es
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Ir al canal en Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram Parenting Maznah Ibrahim

El canal Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 16 327 suscriptores, ocupando la posición 976 en la categoría Familia e hijos y el puesto 2 361 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 16 327 suscriptores.

Según los últimos datos del 07 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -133, y en las últimas 24 horas de -2, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 4.46%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 1.94% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 729 visualizaciones. En el primer día suele acumular 317 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 08 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.

16 327
Suscriptores
-224 horas
-247 días
-13330 días
Archivo de publicaciones
Akan Dibuka 9.30 Malam ini Pendaftaran Webinar terbaru untuk bulan ini akan dibuka sebentar lagi. Macam biasa, daftar awal un
Akan Dibuka 9.30 Malam ini Pendaftaran Webinar terbaru untuk bulan ini akan dibuka sebentar lagi. Macam biasa, daftar awal untuk dapatkan yuran Early Bird. Nantikan ye. .👍🏻😊

Orang sabar akan menang akhirnya. Bijak pada strategi bukan pada peperangan fizikal dan emosi. Terima sahaja ter'kalah' sebab
Orang sabar akan menang akhirnya. Bijak pada strategi bukan pada peperangan fizikal dan emosi. Terima sahaja ter'kalah' sebab tak beritahu awal-awal kepada anak akan syarat atau batasan yang kita nak tetapkan buat mereka. Jadi, pada momen seterusnya, kita siap sedia dengan perisai: beritahu peraturan/batasan kita mahu perkenalkan kepada anak. . Contoh, Beritahu tutup skrin pada pukul 7 malam. Mandi dulu baru tengok tv. Kerja sekolah siap kita ke taman permainan. Hadiah tertentu bila capai tertentu. Phone ibu 10 minit aja, alarm bunyi pulangkan semula, dan request lagi baru dapat lagi. Ini bagi menyediakan minda anak untuk apa tidak boleh dan apa boleh. . Jika tidak, bersedialah, drama ketegangan akan berlaku, kerana anak tidak tahu setakat mana dia boleh langkaui kita, atau anak sengaja test batasan kita, atau anak sedang beremosi besar serta tidak mampu mendengar apa-apa penjelasan mengenai batasan (yang baru nak disebutkan) lagi..... Maznah Ibrahim, T.mazn.me/chan .

photo content

6 Kunci Ibu Bapa Boleh Terus Kekal Positif: ✅ Sabar itu dalam tindakan, dan sebenarnya bermula dengan NIAT iaitu mahu sabar, kekal tenang dan PERCAYA bahawa "aku boleh sabar". Sebab itu saya letak "Fikir: Sabar" dahulu sebab manusia ini kekuatannya adalah pada akal fikiran yang matang rasional berbeza dari makhluk ciptaan Allah yang lain... . ✅ Tindakan RESPONSIF bukan reaktif. Sebagai manusia biasa, memang kita mudah reflek secara spontan dari tekanan diberikan oleh persekitaran termasuk anak-anak. Reaktif bermaksud reaksi kita berkemungkinan 'sama' level dengan permintaan atau tekanan dari anak-anak. Maka berbalik kepada poin pertama tadi, iaitu, kita perlu respon sama usia kita, tunjukkan contoh kita sebagai Ibu dan Ayah yang jauh lebih usia dari anak-anak yang belum matang dalam usia dan pengalaman kehidupannya. . ✅ Bicara Kita, perlu DENGAR dahulu, baru respon. Ini agar kita fahami benar-benar apa yang nak disampaikan oleh si anak, walau anak bayi yang beri petunjuk klu bukan lisan. Mendengar adalah skil penting dan ia perlu dilatih; DENGAR ISI apa nak disampaikan sebenarnya dan DENGAR EMOSI anak yang tidak diungkapkan. Kadangkala anak cakap lain, tapi maksud dia adalah lain. Tapi bila kita mampu dengar EMOSI anak, dan sebut semula perasaan dia, kita akan lebih efektif dalam memahami dan memenuhi keperluan si anak. . ✅ 'Pause', Berhenti Sebentar dengan Tarik Nafas Dalam-dalam. Ini akan membantu kita dalam mempraktikkan 'respon', bukan 'react' tadi. Saya akui kita semua amat pantas dalam bertindak kerana faktor zaman masa kini yang serba laju, dan mencabar. Namun dengan belajar 'pause' sekejap, kita akan bantu banyak diri kita agar tidak tersilap dalam sebutan dan perkataan, sehingga menyesal di kemudian hari nanti. . ✅ 'Self Care'; Jaga Makan, Tidur dan 'Exercise'. Ini keperluan asas fizikal tubuh kita, yang mana mungkin kita mudah tertekan sebab kita lapar atau terlalu kenyang (jadi malas/ berat), kita salah makan, atau salah cara makan, dan kandungan pemakanan kurang seimbang. Kita kurang tidur atau terlebih tidur, dan kita sudah lama tidak bersenamn fizikal. Kesemuanya menyebabkan tenaga kita tidak seimbang, serabut, dan kelam kelibut. Senaman, tidak perlu terlalu lama, mulakan dengan no 1, iaitu 1 kali seminggu (30 minit berjalan kaki), atau satu kali sehari selama 10 minit atau 1 minit berjalan dalam hayunan tangan dan kaki (jalan setempat). . ✅ Koneksi dengan Tuhan. Ini sebenarnya amat penting dan 'core' kepada kestabilan diri ibu ayah. Dengan kembali kepada Pencipta kita, kita sebenarnya akan lebih terpandu dalam setiap urusan harian kita. Berdoa dan dekatkan diri dengan Tuhan. Lakukan amalan tertentu secara rutin dan berkesan, kecil dan konsisten ya. . . Saya ambil berat kesejahteraan anda, sebab anda dan anak-anak anda adalah persekitaran dalam zaman masa yang sama kita duduki. Ia tetap beri kesan kepada keseluruhan ekosistem kita. Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Terima kasih atas usaha kita setiap hari demi perkembangan terbaik anak-anak kita. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan
Terima kasih atas usaha kita setiap hari demi perkembangan terbaik anak-anak kita. Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Tool #2 yang akan dikongsikan malam ini adalah yang mungkin kita perlukan dalam memahami isi hati keperluan utama anak kita. InsyaAllah mudahan apa yang misteri tu terjawab dan kita penuhkan tangki emosi keperluan anak kita ya. #ParentingMaintenance #PreventiveMaintenance dalam keibubapaan masa kini #PredictiveMaintenance dalam keibubapaan masa kini Jangan terlepas peluang: Webinar Parenting Maintenance| https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance

photo content

Malam ni - Webinar Terbaru " Rasa macam yang tak kena....dulu...sekarang banyak protes & tak berapa rapat...." Apa nak buat?
Malam ni - Webinar Terbaru "
Rasa macam yang tak kena....dulu...sekarang banyak protes & tak berapa rapat...."
Apa nak buat? Jemput ke webinar terbaru saya untuk bulan September ini: Webinar Parenting Maintenance Maklumat Lanjut >> https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance

Sudah tentu kita kisah, seperti kita menjaga alatan/benda kesayangan kita... Daftar segera: >> Webinar Parenting Maintenance
Sudah tentu kita kisah, seperti kita menjaga alatan/benda kesayangan kita... Daftar segera: >> Webinar Parenting Maintenance .

3 Hari Lagi Daftar di sini >> Webinar Parenting Maintenance
3 Hari Lagi Daftar di sini >> Webinar Parenting Maintenance

Pendaftaran Early Bird DiBuka Sekarang KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance Nota: Yuran Early Bird hanya untuk
Pendaftaran Early Bird DiBuka Sekarang KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance Nota: Yuran Early Bird hanya untuk 50 pendaftaran pertama.

Pendaftaran Early Bird DiBuka Sekarang KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance?utm_campaign=main-tc1 Nota: Yuran Early Bird hanya untuk 50 pendaftaran pertama.

Photo from Maznah Ibrahim
Photo from Maznah Ibrahim

Melalui anak, kita belajar untuk banyak bersabar. Maznah Ibrahim .
Melalui anak, kita belajar untuk banyak bersabar. Maznah Ibrahim .

Semalam, 14 September 2024 saya menonton filem ‘Wild Robot’ bersama anak-anak dan suami. Di sini saya senaraikan 9 poin yang saya perolehi dari filem ini untuk kita sama-sama pelajari. https://maznahibrahim.com/ulasan-filem-wild-robot-dari-perspektif-keibubapaan/

photo content

photo content

photo content

photo content

Rumahku Syurgaku Emosi dan 'mood' anak-anak kita dalam seminggu. Positifnya: anak-anak suka dan rasa selamat duduk di rumah, Kebimbangannya: anak-anak tidak gembira belajar di sekolah? 😱 Bukanlah begitu, perhatikan yang sekurang-kurangnya: i. mereka berjaya pergi ke sekolah setiap hari, kecuali sebab kesihatan dan hal lain yang diizikan; ii. dapat 'pick up' apa diajar oleh gurunya; iii. apabila ada isu rakan sebaya / guru, mereka masih boleh 'handle' atau hadap. Maka, oklah, Normal lah tu, yang bekerja pun sama juga kan 🫣🤭 Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan