ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

الذهاب إلى القناة على Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدالفئة غير محددة
1 842
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-57 أيام
-1430 أيام
أرشيف المشاركات
⸻ KEHADIRAN TERBUKA UNTUK SEMUA BBB 3.0 terbuka kepada semua rakyat Malaysia, pelbagai kaum dan agama, anak muda, keluarga, warga asing dan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang. Semua hadir sebagai rakyat biasa atas semangat keamanan, budaya dan cinta. ⸻ PROGRAM INI ORGANIK BBB 3.0 digerakkan majoritinya oleh anak muda, NGO, sukarelawan, komuniti kreatif dan rakyat biasa secara organik. Ramai yang hadir atas inisiatif sendiri selepas melihat hebahan media sosial, ajakan sahabat dan rasa ingin bersama dalam suasana selawat dan budaya masyarakat. ⸻ TENTANG JUMLAH KEHADIRAN Pihak penganjur sendiri tidak menjangka kehadiran yang begitu besar sehingga beberapa laluan dan checkpoint menjadi terlalu padat. Namun Alhamdulillah, pihak Polis dan kawalan trafik telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Mereka turut berpuas hati dengan perjalanan program serta pematuhan masa yang ditetapkan kerana melibatkan penutupan dua jalan utama di ibu negara, iaitu Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail (Lintasan Pejalan Kaki Shibuya Bukit Bintang). ⸻ KEBERSIHAN & DISIPLIN Walaupun jumlah kehadiran sangat ramai, para peserta turut membantu menjaga kebersihan kawasan dan memberi kerjasama kepada petugas. Pasukan kebersihan, sukarelawan dan peserta sendiri turut bersama-sama memastikan kawasan dikemaskan selepas program tamat. “Kita bukan sekadar mahu hidupkan budaya berselawat, tetapi juga budaya bertanggungjawab terhadap ruang awam.” ⸻ DAKWAH DENGAN BAHASA KASIH SAYANG BBB 3.0 memilih pendekatan dakwah yang lebih mesra masyarakat melalui senyuman, hadiah bunga, selawat, seni budaya dan interaksi santai bersama masyarakat kota. Kerana tidak semua orang akan datang ke masjid dahulu kadang-kadang kita yang perlu mendekati mereka dengan akhlak dan kasih sayang. ⸻ BUKIT BINTANG SEBAGAI SIMBOL Pemilihan Bukit Bintang bukan untuk mencari kontroversi, tetapi sebagai simbol bahawa dakwah, budaya baik dan cinta Nabi ﷺ juga boleh hadir di tengah kota dan ruang awam masyarakat. ⸻ TENTANG PELBAGAI KOMENTAR Kami memahami bahawa setiap orang mempunyai pandangan dan pendekatan masing-masing dalam berdakwah dan berkesenian. BBB 3.0 tidak memaksa sesiapa untuk bersetuju, namun kami berharap masyarakat dapat menilai keseluruhan usaha ini secara adil dan menyeluruh. Segala teguran yang membina kami terima dengan hati terbuka sebagai ruang penambahbaikan. ⸻ PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PDRM, DBKL, NGO, sukarelawan, pasukan media & kebersihan, pengamal seni budaya, semua petugas serta seluruh rakyat Malaysia yang hadir dan berhimpun dalam suasana aman, harmoni dan penuh adab. ⸻ APA SETERUSNYA? BBB 3.0 bukan penamat. Ia mungkin hanya permulaan kepada cita-cita yang lebih besar : “MENUJU KOTA BERSELAWAT” Semoga tanah air kita terus dihidupkan dengan nilai kasih sayang, seni budaya yang mendidik, dan semangat perpaduan rakyat Malaysia. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

