Intermittent Fasting Hormone Diet
Open in Telegram
Program Kesihatan yang memfokuskan untuk turun berat badan dan merawat masalah penyakit
Show more5 631
Subscribers
No data24 hours
-107 days
-5130 days
Data loading in progress...
Similar Channels
Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
October '25
October '25
+1
in 0 channels
September '25
+7
in 0 channels
Get PRO
August '25
+4
in 0 channels
Get PRO
July '25
+21
in 0 channels
Get PRO
June '25
+19
in 0 channels
Get PRO
May '25
+47
in 0 channels
Get PRO
April '25
+42
in 0 channels
Get PRO
March '25
+16
in 0 channels
Get PRO
February '25
+37
in 0 channels
Get PRO
January '25
+75
in 0 channels
Get PRO
December '24
+93
in 0 channels
Get PRO
November '24
+105
in 0 channels
Get PRO
October '24
+139
in 0 channels
Get PRO
September '24
+130
in 0 channels
Get PRO
August '24
+388
in 0 channels
Get PRO
July '24
+260
in 0 channels
Get PRO
June '24
+255
in 0 channels
Get PRO
May '24
+91
in 0 channels
Get PRO
April '24
+110
in 0 channels
Get PRO
March '24
+186
in 0 channels
Get PRO
February '24
+215
in 0 channels
Get PRO
January '24
+119
in 0 channels
Get PRO
December '23
+118
in 0 channels
Get PRO
November '23
+118
in 0 channels
Get PRO
October '23
+135
in 0 channels
Get PRO
September '23
+192
in 0 channels
Get PRO
August '23
+261
in 0 channels
Get PRO
July '23
+233
in 0 channels
Get PRO
June '23
+4 056
in 0 channels
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 04 October | 0 | |||
| 03 October | 0 | |||
| 02 October | +1 | |||
| 01 October | 0 |
Channel Posts
3 orang dikatakan pernah melihat syurga..
Lantas mereka semua tak tentu hala bila hadir ke bumi..
Begitu jugalah mereka yang telah merasai nikmat sihat yang sebenar.
Nikmat makanan baik baik yang disebut Al-Quran.
Bila melihat makanan tidak baik..
Lantas terus tak selera nak makan.
Semoga kita mendapat pentunjuk dan hidayahNya.
Nasi ulam versi IFHD
Dengan air asam keladi.
Jarang jarang makan rare sikit.
#IFHD
#Ubahkeputusandarah
https://coachumi.wasap.my
| 2 | No text... | 820 |
| 3 | No text... | 997 |
| 4 | *AWAS*❗❗❗
Penggemar sambal anda perlu berwaspada lebih² lagi makan sambal dikedai makan!
Tahukah anda❓❓
Chili kering sangat mudah ditumbuhi kulat!
Pertumbuhan kulat ini menghasilkan *AFLATOKSIN* , iaitu sejenis toksin yang sangat berbahaya.
Toksin ini tidak akan musnah atau tidak dapat dineutralkan dengan cara memasak atau memanas. Toksin ini kekal di dalam makanan walaupon makanan sudah dimasak dengan lama.
Pengambilan berterusan toksin ini walaupun dalam kuantiti yang sedikit boleh menyebabkan kerosakan pada organ hati, buah pinggang & sistem saraf.
Sistem imun jugak akan terganggu Dan kerap diaktifkan menyebabkan tercetusnya banyak alahan kepada badan.
Pastikan anda memeriksa dengan teliti chili kering sebelum memasak lebih² lagi dibahagian dalam chili. Bagi mereka yang meniaga, khususnya peniaga nasi lemak, jujurlah, Jangan sesekali menggunakan chili kering yang sudah ditumbuhi kulat.
Bagi anda penggemar nasi lemak, hati²!! Sambal yang anda gemari kemungkinan mengandungi AFLATOKSIN.
