ch
Feedback
Sidi Ibrahim Mohamad almalik Keluarga Al Kubra

Sidi Ibrahim Mohamad almalik Keluarga Al Kubra

前往频道在 Telegram

Kekeluargaan syeikh Jumadil Kubra membina Kesejahteraan

显示更多
2 367
订阅者
无数据24 小时
+97 天
+7830 天
帖子存档
Pemergian yang menyedihkan Ibu Negara yang banyak memberi jasa dan pengorbanan untuk kita hari ini. Seorang Isteri yang gigih
Pemergian yang menyedihkan Ibu Negara yang banyak memberi jasa dan pengorbanan untuk kita hari ini. Seorang Isteri yang gigih berjuang dalam posisinya disamping suaminya tercinta memimpin Negara yang menempuh pelbagai cara. Disebalik kehebatan seorang Lelaki ada Wanita dibelakangnya. Kehilangan Tun Hasmah pasti memberi pukulan yang hebat pada Jiwa Tun Mahathir. Semoga Allah mengurniakan kekuatan pada Tun dalam hadapinya. Al Fatehah.

Hazrat Maulana Sayyid Jumadil Kubra merupakan simpul yang menghimpunkan dua kekeluargaan wilayah besar di Timur — Jurai atasn
Hazrat Maulana Sayyid Jumadil Kubra merupakan simpul yang menghimpunkan dua kekeluargaan wilayah besar di Timur — Jurai atasnya menelusuri Khurasan, manakala jurai bawahnya berkembang luas di bumi Nusantara. Dari Khurasan mengalir akar keilmuan, kerohanian dan perjalanan leluhur; sementara di Nusantara berkembang cabang keturunan, dakwah serta warisan yang mewarnai perjalanan Islam di rantau ini. Menyelusuri jejak Sayyid Jumadil Kubra bukan sekadar meneliti susur galur nasab, tetapi membuka kembali lembaran hubungan antara dua wilayah Timur yang pernah dihubungkan oleh perjalanan ulama, pendakwah dan leluhur. Khurasan adalah jurai yang menelusuri akar,Nusantara adalah jurai yang mengembangkan cabang, dan Sayyid Jumadil Kubra menjadi simpul yang mempertemukan keduanya.

Duhai anakku Jika diri mu miliki sifat sebagaimana Hadis di atas bertaubat dengan hentikan perbuatan tersebut dengan Penuh penyesalan. Bukan kalangan keluarga ini mereka yang miliki akhlak buruk tersebut yg dibenci ALLAH dan RASUL. Jalan Sufi adalah melihat dirinya adalah terburuk Dan terhina dari semua orang. Sibuk melihat keaiban diri dan tiada suka ambil tahu keaiban yang lain. Ya Allah semoga dihilangkan Dari keluarga inimereka yang terus kekal dengan sifat ini tanpa cenderung untuk bertaubat yang miliki niat buruk untuk memecah belahkan. Duhai anakku Jangan dilayani mereka yang seperti ini, tinggalkan mereka agar mereka tersisih sendiri. Rumah keluarga ini tak mahu mereka yang merasai Mulia dan hebat. Rumah keluarga ini adalah tempat mereka yang mencari kehinaan dan kefakiran diri. Tempat menyatu kasihsyg dalam penuh kekurangan diri, bersama berlumba mengejar kebaikan mencari setitis Cinta dari TUHAN YG ESA. Wallahualam.