KENYATAAN RINGKAS SEKRETARIAT BUKIT BINTANG BERSELAWAT (BBB 3.0) Alhamdulillah, selepas berlangsungnya Bukit Bintang Berselawat 3.0 (BBB 3.0), kami melihat pelbagai reaksi, video, komentar dan pandangan daripada masyarakat. Ada yang hadir sendiri, ada yang mengikuti melalui live dan media sosial. Untuk makluman bersama, sebahagian perkara yang dijelaskan dalam kenyataan ini sebenarnya telah pun diwar-warkan lebih awal melalui hebahan rasmi di Telegram Channel rasmi, Facebook rasmi serta dipanjangkan oleh pelbagai pihak melalui live media sosial di TikTok, Facebook, WhatsApp dan lain-lain sebelum dan semasa program berlangsung. Namun kami memahami bahawa tidak semua masyarakat mengikuti keseluruhan perjalanan program secara penuh dan ada yang hanya melihat potongan video atau beberapa sudut tertentu di media sosial. Maka kami dari pihak Sekretariat Bukit Bintang Berselawat ingin berkongsi sedikit penjelasan secara ringkas supaya mesej sebenar program ini dapat difahami dengan lebih adil dan menyeluruh. ⸻ TEMA BBB 3.0 “Muhammad For All” “Hiburan Beradat, Budaya Diangkat” BBB 3.0 membawa mesej bahawa Rasulullah ﷺ diutuskan untuk seluruh manusia merentas bangsa, agama dan budaya. Dalam masa yang sama, kami ingin mengetengahkan bahawa hiburan juga boleh dibawa dalam bentuk yang beradat, berbudaya setempat dan mempunyai nilai kemanusiaan. ⸻ PENGANJURAN BBB 3.0 dianjurkan oleh Sekretariat Bukit Bintang Berselawat yang terdiri daripada gabungan NGO, komuniti, aktivis seni budaya dan sukarelawan masyarakat. Program ini bukan program parti politik dan tidak mewakili mana-mana agenda politik tertentu. Mana-mana individu yang hadir termasuk tokoh masyarakat, selebriti, agamawan, pempengaruh, menteri atau rakyat biasa, hadir atas kapasiti individu dan solidariti rakyat. ⸻ MOTIF & TUJUAN • Menghidupkan selawat dan cinta kepada Nabi Muhammad ﷺ • Mengangkat budaya Malaysia yang beradat dan harmoni • Membawa dakwah dengan pendekatan rahmah dan kasih sayang • Meraikan sambutan Hari Guru dengan Rasulullah ﷺ sebagai guru agung umat • Membuktikan perpaduan masyarakat majmuk masih wujud walaupun berbeza latar belakang ⸻ TENTANG PERSEMBAHAN BUDAYA Antara pengisian BBB3.0 : • Perarakan Selawat (8 checkpoint) • Keretapi Berselawat • Silat Tari Melayu • Dendang Budaya Beradat bertajuk “Hiburan Beradat, Pahlawan Bangsa” • Gendang Tabla India • Tarian Singa (Lion Dance) • Street Dakwah • Agihan bunga, hadiah & aktiviti • “Hijab Challenge” • “Busana Challenge” Konsep ini selari dengan tema “Budaya Diangkat”, meraikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia dalam suasana harmoni dan beradab. Ia bukan ritual agama lain, tetapi persembahan budaya masyarakat majmuk Malaysia dalam konteks keharmonian rakyat. ⸻ TENTANG “SELAWAT SEKEJAP” Mungkin ada yang melihat video di lokasi utama dan menyangka program berlangsung singkat. Namun sebenarnya, aktiviti BBB 3.0 telah bermula lebih awal sekitar jam 6.30 petang melalui checkpoint sekitar Bukit Bintang, termasuk sesi selawat, gathering dan perarakan menuju lokasi utama. Disebabkan kehadiran yang sangat ramai, beberapa pengisian juga perlu dipendekkan serta disesuaikan mengikut arahan keselamatan dan kawalan pihak berkuasa demi keselamatan semua pihak.

