es
Feedback
Basyeer

Basyeer

Ir al canal en Telegram
447
Suscriptores
Sin datos24 horas
-47 días
+330 días

Carga de datos en curso...

Nube de Etiquetas
Sin datos
¿Algún problema? Por favor, actualice la página o contacte a nuestro gerente de soporte.
Menciones Entrantes y Salientes
---
---
---
---
---
---
Atraer Suscriptores
julio '26
julio '26
+11
en 0 canales
junio '26
+4
en 0 canales
Get PRO
mayo '26
+6
en 0 canales
Get PRO
abril '26
+5
en 0 canales
Get PRO
marzo '26
+20
en 0 canales
Get PRO
febrero '26
+14
en 0 canales
Get PRO
enero '26
+10
en 0 canales
Get PRO
diciembre '25
+10
en 0 canales
Get PRO
noviembre '25
+5
en 0 canales
Get PRO
octubre '25
+4
en 0 canales
Get PRO
septiembre '25
+56
en 0 canales
Get PRO
agosto '25
+4
en 0 canales
Get PRO
julio '25
+2
en 0 canales
Get PRO
junio '25
+8
en 0 canales
Get PRO
mayo '25
+2
en 0 canales
Get PRO
abril '25
+6
en 0 canales
Get PRO
marzo '25
+5
en 0 canales
Get PRO
febrero '25
+8
en 1 canales
Get PRO
enero '25
+6
en 0 canales
Get PRO
diciembre '24
+4
en 0 canales
Get PRO
noviembre '24
+6
en 0 canales
Get PRO
octubre '24
+7
en 0 canales
Get PRO
septiembre '240
en 0 canales
Get PRO
agosto '24
+5
en 0 canales
Get PRO
julio '24
+6
en 0 canales
Get PRO
junio '24
+2
en 0 canales
Get PRO
mayo '240
en 0 canales
Get PRO
abril '24
+9
en 0 canales
Get PRO
marzo '24
+4
en 0 canales
Get PRO
febrero '24
+13
en 0 canales
Get PRO
enero '24
+20
en 0 canales
Get PRO
diciembre '23
+10
en 1 canales
Get PRO
noviembre '23
+4
en 0 canales
Get PRO
octubre '23
+30
en 0 canales
Get PRO
septiembre '23
+3
en 0 canales
Get PRO
agosto '23
+5
en 0 canales
Get PRO
julio '23
+4
en 0 canales
Get PRO
junio '230
en 0 canales
Get PRO
mayo '23
+2
en 0 canales
Get PRO
abril '23
+2
en 0 canales
Get PRO
marzo '23
+27
en 0 canales
Get PRO
febrero '23
+1
en 0 canales
Get PRO
enero '230
en 0 canales
Get PRO
diciembre '22
+1
en 0 canales
Get PRO
noviembre '22
+3
en 0 canales
Get PRO
octubre '22
+1
en 0 canales
Get PRO
septiembre '22
+1
en 0 canales
Get PRO
agosto '220
en 0 canales
Get PRO
julio '22
+15
en 0 canales
Get PRO
junio '22
+10
en 0 canales
Get PRO
mayo '22
+3
en 0 canales
Get PRO
abril '22
+16
en 0 canales
Get PRO
marzo '22
+28
en 0 canales
Get PRO
febrero '22
+7
en 0 canales
Get PRO
enero '22
+2
en 0 canales
Get PRO
diciembre '21
+4
en 0 canales
Get PRO
noviembre '21
+2
en 0 canales
Get PRO
octubre '21
+3
en 0 canales
Get PRO
septiembre '21
+17
en 0 canales
Get PRO
agosto '21
+228
en 0 canales
Fecha
Crecimiento de Suscriptores
Menciones
Canales
31 julio0
30 julio0
29 julio0
28 julio0
27 julio0
26 julio0
25 julio0
24 julio0
23 julio0
22 julio+2
21 julio0
20 julio+1
19 julio0
18 julio0
17 julio+2
16 julio+3
15 julio0
14 julio0
13 julio0
12 julio0
11 julio0
10 julio+1
09 julio+1
08 julio0
07 julio0
06 julio0
05 julio0
04 julio0
03 julio0
02 julio0
01 julio+1
Publicaciones del Canal
Repost from Berbagi Nasihat
Banyak Nikmat yang Kau Sebut Beban Padahal Itu Karunia "Berhentilah mengeluh sebelum Allah mencabut nikmat itu.." (Repost) 🌧
Banyak Nikmat yang Kau Sebut Beban Padahal Itu Karunia "Berhentilah mengeluh sebelum Allah mencabut nikmat itu.." (Repost) 🌧🍃

2
Kerana orang yang paling tenang bukanlah orang yang memiliki segala-galanya. Tetapi orang yang tahu... Bila perlu berusaha... Dan bila perlu menyerahkan semuanya kepada Allah. Mungkin itulah sebabnya Allah menjadikan Maghrib begitu indah. Setiap hari, tanpa jemu... Allah sedang mengajar kita satu pelajaran yang sama. Segala yang zahir akan menghilang. Hanya Allah yang kekal. Itulah. #HarfizHamzah Sumber : fb Ibn Asadullah Al - Banjari Jum follow t.me/basyeer247
