ar
Feedback
STPM RANDOM NOTES

STPM RANDOM NOTES

الذهاب إلى القناة على Telegram

Nk tanya apa ii boleh dm @azrulhfzz Tiktok @roysnak4flat

إظهار المزيد
5 961
المشتركون
+1624 ساعات
+2357 أيام
+30830 أيام
أرشيف المشاركات
PASem3 Tips Idea Esei (1).pdf0.84 KB

FOKUS SEJ SEM 3

RETORIK.pdf5.16 KB

https://vt.tiktok.com/ZSAb4VMBw Cara jawab struktur pam sem 1 ( silibus baru )

PAM SEM 3 BAB 3

PAM SEN 3 BAB 3.pdf5.16 KB

Ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim mencadangkan Tunku Abdul Rahman untuk memilih 31 Ogos 1957
Ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Sheikh Abdullah Fahim mencadangkan Tunku Abdul Rahman untuk memilih 31 Ogos 1957 sebagai Hari Kemerdekaan. Menurut Sheikh Abdullah Fahim, sekiranya Inggeris tidak memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, maka tarikh lain yang bersesuaian ialah pada 31 Ogos 1962. Tunku Abdul Rahman mendapatkan pandangan Sheikh Abdullah Fahim kerana beliau adalah tokoh dalam Ilmu Falak. Tarikh 31 Ogos 1957, dalam Bahasa Arab adalah 'Am Khir Atana' yang bermaksud 'Tahun Baik Datang Kepada Kita'. Pihak British bersetuju dan akhirnya 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan. Tarikh kemerdekaan diumumkan secara rasmi pada 20 Februari 1956 di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi

Hari ini 55 tahun yang lalu, Rukun Negara diisytiharkan. Sentimen perkauman yang dimainkan pasca Pilihan Raya Umum 1969 mencetuskan detik hitam yang terpahat dalam sejarah negara, huru-hara pada 13 Mei yang meretakkan kestabilan negara hanya selepas 12 tahun kemerdekaan dicapai. Lantas ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dikepalai oleh Timbalan PM, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Pengarah bersama beberapa orang menteri & ketua-ketua badan kerajaan untuk menjelmakan solusi kepada permasalahan yang berlaku. Di bawah Mageran, Tun Razak mempengerusikan Majlis Perundingan Negara yang dianggotai oleh 3 orang menteri (Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin & Tun V.T. Sambanthan) serta wakil-wakil pertubuhan masyarakat dari segenap lapisan. Mesyuarat pertamanya diadakan pada 27 Januari 1970 & selepas beberapa bulan, majlis tersebut merumuskan sebuah ideologi untuk dijadikan pegangan setiap rakyat Malaysia bagi memastikan seluruh warga menyatu demi objektif dan prinsip yang sama. Lahirlah Rukun Negara, yang diisytiharkan oleh YDP Agong ke-4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin ketika upacara Sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-13 pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara terdiri daripada 2 bahagian: Bahagian 1: BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil & saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya & berbagai-bagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Bahagian 2: MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: 1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN; 2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA; 3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN; 4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG; 5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN. Sumber: Arkib Negara Malaysia, MyWilayah

senior 05 ada soalan pam sem 3?

BM SEM 3 WACANA.pdf4.99 KB

sbb daftar repeat 2 oct

result sem 2 mungkin hujung bulan 9

jadual baru, sem 3 dulu > u1>u2

Repost from INFO STPM
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN STPM 2025 ULANGAN SEM 2 Kemas kini 18 Ogos 2025
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN STPM 2025 ULANGAN SEM 2 Kemas kini 18 Ogos 2025

Repost from INFO STPM
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN STPM 2025 SEM 3 Kemaskini : 18 Ogos 2025
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN STPM 2025 SEM 3 Kemaskini : 18 Ogos 2025

Repost from INFO STPM
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN STPM 2025 ULANGAN SEM 1 Kemaskini : 18 Ogos 2025
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN STPM 2025 ULANGAN SEM 1 Kemaskini : 18 Ogos 2025

ABK SEM 3

Pink.pdf4.42 MB