en
Feedback
EBOOK - FAWRAA

EBOOK - FAWRAA

Open in Telegram

Hai babes! 🩷 Berminat nak dapatkan ebook boleh terus ws fawraa taušŸ“ Boleh tekan link šŸ“Œ http://www.wasap.my/601136955188/sayanakbeliebook šŸ“ Tiktok: https://www.tiktok.com/@ebookfawraa Instagram: https://instagram.com/ebookfawraa Shope

Show more
3 871
Subscribers
-124 hours
-87 days
-4530 days
Posts Archive
photo content

BLURB Zarif membuat pinjaman satu juta pada Tan Sri Firdaus. Lelaki itu sanggup memberikan pinjaman dengan bersyarat. -Kahwin dengan cucu aku. – TAN SRI FIRDAUS Tapi Erin cucu Tan Sri Firdaus bukan gadis idaman Zarif. Dia bertubuh besar dan gemuk, berat hampir 100kg. -Saya tak boleh terlalu gembira dan terlalu sedih. Nanti saya akan makan banyak. – ERIN FIRZANA FIRMAN Dua hari selepas berkahwin Zarif meninggalkan Erin untuk menguruskan projek mega di Perth. Nadia Imani yang sudah lama ada hati dengan Zarif tidak habis-habis mencari balah dengan Erin. Dia sengaja menabur fitnah. -Dengar sini cik Nadia Papan Lapis. Kalau awak betul-betul ada skandal dengan Zarif, awak wanita yang tidak tahu menjaga maruah. -ERIN FIRZANA FIRMAN. Enam bulan di Perth, mengubah perasaan Zarif pada Erin. - Saya nak berpisah secara rasmi dengan Erin. Perkahwinan kami bukan atas kehendak dia. Dia tak pernah cintakan saya. - ZARIF AYDAN RIZQI Berjayakah Nadia dengan misi untuk merosakkan perkahwinan Zarif? Dia punya kelebihan kerana selalu berada di sisi Zarif. Erin pula ditinggalkan dan diabaikan. Setelah berjauhan, Zarif sedar perasaannya yang sebenar pada Erin. Tapi sayang semuanya sudah terlambat apabila Erin memilih untuk menghilangkan diri. Ke manakah Erin pergi? Berjayakah Zarif menjejaki isterinya? Bitter*sweet*revenge*longing for love RM14 400 MS

photo content

Rm20 promo Shg 15/9 Harga Asal Rm25
Rm20 promo Shg 15/9 Harga Asal Rm25

BLURB THE LAST OBSESSIONS TENGKU RAZ HAIDAR Tagline : Tercinta tanpa sengaja Tengku Raz Haidar, lelaki dambaan setiap wanita. Memiliki budi pekerti yang tinggi. Seorang yang penyayang, menghormati orang tua dan suka bersedekah. Namun disebalik semua itu tiada sesiapa yang tahu sisi gelap yang cuba disembunyikan. Irdina Chalista, seorang wanita muda yang sentiasa obses mahukan diri dikenali sebagai wartawan popular. Bekerja di sebuah syarikat yang hanya menanti masa untuk gulung tikar, membuatkan Irdina terpaksa bekerja keras. Sehinggalah dia melaporkan satu kontroversi melibatkan Tengku Raz Haidar, membuat dia dikenali dan mula menjadi sebutan. ā€œAku nak kau padam semua artikel tentang aku di media sosial. Lepas tu buat permohonan maaf secara terbuka.ā€ – Tengku Raz Haidar. ā€œKalau saya tak nak buat?ā€ – Irdina. Biarpun diburu lelaki itu, Irdina tetap tidak mahu menurunkan artikel berkenaan dari media massa. Namun bilamana Tengku Raz sudah mengenakan ugutan beserta dengan ancaman undang-undang, Irdina tiada pilihan melainkan untuk pergi menghilangkan diri! Setahun berlalu, Irdina kembali semula untuk meneruskan kehidupannya dengan harapan segala yang berlaku sudah dilupakan. Tetapi sangkaannya ternyata meleset dan buatkan diri terus terjerat. ā€œTengku?!ā€ – Irdina. ā€œYe, aku... Tengku Raz Haidar. Bos kau sekarang.ā€ – Tengku Raz Haidar. Bekerja dengan lelaki seperti Raz, bukanlah mudah. Lagi pula pernah wujud isu di antara mereka pada sebelum ini. Segala apa yang Irdina lakukan, akan dikritik oleh Tengku Raz walaupun tanpa alasan yang kukuh. ā€œIni tahun bila punya cerita kau lapor? Jangan tahu makan gaji buta aje.ā€ – Tengku Raz Haidar ā€œTengku tu yang rabun. Lain kali kalau tak nampak operate mata tu.ā€ – Irdina Berdepan dengan 1001 jenis telatah Irdina dalam seharian bekerja, tanpa sedar mula membuat Raz terpaut hati. Akan tetapi, perasaan yang hadir cuba dibuang kerana mengingatkan bahwa Irdina bukanlah gadis idaman. Namun ketika gadis itu cuba didekati oleh sepupunya sendiri, Raz mula merasakan tidak senang dan cemburu! Sehinggalah pada saat Irdina meluahkan rasa bimbangnya kerana diburu seseorang, waktu itu Raz menyedari bahwa hatinya itu memang teruntuk si gadis. "Saya takutlah, Tengku. Ada orang sedang buru saya." - Irdina. "No matter what happens, I will protect you." - Tengku Raz Haidar. Bagaimana kesudahan kisah mereka? Kenapa pula Irdina diburu? Siapakah lelaki misteri itu?Mampukah Raz menjadi pelindung Irdina seperti yang diucapkan? Bersatukah cinta Raz dan Irdina di akhir cerita?

