es
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Ir al canal en Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Mostrar más
El país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 866
Suscriptores
-324 horas
-47 días
-630 días
Archivo de publicaciones
Terima kasih saudara AqelFakhry untuk video ini… Boleh tonton di sini : https://vt.tiktok.com/ZSxL5gf1M/ Malam ni jangan lepak kosong 🌙 Jom turun sama-sama ke Bukit Bintang Berselawat 3.0 🌹 Kadang kita keluar cari suasana, cari tenang, cari “healing”… Apa kata malam ini kita isi malam dengan sesuatu yang lebih bermakna ✨ Datang bersama kawan-kawan, keluarga, geng kereta, geng motor, geng kampus, siapa pun anda. Kita berkumpul bukan untuk hiburan semata-mata, tetapi untuk menghidupkan selawat dan cinta kepada Rasulullah ﷺ di tengah kota. Semua datang dengan satu rasa : rindu kepada Nabi ❤️ Daripada lepak kosong, jom isi malam ini dengan selawat. 🗓 Malam ini, 16 Mei 2026 🕘 9:00 malam 📍 Bukit Bintang Berselawat 3.0 Jumpa nanti ✨ #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Dah biasa dengar mereka menghiburkan pengunjung di Bukit Bintang, kali ini Genji Buskers tampil dengan jiwa yang berbeza ​Terima kasih saudara Mus Genji daripada Genji Buskers atas sokongan padu buat Bukit Bintang Berselawat 3.0. Inilah buktinya hiburan jalanan juga mampu membawa mesej Cinta Rasul #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Bukan semua usaha lahir daripada arahan. Ada yang bergerak sendiri… kerana cinta ❤️ Seperti usaha mewujudkan bookmark untuk diedarkan nanti, adalah hasil inisiatif sendiri… Malah pelbagai video, poster, hebahan dan pelbagai inisiatif yang muncul ini bukan semuanya daripada pihak sekretariat rasmi. Tetapi kami sangat teruja atas semangat dan menghargai setiap usaha yang dibuat dengan penuh ikhlas demi menyemarakkan cinta kepada Rasulullah ﷺ Masing-masing hadir dengan cara tersendiri. Ada yang turun membantu. Ada yang berkongsi konten. Ada yang mengajak sahabat-sahabat datang bersama. Semuanya kerana satu tujuan : ingin membawa hati-hati umat Nabi kembali mengenal dan mencintai Nabi 🌹 Terima kasih kepada semua yang terus menyokong dan menghidupkan gelombang ini dengan penuh kasih dan adab. Moga setiap usaha kecil ini menjadi asbab tersebarnya selawat dan rahmat buat seluruh ummah ✨ #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

HARI INI ✨ “Barangsiapa berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” — Riwayat Muslim 🌹 Hari
HARI INI ✨ “Barangsiapa berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” — Riwayat Muslim 🌹 Hari ini… kita berkumpul bukan kerana nama, tetapi kerana cinta kepada Rasulullah ﷺ. Selawat menyatukan hati, adab memuliakan manusia, dan kasih sayang menghidupkan peradaban. Jumpa malam ini di tengah kota. Bersama kita hidupkan Bukit Bintang dengan selawat, akhlak dan rahmah. 📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur 🗓 16 Mei 2026 • Sabtu #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

⏳ Lagi beberapa jam sahaja… Malam ini, tepat jam 9:00 malam, kita akan bertemu di Bukit Bintang Berselawat 3.0 🌹 Sementara ramai sedang menanti detik program bermula, tim sekretariat pula bergerak dari satu sudut ke satu sudut… turun ke lokasi, buat semakan akhir, final recce tempat, susun perjalanan program, pastikan semuanya berjalan dengan sebaiknya untuk malam penuh cinta kepada Rasulullah ﷺ. Behind the scene ini mungkin tidak selalu terlihat, tetapi di sebalik setiap persiapan… ada doa, ada usaha, ada kasih untuk ummah ❤️ Beberapa jam lagi, Bukit Bintang akan dipenuhi selawat, budaya dan jiwa-jiwa yang rindu kepada Allah & Rasul-Nya. Jumpa malam ini ✨ #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Thank you for creating and sharing such beautiful content for Bukit Bintang Berselawat 3.0 🌹 Kak Suanisss shared something beautiful in her video… how she once thought people no longer cared about selawat, but after experiencing Bukit Bintang Berselawat, she realised that so many hearts are still searching for the love of Allah, the beauty of selawat, and love for Rasulullah ﷺ. Watch here : https://vt.tiktok.com/ZSx8Qt5LH/ May every effort become a means of spreading love, adab, and selawat upon Rasulullah ﷺ in the heart of the city. #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #RespectfulEntertainmentHonouredCulture

