Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Ir al canal en Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Mostrar másEl país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 842
Suscriptores
Sin datos24 horas
-57 días
-1430 días
Archivo de publicaciones
Terima kasih kepada Saudara Ashraf Al-Kaf atas perkongsian video dan tanda hadir beliau di Bukit Bintang Berselawat 3.0 🤍
Dalam perkongsiannya, beliau turut menghargai serta mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur sebenar iaitu Sekretariat Bukit Bintang Berselawat yang telah bertungkus-lumus menjayakan program penuh mahabbah ini.
Majlis ini digerakkan atas semangat kebersamaan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang yang hadir dengan satu rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ, serta kerjasama baik bersama pihak berkuasa dan keselamatan termasuk PDRM serta pihak berkaitan demi memastikan kelancaran program.
Syabas dan tahniah kepada seluruh sekretariat, sukarelawan, agensi terlibat serta semua yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung 🤍
Seperti yang beliau pun maklumi… biarlah penghargaan dan kredit diberikan kepada pihak yang benar-benar mengusahakan dan menjayakan majlis ini 🌹
dan bukan kepada pihak yang tidak terlibat atau tidak layak menerima kredit tersebut.
Begitulah sebaiknya dalam apa jua program dan majlis juga.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Malam itu membuktikan bahawa cinta kepada Rasulullah ﷺ mampu menyatukan manusia tanpa mengira bangsa dan latar kehidupan ✨
https://www.threads.com/@akhba1212/post/DYbdtmKjr2T?xmt=AQG06fNTCB2q2VCOj356iqc0mn90HUsokG_lZVHkUEEuEUBRDeov1GNL06Iex1CjXLc05Os
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Rasulullah ﷺ diutus sebagai Rahmatan lil Alamin, rahmat untuk semua manusia, bukan untuk umat Islam sahaja.
Bila seorang bukan Islam rela hadir dalam majlis selawat, itu bukan pencemaran. Itu bukti bahawa akhlak Nabi ﷺ masih mampu menyentuh hati manusia selepas 1,400 tahun.
Hakikatnya, fitrah manusia tetap tertarik kepada akhlak yang baik, kasih sayang dan kedamaian yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ ✨
Kredit video _ snipetography
https://www.facebook.com/share/v/1CCM5fiQdd/?mibextid=wwXIfr
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Muslimah-muslimah muda teruja…
dengan penuh semangat dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ , mereka memberanikan diri menemubual para pelancong yang hadir ke majlis Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Menariknya, para pelancong itu juga kelihatan begitu teruja melihat suasana selawat, kasih sayang dan kebersamaan yang dirasai malam tersebut ✨
Moga langkah kecil ini menjadi asbab tersebarnya keindahan Islam, mahabbah dan akhlak yang baik kepada masyarakat seluruh dunia 🤲🏼
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah,antara respon positif daripada pelancong luar yang kebetulan datang ke Bukit Bintang.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Melihat senyuman dan kebersamaan ini, mengajar kita makna cinta yang sebenar—cinta yang menyatukan, cinta yang membawa damai.
Ramai-ramai kita sebarkan mahabbah, selawat dan kasih sayang sesama insan 🤍
#BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Bukit Bintang Menjadi Saksi Cinta 🤍
Di tengah lautan manusia dan hiruk-pikuk kota, malam ini Bukit Bintang menjadi saksi…
bahawa cinta kepada Rasulullah ﷺ masih hidup dalam jiwa umat. 🕊️
Selawat bergema di jalan-jalan kota, menyatukan hati-hati yang datang dengan satu rasa yang sama rindu kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Dari 1.0, 2.0 hingga 3.0, Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah program. Ia adalah gelombang cinta yang terus membesar, menghidupkan kembali budaya selawat di tengah dunia yang semakin bising.
Ada yang hadir kerana ingin tahu.
Ada yang singgah hanya untuk melihat.
Dan ada yang pulang dengan hati yang disentuh tanpa mampu dijelaskan.
