Ayahanda Al Malik
Open in Telegram
Gagasan alif mim sin dan Maqasid Al Kubra membina Peradaban TIMUR.
Show more2 440
Subscribers
-224 hours
+337 days
+6030 days
Posts Archive
2 440
Sedang berlangsung persiapan bagi Majlis Kekeluargaan Masyaikh Pertubuhan Nahdhatul Ulama' Malaysia (NA’AM), Haul Syeikh Pak Da Eil Al-Makki serta Majlis Pemasyhuran Jawatankuasa NA’AM di Maahad Ihya’ Ulumuddin, Pondok Baba Ahmad Ridouddin, Penanti, Pulau Pinang.
Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberkati majlis ini. Aamiin.
Dr UMAY
Maahad Ihya Ulumiddin
2 440
Kepimpinan utama Islam Fathoni kalangan Ulama dan Professional mengadakan perbincangan khusus bersama Ayahanda dalam membangun Fathoni Sejahtera.
Bersama kita keluarga Al Kubra seluruh Nusantara membantu menguatkan keluarga kita di bumi Nusantara dan Timur yang barakah ini .
2 440
Alhamdulillah, Manhaj Tiga Kota Suci dan Maqasid Al Kubra kini menjadi Gagasan utama dalam membina Kebangkitan Fathoni.
Ia menjadi teras kepada model Masjid Sejahtera yang akan digerakkan insyallah seluruh Fathoni.
2 440
Semoga Munajat Cinta terus bergerak dan berkembang seluruh Negara dan Nusantara.
Wanita Berilmu Negara Sejahtera
2 440
Gerakan Tasawwuf sebagai Ruh kpdTauhid, akhlak dan Peradaban Warisan Leluhur akan kembali menguasai Negara Malaysia dan akan berkembang seluruh Nusantara.
Malaysia sebagai tapak Kebangkitan Islam yg berteraskan Akidah aswj Asyairah dan Al Matrudiah, Tasawwuf Al Ghazali dan Peradaban Ibnu khaldum .
Bersama kita bergerak berjuang membina kembali Kebangkitan Islam dalam wajah yang teguh Tauhid Keindahan akhlak kasihsyg serta pengurusan sistem Syariat yang terbaik.
2 440
Ketenangan ikan apabila hidup dalam air, begitu hidup insan akan tenang apabila hidup dalam naungan Al Quran.
2 440
Budayakan khatam Al Quran secara jemaah sebagai hadiah pada arwah di Rumah kalangan keluarga dan sahabat .
Juga buat halaqah bacaan Al Quran surah tertentu.
Bacakan petikan Ayat Al Quran bacakan tafsir diambil dari kitab2 ulama tafsir.
Al Quran adalah Ayat2 Cinta dari ALLAH SWT sebagai Penawar kepada Jiwa orang2 mukmin.
Surah Al-Isra' Ayat 82:
"Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi penawar (syifa') dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..."
2 440
Sollu Alan Nabi
Assalamualaikum Ayahanda 🙏
mohon doa restu
KARNIVAL KEKELUARGAAN KOMUNITI PARIT HAJI OMAR DAN HAUL TOK KUBRA
Memperingati dan mengenang jasa tokoh-tokoh:
- Sayyid Jumadil Kubra
- Syarif Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis)
- Tun Habib Abd Majid
- Dato’ Syed Alwi Tahir Al-Hadad
- Tok Haji Omar (Peneroka Parit Haji Omar)
- Kiyai Haji Husen bin Shamsudin (Kiyai Kusen)
- Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim (Kiyai Salleh)
- Haji Abdullah bin Katam (Wak Ngador).
Nama mereka bukan hanya disebut dalam lipatan sejarah. Warisan para ulama, auliya, pahlawan dan pemimpin tempatan, mengingatkan kita tentang besarnya peranan ilmu, dakwah dan bimbingan dalam membentuk kehidupan beragama serta menyuburkan Islam dalam masyarakat di bumi Alam Melayu.
Dengan penuh rasa kesyukuran dan hormat, seluruh masyarakat dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Kekeluargaan Komuniti Parit Haji Omar dan Haul Sayyid Jumadil Kubra.