Do not miss out! ✨ Be part of this beautiful gathering. Bukit Bintang Berselawat 3.0 🌹 A night of selawat, culture, unity an
Do not miss out! ✨ Be part of this beautiful gathering. Bukit Bintang Berselawat 3.0 🌹 A night of selawat, culture, unity and love for Rasulullah SAW in the heart of the city. Come early, come prepared, and let us fill Bukit Bintang with peace, adab and نور together. Saturday, 16 May 2026 9:00 PM – 10:30 PM #BukitBintangBerselawat #MuhammadForAll #IslamForAll #RespectfulEntertainmentHonouredCulture

Bagi yang tertanya-tanya… waktu perarakan nanti kita nak berselawat apa ya? 🌹 Jangan risau, semuanya telah disediakan dengan
Bagi yang tertanya-tanya… waktu perarakan nanti kita nak berselawat apa ya? 🌹 Jangan risau, semuanya telah disediakan dengan tertib di dalam Linktree BBB 3.0 pada bahagian : “Dendang Budaya Beradat, Selawat & Zikir BBB 3.0” Siap ada versi PDF sekali untuk rujukan bersama supaya kita boleh membuat persiapan awal, menghayati bait-bait selawat dan mengalunkannya bersama-sama sewaktu perarakan nanti. Taklah tersalah lirik nanti, kan 😉 Bila semua dah bersedia awal, insya Allah lebih tenang, lebih serasi… dan lebih meriah bila satu suara berselawat bersama di tengah kota. ✨ Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar himpunan, tetapi adab, budaya dan cinta yang dizahirkan bersama. Rujuk Linktree rasmi : 🔗 Linktree Bukit Bintang Berselawat 3.0 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

📍 UPDATE TERKINI Saat ini, tim sekretariat sedang berada di lokasi bagi melakukan semakan saat akhir untuk persiapan program
📍 UPDATE TERKINI Saat ini, tim sekretariat sedang berada di lokasi bagi melakukan semakan saat akhir untuk persiapan program dan memastikan kelancaran perjalanan acara malam esok 🌹 Segala persiapan sedang diperhalusi sebaiknya demi keselamatan dan keselesaan semua yang bakal hadir. Terima kasih atas doa dan sokongan semua pihak ❤️ Moga setiap niat dan hajat Allah makbulkan dan mendapat pandangan redhaNya. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Yang ini pun tak kurang kreatifnya 😄 Anak-anak muda pun nampaknya tak mahu kalah! Masing-masing bersemangat tampil dengan cara tersendiri untuk menyemarakkan Bukit Bintang Berselawat 3.0 🌹🔥 Boleh tonton juga di TikTok Dendang Sufi Nusantara : https://vt.tiktok.com/ZSx8rUsXh/ Penuh semangat, kreativiti dan cinta kepada Rasulullah ﷺ Terima kasih atas usaha, sokongan dan energi yang diberikan. Inilah indahnya bila semua generasi bergerak bersama dalam dakwah dan selawat 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Macam-macam ragam dan kreativiti konten kali ni 😄 Ada yang buat poster, video, teaser, cinematic, lawak, sentimental… sampailah tadi ada satu posting yang buat ramai suspen sekejap 👀 Ingatkan betul-betul kontroversi… Rupanya promo untuk Bukit Bintang Berselawat 3.0 🌹😂 Terima kasih buat Team HaRUM atas sokongan dan usaha yang sentiasa menceriakan kempen ini. Setiap idea, kreativiti dan tenaga yang diberikan sangat dihargai. Yang penting, semua bergerak demi menyemarakkan selawat dan cinta kepada Rasulullah ﷺ 🤍 Boleh juga ditonton di TikTok HaRUM : https://vt.tiktok.com/ZSx8rMqpf/ #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Alhamdulillah, Bukit Bintang Berselawat 3.0 terus menerima sokongan penuh bermakna… dan kali ini daripada lagenda suara tanah air, Zamani Slam. Terima kasih atas sokongan dan doa yang diberikan buat usaha ini 🤍 Di tengah kesibukan kota, kita hadir membawa selawat… menyatukan hati-hati yang rindu akan Rasulullah ﷺ Ayuh bersama memeriahkan malam penuh barakah ini. Kita hidupkan malam dengan selawat, doa buat Palestin dan cinta kepada Baginda ﷺ #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

