en las últimas 24 horas de -30, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.67%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 5.32% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 5 797 visualizaciones. En el primer día suele acumular 3 557 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Hye students ! We are here to help you to increase your motivation with nice and aesthetic notes . Hope its helps you guys ❤️‍🔥 Official bot :- https://studywithadmin.carrd.co

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 08 julio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Educación.

66 891
Suscriptores
-3024 horas
-2287 días
-1 85430 días
Archivo de publicaciones
Doa dimudahkan menghafal / mengingat #studytips
Doa dimudahkan menghafal / mengingat #studytips

MY STUDY TIPS 🍓 | BUAT JADUAL :: atleast 1 jam belajar pun cukup :: buatlah 2 subjek setiap hari :: kalau tak ikut jadual awak denda diri sendiri :: contohnya denda RM2 :: jangan guna duit tu untuk kegunaan diri sendiri :: guna duit tu untuk sedekah ke ape ape jelah 🍓 | GUNA CARA 25 MINIT BELAJAR 5 MINIT REHAT :: time tu fokus hanya dekat buku :: silentkan notif supaya tak kacau mood belajar :: phone letak jauh jauh :: 5 minit rehat tu gilah minum ke ape ape jelah 🍓 | STUDY SUBJEK LEMAH BERBANDING SUBJEK KEGEMARAN :: contoh kalau math belajar formula dia :: tanya kawan , cikgu , parents 🍓 | BUAT SOALAN PAST YEAR :: supaya kita terbiasa dengan soalan soalan #studytips Kalau ade pape lagi nak tambah boleh add kat comment 🥰✨ saya pun tak tahu nak desc satu satu camne HAHAHAH

Assalamualaikum hehe .. maaf dah lama x up notes / tips / dan sebagainya huhu admin admin sebok . Sebentar admin nak bagi tips belajar HAHAHAHA

Pelajaran 15 [ tingkatan 3 ] Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah { Kesan penghayatan fardhu ain dan fardhu kifayah terhadap diri , masyarakat dan negara } 1 . Menghayati fardhu ain dan fardhu kifayah memberi kesan terhadap diri , masyarakat dan negara Antara kesannya ialah : 1 . Terhadap diri 🕊 :: Membentuk keperibadian muslim yang sejati 🕊 :: Membudayakan amalan mulia dalam kehidupan 🕊 :: Membentuk keseimbangan rohani dan jasmani serta keseimbangan emosi dan intelek 🕊 :: Berusaha menjadi individu kreatif dan inovatif. 2 . Terhadap masyarakat: 🕊 :: Membentuk masyarakat yang bertanggungjawab 🕊 :: Membina masyarakat yang berdisiplin serta mematuhi undang-undang 🕊 :: Mewujudkan masyarakat saling membantu antara satu sama lain 🕊 :: Keperluan hidup masyarakat Islam dapat dipenuhi 3 . Terhadap negara : 🕊 :: Negara aman dan bebas daripada kejadian jenayah 🕊 :: Pentadbiran negara berjalan lancar kerana diurus secara telus 🕊 :: Ekonomi negara berkembang dengan pesat kerana bebas rasuah 🕊 :: Pembangunan negara dilaksanakan secara terancang dan bersepadu { Contoh hubung kait antara fardhu ain dengan fardhu kifayah } - Fardhu ain 🕊 :: Setiap orang Islam wajib menunaikan solat. Antara syarat sah solat termasuklah menutup aurat - fardhu kifayah 🕊 :: Untuk memenuhi keperluan pakaian yang menutup aurat, perlu ada orang Islam yang membekalkan keperluan tersebut. - Contohnya 🕊 :: Kemahiran dalam pembuatan benang, kemahiran dalam mencipta mesin jahit dan kemahiran menjahit bagi mencipta pakaian yang menutup aurat #notapi

Pelajaran 15 [ tingkatan 3 ] Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Islam mempunyai peraturan lengkap untuk diamalkan oleh setiap penganutnya . Oleh itu , Islam memfardhukan sesuatu perkara yang mesti dilakukan untuk kejayaan dan kebahagiaan Muslim secara individu dan masyarakat Islam secara umumnya . Perkara fardhu di dalam Islam terbahagi kepada dua , iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah . 1 . Maksud fardhu ain ialah : 🦋 :: tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas setiap orang Islam yang mukalaf . Sekiranya tuntutan ini tidak dilaksanakan , maka individu tersebut akan berdosa Contoh amalan fardhu ain : 🦋 :: menutup aurat 🦋 :: berpuasa pada bulan Ramadhan 🦋 :: Solat fardhu lima waktu 2 . Maksud fardhu kifayah ialah : 🦋 :: tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas masyarakat Islam secara kolektif . Sekiranya sebahagian sahaja melaksanakan tuntutan fardhu kifayah ini , maka gugurlah kewajipan tersebut ke atas orang Islam yang lain Contoh amalan fardhu kifayah : 🦋 :: solat berjemaah 🦋 :: menguruskan jenazah 🦋 :: usahawan muslim #notapi