31
3
Maghrib: Saat Allah Mengajar Kita Erti Melepaskan Setiap hari... Kita melihat matahari terbenam. Tetapi jarang kita bertanya... Apakah yang Allah sedang ajarkan kepada jiwa kita melalui Maghrib? Pagi mengajar kita memulakan. Tengah hari mengajar kita bertahan. Tetapi Maghrib... Mengajar kita melepaskan. Apabila diteliti akar perkataan غرب (gharaba), ia membawa makna sesuatu yang menghilang, menjauh atau tersembunyi daripada pandangan. Matahari tidak musnah ketika Maghrib. Ia hanya hilang daripada pandangan kita. Begitulah juga kehidupan. Banyak perkara yang kita sangka hilang... Sebenarnya hanya berpindah daripada alam yang kita lihat kepada alam yang kita tidak nampak. Maghrib ialah terapi psikologi untuk melepaskan Dalam psikologi moden, antara punca terbesar tekanan ialah ketidakmampuan melepaskan. Kita membawa pulang tekanan pejabat ke rumah. Membawa kegagalan semalam ke hari ini. Membawa kata-kata manusia ke dalam hati. Kita memegang semuanya... Sehingga jiwa menjadi letih. Tetapi setiap petang... Allah memperlihatkan satu pelajaran. Matahari yang begitu gagah menyinari bumi sepanjang hari... Akhirnya "menghilangkan dirinya". Ia tidak mempertahankan siang. Ia tidak melawan malam. Ia menerima sunnatullah. Begitulah jiwa yang matang. Dia tahu bahawa tidak semua perkara perlu dipegang selama-lamanya. Ada waktu untuk berusaha. Ada waktu untuk berhenti. Ada waktu untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah. Solat Maghrib ialah titik peralihan jiwa Mengapa Allah mensyariatkan solat tepat ketika cahaya mula menghilang? Kerana manusia juga memerlukan peralihan psikologi. Sepanjang siang... Otak berada dalam keadaan menyelesaikan masalah. Membuat keputusan. Berunding. Bersaing. Mengejar sasaran. Jika keadaan ini berterusan tanpa henti... Minda akan mengalami keletihan mental (mental fatigue). Sebab itu waktu Maghrib menjadi isyarat untuk memperlahankan rentak kehidupan. Apabila azan berkumandang... Allah seakan-akan berkata, "Cukuplah urusan dunia untuk hari ini." "Pulanglah sebentar kepada-Ku." Inilah keindahan Islam. Ibadah bukan sekadar memenuhi tuntutan agama. Ia juga menyusun semula ritma kehidupan manusia. Maghrib mengingatkan kita tentang kefanaan Ada satu hakikat yang kita sering lupa. Suatu hari nanti... Kita juga akan "terbenam". Sebagaimana matahari menghilang dari pandangan... Begitulah jasad kita akan hilang daripada dunia. Rumah akan ditinggalkan. Jawatan akan dilepaskan. Harta akan diwariskan. Yang tinggal hanyalah amal. Mungkin sebab itu Nabi SAW menggalakkan kita segera menunaikan solat apabila masuk waktunya. Kerana setiap kali Maghrib tiba... Allah sedang mengingatkan kita bahawa usia juga sedang tenggelam sedikit demi sedikit. Mengapa waktu Maghrib terasa begitu tenang? Sains menjelaskan bahawa menjelang waktu senja, tubuh manusia mula mengalami perubahan biologi sebagai persediaan untuk berehat. Cahaya yang semakin berkurang memberi isyarat kepada otak untuk memulakan proses malam, termasuk peningkatan pengeluaran melatonin, hormon yang membantu mengawal ritma tidur. Pada masa yang sama, peralihan daripada cahaya terang kepada suasana yang lebih redup turut memberi kesan