“Bukit Bintang itu bumi Allah… Bila-bila masa, ia boleh bertukar menjadi tempat taat kepada Allah SWT.” ✨ Terima kasih buat U
“Bukit Bintang itu bumi Allah… Bila-bila masa, ia boleh bertukar menjadi tempat taat kepada Allah SWT.” ✨ Terima kasih buat Ustaz Muhaizad Mohamed atas respon dan pandangan yang begitu bermakna tentang Bukit Bintang Berselawat 3.0 🌹 Di jalan yang semua maklum dipenuhi kelalaian, Allah juga mampu menghadirkan selawat, zikir dan air mata kerinduan kepada Rasulullah ﷺ Kerana hidayah itu milik Allah. Dan dakwah itu perlu hadir kepada semua tanpa terkecuali walau seorang pun. Moga Bukit Bintang Berselawat menjadi ruang yang menyatukan hati-hati manusia kepada cinta Allah dan RasulNya 🤍 Tonton video penuh respon tersebut di sini : https://www.facebook.com/share/v/1CmSwtPdzG/?mibextid=wwXIfr #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

BUKIT BINTANG AKAN BERGEMA LAGI! 🌹💚🌹 Siapa sangka di tengah-tengah hiruk-pikuk kota Kuala Lumpur, akan ada satu malam di mana jiwa kita kembali tenang. Dari silat ke tarian singa, dari rentak tabla ke paluan kompang! Kita berbeza bangsa, tapi malam esok kita bersatu dalam satu cinta yang sama. Jom kita "healing" cara paling barakah. Kita basahkan lidah dengan selawat, kita penuhkan dada dengan semangat cinta. 📍 Bukit Bintang, KL 🗓️ 16 Mei 2026 (Sabtu) ⏰ 9.00 Malam - 11.00 Malam Bawa keluarga.. bawa kawan.. bawa hati yang rindu. Jumpa anda di sana! 🌹 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Sumber : Media ACF untuk Sekretariat Bukit Bintang Berselawat 3.0 Boleh juga tonton di sini : https://vt.tiktok.com/ZSxRvbFDK/

🌹 Indah dan bermakna bila melihat ramai yang menyemarakkan Bukit Bintang Berselawat 3.0 dengan cara masing-masing… Ada yang hasilkan poster, video dan karya kreatif penuh rasa demi menyebarkan cinta kepada Rasulullah ﷺ Terima kasih buat pihak Laman Budaya atas sokongan dan video yang sangat molek ini 🤍 Kredit : Laman Budaya Boleh juga tonton di sini 🌹 TikTok Laman Budaya Semoga setiap usaha kecil kita semua menjadi gelombang besar yang mengajak lebih ramai hati untuk hadir berselawat bersama. ✨ #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