photo content

KOMBO JANJI Jualan Kombo Sahajaa Sah shg 15/9 3 Janji Buat Wulan Selingkuh D'Laila
KOMBO JANJI Jualan Kombo Sahajaa Sah shg 15/9 3 Janji Buat Wulan Selingkuh D'Laila

SINOPSIS 3 JANJI BUAT WULAN Wulan pernah menunggu Ghaz Adi, cinta pertamanya, bertahun-tahun demiĀ  janji yang pernah lelaki itu lafazkan—menjaga, menyayangi dan sentiasa berada di sisinya. Namun Adi menghilang tanpa khabar, meninggalkan Wulan bersama luka dan penantian yang sia-sia.Bertahun kemudian, Wulan sudah menjadi seorang doktor dan cuba melupakan masa lalu. Sehinggalah dia bertemu Andra, seorang pesakit yang perlahan-lahan mencairkan hatinya. Andra tidak banyak berjanji, tetapi kehadirannya membuat Wulan kembali mengenal bahagia.Namun, masa lalu kembali apabila Ghaz Adi muncul sebagai pesakit Wulan. Lelaki itu mahu menebus kesalahannya dan mendapatkan kembali cinta pertama yang tidak pernah dilupakannya. Tetapi Wulan sudah berubah. Hatinya mula memilih Andra. Dan Wulan mula membuat keputusan yang mengejutkan semua orang. Menolak Ghaz Adi memilih Andra untuk menjadi suaminya. Ghaz Adi lelaki yang sudah berkahwin tetap nekad merebut Wulan walaupun seribu kali di tolak sehingga Andra merasa cemburu dan ketika perbalahan memuncak satu rahsia terbongkar dan hati Andra mula goyah.

photo content

EBOOK LATEST IDA ANUAR Available jualan singleā—ļø 1 EBOOK - RM13/RM15 Tak Lelah Mencintaimu Lentara Rindu Dedalu di Hati Sakin
+2
EBOOK LATEST IDA ANUAR Available jualan singleā—ļø 1 EBOOK - RM13/RM15 Tak Lelah Mencintaimu Lentara Rindu Dedalu di Hati Sakinah

photo content

Bila Jalal, jiran lama Adib dan Annisa, kembali tinggal di rumahnya, hidup Annisa mula tak aman. Ada sahaja usikan Jalal. Ada sahaja modal dia mahu menyakat. Dalam menyampah, Annisa mula menyimpan rasa. Jalal pula semakin suka melihat Annisa marah-marah. Bila lelaki lain mula menghantar rombongan, Jalal mula tak senang duduk! Dia mungkin polis, tapi hati Annisa tak mampu dia tebak. Menahan Annisa di tepi jalan itu perkara mudah. Bertanyakan perasaan Annisa padanya? Jalal rela tadah badan di roadblock 24 jam! Seorang tertanya-tanya, seorang takut mahu bertanya. Di manakah akhirnya hubungan kedua-dua mereka? Akankah ada yang manis buat dua hati yang perlahan-lahan menyimpan rasa?