kepada emosi dan tahap kewaspadaan. Islam tidak memisahkan perubahan biologi ini daripada ibadah. Ketika tubuh sedang bersedia memasuki fasa malam... Allah memanggil kita berdiri menghadap-Nya. Seolah-olah Allah menyelaraskan ritma alam, ritma tubuh dan ritma jiwa pada waktu yang sama. Apa yang patut "terbenam" ketika Maghrib? Mungkin bukan sekadar matahari. Tetapi... Biarlah kemarahan turut terbenam. Biarlah dendam turut terbenam. Biarlah kesombongan turut terbenam. Biarlah keresahan turut terbenam. Dan biarlah hati kembali muncul... Dalam keadaan yang lebih dekat kepada Allah. Akhirnya saya memahami... Maghrib bukan sekadar penamat siang. Ia adalah latihan harian untuk belajar melepaskan. Melepaskan apa yang tidak mampu kita kawal. Melepaskan apa yang sudah berlalu. Melepaskan pergantungan kepada dunia.
30
4
@basyeer247
@basyeer247
32
5
BESAR ATAU KECIL, BUKAN ITU YANG ALLAH LIHAT Ada satu perkara yang semakin saya sedar apabila membaca al-Quran. Kita selalu berbicara tentang saiz amalan. Sebaliknya, jarang berbicara tentang keadaan hati ketika amalan itu dilakukan. Mungkin sebab itu kita sering tertipu. Kita melihat amalan dengan mata. Tetapi Allah menilai amalan melalui hati. Sebab itu ada orang yang solat bertahun-tahun, tetapi masih sombong. Ada orang yang bersedekah berjuta-juta, tetapi masih gelisah apabila tidak dipuji. Dan ada orang yang melakukan satu amalan yang sangat kecil, namun ia menjadi penyelamatnya di hadapan Allah. Mengapa? Kerana Allah tidak hanya melihat apa yang kita lakukan. Allah juga melihat siapa diri kita ketika melakukannya. Ada satu perkara yang sangat menyentuh hati. Iaitu beza antara ikhlas dan sidq. Ikhlas bermaksud kita membersihkan amalan daripada mengharap pandangan manusia. Tetapi sidq lebih dalam daripada itu. Ia ialah membersihkan hati daripada rasa kagum terhadap diri sendiri. Ini sangat halus. Kadang-kadang kita tidak mengharapkan pujian orang. Tetapi dalam diam kita mula berkata kepada diri sendiri, "Aku sudah banyak berkorban." "Aku sudah banyak berbuat baik." "Aku lebih baik daripada orang lain." Di sinilah muncul penyakit yang sangat sukar dikesan. Bukan riya' kepada manusia. Tetapi rasa kagum terhadap diri sendiri. Dari sudut psikologi, keadaan ini hampir sama dengan apa yang dipanggil self-serving bias. Otak manusia mudah membina naratif bahawa kejayaan datang kerana dirinya, lalu secara perlahan-lahan dia mula membesar-besarkan sumbangannya sendiri. Tanpa disedari, amal yang sepatutnya mendekatkan kita kepada Allah menjadi sebab hati semakin memandang dirinya. Sebab itu saya sangat tertarik dengan firman Allah ketika menceritakan Bai'at al-Ridwan. Allah berfirman bahawa Dia mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka. Seolah-olah kita diajar satu prinsip. Hati mendahului amalan. Amalan hanyalah bayang kepada apa yang ada di dalam hati. Semakin saya fikir, semakin saya sedar... Kita terlalu sibuk mengurus "portfolio amal". Kita menghitung berapa kali khatam al-Quran. Berapa rakaat solat sunat. Berapa jumlah sedekah. Tetapi kita jarang bertanya, "Bagaimana keadaan hati aku ketika melakukan semua itu?" Mungkin sebab itu Rasulullah SAW sentiasa berdoa agar hati diteguhkan. Kerana hati berubah lebih pantas daripada amalan. Amalan boleh nampak sama. Tetapi hati boleh berubah dalam sekelip mata. Akhirnya saya mengambil satu pelajaran yang sangat besar. Jangan terlalu