Rasulullah ﷺ bersabda: أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِشِرَارِكُمْ؟ الْمَشَّاؤُونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفْسِدُونَ بَيْنَ الْأَحِبَّةِ، الْبَاغُونَ لِلْبُرَآءِ الْعَنَتَ “Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang seburuk-buruk manusia dalam kalangan kamu? Mereka ialah orang yang berjalan membawa adu domba, yang merosakkan hubungan antara orang-orang yang saling mengasihi, dan yang mencari-cari keburukan terhadap orang yang tidak bersalah.” Hadis ini diriwayatkan daripada ‘Abd al-Rahman bin Ghanm, antaranya oleh Imam Ahmad dalam Musnad dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad. Para ulama membincangkan sanadnya, dan terdapat penilaian yang menghasankannya. Tiga sifat buruk yang disebut 1. الْمَشَّاؤُونَ بِالنَّمِيمَةِ — suka membawa adu domba Dia mengambil percakapan seseorang lalu membawanya kepada orang lain dengan tujuan atau kesan menimbulkan permusuhan: “Dia kata begini tentang kamu…” 2. الْمُفْسِدُونَ بَيْنَ الْأَحِبَّةِ — merosakkan orang yang saling berkasih Lebih berat apabila perbuatannya menyebabkan sahabat bergaduh, keluarga berpecah, guru dan murid berselisih atau sesebuah jamaah menjadi bermusuhan. 3. الْبَاغُونَ لِلْبُرَآءِ الْعَنَتَ — mencari keburukan orang yang tidak bersalah Iaitu berusaha memburukkan orang, mencari-cari kesalahannya atau menyebabkan orang lain memandang buruk kepadanya. Ini sangat selari dengan firman Allah: هَمَّازٍ مَّشَّاءٍۭ بِنَمِيمٍ “Yang suka mencela, yang ke sana ke mari menyebarkan fitnah (adu domba).” Surah al-Qalam, 68:11 Dan terdapat hadis sahih yang lebih keras tentang namimah: لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” — Riwayat Muslim Maksud ancaman ini bukan bahawa pelakunya semestinya kekal tidak masuk syurga, tetapi menunjukkan betapa besarnya dosa namimah jika tidak bertaubat. Ringkasnya: Islam bukan sahaja melarang kita melakukan kejahatan secara langsung, bahkan melarang lidah yang menjadi jambatan permusuhan—membawa cerita, menambah cerita, membuka aib dan merosakkan kasih antara manusia.

Muzakarah Maqasid Al Kubra Bonda Tun Suzanna Pengetua Sekretariat Sayyid Jumadil Kubra

Muzakarah Maqasid Al Kubra Aki Razali

Titian Muhibbah Kemboja Assalamualaikum Alhamdulillah pertemuan santai bersama Tuan Saleh Sen mantan ahli parlimen dan senato
+1
Titian Muhibbah Kemboja Assalamualaikum Alhamdulillah pertemuan santai bersama Tuan Saleh Sen mantan ahli parlimen dan senator wilayah kampot kemboja lebih 1 jam berkongsi pengalaman kisah beliau berkaitan asal sejarah kampot. Dari lisan orang tua yg belum pernah dikongsi sesiapa kerana ramai tak percaya dgnnya. Sejarah perkembangan dakwah  Islam wilayah ini sekitar 600-700 tahun lalu melalui pendakwah  kalangan Waliyullah bawah bimbingan dikenali sbg Tok Rauf . Beliau datang dari Madinah sebagai Guru melahirkan ramai mereka yg kurang ilmu namun alim benar hati sehingga dikurniakan pelbagai hikmah dan karomah khusus dlm menyampaikan dakwah mereka kalangan pemimpin masyarakat ... kami melihat Saleh Sen sbg salah orang tua yg masih menyimpan sejarah leluhur berkaitan Waliyullah. Rumah Maqasid Al Kubra Kemboja

26.9.2026 Muzakarah buku Maqasid Al-Kubra (Fikrah, Manhaj dan Harakah : Kesejahteraan Nusantara) yang disusun Ayahanda di Dar Al-Kubra bermula jam 10 pagi - 2 petang tadi. Dijalankan secara hybrid (fizikal dan onlime) melibatkan team Sekretariat SJK, para Pembimbing dan Penggerak keluarga.

