EBOOK - FAWRAA
Открыть в Telegram
Hai babes! 🩷 Berminat nak dapatkan ebook boleh terus ws fawraa tau🍓 Boleh tekan link 📌 http://www.wasap.my/601136955188/sayanakbeliebook 🍓 Tiktok: https://www.tiktok.com/@ebookfawraa Instagram: https://instagram.com/ebookfawraa Shope
Больше3 987
Подписчики
-224 часа
-137 дней
-3830 день
Архив постов
3 987
BEST Kombo & NEW June 2026
- Kombo Protective
https://t.me/ebookfawraa/8859
-Kombo Sir Lecturer
https://t.me/ebookfawraa/8864
- Kombo Duda Limited
https://t.me/ebookfawraa/8869
- Kombo Pluffy Love
https://t.me/ebookfawraa/8822
- Kombo Jodoh Express
https://t.me/ebookfawraa/8788?single
- Kombo Hot
https://t.me/ebookfawraa/8808
- Kombo Takdir
https://t.me/ebookfawraa/8825
- Kombo Cekal
https://t.me/ebookfawraa/8800
- Trio Pengganti Cinta
https://t.me/ebookfawraa/8834
Single
- Cinta Untuk Melodi & Isteri Untuk Tuan Taariq
https://t.me/ebookfawraa/8846?single
-Jibreal & Leo
https://t.me/ebookfawraa2/4268
- Dibalik Tenangmu
https://t.me/ebookfawraa/8842
http://www.wasap.my/601136955188/BEST_KOMBO_SINGLE_JUNE_2026
3 987
BEST Kombo Baru June 2026
- Kombo Protective
https://t.me/ebookfawraa/8859
-Kombo Sir Lecturer
https://t.me/ebookfawraa/8864
- Kombo Duda Limited
https://t.me/ebookfawraa/8869
- Kombo Pluffy Love
https://t.me/ebookfawraa/8822
- Kombo Jodoh Express
https://t.me/ebookfawraa/8788?single
- Kombo Hot
https://t.me/ebookfawraa/8808
- Kombo Takdir
https://t.me/ebookfawraa/8825
- Kombo Cekal
https://t.me/ebookfawraa/8800
- Trio Pengganti Cinta
https://t.me/ebookfawraa/8834
Single
- Cinta Untuk Melodi & Isteri Untuk Tuan Taariq
https://t.me/ebookfawraa/8846?single
-Jibreal & Leo
- Dibalik Tenangmu
https://t.me/ebookfawraa/8842
3 987
Blurb - Soulmate Halal Encik Duda
Riez Anaqi, seorang duda yang memiliki segala-galanya. Wajah yang tampan, kerjaya yang bagus dan kehidupan yang mewah. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, ada satu rahsia yang tersimpan.
Sejak dahulu, hanya satu nama yang bertakhta di hatinya iaitu Hanim Qairina.
Namun gadis itu tidak pernah memandangnya. Malah menganggap Riez sebagai musuh tradisi.
“Saya memang suka awak dari dulu. So, this is the right time.” – Riez Anaqi
Apabila peluang terbuka di hadapan mata, Riez nekad melamar Hanim.
“Awak kena tahu yang saya benci awak dulu, kini dan selamanya! Kalau awak teruskan juga idea gila ni, saya akan pastikan awak menyesal.” – Hanim
Dalam kemarahan, dia terpaksa menerima lelaki itu. Menerima lamaran Riez bermakna dia perlu hidup sebumbung dengan lelaki yang paling dia benci.
Tetapi bagi Riez, itu mungkin satu-satunya peluang untuk memenangi hati wanita yang dicintainya sejak sekian lama.
Mampukah cinta yang dipendam bertahun-tahun mengubah benci menjadi sayang?
3 987
BLURB MR DUDA, FINALLY KITA!
Sudah masuk tahun kelima, Imani Saleha melepaskan jawatan sebagai isteri kepada Dean Ariff. Dia sangkakan kisah mereka tamat di situ. Tiada lagi 'kita' antara mereka.
Sebaliknya kisah mereka kembali semula, dengan jalan cerita yang berbeza. Dean muncul sebagai Pengurus baharu di tempat Imani bekerja.
