Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 327 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 976,并在 马来西亚 地区排名第 2 361 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 327 名订阅者。
根据 07 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -133,过去 24 小时变化为 -2,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.46%。内容发布后 24 小时内通常能获得 1.94% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 729 次浏览,首日通常累积 317 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 08 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 327
订阅者
-224 小时
-247 天
-13330 天
帖子存档
16 326
Akan Dibuka 9.30 Malam ini
Pendaftaran Webinar terbaru untuk bulan ini akan dibuka sebentar lagi.
Macam biasa, daftar awal untuk dapatkan yuran Early Bird.
Nantikan ye. .👍🏻😊
16 326
Orang sabar akan menang akhirnya.
Bijak pada strategi bukan pada peperangan fizikal dan emosi.
Terima sahaja ter'kalah' sebab tak beritahu awal-awal kepada anak akan syarat atau batasan yang kita nak tetapkan buat mereka.
Jadi, pada momen seterusnya, kita siap sedia dengan perisai: beritahu peraturan/batasan kita mahu perkenalkan kepada anak.
.
Contoh,
Beritahu tutup skrin pada pukul 7 malam.
Mandi dulu baru tengok tv.
Kerja sekolah siap kita ke taman permainan.
Hadiah tertentu bila capai tertentu.
Phone ibu 10 minit aja, alarm bunyi pulangkan semula, dan request lagi baru dapat lagi.
Ini bagi menyediakan minda anak untuk apa tidak boleh dan apa boleh.
.
Jika tidak, bersedialah, drama ketegangan akan berlaku, kerana anak tidak tahu setakat mana dia boleh langkaui kita, atau anak sengaja test batasan kita, atau anak sedang beremosi besar serta tidak mampu mendengar apa-apa penjelasan mengenai batasan (yang baru nak disebutkan) lagi.....
Maznah Ibrahim,
T.mazn.me/chan
.
16 326
6 Kunci Ibu Bapa Boleh Terus Kekal Positif:
✅ Sabar itu dalam tindakan,
dan sebenarnya bermula dengan NIAT iaitu mahu sabar, kekal tenang dan PERCAYA bahawa "aku boleh sabar". Sebab itu saya letak "Fikir: Sabar" dahulu sebab manusia ini kekuatannya adalah pada akal fikiran yang matang rasional berbeza dari makhluk ciptaan Allah yang lain...
.
✅ Tindakan RESPONSIF bukan reaktif.
Sebagai manusia biasa, memang kita mudah reflek secara spontan dari tekanan diberikan oleh persekitaran termasuk anak-anak. Reaktif bermaksud reaksi kita berkemungkinan 'sama' level dengan permintaan atau tekanan dari anak-anak. Maka berbalik kepada poin pertama tadi, iaitu, kita perlu respon sama usia kita, tunjukkan contoh kita sebagai Ibu dan Ayah yang jauh lebih usia dari anak-anak yang belum matang dalam usia dan pengalaman kehidupannya.
.
✅ Bicara Kita, perlu DENGAR dahulu, baru respon.
Ini agar kita fahami benar-benar apa yang nak disampaikan oleh si anak, walau anak bayi yang beri petunjuk klu bukan lisan. Mendengar adalah skil penting dan ia perlu dilatih; DENGAR ISI apa nak disampaikan sebenarnya dan DENGAR EMOSI anak yang tidak diungkapkan. Kadangkala anak cakap lain, tapi maksud dia adalah lain. Tapi bila kita mampu dengar EMOSI anak, dan sebut semula perasaan dia, kita akan lebih efektif dalam memahami dan memenuhi keperluan si anak.
.
✅ 'Pause', Berhenti Sebentar dengan Tarik Nafas Dalam-dalam.
Ini akan membantu kita dalam mempraktikkan 'respon', bukan 'react' tadi. Saya akui kita semua amat pantas dalam bertindak kerana faktor zaman masa kini yang serba laju, dan mencabar. Namun dengan belajar 'pause' sekejap, kita akan bantu banyak diri kita agar tidak tersilap dalam sebutan dan perkataan, sehingga menyesal di kemudian hari nanti.