Program ini bukan sekadar sebuah karnival, tetapi menjadi wadah untuk menghimpunkan keluarga, mengeratkan ukhuwah, menyemarakkan semangat kejiranan serta menghayati nilai sejarah, perjuangan dan warisan yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu.
TARIKH: Ahad, 22 November 2026 🕌 BERSAMAAN: 11 Rabiulakhir 1448H ⏰ MASA: 8.00 pagi – 10.30 malam 📍 TEMPAT: Dewan Muafakat Parit Haji Omar dan Surau Haji Ali, Api-Api, Pontian, Johor.
🤝 Ayuh seluruh warga Parit Haji Omar, sanak saudara, anak cucu, generasi muda dan masyarakat setempat!
Kehadiran anda amat bermakna dalam menyemarakkan semangat kekeluargaan dan memastikan warisan ini terus hidup dalam ingatan serta menjadi pedoman generasi akan datang.
#MajlisHaulTokKubra
#MengenangJasaLeluhur
#WarisanUlamadanAuliya
#KekeluargaanAlKubra
2 440
Assalamualaikum Ayahanda yang dikasihi
Alhamdulilah dengan Barokah Ayahanda pada 8hb November 2026,Ziarah Silaturahim ke pusat kegiatan aktiviti bekas peserta Bengkel 3kota suci di Pasir Salak,Perak. Bonda Zu adalah pimpinan di sini yang sudah lama berhasrat mendapatkan bimbingan rohani dan pertemuan di Kuala Lumpur baru ini memberi keyakinan untuk mereka terus melangkah dalam manhaj yang disusun Ayahanda.
Tujuan utama ziarah ini adalah kerana kami dijemput dan diminta memberi tunjuk ajar utk mereka membangunkan Rumah Cahaya di kampung tersebut. Mereka seusai pulang bengkel mengemas pusat kegiatan mereka yang merupakan tapak surau lama untuk aktiviti komuniti.Mereka telah mendapat jentikan motivasi setelah melihat konsep pembangunan insan dan komuniti berteraskan 3kota suci di Chowkit,KL
Pertemuan cinta ini dimulakan dengan perbincangan tentang susunan perjalanan aktiviti Rumah Cahaya ini, beberapa cadangan dan perbincangan telah dipersetujui.
Majlis diteruskan dengan pembelajaran tentang ilmu Nafi dan Isbat. mereka di fahamkan bagaimana cara utk mengamalkan zikir tersebut dengan fahaman yg lebih mendalam tentang Nafi Dan Isbat itu. Huraian demi huraian diberi utk memantapkan lagi cara amalan zikir tersebut untuk meraka amalkan setiap hari.
setelah diberi pencerahan tentang ilmu tauhid itu, majlis di teruskan dengan seisi Qalbun Salim.Ini adalah kali pertama mereka2 ini mengenali tentang Qalbun Salim ini. Alhamdulilah semua yg hadir dapat mempelajari dan mengikuti seisi itu dengan baik.
Setelah itu satu seisi luahan pedapatan dimulakan. Setiap mereka diminta untuk berkongsi apa pedapatan yang mereka rasa dan faham tentang Qalbun Salim ini. Semuanya rata2 memberitahu bahawa mereka rasa tersentuh, mula tersedar dan memahami bahawa kita semua manusia adalah hamba yang fakir. Perlu buang rasa KEAKUAN DIRI, bahkan semuanya Adalah anugerah pemberian dari Allah.
Bonda Zu yang aktif membina wanita di utara dengan motivasi hati,tauhid,psikologi dan tamadun terus membawa mesej 3 kota suci secara Tiktok dan kelas-kelas beliau di sekitar utara.
Mohon doa Ayahanda selalu
Kakngah Zianie
Rumah Ayat-ayat Cinta
2 440
Kepelikan dan Keanihan yang berlaku akhir Zaman.
Bangsa yang tidak bertauhid mengajar bangsa yang bertauhid.
Bangsa yang tidak bertauhid menjadi pemimpin bangsa bertauhid.
Bangsa tidak bertauhid yang menentukan prinsip Keadilan, kebenaran dan Kemanusiaan.
Bangsa yang tidak bertauhid dicium hormat oleh bangsa bertauhid.
Inilah Penjajahan Pemikiran yg membawa kerosakkan dunia hari ini.
