STPM RANDOM NOTES
Open in Telegram
5 961
Subscribers
+1624 hours
+2357 days
+30830 days
Posts Archive
5 963
Repost from ALUMNI STPM BATCH 05 ‼️
https://vt.tiktok.com/ZSAb4VMBw
Cara jawab struktur pam sem 1 ( silibus baru )
5 963
Repost from 🇲🇾 Pengajian Am 900 STPM @CNM's
Ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim mencadangkan Tunku Abdul Rahman untuk memilih 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan.
Menurut Sheikh Abdullah Fahim, sekiranya Inggeris tidak memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, maka tarikh lain yang bersesuaian ialah pada 31 Ogos 1962.
Tunku Abdul Rahman mendapatkan pandangan Sheikh Abdullah Fahim kerana beliau adalah tokoh dalam Ilmu Falak.
Tarikh 31 Ogos 1957, dalam Bahasa Arab adalah 'Am Khir Atana' yang bermaksud 'Tahun Baik Datang Kepada Kita'.
Pihak British bersetuju dan akhirnya 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan.
Tarikh kemerdekaan diumumkan secara rasmi pada 20 Februari 1956 di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka
Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi
5 963
Repost from 🇲🇾 Pengajian Am 900 STPM @CNM's
Hari ini 55 tahun yang lalu, Rukun Negara diisytiharkan.
Sentimen perkauman yang dimainkan pasca Pilihan Raya Umum 1969 mencetuskan detik hitam yang terpahat dalam sejarah negara, huru-hara pada 13 Mei yang meretakkan kestabilan negara hanya selepas 12 tahun kemerdekaan dicapai.
Lantas ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dikepalai oleh Timbalan PM, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Pengarah bersama beberapa orang menteri & ketua-ketua badan kerajaan untuk menjelmakan solusi kepada permasalahan yang berlaku.
Di bawah Mageran, Tun Razak mempengerusikan Majlis Perundingan Negara yang dianggotai oleh 3 orang menteri (Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin & Tun V.T. Sambanthan) serta wakil-wakil pertubuhan masyarakat dari segenap lapisan.
Mesyuarat pertamanya diadakan pada 27 Januari 1970 & selepas beberapa bulan, majlis tersebut merumuskan sebuah ideologi untuk dijadikan pegangan setiap rakyat Malaysia bagi memastikan seluruh warga menyatu demi objektif dan prinsip yang sama.
Lahirlah Rukun Negara, yang diisytiharkan oleh YDP Agong ke-4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin ketika upacara Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-13 pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara terdiri daripada 2 bahagian:
Bahagian 1: BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil & saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya & berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Bahagian 2: MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, MyWilayah
Available now! Telegram Research 2025 — the year's key insights 