kagum dengan amalan yang besar. Dan jangan sekali-kali meremehkan amalan yang kecil. Kerana yang membesarkan sesuatu amalan bukan tangan yang melakukannya. Tetapi hati yang menggerakkannya. Mudah-mudahan setiap hari Allah menghadiahkan kepada kita satu detik yang benar-benar ikhlas. Satu detik yang mungkin tidak diketahui oleh sesiapa. Tetapi cukup untuk dikenali oleh Allah. Kerana boleh jadi... Bukan amalan yang paling banyak menjadi penyelamat kita. Tetapi amalan yang paling jujur. Itulah. #HarfizHamzah Sumber : fb Ibn Asadullah al Banjari Jum follow t.me/basyeer247
52
6
@basyeer247
@basyeer247
66
7
Zikir yang Memenuhi Hajat Kita Hidup kita penuh dengan liku. Liku itu perlu kita tempuh dengan jiwa yang tekal bukan hanya mengalah. Ibaratnya, jadilah jiwa yang sadiq. Tidak melarikan diri daripada mahkamah tetapi berlari di jalanan. Itu jiwa pemberani. Ada satu athar riwayat Ummu Darda’ yang dipelajari daripada suaminya Abu Darda’ r.a. مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ وَإِذَا أَمْسَى “Sesiapa yang membawa di waktu pagi dan petang, حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ “Cukuplah Allah bagiku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia ialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung, سَبْعَ مَرَّاتٍ كَفَاهُ اللَّهُ مَا أَهَمَّهُ صَادِقًا كَانَ بِهَا أَوْ كَاذِبًا “Sebanyak tujuh kali, nescaya Allah akan mencukupkan baginya segala perkara yang meresahkannya, sama ada dia mengucapkannya dengan penuh keikhlasan atau tidak (sekadar bacaan lisan).” Rujukan: Sunan Abi Dawud, no. 5081 Kata pengarang Aun al-Mabud, فَاللَّهُ تَعَالَى يُنْجِيهِ مِنَ التَّعَبِ وَالْكَرْبِ وَالْهَمِّ بِبَرَكَةِ هَذِهِ الْكَلِمَاتِ “Maka Allah Taala akan menyelamatkannya daripada kelelahan, kebuntuan dan keresahan dengan berkat zikir ini.” Jadi apa tunggu lagi, marilah sama-sama kita mengamalkannya. Sumber : fb Dzulkhairi Khairi Jum follow t.me/basyeer247
86
8
SPAIN BUKTIKAN BAHAWA “SISTEM MENGANGKAT BINTANG”, BUKAN SEBALIKNYA Naratif awal final ialah Messi melawan Lamine Yamal iaitu legenda berusia 39 tahun melawan pewaris yang “dimandikan” berusia 19 tahun. Tetapi final tidak ditentukan oleh salah seorang daripada mereka. Akhirnya ia ditentukan oleh Rodri, Porro, Nico Williams, Ferran Torres, tekanan kolektif dan disiplin posisi. Itulah kesempurnaan Spain. Mereka mempunyai bintang, tetapi tidak meminta sistem berlutut kepada bintang. Bahkan Rodri akhirnya boleh digantikan oleh Zubimendi tanpa menyebabkan pasukan kehilangan bentuk. Sebagaimana terserlah ketika melawan Mesir dan England, Argentina memang pakar dalam mencipta “comeback”, tetapi Spain lebih mahir menghapuskan keadaan yang membolehkan kebangkitan berlaku. Argentina pula terlalu bergantung kepada Messi sebagai pusat kreativiti. Apabila Spain menutup saluran kepadanya, serangan Argentina hampir terputus sepenuhnya. Terhadap France, Spain tidak memberi Mbappé ruang untuk berlari dalam situasi transisi. Terhadap Argentina, prinsipnya sama tetapi sasarannya berbeza. Spain menutup lorong hantaran kepada Messi. Messi hanya mendapat 54 sentuhan dalam perlawanan yang berlangsung lebih 120 minit. Spain tidak perlu “mengalahkan Messi” setiap kali dia menerima bola. Mereka memastikan dia jarang menerima bola dalam keadaan berbahaya. Lalu kita belajar sesuatu. Jangan hanya menyerang individu yang menjadi ancaman. Fahami dan putuskan sistem yang