photo content

photo content
+9

photo content
+1

TRIO JANDA JANDA LETUPSSS TRIO RM28 sah shg 12/9
TRIO JANDA JANDA LETUPSSS TRIO RM28 sah shg 12/9

Sinopsis ā¤ļøHola, My Ex!ā¤ļø ā¤ļøSyikin Zainalā¤ļø   Semua manusia mahukan jalan hidup yang sempurna. Jatuh cinta, punya keluarga dan kekal bahagia. Tetapi kita kan manusia. Setiap manusia ada ujian ada getirnya. Memilih untuk berkahwin muda, Atikah harapkan bahagia sampai ke tua. Namun setelah enam bulan berkahwin, gelombang mula melanda. Hairul yang merupakan Presiden MPP di kolej bertanggungjawab dan berkarisma rupanya gagal memikul tanggung jawab sebagai ketua keluarga. Lima hari bekerja dan masuk hari keenam, Hairul mula hantar surat berhenti kerja. Segala hal rumah tangga di pundak Atikah. Mujur mereka tinggal bersama-sama keluarga Hairul. Sampai satu tahap, Atikah mula naik angin. Pertengkaran demi pertengkaran berlaku. Dan pengakhirannya hanya satu. CERAI. Sepuluh tahun berlalu... Dan mereka bertemu kembali dalam suasana yang berbeza. Masing-masing sudah bekerjanya. Dan masalah timbul apabila mereka bekerja di tempat yang sama. Atikah diberitahu tentang seorang lelaki Bachelor Of The Year. Jejaka Idaman Malaya di ZR Advertising. Takdir bermain lagi dengan jiwa Atikah apabila Jejaka Idaman Malaya itu ialah Hairul, bekas suaminya. Apalagi mengamuklah Hairul, dituduhnya Atikah sebagai stalker. ā€œAku nak kau berhenti kerja, sekarang juga!ā€- Hairul ā€œKau ingat ni syarikat kau? Suka-suka hati nak suruh aku berhenti?ā€-Atikah Tetapi mereka bijak berpura-pura. Depan rakan sekerja mereka bersikap profesional tetapi di belakang mereka. Keluar segala ugutan. Ingatkan mereka hanya sepejabat, rupanya mereka juga berjiran. Tak cukup pertengkaran di pejabat, mereka bawa ke kondo. Namun, pada saat tersarung cincin di jari manis Atikah, Hairul mula gundah. 10 tahun dia berjaya pertahankan ego untuk mengaku sayang tetapi kali ini dia kalah. Cinta pada Atikah masih ada. Tetapi Atikah sudah menjadi tunangan orang. Kerana kecewa, keluar berita yang Hairul akan berumah tangga dengan gadis pilihan keluarga. Dan bagi Atikah kejadian yang menimpanya membuatkan dia sedar cintanya pada Hairul masih ada. Tetapi adakah takdir sedang mempermainkan mereka. 10 tahun masing-masing menjauhkan diri, tanpa berita dan disangka tanpa cinta. Berjumpa untuk kali kedua, bermula dengan sengketa dan bagaimana pengakhiran buat mereka? Cipta bahagia bersama atau bahagia dengan yang bukan mereka cinta?

photo content

BLURB | IN LOVE WITH ROCKSTAR | NURA HANI Kisahnya bermula bila... Seorang rockstar yang terlalu yakin dengan skill terbangnya, cuba melompat dari pentas. Malangnya, peminat di bawah langsung tak sempat menyambut tubuhnya. Akhirnya? Gedubukkk!! Jatuhlah dia tepat depan seseorang. Lepas jatuh, bukannya reti malu atau terus pergi untuk dapatkan rawatan. Dia boleh pula terus melamar seorang janda berhias yang memang cantik rupawan, tapi otak senget! Yang seorang lagi pula, ketika orang ramai tengah melompat-lompat sambil menyanyi bersama rockstar kesayangan mereka, dia pergi belasah menari zapin di tengah-tengah orang-orang yang sedang berkerumun. Itulah permulaan kisah Mishal dan Hanna. Mishal Annas, seorang rockstar yang sanggup buat satu Malaysia kecoh, hanya kerana meminta kuasa viral mencari seorang perempuan yang langsung tak tahu menyanyi lagu dia. Hanna Ibtisam pula, seorang janda berhias yang datang ke konsert sebab tiket percuma, siap pakai earphone dan dengar lagu lain sambil buat tarian zapin. Puncanya kerana tak tahan telinga dengar Mishal menjerit atas pentas. Masalahnya, daripada ribuan manusia dalam konsert itu, Mishal cuma nampak dia seorang saja yang dipanggil, Minah Zapin! Bila seorang dah terlanjur melamar, seorang lagi pula boleh terlanjur mengangguk tanda setuju... Maka bermulalah kisah seorang rockstar dan seorang wanita yang hidupnya memang tak pernah normal dalam alam rumah tangga. Apa yang akan jadi bila dua manusia pelik ini disatukan dalam sebuah perkahwinan? šŸŽøā¤ļø IN LOVE WITH ROCKSTAR!

photo content