.
✅ 'Self Care'; Jaga Makan, Tidur dan 'Exercise'.
Ini keperluan asas fizikal tubuh kita, yang mana mungkin kita mudah tertekan sebab kita lapar atau terlalu kenyang (jadi malas/ berat), kita salah makan, atau salah cara makan, dan kandungan pemakanan kurang seimbang. Kita kurang tidur atau terlebih tidur, dan kita sudah lama tidak bersenamn fizikal. Kesemuanya menyebabkan tenaga kita tidak seimbang, serabut, dan kelam kelibut. Senaman, tidak perlu terlalu lama, mulakan dengan no 1, iaitu 1 kali seminggu (30 minit berjalan kaki), atau satu kali sehari selama 10 minit atau 1 minit berjalan dalam hayunan tangan dan kaki (jalan setempat).
.
✅ Koneksi dengan Tuhan.
Ini sebenarnya amat penting dan 'core' kepada kestabilan diri ibu ayah. Dengan kembali kepada Pencipta kita, kita sebenarnya akan lebih terpandu dalam setiap urusan harian kita. Berdoa dan dekatkan diri dengan Tuhan. Lakukan amalan tertentu secara rutin dan berkesan, kecil dan konsisten ya.
.
.
Saya ambil berat kesejahteraan anda, sebab anda dan anak-anak anda adalah persekitaran dalam zaman masa yang sama kita duduki. Ia tetap beri kesan kepada keseluruhan ekosistem kita.
Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
16 326
Terima kasih atas usaha kita setiap hari demi perkembangan terbaik anak-anak kita.
Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
16 326
Tool #2 yang akan dikongsikan malam ini adalah yang mungkin kita perlukan dalam memahami isi hati keperluan utama anak kita.
InsyaAllah mudahan apa yang misteri tu terjawab dan kita penuhkan tangki emosi keperluan anak kita ya.
#ParentingMaintenance
#PreventiveMaintenance dalam keibubapaan masa kini
#PredictiveMaintenance dalam keibubapaan masa kini
Jangan terlepas peluang:
Webinar Parenting Maintenance|
https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance
16 326
Malam ni - Webinar Terbaru
"
Rasa macam yang tak kena....dulu...sekarang banyak protes & tak berapa rapat...."Apa nak buat? Jemput ke webinar terbaru saya untuk bulan September ini: Webinar Parenting Maintenance Maklumat Lanjut >> https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance
16 326
Sudah tentu kita kisah, seperti kita menjaga alatan/benda kesayangan kita...
Daftar segera: >> Webinar Parenting Maintenance
.
16 326
Pendaftaran Early Bird DiBuka Sekarang
KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance
Nota:
Yuran Early Bird hanya untuk 50 pendaftaran pertama.
16 326
Pendaftaran Early Bird DiBuka Sekarang
KLIK>>https://webinar.maznahibrahim.com/maintenance?utm_campaign=main-tc1
Nota:
Yuran Early Bird hanya untuk 50 pendaftaran pertama.
16 326
Semalam, 14 September 2024 saya menonton filem ‘Wild Robot’ bersama anak-anak dan suami.
Di sini saya senaraikan 9 poin yang saya perolehi dari filem ini untuk kita sama-sama pelajari.
https://maznahibrahim.com/ulasan-filem-wild-robot-dari-perspektif-keibubapaan/
16 326
Rumahku Syurgaku
Emosi dan 'mood' anak-anak kita dalam seminggu.
Positifnya: anak-anak suka dan rasa selamat duduk di rumah,
Kebimbangannya: anak-anak tidak gembira belajar di sekolah? 😱
Bukanlah begitu, perhatikan yang sekurang-kurangnya:
i. mereka berjaya pergi ke sekolah setiap hari, kecuali sebab kesihatan dan hal lain yang diizikan;
ii. dapat 'pick up' apa diajar oleh gurunya;
iii. apabila ada isu rakan sebaya / guru, mereka masih boleh 'handle' atau hadap.
Maka, oklah,
Normal lah tu, yang bekerja pun sama juga kan 🫣🤭
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