menyokong individu tersebut. Luis De la Fuente tidak perlu menjadi tokoh dramatik di tepi padang. Kepimpinannya terlihat melalui ketenangan dan kesediaan membina sistem sehingga pemain simpanan pun bersedia menjadi penyelesai. Tidak tepat mengatakan Spain menang hanya kerana Argentina bermain dengan sepuluh orang. Sebelum kad merah lagi, Spain sudah mendominasi bola, wilayah dan peluang, sedangkan Argentina belum melakukan satu percubaan pun. Jika Spain itu mahu dilihat menawarkan sesuatu ibrah kepada misi pembebasan tanah Zaitun, ibrahnya umat tidak boleh bergantung pada ledakan emosi besar-besaran atau seorang tokoh penyelamat diturunkan dari langit. Ia mesti menjadi bunyān marṣūṣ iaitu gerakan tersusun yang istiqamah, setiap pihak mengetahui peranannya. Abu Muhtadi & Farahi Paradigma Ibrah 20 Julai 1982-2026 😂 Sumber : fb Syaari Ab Rahman Jum follow t.me/basyeer247
54
9
Di bawah ini saya nukilkan semula beberapa dapatan saya daripada perkongsian syeikh Saeed al-Kamali semasa kedatangan beliau ke Malaysia sebelum ini untuk manfaat kita bersama: 1. Peringatan tentang kesungguhan menuntut ilmu https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223070251087079 2. Kisah yang menusuk jiwa dan perasaan https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223085339104270 3. Bait syair yang merangkumkan 7 orang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223048398420776 4. Kisah unta yang meruntun hati dan perasaan https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223077772675114 5. Bagaimana kehidupan Rasulullah SAW bersama-sama dengan orang di sekelilingnya: https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223049582690382 6. Hadis lembah emas https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223054107003487 7. Al-Shifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223071080387811 8. Kupasan hadis niat https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223047103108394 9. Maksud perkataan Ghabuq https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223048046211971 10. Nisbah al-Namari https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223075535739192 11. Kesalahan membaca ayat https://www.facebook.com/usaid.subki/posts/10223046818581281 Moga-moga ada manfaatnya.
66
10
Amalkan doa ini 🤲 @basyeer247
Amalkan doa ini 🤲 @basyeer247
55
11
Lihatlah tubuh ini.. Jutaan pembuluh darah membentang dari kepala hingga ujung kaki. Setiap detik, darah mengalir tanpa pernah kita perintahkan. Jantung berdetak tanpa kita ingatkan. Oksigen diantarkan ke setiap sel dengan ketepatan yang tak pernah meleset. Begitu rumit penciptaan manusia, namun semuanya bekerja dalam harmoni atas izin Allah. Sering kali kita mengagumi teknologi yang canggih, padahal tubuh kita sendiri adalah bukti kekuasaan Allah yang jauh lebih menakjubkan. Tak ada manusia yang mampu menciptakan satu tetes darah hidup, apalagi menyusun miliaran pembuluh yang saling terhubung dengan begitu sempurna. Maka, masihkah ada alasan untuk sombong? Msh kah ada keraguan bahwa kita memang punya pengatur dalam hidup? Ketika seluruh kehidupan kita bergantung pada sistem yang Allah jalankan setiap detiknya. "Dan pada dirimu sendiri, apakah kamu tidak memperhatikan?" (QS. Adz-Dzariyat: 21) Setiap kali melihat betapa luar biasanya tubuh yang Allah ciptakan, hati kita semakin yakin akan kebesaran-Nya. — repost
60
12
Sin texto...
