cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗 https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
339
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-17 kunlar
+130 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Ya Allah ... Aku memohon perlindungan denganMu daripada : 1. jiran yang jahat 2. pasangan hidup yang menyebabkan aku beruban sebelum patut masanya aku beruban (sentiasa meresahkan dan menggelisahkan daku) 3. anak yang bersikap terhadapku sebagai seorang tuan. 4. harta yang menyebabkan aku mendapat siksaan 5. kawan yang jahat, matanya sentiasa memandangku tetapi hatinya berusaha untuk menguasai ku, sekiranya dia melihat kebaikan padaku dia akan sembunyikan dan apabila dia melihat keburukan padaku dia akan sebar-sebarkan Sumber : buku Doa Munajat UMR ms30-31 @basyeer247
Hammasini ko'rsatish...
Apa yang engkau lakukan pada hari ini, akan kembali jua kepada engkau pada esok hari. Maka, janganlah engkau melakukan apapun melainkan hal-hal yang baik. @basyeer247
Hammasini ko'rsatish...
Anak-anak membenci maksiat Ada dua petua yang boleh ibu ayah amalkan supaya anak-anak benci melakukan maksiat. 1. Baca doa yang telah Rasulullah SAW bacakan kepada seorang pemuda yang meminta izin untuk berzina. Ya Allah..Ampunilah dosanya Bersihkan hatinya Jagalah kemaluannya Selepas doa itu dibaca, pemuda berkenaan membenci maksiat selamanya. Ibu ayah boleh letakkan tangan di dada anak kemudian baca doa ini. 2. Mengajar anak minum mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Ulama Mesir Al-Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi (1911-1998) menjelaskan cara minum Rasulullah SAW yang dapat mencegah kemaksiatan. Berikut penjelasan Imam Sya'rawi: "Sesungguhnya jika ingin meneguk air minuman, maka bahagilah dengan tiga kali tegukan." "Tegukan yang pertama, ucapkan Bismillah lalu minumlah! kemudian setelah selesai ucapkanlah Alhamdulillah." "Lalu ikuti pada tegukan kedua, ucapkan Bismillah, dan bila telah selesai dari tegukan kedua ini ucapkan kembali Alhamdulillah." "Kemudian akhiri pada tegukan yang terakhir(ketiga) dan ucapkan Bismillah, lalu setelah selesai minum ucapkan Alhamdulillah." "Jika engkau mengamalkan sunnah ini ketika setiap kali minum air (yang dinukilkan dari cara Rasulullah SAW ), ketahuilah selama air itu ada dalam perutmu maka tak akan ada keinginan untuk melakukan maksiat walau hanya sebesar biji zarah di hadapan Allah SWT" Moga Allah pelihara anak-anak kita semua daripada perbuatan maksiat yang boleh menyebabkan hati menjadi gelap dan keras serta liat melakukan ibadah. 3. Pesan pada anak2 remaja kita (terutamanya anak lelaki), ketika mandi niatkan mandi suci dari hadas besar kerana dikhuatiri mereka tidak sedar sedang berada dalam hadas besar. Moga Allah terima ibadah mereka🤲 Aminah Mat Yusoff #BicarakuKeranaAllah #AllahSentiasaDhati Jum follow t.me/basyeer247
Hammasini ko'rsatish...
Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗

https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA

"Saya dengar ada orang berselawat selepas doa, wa sollAllahu ala muhammad. Ada juga yang sebut wa sollAllahumma ala Muhammad. Sebenarnya yang mana satu?" Sebenarnya bila sebut Allahumma, maksudnya kita seolah bercakap dengan Allah, jadi terjemahannya, kita macam kata, "Ya Allah, selawatlah Engkau ke atas Muhammad" Manakala kalau kita hanya sebut Allah tanpa "umma" di belakangnya, kita membuat ayat penyata (yang diharapkan doa), macam kita kata, "Allah telah berselawat ke atas Muhammad" Jadi sebutan yang betul ialah "wa sollAllahu ala Muhammad." Kalau nak sebut "umma" tukarkan jadi "solli" = wa sollillahumma ala Muhammad" Sumber : fb Zainal Abidin Abdul Rahim Jum follow t.me/basyeer247
Hammasini ko'rsatish...
Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗

https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA

Bila kita sebut pemain bola Afrika ramai bermain di liga Eropah, kita kena sebut dengan lebih tepat sikit. Bukan pemain Afrika, tetapi pemain Barat Afrika ( West Africa ). Sebab? Sangat jarang pemain Timur Afrika yang layak dan mampu ke Eropah. 60% pemain import di Liga Eropah adalah dari Barat Afrika : Ghana, Nigeria, Cameroon, Senegal dll. Champion Timur Afrika bukan dengan bola sepak tapi ramai yang juara larian jarak jauh. Kenya, Uganda, Tanzania, Ethiopia. Sehinggakan dibeli oleh negara US dan negara Arab untuk tolong 'berlari' atas nama negara mereka. Dengan rezki Allah berpeluang duduk di dua-dua wilayah Barat & Timur Afrika, saya rasa saya ada jawapan sebab apa Barat Afrika lebih kuat dengan sukan bola. Ini Sadio Mane. Posting kawan-kawan saya dari Barat Afrika di Linkedin banyak duk kongsi pengumuman terbaru Sadio. Bagi saya pengumuman terbaru Sadio sangat menyentuh perasaan. Apa yang Sadio buat adalah benda paling betul dalam mempengaruhi anak-anak muda disana ( baik Senegal atau Barat Afrika keseluruhannya ) untuk bangkit dari miskin tegar iaitu dengan dana & platform pendidikan juga melihat masa depan melalui sukan. Pengumuman Sadio : "Saya sangat gembira untuk mengumumkan siapnya sekolah rendah hingga menengah yang saya bina dengan dana saya sendiri di negara saya Senegal... ...Saya juga telah melabur dalam infrastruktur untuk menghubungkan 16 kampung di Senegal untuk memberi mereka akses kepada jalan raya, pasar, air dan elektrik antara lain, sambil mewujudkan peluang pekerjaan penting untuk golongan muda. Untuk menggalakkan disiplin melalui sukan, saya telah menyiapkan dan merasmikan stadium bola sepak, akademi bola sepak di Senegal dan membeli sebuah kelab bola sepak di Perancis untuk menggalakkan profesionalisme, disiplin dan semangat kesukanan orang muda," Pengalaman saya pernah duduk berbual dengan anak-anak remaja Ghana disebuah majlis meraikan anak-anak yatim, hampir 8 dari 10 mahu jadi 'footballer'. Semuanya mahu jadi seperti Muhammad Kudus. ( Sadio Mane versi Ghana ) Sadio, bukan sekadar pemain bola, bukan sekadar pempengaruh, tapi bekas anak miskin dari pekan setinggan di Barat Afrika yang telah beri inspirasi pada komunitinya. Dia ada misi hidup, "living a life with purpose". Anak muda kita jangan ralit dengan gossip & fitnah politik, sebab anak muda Senegal & Ghana tengah 'ralit' dengan inspirasi dari Sadio & Kudus. Apa yang baik kita ambil pengajaran ke negara kita untuk orang muda kita rasa tercabar. Hitam pun tak apa, janji memberi inspirasi. Terima kasih Sadio untuk inspirasi. A very humble person, living life with a purpose. Sumber : Nora Jane Wahab Travelog Afrika dari Nora Jane : www.norajane270hari.com Jum follow t.me/basyeer247
Hammasini ko'rsatish...

3 DOA UNTUK ANAK DAN ZURIAT KITA Ada 3 doa yang Allah berikan dalam Quran. Berdasarkan pengalaman orang-orang soleh yang mengatakan jika kita membacanya setiap hari terutama waktu pagi Allah akan menjadikan kita dan anak-anak mentaatiNya. Doa Nabi Sulaiman dalam Surah An Naml ayat 19. Doa ini untuk kita dan ibu bapa. Jika kita ingat ibu bapa maka anak-anak akan jadi baik juga akan mengingati kita dalam doa mereka. فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوۡلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحًا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِى بِرَحۡمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". Doa Nabi Ibrahim dalam Surah As Syuara’ ayat 83-85 رَبِّ هَبۡ لِى حُكۡمًا وَأَلۡحِقۡنِى بِٱلصَّٰلِحِينَ رَبِّ هَبۡ لِى حُكۡمًا وَأَلۡحِقۡنِى بِٱلصَّٰلِحِينَ وَٱجۡعَل لِّى لِسَانَ صِدۡقٍ فِى ٱلۡأٓخِرِينَ وَٱجۡعَلۡنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; dan jadikanlah aku termasuk orang yang mewarisi surga yang penuh kenikmatan, Manakala dalam Surah Al Furqan ayat 74 Allah memberikan antara ciri Ibadur Rahman adalah yang sering berdoa berikut ini. وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Sumber : #azharzailainistories Jum follow t.me/basyeer247
Hammasini ko'rsatish...
Basyeer

Wasilah Khabar Gembira 🤗

https://youtube.com/channel/UCnRCM1wa9a_qwmZh8zpuYCA