Di bawah cahaya kota, ribuan manusia berhimpun bukan kerana hiburan semata… tetapi kerana cinta 🤍
Semoga setiap langkah yang hadir dan setiap selawat yang dialunkan menjadi asbab rahmat dan keberkatan buat seluruh umat.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas sokongan dan kehadiran para NGO, badan dakwah serta tokoh masyarakat yang turut memeriahkan majlis semalam 🤍
Antara yang hadir memberikan sokongan serta video ulasan :
• Pengarah Pusat Kebudayaan USIM
• Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
• Pengerusi Persatuan Cakna Sihat Malaysia
Terima kasih kerana bersama-sama membawa mesej selawat, kasih sayang dan cinta Rasulullah ﷺ kepada masyarakat. Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menyuburkan budaya dakwah yang lembut, menyatukan dan penuh hikmah.
Semoga setiap langkah kecil ini menjadi asbab hadirnya hidayah dan ketenangan buat ramai hati yang mencari jalan pulang kepada Allah SWT 🤍
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Kita sangkakan tren hanya tempat manusia datang dan pergi mengejar destinasi… rupanya di sepanjang perjalanan itu, Allah satukan hati-hati dengan selawat dan cinta kepada Rasulullah ﷺ 🤍
Dalam gerabak MRT Kajang menuju ke Bukit Bintang, bukan sekadar perjalanan biasa…
tetapi perjalanan yang dipenuhi semangat mahabbah, rasa kebersamaan dan jiwa-jiwa yang saling menguatkan antara satu sama lain.
Ada yang baru kenal, ada yang datang daripada latar kehidupan berbeza… tetapi malam itu, selawat menyatukan semuanya dalam satu rasa cinta yang sama ✨
Selawat bergema sepanjang perjalanan, senyuman saling bertukar, dan malam itu menjadi saksi bahawa mahabbah kepada Rasulullah ﷺ mampu menyatukan manusia tanpa mengira siapa pun kita 🤍
Terima kasih Sis-Selawat atas perkongsian yang penuh mahabbah ini 🤍
Barakallahu fikum ajma’in 🌹
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Dari sekuntum mawar, lahir seribu senyuman 🌹
Sebelum melangkah,
mereka membawa cinta.
Di pertengahan jalan,
mereka menyantuni dunia ❤️
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Di celah ribuan manusia,
lensa sempat menangkap satu momen indah 🌹
Pelancong turut merakam suasana,
menyimpan memori Bukit Bintang Berselawat dalam gambar dan video mereka.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Alhamdulillah maklumbalas hadirin semuanya sangat gembira dengan majlis ini. InsyaAllah jika ada lagi Bukit Bintang Berselawat 4.0, semuanya bersedia untuk turun bersama-sama🌹
Terima kasih kepada semua peserta dan hadirin yang bersama menjayakan Bukit Bintang Berselawat 3.0.
Insya Allah, akan ada lagi respon dan perkongsian yang akan kami berikan 🫰🏻
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Bergema doa yang diaminkan oleh ribuan manusia sebagai penutup malam yang penuh barakah Bukit Bintang Berselawat 3.0.
"Perjuangan Baitul Maqdis atau Pembebasan Palestine juga adalah agenda Bukit Bintang Berselawat setiap kali diadakan."
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Repost from SAHABAT TVSUFI
Di tengah hiruk-pikuk kota raya, di celah cahaya neon dan lautan manusia yang tidak pernah tidur… ada satu malam yang berbeza.
Malam di mana jalan-jalan di Bukit Bintang bukan lagi sekadar tempat membeli-belah, hiburan dan kesibukan dunia. Tetapi bertukar menjadi lautan selawat. Lautan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Inilah kisah Bukit Bintang Berselawat 3.0
—
Ada yang datang menaiki motor.
Ada yang berjalan kaki.
Ada yang datang bersama sahabat.
Ada yang membawa keluarga dan anak-anak kecil.