Credit to Zairul
#IFHD
https://coachumi.wasap.my | 895 |
| 5 | ❗𝐑𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈 ♨️
*Radang sendi* atau arthritis ialah keadaan keradangan (bengkak, sakit, panas, merah) yang berlaku pada satu atau lebih sendi badan. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak, tetapi lebih kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa terutama warga emas.
🔍 Jenis-Jenis Radang Sendi:
1. Osteoarthritis (OA)
- Jenis paling biasa.
- Disebabkan oleh kehausan rawan sendi akibat penggunaan berpanjangan.
- Biasanya berlaku di lutut, pinggul, tulang belakang, dan tangan.
2. Rheumatoid Arthritis (RA)
- Penyakit autoimun (sistem imun menyerang sendi).
- Menyebabkan keradangan yang kronik dan boleh merosakkan sendi.
- Selalunya menyerang kedua-dua belah badan secara simetri.
3. Gout
- Disebabkan oleh pengumpulan asid urik dalam sendi.
- Serangan mendadak, sangat sakit, biasanya di ibu jari kaki.
4. Ankylosing Spondylitis
- Menyerang tulang belakang dan sendi sacroiliac (belakang pinggul).
- Boleh menyebabkan kehilangan fleksibiliti tulang belakang.
⚠️ Gejala Radang Sendi:
- Sakit sendi
- Bengkak
- Kekakuan terutama waktu pagi
- Pergerakan terhad
- Kemerahan atau rasa panas pada sendi
🍽️ Makanan Sesuai untuk Radang Sendi:
- Minyak sihat (ikan – kaya omega-3)
- Buah beri (antioksidan)
- Sayur hijau
- Kunyit (mengandungi kurkumin anti-radang)
- Teh hijau
- Makanan laut
- Kekacang dan bijian
#ifhd
https://coachumi.wasap.my | 835 |
| 6 | 🍍 TAHUKAH ANDA?
Si manis kuning ini bukan sekadar sedap — ia ada “kuasa rahsia”! Nenas mengandungi bromelin, enzim unik yang banyak manfaat untuk tubuh kita 💪
✨ Apa hebatnya bromelin?
✅ Membantu melancarkan penghadaman — perut lebih selesa lepas makan.
✅ Bantu kurangkan keradangan — baik untuk sakit sendi dan bengkak.
✅ Menyokong sistem imun — tubuh lebih kuat lawan jangkitan.
💡 Fakta menarik:
Pernah rasa lidah “pedih” lepas makan banyak nenas segar? Itu sebab bromelin sedang memecahkan protein di permukaan lidah kita 😮
Jadi lepas ni, kalau nampak nenas, ingatlah — bukan saja sedap, malah banyak khasiatnya untuk kesihatan!
💛 Jom nikmati nenas sebagai kudapan sihat hari ini! 🍍
#TahukahAnda #FaktaNenas #Bromelin #MakanSihat #KesihatanSemulajadi
https://coachumi.wasap.my | 1 161 |
| 7 | No text... | 1 045 |
| 8 | LIVE ditangguhkan kepada jam 12 tengah hari, 4 Jun 2025
🔍 Rahsia Sembuh Dengan Cepat!
Gabungan fisioterapi yang betul dan pemakanan sihat bantu pulihkan sakit sendi, otot, dan saraf dengan lebih berkesan!
✔ Kurangkan sakit & bengkak
✔ Pulihkan fungsi tubuh
✔ Sokong tisu pulih lebih cepat
✔ Elak masalah berulang
✅ Fisioterapi + ✅ Nutrisi = 💪 Pemulihan Maksimum!
⸻
🎥 Tonton LIVE Eksklusif di
📍 FB & TikTok: Flex Physiotherapy & Liyana Tan
Kenapa anda MESTI tonton?
🔸 Dapat ilmu terus dari fisioterapis profesional
🔸 Ketahui teknik pemulihan yang boleh buat di rumah
🔸 Tips pemakanan harian yang bantu cepatkan penyembuhan dari pakar pemakanan
🔸 Boleh tanya soalan secara LIVE!
🎁 Berpeluang menang:
• Cabutan bertuah
• Sesi saringan PERCUMA bernilai RM160!
⏰ Jangan terlepas! Ilmu, hadiah & peluang sihat dalam satu sesi!
Tag kawan/keluarga yang selalu mengadu sakit!
https://www.facebook.com/share/1Ricbyx8xr/?mibextid=wwXIfr | 1 220 |
| 9 | No text... | 938 |
| 10 | *©️ Kalsium ↔️ Vitamin D ☀️*
🔄 Kalsium dan vitamin D sangat penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang — dan *mereka saling bergantung antara satu sama lain.*
*Peranan Kalsium dan Vitamin D:*
▪️Kalsium adalah mineral utama dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang yang kuat.
▪️Vitamin D membantu badan menyerap kalsium dengan lebih berkesan dari makanan dan suplemen.
Tanpa vitamin D yang mencukupi, kalsium yang diambil dari makanan tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh tubuh, walaupun pengambilan kalsium mencukupi.
*Sumber Vitamin D dari Cahaya Matahari:*
▪️Kulit kita menghasilkan vitamin D secara semula jadi apabila terdedah kepada sinar UVB dari matahari.
▪️Waktu terbaik: Sekitar jam 10 pagi hingga 3 petang, selama 10–30 minit (bergantung pada warna kulit dan lokasi geografi).
▪️Bahagian tubuh: Pendedahan pada tangan, muka, dan lengan sudah memadai.
▪️Nota: Gunakan pelindung matahari selepas waktu pendedahan yang disarankan untuk elakkan risiko kanser kulit.
*Kekurangan Vitamin D Boleh Menyebabkan:*
▪️Tulang rapuh atau osteomalasia (dewasa)
▪️Riket (kanak-kanak)
▪️Risiko tinggi kepada osteoporosis (terutamanya warga emas)
#ifhd
https://coachumi.wasap.my | 1 163 |
| 11 | 🌬️ *Teknik Pernafasan 4-7-8* 💨
Menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya perlahan-lahan adalah satu amalan yang sangat baik untuk *menyokong kesihatan sistem pernafasan*. Ia bukan sahaja membantu paru-paru berfungsi dengan lebih cekap, tetapi juga memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental dan fizikal.
_Berikut adalah beberapa kebaikan pernafasan dalam dan perlahan:_
❣️ 1. Meningkatkan kapasiti paru-paru
Tarikan nafas dalam melatih paru-paru untuk menggunakan kapasiti maksimum, membantu menguatkan otot-otot pernafasan.
❣️ 2. Meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida
Pernafasan dalam membolehkan lebih banyak oksigen masuk ke dalam darah dan lebih banyak karbon dioksida disingkirkan.
❣️ 3. Menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung
Nafas perlahan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik, yang menenangkan badan.
❣️ 4. Mengurangkan tekanan dan kebimbangan
Latihan pernafasan boleh membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan hormon stres seperti kortisol.
❣️ 5. Meningkatkan fungsi sistem imun
Pernafasan yang baik membantu memastikan tisu-tisu badan cukup oksigen, menyokong fungsi sel imun.
💡 Tip: Letakkan satu tangan di dada dan satu lagi di perut. Pastikan perut yang naik semasa menarik nafas, bukan dada — ini petanda anda bernafas dengan lebih dalam dan betul.
🌟 Teknik Pernafasan 4-7-8:
✅ Duduk atau baring dengan selesa.
✅ Tutup mulut dan tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.
✅ Tahan nafas selama 7 saat.
✅ Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut selama 8 saat, seolah-olah anda meniup keluar perlahan-lahan.
✅ Ulang 4 kali (boleh tambah jika selesa).
Amalan ini boleh dilakukan pada waktu pagi, sebelum tidur, atau bila-bila masa anda rasa cemas atau penat.
Salam Sayang 💞
#ifhd
https://coachumi.wasap.my | 1 311 |
| 12 | No text... | 913 |
| 13 | *PERKARA YANG WARGA EMAS PERLU AMBIL TAHU*
Masalah yang muncul pada manusia apabila mereka sudah tua dipanggil sarcopenia.
Apakah maksud 'sarcopenia? Sarcopenia ialah kehilangan jisim dan kekuatan otot rangka akibat penuaan.
_Ia adalah keadaan yang dahsyat._
_Mari terokai sarcopenia!_
1. Amalkan tabiat suka berdiri; *jangan malas dan banyak habiskan masa dengan hanya duduk dan berbaring.*
2. Jika orang tua jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital, jangan minta dia hanya baring dan berehat dan tidak bangun dari katil!
Berbaring selama seminggu akan mengakibatkan kehilangan sekurang-kurangnya 5% jisim otot! Orang tua itu tidak dapat memulihkan ototnya yang merosot!
*Kebiasaannya, warga emas yang mengambil pembantu akan lebih cepat kehilangan otot!*
3. Sarcopenia lebih menakutkan daripada osteoporosis!
Dengan osteoporosis, kita hanya perlu berhati2 agar tidak jatuh, manakala sarcopenia bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup tetapi juga menyebabkan paras gula darah meningkat tinggi kerana jisim otot yang tidak mencukupi untuk membantu pergerakan!
*4. Kehilangan atrofi otot yang paling cepat adalah pada otot kaki!*
Kerana apabila seseorang sedang duduk atau berbaring, kaki tidak bergerak dan kekuatan otot kaki terjejas. Ini amat penting! Kita harus berhati2 dengan sarcopenia!
*Naik dan turun tangga, berjalan dan berbasikal adalah senaman yang hebat dan boleh meningkatkan jisim otot!*
Untuk kualiti hidup yang lebih baik bagi orang tua.....
*Banyakkan bergerak, jangan buang otot!!*
*Penuaan bermula dari kaki ke atas!*
*Pastikan kaki anda aktif dan kuat!!*
*▪️ Apabila kita semakin tua setiap hari, kaki kita harus sentiasa aktif dan kuat.*
*▪️ Jika kita tidak menggerakkan kaki kita selama 2 minggu sahaja, kekuatan kaki sebenar kita, akan berkurangan selama 10 tahun.*
*Senaman yang kerap SEPERTI BERJALAN, AMAT PENTING*.
Kaki adalah sejenis tiang yang menanggung seluruh berat badan manusia.
*BERJALAN2LAH SETIAP HARI....!*
Menariknya, 50% tulang seseorang dan 50% otot berada di bahagian kaki.
*ADAKAH ANDA BERJALAN???*
Sendi dan tulang yang terbesar dan terkuat dalam tubuh manusia juga terdapat di kaki.
70% aktiviti manusia dan pembakaran tenaga dalam kehidupan manusia dilakukan oleh kedua2 kaki kita.
*Kaki adalah pusat pergerakan badan*.
▪️ Kedua2 kaki bersama mengandungi 50% saraf tubuh manusia, 50% saluran darah dan 50% darah yang mengalir melaluinya.
Penuaan bermula dari kaki ke atas
*▪️ Senaman kaki tidak pernah terlambat walaupun selepas umur tujuh puluh, lapan puluh tahun*
*▪️ Berjalanlah sekurang2nya 30-40 minit sehari untuk memastikan kaki anda mendapat senaman yang mencukupi dan untuk memastikan otot2 kaki kita kekal sihat.*
*Kongsi maklumat penting ini* dengan semua rakan2 dan ahli2 keluarga kita yang berumur lebih dari 40 tahun, kerana semua orang semakin tua setiap hari.
🥰 Sayang Selalu 🥰
#ifhd
https://coachumi.wasap.my | 953 |
| 14 | *TIDUR*
Ramai yang sia²kan waktu tidur mereka. Ramai yang pentingkan kerja berbanding tidur. Sedangkan tidur adalah elemen yang penting buat tubuh selepas udara, air & nutrisi.
Anda akan Mati sekiranya anda tidak mendapatkan udara dalam tempoh 5 minit. Anda juga akan Mati sekiranya anda tidak mendapat air dalam tempoh beberapa hari.
Begitu juga tidur, badan akan mula mengeluarkan simptom yang mungkin anda tidak sedar sekiranya anda tidak mendapatkan tidur yang berkualiti dalam tempoh yang panjang.
Tidak Tertanya²kah anda kenapa tidur dicipta?
Surah Al Qasas ayat 72, memberi gambaran kepada kita bahawa berehat di malam hari (tidur) adalah satu nikmat yang sepatutnya kita benar² hargai & tidak sia²kan.
_katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?_
Akhir zaman, ramai yang menghabiskan waktu malam dengan perkara² yang sia². Anak² muda sanggup tidak tidur hanya semata untuk bermain game. Ada juga yang sanggup berjaga malam semata menyiapkan kerja yang boleh dibuat pada waktu lain. Ada juga, yang kononnya ambil peluang bersukan pada waktu lain dengan harapan dapat kekal "fit".
Kita benar² jauh dari fitrah badan yang Allah cipta.
Sekiranya kita mentadabur ayat² Al Quran yang menyebut mengenai tidur, kita akan sedar betapa pentingnya tidur diwaktu malam.
Mengapa tidur begitu penting❓
* Proses anabolisma hanya berlaku ketika tidur. Anabolisma adalah proses dimana tubuh menggunakan tenaga untuk membina molekul komplek. Sebagai contoh pembinaan & pembaikian otot, hormon & tulang. Disebabkan itu, tidur sangat penting dalam perjalanan anda untuk reverse masalah kesihatan & berat anda.
* Proses detox berlaku.
Oleh kerana sepanjang hari tubuh bekerja, maka banyak sisa metabolik sebagai contoh, urea, uric acid, ammonia, creatinine yang terhasil. Sisa metabolik ini akan dikumuhkan sebaiknya dari tubuh apabila kita tidur. Dan ia berlaku hanya dalam fasa _deep sleep_. Bukan sahaja proses detox berlaku, badan juga membuat proses pembaikian, penjanaan semula & meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan, juga di fasa deep sleep.
* Rembesan beberapa jenis hormon. Ada beberapa jenis hormones yang hanya dirembeskan pada waktu tidur sekitar jam 9 malam hingga 2 Pagi shj. Antaranya :
- -> Serotonin, hormon ini juga dikenali sebagai mood hormon. Sekiranya kita mengamalkan tidur diawal waktu malam sekitar 9 ke 10 malam kita lebih gembira & bahagia, mudah mengawal emosi & tidak mudah melenting.
--> Epithalamin
Ia adalah sejenis hormone yang membantu meningkatkan tahap kapasiti pembelajaran. Latih anak² untuk tidur diawal waktu supaya mereka senang _catch up_ di sekolah. Hormon ini juga berperanan untuk menjaga kita supaya kekal awet muda. Anda yang kelihatan lebih berusia Dari umur sebenar boleh mula tidur awal untuk bantu reverse aging.
--> Arginine Vasotocin
Ia adalah pain killer semulajadi tubuh. Hormon ini berperanan untuk kita dapat menahan dgn mudah sebarang jenis kesakitan. Ia juga berperanan untuk kita dapat tidur ke fasa deep sleep.
--> Melatonin
Ia adalah superb hormon dimana berperanan untuk membantu mengekalkan keremajaan & awet muda. Ia juga akan menaktifkan proses anabolisma supaya berlaku dgn baik ketika tidur. Dan Ia hanya dirembeskan dgn baik sekiranya kita tidur antara jam 9 -11 mlm.
Cahaya Biru Dari peranti elektronik akan mengganggu kualiti tidur. Begitu juga pengambilan minuman bercaffein & tinggi gula juga akan mengganggu kualiti tidur.
Makanan bernutrisi padat vitamin & mineral membantu untuk tidur dengan baik.
Tanda tidur anda tidak terganggu, bila anda dapat tertidur setelah beberapa minit meletakkan kepala ke bantal & anda bangun dengan keadaan yang segar & puas. Sekiranya sebaliknya berlaku, bantu segera untuk badan dapat tidur dengan baik
Semoga bermanfaat ❤️
#ifhd
https://coachumi.wasap.my | 755 |
| 15 | No text... | 620 |
| 16 | #tipssihat:
FOKUS TINGKATKAN BAKTERIA BAIK DALAM PERUT & USUS KITA.
Probiotik diperbuat daripada bakteria hidup yang baik dan/atau yis yang secara semula jadi hidup dalam badan anda.
Badan kita sentiasa mempunyai bakteria baik dan jahat.
Apabila anda mendapat jangkitan, terdapat lebih banyak bakteria jahat, menyebabkan sistem anda tidak seimbang.
Bakteria baik membantu menghapuskan bakteria jahat, tambahan dapat mengembalikan keseimbangan sistem badan.
Supplemen probiotik ialah satu cara untuk menambah bakteria baik pada badan anda.
Selain daripada sumber makanan seperti tempeh, miso suo,kefir,kombucha & lain-lain.
Bagi yang ada masalah sembelit, perut kembung, acid reflux, GERD & gastritis dicadangkan untuk mengambil probiotik selain daripada menjaga pemakanan dengan betul.
Fungsi probiotik adalah
1. Membantu meningkatkan penghasilan jumlah lactobacillus ( bakteria baik).
2. Menghalang penghasilan bakteria berbahaya.
3. Membantu sistem penghadaman & melawaskan.
Kenapa bakteria baik iaitu Lactobacillus ini sangat penting?
1. Diantara perut & usus, terdapat pelbagai penghasilan bakteria baik (lactobacilli) & bakteria jahat.
2. Hampir 90% kanak-kanak yang sihat akan mempunyai bakteria baik yang diberi nama bifidobacteria.
3. Penghasilan bakteria jahat akan semakin meningkat mengikut kepada peningkatan usia.
Semoga bermanfaat❤️
#ifhd
https://coachumi.wasap.my | 795 |
| 17 | No text... | 704 |
| 18 | ‼️ _Kajian Sains Pemakanan dan Penyakit Kronik Degeneratif serta Penuaan._ ‼️
Jika kita dengar tajuk diatas kita mungkin tidak akan nampak apa yang akan cuba disampaikan.🤔🧐
🤯Perkongsian kali ini sangat istimewa kerana belum pernah dikongsikan sebelum ini:
Kita akan memahami dengan lebih mendalam💬:
✅Apakah *proses* berlaku ketika *penuaan* berlaku?
✅Pernah tak kita tak jumpa sahabat kita dalam beberapa bulan lepas kita terkejut melihat mereka tiba-tiba nampak terlajak tua dari kali terakhir jumpa dan bentuk badan / muka juga tiba-tiba berubah? Namun kita tak berani berkata apa-apa.😓
✅Umum tahu negara Malaysia kaya dengan pelbagai bangsa dan juga struktur jalan yang agak sesak kecuali kawasan yang benar-benar pedalaman. Hal ini telah membuatkan ramai menghabiskan masa yang banyak di atas jalan raya tanpa disedari dan ini membuatkan mereka penat tanpa sedar.🫢
✅Keadaan kekangan dari segi masa dan kewangan serta akses kepada makanan sihat yang sukar turut menjadi penyumbang utama kepada kerosakan tubuh badan.😲
✅Kebiasaanya apabila tubuh badan sudah mulai musnah dan penyakit sudah mula bertapak barulah kita mulai rasa sedih dan menyesal dan cuba melakukan banyak perkara untuk kembali sihat.😵Namun kita tidak banyak melihat perubahan walaupun kita mencuba banyak produk diluar sana.