47
13
Mungkin rahsia kehidupan yang tenang bukan kerana kita memiliki dunia yang lebih baik. Tetapi kerana setiap pagi... Sebelum dunia memanggil nama kita... Kita telah terlebih dahulu menyahut panggilan Allah. Itulah. #HarfizHamzah Sumber : Ibn Asadullah Al Banjari Jum follow t.me/basyeer247
46
14
Mengapa Allah Memilih Waktu Fajar? Setiap hari... Allah memberi kita dua permulaan. Permulaan hari. Dan permulaan hidup. Ramai orang bangun Subuh kerana mahu menunaikan kewajipan. Tetapi semakin saya mengkaji al-Quran dan sunnah... Saya semakin yakin bahawa waktu fajar bukan sekadar waktu untuk solat. Ia adalah waktu Allah membina manusia. Allah berfirman: "Dirikanlah solat dari gelincir matahari hingga gelap malam, dan (dirikanlah) solat Subuh. Sesungguhnya bacaan pada waktu Subuh itu disaksikan." (Surah al-Isra': 78) Para ulama menjelaskan bahawa bacaan pada waktu Subuh disaksikan oleh malaikat malam dan malaikat siang. Seolah-olah... Ketika dunia masih sunyi. Langit sedang penuh dengan saksi. Mungkin sebab itu Rasulullah SAW juga bersabda: "Dua rakaat sunat sebelum Subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya." (Riwayat Muslim, no. 725) Perhatikan... Baginda tidak mengatakan lebih baik daripada emas. Bukan lebih baik daripada rumah. Tetapi lebih baik daripada seluruh dunia. Mengapa? Kerana dunia memberi keselesaan sementara. Tetapi hubungan dengan Allah memberi ketenangan yang kekal. Namun ada satu perkara yang sering kita terlepas pandang. Al-Quran tidak sekadar menyuruh kita solat. Al-Quran berkali-kali menggunakan perkataan: أَقِيمُوا الصَّلَاةَ "Dirikanlah solat." Perkataan aqama bermaksud menegakkan sesuatu dengan sempurna sehingga ia berfungsi sebagaimana tujuan asalnya. Bayangkan sebuah bangunan. Bangunan yang berdiri tetapi retak tidak lagi memenuhi fungsinya. Begitu juga solat. Jika tubuh berdiri tetapi hati tidak hadir... Jika lidah membaca tetapi akal mengembara... Jika selesai solat tetapi akhlak tidak berubah... Mungkin kita telah melakukan solat. Tetapi belum benar-benar mendirikan solat. Sebab itu Allah memberikan kayu ukurnya. "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar." (Surah al-'Ankabut: 45) Inilah ukuran kejayaan solat. Bukan sekadar berapa lama kita berdiri. Tetapi sejauh mana ia mengubah siapa diri kita selepas memberi salam. Dalam psikologi, perubahan tingkah laku tidak berlaku hanya kerana seseorang mengetahui apa yang betul. Perubahan berlaku apabila sesuatu amalan diulang sehingga membentuk identiti. Lima kali sehari... Allah memanggil kita keluar daripada dunia. Bukan kerana Allah memerlukan solat kita. Tetapi kerana kita memerlukan solat itu. Supaya identiti kita sentiasa diperbaharui. Daripada seorang pekerja... Kembali menjadi hamba. Daripada seorang usahawan... Kembali menjadi hamba. Daripada seorang ayah... Kembali menjadi hamba. Kerana apabila identiti sebagai hamba kuat... Segala identiti lain akan berada di tempat yang betul. Kita sebenarnya sedang berjalan menuju tiga alam. Alam dunia. Alam barzakh. Dan alam akhirat. Di dunia... Kita mengumpulkan harta. Di barzakh... Harta tidak lagi berbicara. Di akhirat... Yang berbicara hanyalah amal. Jawatan tidak ikut masuk ke kubur. Pangkat tidak ikut masuk ke kubur. Nama besar juga tidak ikut masuk ke kubur. Yang menemani kita hanyalah hasanah yang lahir daripada amal soleh. Mungkin sebab itu Allah menghadiahkan satu lagi waktu yang sangat istimewa. Waktu sahar. Beberapa minit sebelum Subuh. Waktu ketika kebanyakan manusia masih lena. Tetapi para pencinta Allah sedang beristighfar. Al-Quran memuji mereka: "...dan pada waktu sahar mereka memohon keampunan." (Surah al-Dhariyat: 18) Istighfar pada waktu ini bukan sekadar menghapuskan dosa. Ia melatih hati menjadi lembut. Ia mengajar jiwa mengakui kelemahan. Ia mengingatkan manusia bahawa sebesar mana pun kedudukannya di bumi... Dia tetap seorang hamba di hadapan Allah. Sebab itu saya semakin percaya... Solat bukan hadiah kerana Allah memerlukan penyembah. Solat ialah hadiah kerana manusia memerlukan tempat untuk kembali. Setiap kali dunia melelahkan kita... Allah memanggil. Setiap kali hati menjadi keras... Allah memanggil. Setiap kali arah hidup mula tersasar... Allah memanggil. Dan panggilan pertama setiap hari... Bermula ketika fajar.