MAJLIS MAULID TAUTAN KASIH TOK KUBRA Rumah Cahaya Ummu Aiman Taman Tuanku Jaafar, Seremban Salam buat yang dikasihi Ayahanda Sidi Alhamdulillah, dengan izinNya, telah berlangsung beberapa siri Majlis Maulid Tautan Kasih dari rumah ke rumah.Majlis telah bermula sejak Rabiulawal dan masih diteruskan walaupun  Rabiulawal telah berlalu. Pada 23 September, telah berlangsung Majlis Maulid Tautan Kasih Tok Kubro di Rumah Cahaya Ummu Aiman di Senawang dimana buat pertama kali majlis Maulid diisi dgn Memperkenalkan Syeikh Jumadil Kubra dan sumbangan  beliau dalam perkembangan Islam di Tanah Melayu dan Nusanta. Berpandukan Buku Maqasid Kekeluargaan Syeikh Jumadil kubra, Alhamdulillah ramai  yang berminat untuk  mengetahui  lebih lanjut berkaitan Tok Kubra  dan berhasrat  untuk memiliki  buku tersebut. Oleh kerana  masa yang terhad pada sessi kali ini, Inshaaallah  akan disusun  pertemuan  seterusnya  utk perkongsian  lanjut berkaitan Maqasid Kekeluargaan Sheikh Jamadil Kubra. Syukur ramai yg mengikuti rumah  cahaya menyedari  bahawa  peri pentingnya untuk  mengambil peduli  tentang  sejarah dan nenek moyang mereka yang sebelum  ini  tidak pernah ambil tahu berkaitan nenek moyang @leluhur mereka Mohon ampun Ayahanda. Terima kasih atas segala bimbingan,pedoman  dan limpahan.Mohon Doa Ayahanda jua. 🙏🏼🙏🏼 Wasilah Cinta Srikandi

Perkataan "Rumah" menganti kumpulan,badan, persatuan dan lainnya yg sesuai dengan konsep kekeluargaan yg berpaksi di Rumah. Rumah Cahaya, Rumah Budaya, Rumah Media, Rumah pemuda , Rumah Seni dan lainnya.

Duhai anakku Bergerak dalam kumpulan kecil dan seperti anai- anai- dalam membangun kembali Manhaj Leluhur kita yang berterask
Duhai anakku Bergerak dalam kumpulan kecil dan seperti anai- anai- dalam membangun kembali Manhaj Leluhur kita yang berteraskan Alif mim sin@Tiga Kota Suci. Hayati Tauhid Sufi, perbetulkan Solat dgn benar, Cinta khidmat, Cinta majlis ilmu , sebarkan Selawat, sebarkan Cinta. Bermula dari program yang kecil tetapi istiqomah utk membawa perubahan masyarakat. Wujudkan Rumah Budaya utk semarakkan pelbagai program budaya baik kalangan lelaki dan Wanita. Ayahanda cadangkan agar adakan "Hari baju kurung bukit Binatang " agar kembali anak perempuan Cinta kpd pakaian sopan. Wallahualam.

Assalamualaikum Ayahanda yang dikasihi🙏🏼, Dengan Barokah Ayahanda pada 14 Ogos hingga 12 September baru-baru ini, Komuniti KL mengadakan program 1 Hari 1 Rumah Berselawat di sekitar Chow Kit, KL. Antara fokus utama aktiviti ialah membawa pemikiran dan manhaj Syeikh Jumadil Kubro melalui amalan selawat,perkongsian Alif mim Sin,sejarah pengorbanan kekeluargaan SJK,menjamu makan dan memberi makanan asas ,majlis diadakan secara ringkas dan santai bersesuaian dengan kefahaman dan penerimaan tuan rumah. Program ini dibahagi pada Majlis skala besar dan sederhana. 4 majlis skala besar diadakan di Sekolah Sanggar Bimbingan, Lorong Hj Taib (jalanan), Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih & Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit. Bagi majlis skala sederhana, team Komuniti Kl akan ziarah ke rumah, bilik, kedai makan, kedai jamu, & badan Ngo aktif di Chow Kit. Kehadiran bagi majlis skala besar ialah 80-150 orang tetamu. Manakala, untuk ziarah kecil-kecilan ialah 5-15 orang tetamu. Pihak Komuniti Kl juga memberi hadiah barangan asas pada tuan rumah dan sedikit jamuan ringkas disediakan. Impak dari jelajah 1 hari berselawat ini menambahkan keakraban silaturrahim,kebajikan dan kasih sayang sesama komuniti. Mohon doa Ayahanda jua agar program ini berjalan dengan baik sepanjang 30 hari Rabiuawal dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