Kali ini kita akan lebih memahami💬:
1. Apakah disebalik radikal bebas yang menjadi punca kerosakan sel dan penuaan?😲
2. Bagaimana *antioksida* bertindak dalam *mengurangkan kerosakan radikal bebas.* 🧐
3. Apakah *contoh antioksidan* dan *bagaimana ia bertindak?* 🤨
4. Sejauh manakah prosedur kecantikan dan penggunaan _skin care_ dalam melawan penuaan?🙂↕️
Dalam kelas ini juga kita akan mendalami *6 jenis penyakit yang menjadi punca kematian* utama di dunia.💬
1. Apakah “chronic degenerative diseases ?” 🧐
2. Kajian sebalik genetik dan penyakit yang mungkin kita tak pernah tahu. 📑
3. Kenapa *hormon menjadi tidak seimbang?*
4. Kegagalan dan kejayaan perubatan moden yang perlu kita ketahui. 📈📉📊
5. Kenapa ada yang gemuk tapi kolesterol rendah yang kurus pula kolesterol tinggi kena serangan jantung? 😰😓
Banyak lagi perkongsian kajian berkaitan kanser, penyakit mental, dan penyakit melibatkan sistem immunisasi akan dikongsikan. 🤗🥰
Tak ramai diluar sana ingin bercakap dan membahaskan berkaitan kesihatan kerana aspek ini sangat kompleks dan penuh misteri. 🤐
Namun dalam keadaan ini banyak sebenarnya kajian yang tidak didedahkan hanya mereka yang bersabar dan tekun akan mendapat kebaikan dan kejayaan dunia akhirat insyaAllah. 🤲🏻
Semoga perkongsian ini akan memberikan anjakan kesihatan dan kejayaan hidup yang lebih baik kepada anda. 🤲🏻🤗
Maklumat program adalah seperti berikut:
🗓️Tarikh: *17 Mei 2025*
⌛Masa: *8.30AM - 4.30PM*
📍Tempat: *Dewan Delima, IYC*
Pelaburan Ilmu:
Early bird: *RM99*
Normal price: *RM129*
Maklumat pembayaran:
Maybank
Liyana Tan
*1530 1065 5705*
Pastikan anda *sertai Group WhatsApp peserta* melalui setelah anda mengisi google form melalui link di bawah.
Link: https://forms.gle/PZyMNsXMsem2wd3QA
Selepas daftar, sila inform pada Coach Umi untuk pengesahan tempat duduk.
https://coachumi.wasap.my | 850 |
| 19 | No text... | 592 |
| 20 | “Melatonin ni bukan setakat hormon tidur, tapi sebenarnya salah satu antioksidan paling kuat dalam badan. Dia lagi power dari Vitamin C & E sebab boleh berfungsi dalam semua kawasan sel, termasuk otak, dan bantu lindungi badan daripada kerosakan dalaman.”
Ada 2 Jenis Melatonin Dalam Badan:
1. Melatonin Darah (Circulatory Form)
Dihasilkan oleh kelenjar pineal (satu bahagian kecil dalam otak).
Dihasilkan bila suasana gelap—jadi penting tidur dalam bilik gelap.
Fungsi utama: bantu kawal waktu tidur dan bangun (circadian rhythm).
2. Melatonin Sel (Sub-Cellular Form)
Dihasilkan oleh mitokondria (bahagian dalam sel yang hasilkan tenaga).
Dihasilkan bila kita kena cahaya matahari, terutamanya cahaya infra merah (NIR light).
Fungsi: lindungi sel daripada kerosakan oleh ‘free radicals’ (bahan buangan yang boleh rosakkan sel).
---
Fakta Penting:
95% melatonin badan kita sebenarnya dibuat oleh mitokondria, bukan oleh kelenjar pineal.
Melatonin dari mitokondria ni tak ikut waktu tidur, tapi lebih kepada perlindungan sel.
#ifhd
https://coachumi.wasap.my | 731 |
