𝗦𝗧𝗨𝗗𝗬 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡™ 🇵🇸
前往频道在 Telegram
Hye students ! We are here to help you to increase your motivation with nice and aesthetic notes . Hope its helps you guys ❤️🔥 Official bot :- https://studywithadmin.carrd.co
显示更多📈 Telegram 频道 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗬 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡™ 🇵🇸 的分析概览
频道 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗬 𝗪𝗜𝗧𝗛 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡™ 🇵🇸 (@studywithadmin) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 66 891 名订阅者,在 教育 类别中位列第 2 450,并在 马来西亚 地区排名第 436 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 66 891 名订阅者。
根据 07 七月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -1 854,过去 24 小时变化为 -30,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 8.67%。内容发布后 24 小时内通常能获得 5.32% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 5 797 次浏览,首日通常累积 3 557 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Hye students ! We are here to help you to increase your motivation with nice and aesthetic notes . Hope its helps you guys ❤️🔥
Official bot :-
https://studywithadmin.carrd.co”
凭借高频更新(最新数据采集于 08 七月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 教育 类别中的关键影响点。
66 891
订阅者
-3024 小时
-2287 天
-1 85430 天
帖子存档
66 891
MY STUDY TIPS
🍓 | BUAT JADUAL
:: atleast 1 jam belajar pun cukup
:: buatlah 2 subjek setiap hari
:: kalau tak ikut jadual awak denda diri sendiri
:: contohnya denda RM2
:: jangan guna duit tu untuk kegunaan diri sendiri
:: guna duit tu untuk sedekah ke ape ape jelah
🍓 | GUNA CARA 25 MINIT BELAJAR 5 MINIT REHAT
:: time tu fokus hanya dekat buku
:: silentkan notif supaya tak kacau mood belajar
:: phone letak jauh jauh
:: 5 minit rehat tu gilah minum ke ape ape jelah
🍓 | STUDY SUBJEK LEMAH BERBANDING SUBJEK KEGEMARAN
:: contoh kalau math belajar formula dia
:: tanya kawan , cikgu , parents
🍓 | BUAT SOALAN PAST YEAR
:: supaya kita terbiasa dengan soalan soalan
#studytips
Kalau ade pape lagi nak tambah boleh add kat comment 🥰✨ saya pun tak tahu nak desc satu satu camne HAHAHAH
66 891
Assalamualaikum hehe .. maaf dah lama x up notes / tips / dan sebagainya huhu admin admin sebok . Sebentar admin nak bagi tips belajar HAHAHAHA
66 891
Pelajaran 15 [ tingkatan 3 ]
Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
{ Kesan penghayatan fardhu ain dan fardhu kifayah terhadap diri , masyarakat dan negara }
1 . Menghayati fardhu ain dan fardhu kifayah memberi kesan terhadap diri , masyarakat dan negara
Antara kesannya ialah :
1 . Terhadap diri
🕊 :: Membentuk keperibadian muslim yang sejati
🕊 :: Membudayakan amalan mulia dalam kehidupan
🕊 :: Membentuk keseimbangan rohani dan jasmani serta keseimbangan emosi dan intelek
🕊 :: Berusaha menjadi individu kreatif dan inovatif.
2 . Terhadap masyarakat:
🕊 :: Membentuk masyarakat yang bertanggungjawab
🕊 :: Membina masyarakat yang berdisiplin serta mematuhi undang-undang
🕊 :: Mewujudkan masyarakat saling membantu antara satu sama lain
🕊 :: Keperluan hidup masyarakat Islam dapat dipenuhi
3 . Terhadap negara :
🕊 :: Negara aman dan bebas daripada kejadian jenayah
🕊 :: Pentadbiran negara berjalan lancar kerana diurus secara telus
🕊 :: Ekonomi negara berkembang dengan pesat kerana bebas rasuah
🕊 :: Pembangunan negara dilaksanakan secara terancang dan bersepadu
{ Contoh hubung kait antara fardhu ain dengan fardhu kifayah }
- Fardhu ain
🕊 :: Setiap orang Islam wajib menunaikan solat. Antara syarat sah solat termasuklah menutup aurat
- fardhu kifayah
🕊 :: Untuk memenuhi keperluan pakaian yang menutup aurat, perlu ada orang Islam yang membekalkan keperluan tersebut.
- Contohnya
🕊 :: Kemahiran dalam pembuatan benang, kemahiran dalam mencipta mesin jahit dan kemahiran menjahit bagi mencipta pakaian yang menutup aurat
#notapi
66 891
Pelajaran 15 [ tingkatan 3 ]
Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Islam mempunyai peraturan lengkap untuk diamalkan oleh setiap penganutnya . Oleh itu , Islam memfardhukan sesuatu perkara yang mesti dilakukan untuk kejayaan dan kebahagiaan Muslim secara individu dan masyarakat Islam secara umumnya . Perkara fardhu di dalam Islam terbahagi kepada dua , iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah .
1 . Maksud fardhu ain ialah :
🦋 :: tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas setiap orang Islam yang mukalaf . Sekiranya tuntutan ini tidak dilaksanakan , maka individu tersebut akan berdosa
Contoh amalan fardhu ain :
🦋 :: menutup aurat
🦋 :: berpuasa pada bulan Ramadhan
🦋 :: Solat fardhu lima waktu
2 . Maksud fardhu kifayah ialah :
🦋 :: tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas masyarakat Islam secara kolektif . Sekiranya sebahagian sahaja melaksanakan tuntutan fardhu kifayah ini , maka gugurlah kewajipan tersebut ke atas orang Islam yang lain
Contoh amalan fardhu kifayah :
🦋 :: solat berjemaah
🦋 :: menguruskan jenazah
🦋 :: usahawan muslim
#notapi
66 891
Mukmin yang Bertakwa part 2
3 . Kandungan Al - Quran mencakupi semua aspek kehidupan manusia di dunia dan menceritakan kehidupan di akhirat sebagai peringatan . Antara kandungan yang diutarakan dalam Al - Quran termasuk bidang :
🌻 :: Ibadat
- kewajipan solat , zakat , haji
🌻 :: politik
- memilih pemimpin , peranan pemimpin
🌻 :: muamalat
- jual beli , sewaan , gadaian
🌻 :: munakahat
- nikah kahwin , kekeluargaan
🌻 :: syariat
- undang - undang kemaslahatan ummah dan masyarakat
🌻 :: faraid
- pembahagian harta pusaka
🌻 :: jenayah
- jenis - jenis kesalahan dan hukuman
[ info Islam ]
Al - Quran mengandungi pelbagai fakta sains yang kini sudah banyak dibuktikan melalui kajian para ilmuan . Sebagai contoh , pertemuan dua laut di selat Gibraltar dinyatakan dalam surah Al - Furqan ayat 53
4 . Kelebihan Al - Quran
🌻 :: Al - Quran adalah mukjizat yang terbesar kepada Nabi Muhammad SAW dan ia harus dipelihara oleh Allah hingga ke hari kiamat
🌻 :: Al - Quran menjadi sumber utama hukum hakam dan syariat Islam
🌻 :: Ia menjadi panduan untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
🌻 :: Menjadi petunjuk kepada orang yang ingin bertakwa kepada Allah
🌻 :: Ia menjadi syafaat dan pelindung kepda mereka yang mengamalkannya pada hari kiamat
#notapi
66 891
Mukmin yang Bertakwa
Pengertian Al - Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibrail
1 . Proses penurunan ayat suci Al - Quran telah melalui dua peringkat :
🍓 :: peringkat pertama secara sekali gus iaitu dari Luh Mahfuz ke Baitil Izzah
🍓 :: peringkat kedua dari Baitil Izzah atau langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat - peringkat
2 . Proses penurunan Al - Quran :
🍓 :: secara beransur - ansur , sedikit demi sedikit selama lebih kurang 23 tahun Al - Quran mula diturunkan pada 17 Ramadhan
🍓 :: diturunkan mengikut suasana dan peristiwa yang berlaku untuk menjawab persoalan umat Islam
#notapi
66 891
Arah part 2
{ Cara Menentukan Arah Mata Angin Menggunakan Matahari }
Langkah - langkah menentukan arah dengan berpandukan matahari
🪐 :: berdiri di kawasan lapang dengan mendepakan tangan anda
🪐 :: tangan kanan anda perlu menghala ke arah matahari terbit , iaitu timur
🪐 :: tangan kiri anda pula menghala ke arah matahari terbenam , iaitu barat
🪐 :: oleh itu , arah di hadapan anda ialah utara , manakala belakang anda ialah selatan
[ Info geografi ]
Terdapat beberapa kumpulan bintang yang digunakan untuk menentukan arah mata angin
🪐 :: contohnya
- kumpulan bintang Scorpius menunjukkan arah utara
- kumpulan bintang Orion menunjukkan arah barat
#notageo
66 891
Arah
{ Arah mata angin }
💫 | Arah ialah kedudukan sesuatu tempat atau objek dari tempat yang lain
1 . Arah sesuatu tempat ditentukan dengan berpandukan :
💫 :: arah matahari terbit dan terbenam
💫 :: kedudukan bintang - bintang pada waktu malam
💫 :: arah mata angin
💫 :: kompas magnetik
2 . Terdapat lapan arah mata angin , iaitu empat arah mata angin utama dan empat mata angin pengantaraan
3 . Empat arah mata angin utama ialah
💫 :: utara ( U )
💫 :: selatan ( S )
💫 :: timur ( T )
💫 :: barat ( B )
4 . Di antara keempat - empat arah mata angin utama , terdapat empat arah mata angin perantaraan iaitu
💫 :: timur laut di antara utara dengan timur
💫 :: tenggara di antara timur dengan selatan
💫 :: barat daya di antara selatan dengan barat
💫 :: barat laut di antara barat dengan utara
Empat arah mata angin utama
( gambar pertama )
Lapan arah mata angin
( gambar kedua )
#notageo
66 891
Alhamdulillah kebanyakannya faham 🥰 inshaallah admin akan improve if ade yang saya boleh improve . Nnti admin post lagi ye ✨
66 891
Kata nama part 4
6 . Kata nama am tak hidup bukan institusi terbahagi dua, iaitu:
🐝 :: konkrit
🐝 :: abstrak
7 . Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit merujuk institusi yang konkrit
🐝 :: contohnya
- kampung
- lorong
- rumah
- tasik
8 . Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi dua, iaitu:
🐝 :: abstrak berbilang
- merujuk benda atau perkara yang tidak hidup tetapi boleh dibilang dan disertai oleh kata bilangan,
• contohnya
~ bayangan
~ kenangan
~ khayalan
~ pendapat
🐝 :: abstrak tak berbilang
- merujuk benda atau perkara yang tidak hidup dan tidak boleh dibilang
• seperti
~ keharmonian
~ ketampanan
~ perubahan
~ udara
#notabm
66 891
Kata nama part 3
Kata Nama Am
1 . Kata nama am ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara am.