23hb September 2026 Assalamualaikum Sidi Ayahanda, Alhamdulillah, lewat malam tadi kami telah menerima panggilan daripada Pro
23hb  September 2026 Assalamualaikum Sidi Ayahanda, Alhamdulillah, lewat malam tadi kami telah menerima panggilan daripada Prof. Darwin Absari.(yg berdiri sebelah Ayhlan). Prof. telah mengajak kami untuk bertemu dengan pasukan pengkaji beliau dari University of the Philippines Manila bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan sejarah, warisan dan perkembangan Islam di Nusantara. Untuk makluman Sidi Ayahanda, Prof. Darwin merupakan keturunan daripada Syeikh Kharimul Makhdum dan beliau telah menjalankan kajian mengenai moyangnya tersebut selama hampir 20 tahun. Beliau adalah pengamal tariqah Qadri dan pembantu beliau (yg memakai rida) merupakan pengamal tariqah Naqshbandi . Sepanjang pengkajian beliau, beliau menyatakan masih terdapat banyak persoalan dan ruang kajian yang belum terjawab sehingga kini. Insyallah kami telah susunkan zoom meeting team prof dengan team kajian Bonda Tun. Pada masa ini, Prof. sedang dalam proses menyiapkan kajian berkaitan Sayyid Kharimul Makhdum untuk diterbitkan dalam bentuk buku, yang dijangka akan dilancarkan pada bulan November nanti. Dalam pertemuan dan perbincangan tersebut, banyak perkara telah dikongsikan oleh Prof. yang kami lihat mempunyai keselarasan dari sudut naratif, gagasan dan matlamat dengan buku Manhaj SJK yang Sidi Ayahanda tuliskan. Antara perkara yang sangat ditekankan oleh Prof. ialah pandangan beliau bahawa umat Islam di Nusantara sedang berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran dan "serangan Dajjal" yang kuat, dan menurut beliau, kekuatan gerakan kerohanian merupakan antara jalan penting untuk menghadapi cabaran tersebut. Prof. turut menyampaikan satu gambaran yang sangat menarik, iaitu bahawa para leluhur kita dahulu telah meninggalkan "pelita-pelita" atau cahaya2 di setiap pelosok Nusantara. Menurut beliau, tugas generasi hari ini adalah untuk menyalakan kembali pelita-pelita tersebut, agar kekuatan dan jati diri umat di Nusantara dapat dibangkitkan semula. Prof. juga beberapa kali menegaskan bahawa pada pandangan beliau, penyatuan umat Islam di Nusantara tidak boleh terbina melalui gerakan politik, hubungan Government-to-Government (G2G), kekuatan ekonomi ataupun peperangan. Sebaliknya, beliau melihat bahawa penyatuan tersebut perlu dibina melalui gerakan kekeluargaan serta jalan kerohanian yang telah diwariskan oleh para leluhur kita terdahulu. Apa yang lebih menarik, Prof. menyatakan keterujaan dan kesediaan beliau untuk bersama-sama dalam gerak usaha yang sedang Ayahanda gagaskan, khususnya dalam usaha untuk menghubungkan kembali jaringan kekeluargaan besar Sayyid Jamadil Kubro, serta menghidupkan kembali warisan ilmu, kerohanian, manhaj dakwah dan tarbiyah para leluhur di Nusantara. Secara keseluruhannya, perbincangan dengan Prof. Darwin sangat membuka ruang untuk kita melihat bahawa terdapat jalur sejarah, kekeluargaan, ilmu dan kerohanian yang masih boleh diterokai dan dihubungkan kembali antara para pewaris dan pengkaji warisan Sayyid Jamadil Kubro di Nusantara. Prf. mohon sampaikan salam kepada Sidi Ayahanda. Insya-Allah, kami akan serahkan kepada team pengkaji SJK (Bonda Tun) untuk teruskan perbincangan dan pertemuan bersama Prof. Darwin serta pasukan pengkaji beliau untuk melihat ruang kerjasama dan langkah seterusnya. Sekian sahaja dulu laporan ringkas dari kami. Wallahualam Rumah Maqasid Al Kubra