📢 HEBAHAN UMUM Bukit Bintang Berselawat 3.0 Bagi memastikan setiap perjalanan program berlangsung dengan tersusun dan harmon
📢 HEBAHAN UMUM Bukit Bintang Berselawat 3.0 Bagi memastikan setiap perjalanan program berlangsung dengan tersusun dan harmoni, mohon untuk sentiasa mengikuti saluran rasmi BBB 3.0. Segala makluman penting, kemaskini teknikal, info checkpoint, pergerakan serta pengumuman dari masa ke semasa akan dikemaskini dari waktu ke waktu sehingga ke saat akhir melalui Telegram kami dan Linktree rasmi : 📲 Telegram Bukit Bintang Berselawat 3.0 🔗 Linktree Bukit Bintang Berselawat 3.0 Ikuti saluran rasmi BBB 3.0 bagi mendapatkan hebahan segera sepanjang program berlangsung. Semoga setiap langkah yang dihimpunkan ini menjadi asbab tersebarnya cinta, adab dan selawat buat junjungan Nabi Muhammad SAW 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sokongan untuk Bukit Bintang Berselawat 3.0 kini semakin mekar dengan kehadiran seruan daripada Tuan Haji Razali Daud, Ketua Pegawai Eksekutif Adam Charitable Foundation (ACF). Terima kasih diucapkan atas dukungan dan semangat yang dititipkan. Sesungguhnya, usaha kecil kita ini adalah jambatan untuk kita sama-sama menzahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Baginda Rasulullah SAW di tengah-tengah kesibukan kota. Di Bukit Bintang, kita bukan sekadar berhimpun kita hadir untuk menghidupkan jiwa manusia dengan cahaya Allah dan Rasulullah. Tanah ini ada adat, ada rahmat, ada budaya dan ada cinta. Bersama kita semarakkan mesej Muhammad For All agar kasih sayang dan nilai ihsan terus subur dalam masyarakat. Ayuh bersama seluruh sidang ummah, marilah kita meluangkan masa untuk hadir memeriahkan malam penuh barakah ini. Kita basahkan lidah dengan selawat, kita panjatkan doa buat saudara kita di Palestin dan kita hidupkan suasana dengan nur kebersamaan. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

🚧 HEBAHAN PENUTUPAN JALAN Sempena program Bukit Bintang Berselawat 3.0, beberapa laluan di sekitar Bukit Bintang akan ditutu
+2
🚧 HEBAHAN PENUTUPAN JALAN Sempena program Bukit Bintang Berselawat 3.0, beberapa laluan di sekitar Bukit Bintang akan ditutup sementara bagi melancarkan perjalanan program serta memastikan keselamatan semua pihak. 🗓 Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu) 🕗 Masa Penutupan : 8.00 malam – 11.00 malam 📍 Laluan terlibat : • Jalan Bukit Bintang • Jalan Sultan Ismail Orang ramai disarankan untuk : ✓ Merancang perjalanan lebih awal ✓ Menggunakan pengangkutan awam ✓ Mematuhi arahan pihak polis & petugas trafik ✓ Mengamalkan sikap berhemah sepanjang tempoh penutupan jalan Kerjasama semua pihak amat dihargai demi kelancaran program dan keselamatan bersama. 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Arwah Dr. Muhammad Aimanudin bin Roslan merupakan antara insan yang sangat gigih menyokong Bukit Bintang Berselawat sejak dari awal lagi🤍 Bahkan antara yang terawal bertungkus-lumus menyiapkan bahan dan membantu menjayakan video ini demi memastikan mesej selawat dan cinta Rasulullah SAW terus sampai kepada masyarakat. Semangat, pengorbanan dan kasih arwah terhadap perjuangan ini turut mengalir menjadi kekuatan buat seluruh sekretariat untuk terus melangkah, meneruskan dakwah dan menyatukan manusia melalui selawat. 🌹 Tak pernah jemu mengajak orang datang dekat dengan selawat dan cinta Rasulullah SAW. Kini, BBB 3.0 bukan sekadar sebuah program… tetapi juga menjadi tanda bahawa perjuangan itu masih diteruskan. 🤍 Al-Fatihah buat arwah Dr. Muhammad Aimanudin bin Roslan 🤲🏻 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur