en
Feedback
spm with dea

spm with dea

Open in Telegram

oh our Lord , may everyone here aims straight A+ in our spm Ψ’Ω…ΩŠΩ† يا Ψ±Ψ¨ . β€” notes banyak kat media ye !

Show more
1 162
Subscribers
-124 hours
-127 days
-3530 days
Posts Archive
sticker.webp0.31 KB

no need to discuss , you’ve done your best

its okay guys , focus next paper okie

dia bagi berlawanan pulak dah πŸ₯°

serumpun bak serai , sesusun bak sirih = bagai aur dengan tebing di mana ada kemahuan di situ ada jalan = kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya = kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa

seperti isi dengan kuku = bagai dakwat dengan kertas musuh dalam selimut = api dalam sekam bagai aur dengan tebing = bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat

mengalu alukan ❌ mengalu-alukan βœ…

hubungkait ❌ hubung kait βœ…

atas talian ❌ dalam talian βœ…

algoritme ❌ algoritma βœ…

tata cara ❌ tatacara βœ…

perlantikan ❌ pelantikan βœ…

contoh kata kerja majmuk - berterima kasih - mengambil berat - mengambil tahu - memberitahu - ditemu bual

alhamdulillah im so happy there’s no karangan berformat πŸ˜­πŸ™πŸ»

sooo how was it ? πŸ˜‹πŸ’ͺ🏻

btw siapa tahu ejaan covid-19 , yang betul Covid-19 ke COVID-19 eh ?

peribahasa sesuai untuk karangan koperasi - muafakat membawa berkat - ringan sama dijinjing , berat sama dipikul - sikit-sikit lama-lama jadi bukit - bulat air kerana pembetung , bulat manusia kerana muafakat - hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih

Permainan Tradisional: Warisan Budaya yang Perlu Dilestarikan Permainan tradisional merupakan salah satu warisan budaya yang mencerminkan keunikan sesebuah masyarakat. Di Malaysia, permainan seperti congkak, gasing, wau, sepak takraw, dan batu seremban bukan sahaja menjadi hiburan, malah mempunyai nilai budaya dan sejarah yang mendalam. Namun, dalam era moden ini, permainan tradisional semakin dilupakan akibat pengaruh teknologi dan gaya hidup moden. Usaha untuk memelihara dan memartabatkan permainan tradisional amat penting bagi memastikan khazanah budaya ini tidak lenyap ditelan zaman. Salah satu kepentingan permainan tradisional ialah peranannya dalam mengeratkan hubungan sosial. Permainan seperti galah panjang dan sepak takraw dimainkan secara berkumpulan, yang memerlukan kerjasama dan komunikasi antara pemain. Aktiviti ini membantu membina hubungan yang erat dalam kalangan masyarakat, terutama antara generasi muda dan tua. Contohnya, pada suatu masa dahulu, permainan wau sering dimainkan oleh golongan dewasa dan kanak-kanak di kampung, sekali gus mengeratkan silaturahim sesama mereka. Selain itu, permainan tradisional juga membantu dalam perkembangan fizikal dan mental. Permainan seperti congkak mengasah kemahiran berfikir dan menyusun strategi, manakala gasing dan sepak takraw menguji keupayaan fizikal serta ketangkasan seseorang. Aktiviti ini juga membolehkan pemain mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, berbanding menghabiskan masa di hadapan skrin gajet. Permainan tradisional turut mencerminkan identiti budaya dan keunikan sesuatu masyarakat. Sebagai contoh, permainan wau melambangkan kreativiti dan kemahiran masyarakat Melayu dalam seni pembuatan layang-layang. Pelbagai corak dan warna yang menghiasi wau tradisional, seperti wau bulan dan wau jala budi, menggambarkan keindahan seni budaya tempatan. Dengan memelihara permainan ini, kita dapat memastikan warisan budaya kita terus dihargai dan dikenali di peringkat antarabangsa. Namun, permainan tradisional kini berhadapan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran utama ialah kurangnya minat dalam kalangan generasi muda. Kebanyakan mereka lebih tertarik kepada permainan video dan gajet moden yang dianggap lebih menyeronokkan. Selain itu, kekurangan pendedahan tentang permainan tradisional di sekolah dan media massa turut menyumbang kepada kepupusan permainan ini. Bagi memastikan permainan tradisional terus relevan, pelbagai langkah perlu diambil. Pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Melalui pertandingan ini, pelajar dapat mengenali dan menghargai permainan tradisional. Selain itu, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh menganjurkan pameran dan karnival permainan tradisional untuk menarik minat masyarakat. Media sosial juga boleh dimanfaatkan untuk mempromosikan permainan tradisional kepada golongan muda. Kesimpulannya, permainan tradisional adalah warisan budaya yang tidak ternilai dan perlu dilestarikan. Ia bukan sahaja membawa nilai hiburan tetapi juga mendidik kita tentang pentingnya kerjasama, kreativiti, dan identiti budaya. Sebagai generasi pewaris, kita bertanggungjawab untuk memastikan permainan tradisional terus hidup dan dihargai. Seperti kata pepatah, β€œtak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,” warisan budaya kita perlu dipelihara agar menjadi kebanggaan generasi akan datang.

sticker.webp0.16 KB

contoh ayat : Walaupun keluarga Ali orang yang berada tetapi mereka tetap megamalkan adat resam melayu kerana yang lama dikelek, yang baru didukung.