Assalamualaikum Sidi Ayahanda Alhamdulillah, di Simunul, Tawi-Tawi, kami telah berkesempatan bertemu dengan Ustaz Hafiz (yang
Assalamualaikum Sidi Ayahanda Alhamdulillah, di Simunul, Tawi-Tawi, kami telah berkesempatan bertemu dengan Ustaz Hafiz (yang memakai jubah), seorang lepasan Madrasah Temboro, Indonesia, dan pengamal Tarekat Ar-Rifa'i, yang kini berkhidmat sebagai Counselor Agama di Kepulauan Simunul. Dalam pertemuan tersebut, pihak Ustaz Hafiz memaklumkan bahawa selepas pertemuan pertama kami pada Hari Raya Aidiladha yang lalu, beberapa orang tua telah datang menemui beliau untuk berkongsi cerita dan maklumat berkaitan dakwah Syeikh Kharimul Makhdum serta beberapa tokoh lain yang pernah datang berdakwah di Selatan Filipina. Kami turut berkongsi tentang fikrah dan manhaj Syeikh Jamadil Kubro (SJK) berdasarkan maklumat terkini yang dikongsikan oleh Ayahanda. Alhamdulillah, kami melihat Ustaz Hafiz amat teruja dengan panduan yang terkandung dalam buku tersebut. Beliau merasakan ia amat berguna dalam usaha beliau berdepan dengan sebahagian ustaz yang berfahaman Wahabi, yang kini telah menguasai Masjid Syeikh Kharimul Makhdum dan menurut beliau telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat kampung. Beliau melihat bahawa fikrah dan manhaj SJK yang dikongsikan oleh Ayahanda dapat membantu beliau dalam menggerakkan dakwah berasaskan kekeluargaan dan kasih sayang di sini. Cadangan Festival Syeikh Kharimul Makhdum Insya-Allah, sempena Festival Syeikh Kharimul Makhdum yang akan diadakan pada 5–6 November 2026, Ustaz Hafiz mencadangkan agar pihak SJK mengisi salah satu slot pembentangan berkaitan Syeikh Jamadil Kubro dan Syeikh Kharimul Makhdum dalam program Islamic Symposium yang berada di bawah kelolaan beliau. Perkara ini akan diserahkan kepada team SJK untuk perbincangan lanjut dengan Ustaz Hafiz. Selain itu, beliau turut menyambut baik saranan untuk menjadikan majlis tahlil sebagai salah satu aktiviti dalam Festival Syeikh Kharimul Makhdum. Walaupun majlis seumpama ini sudah lama tidak diamalkan di kampung beliau, Ustaz Hafiz menceritakan bahawa ketika beliau masih kecil, amalan seperti Maulid dan Tahlilan masih hidup dan diamalkan dalam kalangan masyarakat di sini. Namun, menurut beliau, amalan tersebut kini semakin ditinggalkan oleh penduduk kampung. Justeru, Ustaz Hafiz melihat festival kali ini sebagai ruang yang sangat baik untuk menghidupkan kembali amalan tersebut dalam masyarakat. Hubungan Dengan Pengkaji Sejarah Islam Ustaz Hafiz turut memperkenalkan kepada kami dua orang kenalan beliau yang merupakan pengkaji sejarah Islam di Filipina, iaitu: 1. Ustaz Ahmad Nudjang 2. Prof. Absari dari University of the Philippines Insya-Allah, satu pertemuan bersama mereka akan diadakan di Zamboanga City bagi meneruskan perbincangan dan meneroka ruang-ruang kerjasama yang berkaitan. Alhamdulillah, pertemuan ini membuka satu lagi ruang yang baik untuk kita menghubungkan kembali jaringan ilmu, sejarah, kekeluargaan dan dakwah yang berkaitan dengan warisan para leluhur di Selatan Filipina. Rumah Maqasid Al Kubra