Dean bukan lagi lelaki yang dulu. Lelaki itu kini lebih tegas dan mahu membina jarak antaranya dengan Imani.
"Saya bukan boleh jaga awak setiap masa, Imani.” - Dean
Dalam Dean mahu memastikan tiada lagi episod baru untuk kisah mereka, dia tetap tidak mampu 'melepaskan' Imani.
Perkahwinan yang pernah mereka lalui dulu bukan cerita manis yang mahu dikenang.
Namun, kerana satu kejadian yang tidak boleh dielak, mereka terpaksa kembali bergelar suami isteri.
Imani - bersedia untuk peluang kedua.
Dean - tidak mahu lagi berharap.
Demi memastikan peluang kali ini digunakan sebaik mungkin, Imani sanggup terima syarat Dean untuk merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan rakan sepejabat.
Pada akhirnya, mampukah Mr Duda itu menerima takdir yang kisah mereka belum terhenti?
Atau, finally 'kita' itu akan wujud semula dengan versi yang lebih baik dari sebelum ini?
3 987
SUAMIKU SIR IKMAL
Sinopsis :
Elina Hazirah tidak pernah menyangka kepulangannya ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, bakal mengubah seluruh hidupnya.
Semuanya bermula apabila dia terserempak dengan Ahmad Ikmal, pensyarah di universitinya yang kebetulan datang untuk bertemu isterinya, Mastura. Pada mata kasar, perkahwinan jarak jauh antara Ikmal dan Mastura kelihatan sempurna. Namun tanpa pengetahuan Ikmal, Mastura sebenarnya sedang menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Rahmat.
Demi membebaskan diri daripada suaminya tanpa dipersalahkan, Mastura dan Rahmat merancang satu konspirasi. Elina dan Ikmal menjadi mangsa apabila mereka ditangkap basah dalam satu situasi yang sengaja direka.
Walaupun berkali-kali menegaskan bahawa mereka tidak bersalah, tiada siapa yang mahu percaya. Demi menutup malu, Suffian, ayah Elina, mengambil keputusan untuk menikahkan mereka berdua.
Daripada sekadar pelajar dan pensyarah, kini mereka terpaksa belajar hidup sebagai suami isteri di Kuala Lumpur. Elina bertegas mahu merahsiakan hubungan mereka daripada umum, sedangkan Ikmal pula mahu mereka memberi peluang kepada satu sama lain.
Mampukah Elina menerima Ikmal sebagai suaminya? Dalam keadaan hati yang masih terluka, dapatkah mereka menerima takdir yang tidak pernah mereka pilih ini? Dan adakah mereka berjaya membongkar dalang sebenar yang telah memerangkap mereka?
3 987
SIR LECTURER, MY CRUSH, MY HUSBAND
Sinopsis :
Hilman Firdaus.
Nama itu pernah menjadi rahsia paling manis yang Kamelia Naziffa simpan jauh di dalam hati.
Lelaki pertama yang membuatkan jantungnya berdebar. Lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya sekaligus meninggalkan kenangan yang terlalu indah untuk dilupakan sebelum lelaki itu menghilang selama lima tahun tanpa khabar.
Kamelia menyangka masa akan menghapuskan segala rasa.
Dia silap.
Lima tahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Di bawah satu bumbung universiti. Sebagai lecturer dan student.
Hilman muncul sebagai lecturer baru di Aurelian Global University. Muda, kacak dan pastinya menjadi kegilaan hampir setiap pelajar perempuan di kampus itu.
“Macam mana abang boleh jadi lecturer dekat Aurelian Global University tu?”
“Sebab nak jumpa Neya hari-hari.”
Bagi Kamelia, Hilman bukan sekadar lecturer kacak yang dipuja ramai. Hilman adalah lelaki yang pernah memiliki sebahagian hatinya. Dan semakin hari, kehadiran lelaki itu membuatkan perasaan yang disangka telah lama mati kembali bernafas semula.
Di kampus, mereka perlu menjaga batas. Sekadar lecturer dan pelajar.
Namun di luar universiti, hubungan mereka semakin sukar untuk ditafsir.
Akhirnya pada majlis sambutan hari lahir Kamelia, sesuatu yang langsung tidak dijangka berlaku.
"Abang datang malam ni dengan niat yang baik. Abang ikhlas nak Neya jadi isteri abang."
Majlis yang dirancang sepatutnya sederhana bertukar menjadi majlis pertunangan mengejut. Tiga bulan kemudian, Kamelia sah menjadi isteri kepada lelaki yang pernah menjadi crush pertamanya. Crush yang kini halal miliknya.
Namun kebahagiaan itu rupanya tidak seindah yang diharap. Perkahwinan mereka tidak boleh diketahui sesiapa selagi Kamelia masih bergelar pelajar di universiti yang sama Hilman berkerja.
Lalu mereka terpaksa berpura-pura menjadi orang asing setiap kali berada di kampus.
Kamelia terpaksa menahan rasa melihat suaminya menjadi rebutan ramai.
Lebih menyakitkan apabila kehadiran Miss Safiera, seorang lecturer cantik yang terang-terangan mengejar Hilman, mula mengganggu ketenangan rumah tangga mereka.
Gosip semakin liar. Fitnah semakin menjadi-jadi. Ramai yang mendoakan Hilman bersama Miss Safiera yang dianggap lebih sepadan dengannya.
“Miss Safiera tu kalau couple dengan Sir Hilman, memang padanlah.
“Ahah, aku setuju. Padan sangat. Seorang cantik, seorang handsome. Kahwin nanti dapat anak, perghhh mesti comel gila kan.”
Perempuan yang sah bergelar isteri hanya mampu tersenyum pahit di hadapan orang ramai, sambil diam-diam menelan segala luka sendiri.
Berapa lamakah sebuah rahsia mampu disimpan?
Sejauh mana kuatnya hati seorang isteri untuk bertahan apabila cintanya terpaksa disorok daripada dunia?
Suatu hari, Miss Safiera tiba-tiba muncul memberi amaran supaya dia menjauhkan diri daripada Hilman.
Hati seorang isteri semakin terluka.
Mampukah cinta pertama yang dipertemukan semula oleh takdir bertahan apabila ada yang cuba mencelah menjadi insan ketiga ?
SIR LECTURER, MY CRUSH, MY HUSBAND
Cinta yang tidak pernah mati. Cinta yang menunggu masa untuk pulang ke hati yang sama.
3 987
GARI CINTA INSPEKTOR ARISSA
Blurb
Semuanya bermula dengan satu tindakan yang sepatutnya berakhir dengan saman.
Inspektor Arissa tidak menyangka lelaki yang ditahannya kerana membuat aksi berbahaya di jalan raya itu akan menjadi manusia paling menjengkelkan dalam hidupnya.
Fathullah Izzuddin.
Pemuda berusia 22 tahun yang terlalu banyak bercakap, terlalu yakin dengan diri sendiri dan langsung tidak tahu erti serik.
“Awak ni memang tak ada penapis mulut ke?” - Arissa
“Kalau saya diam, macam mana saya nak mengurat awak?” - Fathullah
Sejak hari pertama bertemu, hidup Arissa yang tenang terus bertukar huru-hara. Ke mana sahaja dia pergi, Fathullah pasti muncul. Di balai polis, di tempat kerja, malah sanggup menunggu di luar pagar Bukit Aman semata-mata untuk menyakatnya.
Masalahnya, Arissa lebih tua lima tahun.
Dan Fathullah pula langsung tidak kisah.
Ketika hati Arissa mula goyah, satu demi satu masalah mula muncul. Salah faham, rahsia yang tidak dijangka dan pelbagai kekecohan yang membuatkan hubungan mereka semakin rumit.
Namun Fathullah bukan lelaki yang mudah mengalah.
Apabila jatuh cinta, dia sanggup buat apa sahaja. Termasuklah mengganggu seorang Inspektor polis hampir setiap hari.
Mampukah Arissa mempertahankan tembok yang dibina selama ini?
Atau akhirnya dia sendiri akan tewas kepada seorang duda muda yang terlalu pandai mencari masalah?
GARI CINTA INSPEKTOR ARISSA
Kerana kadang-kadang, gari bukan sahaja mampu mengunci tangan...
Tetapi juga hati.