Mukmin yang Bertakwa part 2 3 . Kandungan Al - Quran mencakupi semua aspek kehidupan manusia di dunia dan menceritakan kehidupan di akhirat sebagai peringatan . Antara kandungan yang diutarakan dalam Al - Quran termasuk bidang : 🌻 :: Ibadat - kewajipan solat , zakat , haji 🌻 :: politik - memilih pemimpin , peranan pemimpin 🌻 :: muamalat - jual beli , sewaan , gadaian 🌻 :: munakahat - nikah kahwin , kekeluargaan 🌻 :: syariat - undang - undang kemaslahatan ummah dan masyarakat 🌻 :: faraid - pembahagian harta pusaka 🌻 :: jenayah - jenis - jenis kesalahan dan hukuman [ info Islam ] Al - Quran mengandungi pelbagai fakta sains yang kini sudah banyak dibuktikan melalui kajian para ilmuan . Sebagai contoh , pertemuan dua laut di selat Gibraltar dinyatakan dalam surah Al - Furqan ayat 53 4 . Kelebihan Al - Quran 🌻 :: Al - Quran adalah mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad SAW dan ia harus dipelihara oleh Allah hingga ke hari kiamat 🌻 :: Al - Quran menjadi sumber utama hukum hakam dan syariat Islam 🌻 :: Ia menjadi panduan untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat 🌻 :: Menjadi petunjuk kepada orang yang ingin bertakwa kepada Allah 🌻 :: Ia menjadi syafaat dan pelindung kepda mereka yang mengamalkannya pada hari kiamat #notapi

Mukmin yang Bertakwa Pengertian Al - Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibrail 1 . Proses penurunan ayat suci Al - Quran telah melalui dua peringkat : 🍓 :: peringkat pertama secara sekali gus iaitu dari Luh Mahfuz ke Baitil Izzah 🍓 :: peringkat kedua dari Baitil Izzah atau langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat - peringkat 2 . Proses penurunan Al - Quran : 🍓 :: secara beransur - ansur , sedikit demi sedikit selama lebih kurang 23 tahun Al - Quran mula diturunkan pada 17 Ramadhan 🍓 :: diturunkan mengikut suasana dan peristiwa yang berlaku untuk menjawab persoalan umat Islam #notapi

Arah part 2 { Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Matahari } Langkah - langkah menentukan arah dengan berpandukan matahari 🪐 :: berdiri di kawasan lapang dengan mendepakan tangan anda 🪐 :: tangan kanan anda perlu menghala ke arah matahari terbit , iaitu timur 🪐 :: tangan kiri anda pula menghala ke arah matahari terbenam , iaitu barat 🪐 :: oleh itu , arah di hadapan anda ialah utara , manakala belakang anda ialah selatan [ Info geografi ] Terdapat beberapa kumpulan bintang yang digunakan untuk menentukan arah mata angin 🪐 :: contohnya - kumpulan bintang Scorpius menunjukkan arah utara - kumpulan bintang Orion menunjukkan arah barat #notageo

Arah { Arah mata angin } 💫 | Arah ialah kedudukan sesuatu tempat atau objek dari tempat yang lain 1 . Arah sesuatu tempat di
+1
Arah { Arah mata angin } 💫 | Arah ialah kedudukan sesuatu tempat atau objek dari tempat yang lain 1 . Arah sesuatu tempat ditentukan dengan berpandukan : 💫 :: arah matahari terbit dan terbenam 💫 :: kedudukan bintang - bintang pada waktu malam 💫 :: arah mata angin 💫 :: kompas magnetik 2 . Terdapat lapan arah mata angin , iaitu empat arah mata angin utama dan empat mata angin pengantaraan 3 . Empat arah mata angin utama ialah 💫 :: utara ( U ) 💫 :: selatan ( S ) 💫 :: timur ( T ) 💫 :: barat ( B ) 4 . Di antara keempat - empat arah mata angin utama , terdapat empat arah mata angin perantaraan iaitu 💫 :: timur laut di antara utara dengan timur 💫 :: tenggara di antara timur dengan selatan 💫 :: barat daya di antara selatan dengan barat 💫 :: barat laut di antara barat dengan utara Empat arah mata angin utama ( gambar pertama ) Lapan arah mata angin ( gambar kedua ) #notageo

Alhamdulillah kebanyakannya faham 🥰 inshaallah admin akan improve if ade yang saya boleh improve . Nnti admin post lagi ye ✨

Cara penulisan saya korang boleh faham ?
Anonymous voting

Kata nama part 4 6 . Kata nama am tak hidup bukan institusi terbahagi dua, iaitu: 🐝 :: konkrit 🐝 :: abstrak 7 . Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit merujuk institusi yang konkrit 🐝 :: contohnya - kampung - lorong - rumah - tasik 8 . Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi dua, iaitu: 🐝 :: abstrak berbilang - merujuk benda atau perkara yang tidak hidup tetapi boleh dibilang dan disertai oleh kata bilangan, • contohnya ~ bayangan ~ kenangan ~ khayalan ~ pendapat 🐝 :: abstrak tak berbilang - merujuk benda atau perkara yang tidak hidup dan tidak boleh dibilang • seperti ~ keharmonian ~ ketampanan ~ perubahan ~ udara #notabm

Kata nama part 3 Kata Nama Am 1 . Kata nama am ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara am. 2 . Pembahagian kata nama am adalah seperti berikut 🕊 :: hidup - manusia - bukan manusia 🕊 :: tak hidup - institusi - bukan institusi • konkrit • abstrak ~ berbilang ~ tak berbilang 3 . Kata nama am hidup terbahagi kepada dua, iaitu: 🕊 :: kata nama am hidup manusia - bayi - kakak - pengembala - tentera 🕊 :: kata nama am hidup bukan manusia - cacing - itik - malaikat - pokok - bidadari 4 . Kata nama am tak hidup terbahagi kepada dua, iaitu: 🕊 :: institusi 🕊 :: bukan institusi 5 . Kata nama am tak hidup institusi merujuk institusi yang tidak hidup 🕊 :: contohnya - hospital - kedai - pasar - pejabat - sekolah #notabm

Kata nama part 2 3 . Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua , iaitu : 🍃 :: kata nama khas hidup manusia - Amanda - Datuk Chong Wei - Doktor Amalina 🍃 :: kata nama khas hidup bukan manusia - Sang Rangkak - Si Tompok - Comel 4 . Kata nama khas tak hidup merujuk benda benda yang tidak hidup secara khusus , contohnya Proton Perdana ( kereta ) , Dewa Siswa ( majalah ) , Universiti Kebangsaan Malaysia ( institusi ) , Teluk Intan ( tempat ) , Tan Sri ( pangkat ) dan Khamis ( abstrak ) 5 . Dalam penulisan , kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama perkataan tersebut #notabm

Kata nama 1 . Kata nama merupakan perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa . 2 . Terdapat tiga jenis kata nama , iaitu kata nama khas , kata nama am dan kata ganti nama KATA NAMA KHAS 1 . Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus 2 . Pembahagian kata nama khas adalah seperti yang berikut :- 🌹 :: hidup - manusia - bukan manusia 🌹 :: tak hidup #notabm

Inshaallah sekiranya esok ada masa lebih min update subject lain pula ye 🥰 selamat malam semua . Assalamualaikum

Integers part 3 6 . Integers are used in our daily situations For example :- 🦋 :: the temperature of boiling point of water is 100°C 🦋 :: freezing point is 0°C A temperature below zero degree Celsius For example :- 🦋 :: -7°C is read as ' negative seven degrees Celsius #notamath

Integers part 2 2 . Positive integers are whole numbers other than zero with or without the ' + ' sign before them Example :- 🌻 :: +11 / 11 3 . Negative integers are whole numbers other than zero with the ' - ' sign before them Example :- 🌻 :: -3 / -8 4 . The sign of an integers is read first before the number Example :- 🌻 :: -5 is read as ' negative five ' 🌻 :: +4 is read as ' positive four ' or simply ' four ' 5 . 0 is an integer but it is not a positive or negative integer #notamath

Integers ( dlp ) 1 . An integer is a whole number with a positive or a negative sign before it . Zero is also an integer Negative integers :- ☁️ :: -1 ☁️ :: -2 ☁️ :: -3 Zero :- ☁️ :: 0 Positive integers :- ☁️ :: 1 ☁️ :: 2 ☁️ :: 3 #notamath

KATA BILANGAN TIDAK TENTU 'Beberapa' ➼ perlu diikuti oleh penjodoh bilangan apabila diikuti kata nama konkrit. Beberapa pelajar(×) Beberapa sungai(×) Beberapa lembu(×) Beberapa orang pelajar(/) Beberapa batang sungai(/) Beberapa ekor lembu(/) 'Beberapa'- tidak diikuti oleh penjodoh bilangan apabila diikuti oleh kata nama abstrak Beberapa buah cadangan(×) Beberapa buah perkara(×) Beberapa buah saranan(×) Beberapa cadangan(/) Beberapa perkara(/) Beberapa saranan(/) @Tatabahasa_Melayu