photo content

Antara momen yang menyentuh hati pada malam Bukit Bintang Berselawat 3.0 adalah simbolik pemberian bunga ros merah kepada para pengunjung yang hadir. Kuntuman ros merah diagihkan kepada penumpang semasa program Keretapi Berselawat dan juga kepada orang ramai di sekitar kawasan program. Ada yang menerimanya dengan senyuman terkejut, ada yang memegangnya dengan erat sambil mengucapkan terima kasih, dan tidak kurang juga yang mengambil gambar sebagai kenangan indah malam tersebut. Ros merah membawa lambang cinta kepada Rasulullah SAW, menggambarkan Islam itu penuh dengan kelembutan, kasih sayang dan kedamaian. Dalam kesibukan kota moden, pemberian bunga itu menjadi satu dakwah cinta yang lembut, mengajak manusia mengenal Islam melalui akhlak, senyuman dan kasih sayang. Bukit Bintang malam itu bukan sekadar destinasi pelancongan. Ia berubah menjadi taman cinta, tempat hati-hati disirami selawat, ukhuwah dan kasih sayang. Suasana malam itu juga menjadi semakin ceria dengan kuntuman bunga yang berada di tangan para pengunjung. Semuanya tersenyum gembira, malah pelancong asing juga turut teruja menerima bunga ros sambil menyaksikan keindahan budaya berselawat di Malaysia. Kehadiran bunga-bunga tersebut seakan menghidupkan lagi suasana harmoni dan penuh ketenangan di tengah kota raya. Sekuntum ros di tangan, selawat di bibir, dan air mata syukur di hati, itulah gambaran indah yang terpancar sepanjang program berlangsung. Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah program, tetapi menjadi medan menyatukan hati manusia melalui selawat, akhlak dan kasih sayang. Simbolik bunga ros merah itu akhirnya menjadi lambang bahawa dakwah tidak semestinya keras, kadangkala sekuntum bunga, sebuah senyuman dan alunan selawat sudah cukup untuk menyentuh hati manusia. Sumber : I-Madina #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

POV : Simbolik Sebalik Ros Merah

Repost from SAHABAT TVSUFI
Portrait shot Bukit Bintang Berselawat 3.0 Ulama dan Masyarakat berpisah tiada #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaD
+6
Portrait shot Bukit Bintang Berselawat 3.0 Ulama dan Masyarakat berpisah tiada #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Terima kasih TV Sufi atas sokongan dan kerjasama yang sangat hebat sepanjang menjayakan momen-momen indah ini. Dari liputan,
Terima kasih TV Sufi atas sokongan dan kerjasama yang sangat hebat sepanjang menjayakan momen-momen indah ini. Dari liputan, dokumentasi hingga menyampaikan rasa kepada masyarakat… segala usaha dan kebersamaan ini amat dihargai. Semoga setiap langkah, tenaga dan khidmat yang dicurahkan menjadi asbab tersebarnya mahabbah kepada Rasulullah ﷺ dan menyatukan lebih ramai jiwa dalam selawat serta kasih sayang sesama manusia 🌹🤍 https://www.facebook.com/share/v/1HNYue3XQe/?mibextid=wwXIfr #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 https://www.facebook.com/share/p/18UDzapL2H/?mibextid=wwXIfr Ada
LENSA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DI BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 https://www.facebook.com/share/p/18UDzapL2H/?mibextid=wwXIfr Ada persembahan silat,ada dikir Barat,ada persembahan kompang,ada tarian naga oleh kaum Cina ada persembahan gendang oleh kaum India. Kesatuan pelbagai pihak dan bangsa,hiburan Beradat pelbagai budaya,dakwah cinta kepada para pengunjung Muslim dan non muslim. Ini ada mesej jelas tentang tanah air ini ada adat dan budaya tersendiri,bukan mengharap pada budaya luar yang patut kita curigai. Terima kasih atas sokongan, kehadiran dan kebersamaan dalam menyatukan hati-hati umat di tengah kota Kuala Lumpur. 🤍 Di tengah Bukit Bintang, semua berhimpun demi satu. Demi Baginda ﷺ ❤️🌹 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Bermula dari MRT… hingga ke lautan manusia di Bukit Bintang... Tim Hawa ACF dan Sis-Selawat turut membuat live liputan bersama RCSS dan Akademi Al-Ghazali merakam perjalanan “Keretapi Berselawat” dengan penuh rasa dan mahabbah 🌹 Idea ini sebenarnya lahir beberapa tahun lalu, apabila anak-anak kita menyertai program Keretapi Sarong. Mereka berbusana di sepanjang perjalanan menuju Dataran Merdeka, dan di beberapa stesen… anak-anak qasidah mula berselawat. Ada yang berhenti mendengar. Ada yang tersenyum melihat. Ada yang merakam tanpa berkata apa-apa. Dari situ, lahir satu rasa : “Kalau selawat dibawa turun ke jalan dan pengangkutan awam… bagaimana agaknya kesannya pada manusia?” Hakikatnya, “Keretapi Berselawat” ini masih kecil langkahnya. Tiada SOP khusus. Tiada sistem pemantauan besar. Tiada perancangan yang sempurna. Namun mungkin begitulah kebanyakan gerakan yang lahir daripada cinta… Ia bermula sederhana, bergerak dengan hati, lalu perlahan-lahan menemukan jalannya sendiri. Daripada beberapa anak muda yang berselawat di stesen… hari ini ia mula menjadi satu memori bersama yang menyentuh ramai jiwa. Insya Allah, semoga satu hari nanti ia berkembang mekar menjadi budaya dakwah yang menyatukan manusia dengan selawat dan kasih kepada Rasulullah ﷺ 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sumber : Hawa ACF