Masing-masing datang dengan satu tujuan:
ingin menjadi sebahagian daripada malam yang penuh keberkatan.
Di tangan mereka ada kamera.
Ada telefon yang merakam kenangan.
Ada mata yang berkaca.
Dan ada hati yang sedang mencari ketenangan.
Di tengah kota moden…
nama Rasulullah ﷺ bergema.
“Allahumma Solli ‘Ala Muhammad…”
Selawat demi selawat memenuhi udara Kuala Lumpur.
Manusia yang sebelumnya asing antara satu sama lain, malam itu menjadi saudara kerana cinta yang sama — cinta kepada Rasulullah ﷺ.
Ada yang pertama kali hadir.
Ada yang sudah menunggu sejak tahun lalu.
Dan ada yang diam-diam berdoa:
“Ya Allah… jangan jadikan ini kali terakhir aku berselawat bersama mereka.”
Bukit Bintang malam itu bukan sekadar lokasi.
Ia menjadi simbol kebangkitan jiwa.
Tentang bagaimana:
Makkah membina Tauhid.
Madinah membina cinta dan akhlak.
Baitul Maqdis membina jiwa perjuangan dan peradaban.
Dan malam itu…
anak muda, keluarga, para pendakwah, para pencinta Rasulullah ﷺ berkumpul membawa ruh itu ke tengah kota.
Ada yang merakam video.
Ada yang mengambil gambar.
Tetapi hakikatnya, semua sedang merakam sejarah.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForA||
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
DI TENGAH BUKIT BINTANG, KITA BERSATU DALAM SELAWAT
Di tengah kota..Bukit Bintang, Malaysia tidak hanya menjadi lokasi tetapi menjadi saksi kepada sebuah momen kebersamaan yang penuh makna.
Hulurkan tangan persaudaraan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa dan perbezaan, atas dasar cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan ajaran Baginda.
Di bumi Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya, terpancar keindahan dalam satu ruang yang sama kehalusan seni silat Melayu yang beradab, tarian naga yang penuh simbolik, serta kepelbagaian ekspresi budaya yang hidup dalam suasana harmoni, berpaksikan selawat dan cinta kepada Rasulullah SAW.
Ini bukan sekadar persembahan, tetapi lambang sebuah negara yang menjadikan kepelbagaian sebagai kekuatan, bukan pemisah.
Rasulullah SAW bukan milik mana-mana kaum, kumpulan atau keturunan. Baginda adalah rahmat untuk seluruh umat manusia pembawa kasih sayang, penyatu hati, dan sumber hidayah buat semua.
Semoga Malaysia terus subur dengan kasih sayang, perpaduan dan ukhuwah yang tidak bersempadan.
Ayuh bersama kita hidupkan semangat ini menyebar rahmat, menyatukan hati, dan membina Malaysia yang lebih harmoni.
HaRUM ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Sekretariat BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Respon Ahli khidmat pada majlis Bukit Bintang Berselawat yang mengangkat tema ‘Hiburan Beradat, Budaya Diangkat.
Terima kasih pada semua ahli khidmat yang bergandingan menjayakan program ini.
Semoga setiap lelah, tenaga dan pengorbanan menjadi asbab rahmat dan keberkatan daripada Allah. ✨
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
Seorang kontraktor pembersihan menerima sekuntum mawar merah di Bukit Bintang Berselawat 3.0🌹
Bunga itu dibawa ke mana sahaja.
Di tangan kirinya bekerja,
di tangan kanannya masih setia menggenggam mawar pemberian manusia yang mungkin tidak pernah dia kenal.
Kadang manusia tidak perlukan hadiah yang mahal,
cukup rasa dihargai untuk membuat hati bertahan lebih lama 🤍
Rasulullah ﷺ juga mengajarkan kita untuk saling memberi hadiah,
kerana dari hadiah kecil,
lahir kasih sayang yang besar.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll
#IslamForAll
#TigaKotaSuci
#PeradabanTimur