2 . Pembahagian kata nama am adalah seperti berikut
🕊 :: hidup
- manusia
- bukan manusia
🕊 :: tak hidup
- institusi
- bukan institusi
• konkrit
• abstrak
~ berbilang
~ tak berbilang
3 . Kata nama am hidup terbahagi kepada dua, iaitu:
🕊 :: kata nama am hidup manusia
- bayi
- kakak
- pengembala
- tentera
🕊 :: kata nama am hidup bukan manusia
- cacing
- itik
- malaikat
- pokok
- bidadari
4 . Kata nama am tak hidup terbahagi kepada dua, iaitu:
🕊 :: institusi
🕊 :: bukan institusi
5 . Kata nama am tak hidup institusi merujuk institusi yang tidak hidup
🕊 :: contohnya
- hospital
- kedai
- pasar
- pejabat
- sekolah
#notabm
66 891
Kata nama part 2
3 . Kata nama khas hidup terbahagi kepada dua , iaitu :
🍃 :: kata nama khas hidup manusia
- Amanda
- Datuk Chong Wei
- Doktor Amalina
🍃 :: kata nama khas hidup bukan manusia
- Sang Rangkak
- Si Tompok
- Comel
4 . Kata nama khas tak hidup merujuk benda benda yang tidak hidup secara khusus , contohnya Proton Perdana ( kereta ) , Dewa Siswa ( majalah ) , Universiti Kebangsaan Malaysia ( institusi ) , Teluk Intan ( tempat ) , Tan Sri ( pangkat ) dan Khamis ( abstrak )
5 . Dalam penulisan , kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada huruf pertama perkataan tersebut
#notabm
66 891
Kata nama
1 . Kata nama merupakan perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa .
2 . Terdapat tiga jenis kata nama , iaitu kata nama khas , kata nama am dan kata ganti nama
KATA NAMA KHAS
1 . Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara khusus
2 . Pembahagian kata nama khas adalah seperti yang berikut :-
🌹 :: hidup
- manusia
- bukan manusia
🌹 :: tak hidup
#notabm
66 891
Inshaallah sekiranya esok ada masa lebih min update subject lain pula ye 🥰 selamat malam semua . Assalamualaikum
66 891
Integers part 3
6 . Integers are used in our daily situations
For example :-
🦋 :: the temperature of boiling point of water is 100°C
🦋 :: freezing point is 0°C
A temperature below zero degree Celsius
For example :-
🦋 :: -7°C is read as ' negative seven degrees Celsius
#notamath
66 891
Integers part 2
2 . Positive integers are whole numbers other than zero with or without the ' + ' sign before them
Example :-
🌻 :: +11 / 11
3 . Negative integers are whole numbers other than zero with the ' - ' sign before them
Example :-
🌻 :: -3 / -8
4 . The sign of an integers is read first before the number
Example :-
🌻 :: -5 is read as ' negative five '
🌻 :: +4 is read as ' positive four ' or simply ' four '
5 . 0 is an integer but it is not a positive or negative integer
#notamath
66 891
Integers ( dlp )
1 . An integer is a whole number with a positive or a negative sign before it . Zero is also an integer
Negative integers :-
☁️ :: -1
☁️ :: -2
☁️ :: -3
Zero :-
☁️ :: 0
Positive integers :-
☁️ :: 1
☁️ :: 2
☁️ :: 3
#notamath
66 891
KATA BILANGAN TIDAK TENTU
'Beberapa' ➼ perlu diikuti oleh penjodoh bilangan apabila diikuti kata nama konkrit.
Beberapa pelajar(×)
Beberapa sungai(×)
Beberapa lembu(×)
Beberapa orang pelajar(/)
Beberapa batang sungai(/)
Beberapa ekor lembu(/)
'Beberapa'- tidak diikuti oleh penjodoh bilangan apabila diikuti oleh kata nama abstrak
Beberapa buah cadangan(×)
Beberapa buah perkara(×)
Beberapa buah saranan(×)
Beberapa cadangan(/)
Beberapa perkara(/)
Beberapa saranan(/)
@Tatabahasa_Melayu ❀
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