Inilah antara momen paling bermakna di Bukit Bintang Berselawat 3.0 apabila ribuan manusia daripada pelbagai latar belakang bersatu dalam doa dan selawat kepada Rasulullah ﷺ 🌹 Sumber : Media ACF untuk Sekretariat BBB 3.0 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Perkongsian ini diambil daripada TikTok Saudara Ikhwan Rosli 🤍 Mungkin ramai yang tak nampak dari awal… masa Bukit Bintang Berselawat 3.0 baru ni, selawat sebenarnya dah mula berkumandang seawal jam 9 malam lagi di beberapa checkpoint sekitar Bukit Bintang. ✨ Kemudian sekitar jam 9:30 malam, semua mula berarak dari checkpoint masing-masing menuju ke Shibuya Crossing sambil terus berselawat bersama. Memang luar biasa suasana malam tu. Di tengah Bukit Bintang yang biasanya dipenuhi hiruk-pikuk kota… tiba-tiba bergema dengan suara selawat dari pelbagai arah. Dan bila semuanya berhimpun di Shibuya Crossing… suasana dia memang sukar digambarkan dengan kata-kata. Terima kasih Sekretariat Bukit Bintang Berselawat 3.0. Terima kasih seluruh rakyat Malaysia yang hadir bersama membawa cinta kepada Rasulullah ﷺ. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Tiada skrip. Tiada lakonan. Hanya suasana yang sebenar. Inilah detik yang dirakam sebagaimana ia berlaku di Bukit Bintang Berselawat 3.0 malam tadi — sebuah himpunan yang lahir daripada suara hati rakyat yang mencintai Rasulullah ﷺ dan cintakan negara. Disatukan oleh pelbagai lapisan masyarakat… anak muda, seniman, NGO serta pelbagai individu dan pertubuhan tanpa kepentingan tertentu. Program ini juga tidak mempunyai sebarang kaitan atau kerjasama dengan mana-mana parti politik, sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Di sini, kita dipertemukan bukan kerana agenda… tetapi kerana rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan yang sama kepada Baginda Rasulullah ﷺ 🤍 Terima kasih kepada seluruh Sekretariat BBB 3.0, para sukarelawan dan rakyat Malaysia yang hadir menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Sumber : HaRUM Malaysia #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

KEINDAHAN BUSANA MELAYU DI TENGAH KOTA Salah satu aktiviti yang mencuri perhatian semasa Bukit Bintang Berselawat 3.0 ialah sesi pengenalan dan pengalaman memakai Busana Melayu yang mendapat sambutan hangat daripada pelancong asing serta masyarakat pelbagai kaum dan bangsa. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menjadi medium dakwah budaya yang memperlihatkan keindahan adab dan warisan Melayu kepada dunia. Melalui pengalaman mengenakan Busana Melayu, para pengunjung dapat merasai sendiri keunikan budaya tempatan yang penuh sopan santun, nilai kesederhanaan dan kehalusan seni. Wajah-wajah yang teruja, senyuman yang terukir dan rasa kagum yang terpancar jelas membuktikan bahawa budaya mampu menjadi bahasa penyatuan yang menyentuh hati manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Bukit Bintang Berselawat 3.0 membuktikan bahawa dakwah bukan hanya melalui kata-kata, tetapi juga boleh disampaikan melalui seni, budaya dan pengalaman yang mendekatkan hati manusia kepada keindahan Islam dan nilai kemanusiaan sejagat. Budaya itu bukan sekadar untuk dipertontonkan, tetapi untuk diraikan, dihargai dan menjadi jambatan penyatuan antara manusia walau berbeza latar dan bahasa. Sumber : I-Madina #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sumber : I-Madina

BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 MALAM YANG MENGHIDUPKAN JIWA Malam tadi lautan manusia yang berselawat bersama mencipta suasana yang begitu indah dan menyentuh jiwa di Bukit Bintang Berselawat 3.0. Di tengah gemerlap kota, ribuan hati bersatu mengalunkan selawat ke atas Rasulullah ﷺ, menghadirkan rasa cinta, kedamaian dan ukhuwah yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Selawat bukan hanya ungkapan di bibir, tetapi tanda cinta yang hidup dalam hati, yang membentuk akhlak, melembutkan jiwa, dan membawa rahmat kepada seluruh manusia. Bukit Bintang Berselawat 3.0 menjadi bukti bahawa Islam mampu menyatukan manusia dalam suasana harmoni, damai dan penuh kasih. Kerana dakwah yang lahir daripada cinta akan lebih mudah menyentuh hati, membuka jiwa dan membawa manusia mengenali keindahan Islam yang sebenar. Semoga setiap langkah yang hadir, setiap selawat yang bergema kepada Baginda ﷺ menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan keamanan Allah buat negara serta seluruh umat manusia. Bukit Bintang Berselawat menjadi simbol kebangkitan jiwa, penyatuan hati dan lautan cinta umat kepada Rasulullah ﷺ. Tahniah dan terima kasih kepada Sekretariat BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 Sumber : I-Madina #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci

Sumber : I-Madina

Apa yang berlaku di Bukit Bintang Berselawat… mungkin ramai yang tak tahu. 🤍 Sebelum detik jam 9 malam tiba dan lautan manusia mula berarak serta berselawat bersama, sebenarnya pelbagai usaha dakwah dan budaya telah dihidupkan di sekitar Bukit Bintang. Tim Street Dakwah turun menyantuni masyarakat… menghulurkan bookmark, bunga mawar dan senyuman kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang. Turut diadakan booth busana tradisi Melayu, di mana ramai anak muda dan pengunjung mencuba sendiri pakaian tradisional lengkap bertanjak, bersongkok dan berbusana Melayu sebagai usaha mengangkat identiti budaya yang sopan dan beradab. Selain itu, “Hijab Challenge” juga membuka ruang santai dan mesra untuk mereka yang ingin mencuba berhijab serta mengenali keindahan aurat dan kesantunan Muslimah dengan pendekatan penuh kasih sayang. Dalam masa yang sama, ada juga sahabat-sahabat yang menyantuni golongan gelandangan dan berkongsi rezeki di tengah hiruk-pikuk kota. Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar sebuah acara. Ia adalah pertemuan dakwah, budaya, kasih sayang dan kemanusiaan… membawa selawat hidup di tengah masyarakat. 🤍 Daripada selawat… lahir rasa kebersamaan. Daripada kasih sayang… lahirnya harapan dan peradaban untuk ummah. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Apa yang berlaku di Bukit Bintang Berselawat… mungkin ramai yang tak tahu. 🤍 Baca selanjutnya di bawah ini 👇🏻

Terima kasih atas pandangan dan refleksi yang sangat baik ini 🤍 Dalam dunia yang mudah menghukum, kami sangat menghargai sua
Terima kasih atas pandangan dan refleksi yang sangat baik ini 🤍 Dalam dunia yang mudah menghukum, kami sangat menghargai suara yang memilih untuk memahami, menilai dengan hikmah dan melihat usaha dakwah dengan adil. Setiap cadangan pasti ada ruang penambahbaikan. Namun semangat untuk melihat selawat terus hidup di tengah masyarakat, itulah yang paling utama. Moga segala teguran yang baik menjadi asbab kita memperkemaskan lagi usaha selepas ini, dan segala selawat yang dialunkan malam itu diterima sebagai tanda cinta kepada Rasulullah ﷺ Terima kasih Malaysia kerana bersama, bukan hanya hadir… tetapi turut membawa kefahaman dan kesejukan dalam bermuamalah 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur https://www.facebook.com/share/17nUBZ7s6c/