56
15
Amalkan doa ini t.me/basyeer247
Amalkan doa ini t.me/basyeer247
54
16
@basyeer247
@basyeer247
110
17
Ada orang tak solat, hidup senang je, yang solat ni macam-macam susah. Pelbagai bentuk soalan begini muncul. Hari ini ketika membaca Usul Bi La Usul oleh Dr. Ismail al-Muqaddam, beliau menyebutkan: Sesungguhnya kita mengetahui dengan penuh keyakinan bahawa seseorang manusia boleh jadi meninggalkan sebesar-besar syiar agama yang berbentuk amalan, iaitu solat, namun dia tetap diberikan rezeki dan kesihatan dalam kehidupan dunianya. Hal ini kerana dunia bukanlah tempat pembalasan dan perhitungan. Tempat sebenar bagi pembalasan dan hisab ialah di akhirat. Bahkan kita melihat terdapat golongan kafir yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, namun Allah tetap meluaskan rezeki mereka serta memberikan kepada mereka ilmu-ilmu keduniaan dan kemajuan material yang tidak diberikan kepada sebahagian manusia yang lain. Maka, dunia adalah tempat ujian, bukan tempat pembalasan. (Usul Bi La Usul) #MMMR Sumber : fb Masri Ramli Jum follow t.me/basyeer247
38
18
Ia melatih disiplin. Ia melatih penguasaan diri. Ia mengingatkan bahawa manusia tidak boleh hidup hanya dengan memberi perhatian kepada dunia, tetapi perlu sentiasa kembali kepada Penciptanya. Akhirnya saya memahami... Solat bukan sekadar membina hubungan dengan Allah. Solat membina manusia yang mampu mengawal dirinya. Manusia yang tidak mudah dikuasai syahwat. Tidak mudah dikuasai kemarahan. Tidak mudah dikuasai dunia. Kerana setiap beberapa jam... Allah memanggilnya pulang. Untuk mengingatkan semula identitinya. Mungkin sebab itu perubahan hidup yang sebenar tidak bermula di luar. Ia bermula apabila seseorang tidak lagi melihat solat sebagai satu tugas yang perlu diselesaikan. Tetapi sebagai preskripsi daripada Allah untuk membina hati, identiti dan psikologi seorang Mukmin. Kerana manusia tidak berubah hanya dengan mengetahui apa yang benar. Manusia berubah apabila hatinya sentiasa dididik untuk kembali kepada kebenaran. Dan Allah menjadikan solat sebagai madrasah itu, lima kali setiap hari. Itulah. #HarfizHamzah Sumber : fb Ibn Asadullah Al Banjari Jum follow t.me/basyeer247
38
19
Mengapa Solat Mampu Mengubah Psikologi Manusia? Ramai orang melihat solat sebagai satu kewajipan. Tetapi saya semakin melihatnya sebagai proses Allah membina identiti seorang manusia. Sebab itu persoalan yang lebih penting bukan, "Sudahkah aku solat?" Tetapi, "Siapakah aku selepas aku selesai solat?" Kerana jika solat benar-benar berfungsi, ia tidak hanya mengubah cara kita berdiri di atas sejadah. Ia mengubah cara kita berdiri dalam kehidupan. Allah berfirman: "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji (al-fahsya') dan kemungkaran (al-munkar)." (Surah al-'Ankabut: 45) Perhatikan ayat ini. Allah tidak menyebut bahawa solat hanya memberikan pahala. Allah menjelaskan bahawa solat mempunyai fungsi psikologi dan pembentukan karakter. Ia mencegah. Ia membentuk. Ia mendidik. Persoalannya... Bagaimana? Dalam psikologi moden, terdapat satu konsep yang dikenali sebagai habit formation. Identiti seseorang tidak dibentuk oleh azam. Tetapi oleh perbuatan yang diulang secara konsisten. James Clear dalam Atomic