3 987
MEJAR DIKTATOR JATUH HATI
BLURB
“Kalau jatuh, saya tak tanggung." MEJAR RAYYAN
“Ada saya minta pendapat awak?” ALYA HUMAIRA
“Tak.” MEJAR RAYYAN
“Jadi diamlah.” ALYA HUMAIRA
Bagi Alya Humaira, kehadiran jiran baharu di sebelah rumahnya itu adalah satu malapetaka. Dah lah berbadan sasa macam tiang elektrik, suka menyergah orang, perangai pula mengalahkan diktator! Memang sah, Mejar Rayyan Iskandar adalah punca segala gangguan hidupnya. Sampaikan nak ambil pasu bunga dan kejar si Oyen (kucing oren gemuknya) pun boleh berakhir dengan drama jatuh dalam pelukan sasa askar komando itu.
Keadaan menjadi huru-hara apabila pagar sempadan rumah mereka runtuh dan Puan Salmah, emak Alya pula terlebih teruja mahu menantukan Mejar kacak tersebut. Tambah parah, apabila Rayyan mula tayang taring posesifnya! Sanggup dia sabotaj kereta Alya dan buat sekatan jalan raya dengan motosikal berkuasa besar semata-mata tak tahan cemburu melihat Alya rapat dengan Faiz, rakan sekerjanya.
Sebagai 'upah' membaiki pagar dan membaiki kereta, Rayyan meletakkan syarat gila. Alya wajib memasakkan makan malam untuknya selama seminggu.
Bermulalah aksi perang mulut di dapur, gulai yang hampir hangit dan usikan kencang di tepi pagar malam hari. Tatkala satu lori tentera datang mengepung rumah untuk membina pagar baharu, Rayyan membisikkan amaran keras yang membuatkan jantung Alya mahu luruh.
“Sebab awak bakal jadi hak peribadi saya, Alya Humaira. Dan barang askar, orang lain tak boleh sentuh sesuka hati. Faham?”
Mampukah Cikgu Tadika yang bermulut laser ini mempertahankan benteng egonya? Atau adakah dia yang akan melutut kalah dan cair di tangan sang komando beku ini?
3 987
TRIO PA SILVER
Single Rm15
Kombo Rm24
Trio rm30
P.A DATO HAIDAR ELMAN
https://t.me/ebookfawraa/8703
P.A ENCIK INFLUENCER
https://t.me/ebookfawraa/6719
P.A TUAN HAZRAN
3 987
BLURB:
P.A TUAN HAZRAN by Silver Rose Novelis
Farah Natasya, seorang pembantu peribadi yang ceria dan polos, bekerja di bawah majikannya yang terkenal dengan gelaran si muka ketat, Hazran Ar-Rayyan. Tegas, cerewet dan sukar didekati, Hazran sering membuat semua orang di pejabatnya kecut perut.
Namun satu hari, Hazran membuat permintaan pelik, dia mahu Farah membantunya menawan semula hati bekas kekasihnya, Amy.
"Tuan rasa patut ke Tuan ubah diri sendiri hanya sebab nak dapatkan seseorang balik? Tuan sepatutnya bersama dengan orang yang cintakan Tuan seadanya.” - Farah.
Demi misi gila itu, Hazran sanggup mengubah dirinya menjadi lelaki romantis, manakala Farah pula terpaksa berlakon menjadi kekasih palsu majikannya. Dia terpaksa pula berhadapan dengan pelbagai situasi kelakar yang mencetuskan huru-hara seperti belajar menari, menunggang kuda dan misi paling gila iaitu mengembalikan senyuman Hazran.
“Farah, hari tu saya cakap awak kekasih saya kan? Kita gunakan itu sebagai umpan. Saya nak awak berlakon jadi kekasih saya di depan dia. Kita buat dia percaya yang kita sangat bahagia bersama.”
“Saya?” - Farah
“Ya, awak lah. Siapa lagi?” - Hazran
Dalam tidak sedar, Farah mula menaruh perasaan kepada majikannya itu. Antara tawa, salah faham, dan detik-detik manis yang tidak disengajakan, cinta mula tumbuh.
Adakah Hazran akan menyedari bahawa cinta yang di cari hanya berada di depan matanya selama ini atau Hazran masih akan mengejar bayang masa lalunya?
Уже доступно! Исследование Telegram 2025 — ключевые инсайты года 