Habits menyebut satu prinsip yang sangat menarik: Setiap tindakan yang diulang ialah undi kepada identiti yang sedang kita bina. Subhanallah. Bukankah solat juga begitu? Lima kali sehari... Allah memanggil kita kembali. Bukan sekadar untuk menunaikan satu ritual. Tetapi untuk mengingatkan kita semula siapa diri kita. "Aku ialah hamba Allah." Lima kali sehari... Ego ditundukkan. Dahi menyentuh bumi. Lidah memuji Allah. Hati memohon pertolongan. Tanpa kita sedar... Allah sedang membentuk identiti baharu. Sebab itu solat bukan sekadar mengubah perbuatan. Solat mengubah cara seseorang melihat dirinya sendiri. Apabila identiti berubah... Tingkah laku akan mengikut. Itulah sebabnya Rasulullah SAW tidak pernah menyuruh orang yang masih bergelut dengan dosa supaya meninggalkan solat. Sebaliknya terdapat riwayat bahawa Baginda menjelaskan tentang seorang lelaki yang melakukan dosa tetapi tetap bersolat, lalu Baginda bersabda bahawa solatnya akan mencegahnya daripada perbuatan tersebut. Maksud hadis ini ialah solat yang terus dipelihara akan menjadi sebab perubahan dirinya dengan izin Allah. Ini memberikan harapan yang sangat besar. Kadangkala kita melihat seseorang lalu berkata, "Dia solat juga, tapi masih buat dosa." Sedangkan Rasulullah SAW mengajar kita melihatnya dengan cara yang berbeza. Jangan tutup pintu solat. Kerana mungkin... Solat itulah yang sedang perlahan-lahan menyembuhkan jiwanya. Proses penyembuhan bukan selalu berlaku dalam sehari. Sebagaimana luka fizikal memerlukan masa untuk sembuh. Luka hati juga memerlukan masa. Dan solat ialah proses rawatan yang Allah tetapkan. Rasulullah SAW juga memberikan satu perumpamaan yang sangat indah. Baginda bersabda bahawa solat lima waktu seperti sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumah seseorang. Dia mandi di dalamnya lima kali sehari, maka tidak akan tinggal sedikit pun kekotoran pada tubuhnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Menariknya... Baginda menggunakan perkataan mandi. Bukan menyiram. Bukan menyentuh air. Tetapi mandi. Mungkin di sinilah rahsianya. Ada orang mandi dua minit. Ada orang mandi dengan teliti. Kedua-duanya sama-sama terkena air. Tetapi hasilnya tidak sama. Begitulah juga solat. Ada yang sekadar menyempurnakan rukun. Ada yang benar-benar membiarkan setiap bacaan membersihkan hatinya. Ada yang keluar dari solat dengan hati yang lebih ringan. Ada yang keluar daripada solat tanpa membawa apa-apa perubahan. Bukan kerana solat itu tidak berfungsi. Tetapi kerana dia belum benar-benar "mandi" di dalamnya. Ada satu lagi perkara yang sangat menarik. Mengapa ketika solat kita tidak dibenarkan bercakap? Mengapa kita tidak dibenarkan melihat telefon? Mengapa kita tidak dibenarkan melakukan perkara lain? Kerana Allah sedang mendidik satu kemampuan yang semakin hilang pada manusia moden. Memberikan perhatian sepenuhnya. Dalam dunia yang dipenuhi notifikasi dan gangguan, solat menjadi ruang untuk memutuskan hubungan dengan dunia buat seketika. Ia melatih fokus.
45
20
Semua itu ialah petanda bahawa Allah sedang menyediakan diri kita... Sebelum Dia melimpahkan rezeki yang lebih besar. Itulah. #HarfizHamzah Sumber : fb Ibn Asadullah Al Banjari Jum follow t.me/basyeer247
51