EZMY #MutiaraIlmuIlahi
Open in Telegram
REZEKI TAK DISANGKA-SANGKA Siapa yang memegang hati manusia? Siapa yang pegang REZEKI kita? Semestinya Allah SWT https://aboutme.style/evaaisyah π€
Show more724
Subscribers
No data24 hours
+57 days
+430 days
Posts Archive
βοΈ SELAMAT PAGI
Ramai orang berdoa agar hutang selesai.
Ramai orang berdoa agar rezeki bertambah.
Ramai orang berdoa agar hidup lebih tenang.
Tetapi kadang-kadang kita terlupa satu perkara...
π Ilmu juga adalah rezeki.
Kerana dengan ilmu, kita tahu apa yang perlu diperbaiki.
Dengan ilmu, kita tahu kesilapan yang selama ini menghalang keberkatan.
Dan dengan ilmu, kita belajar kembali bergantung kepada Allah, bukan semata-mata kepada usaha diri.
Sebab itulah saya suka membaca buku ini sedikit demi sedikit.
Kadang-kadang satu formula sahaja sudah cukup membuatkan kita bermuhasabah.
π€² Semoga Allah membuka pintu ilmu, keberkatan dan ketenangan buat kita semua.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
π 121 Formula Tarik Rezeki
Ada tak salah satu daripada 8 perkara ini yang sedang kita alami?
βͺοΈ Hati tidak tenang. βͺοΈ Banyak berdoa tetapi hidup masih terasa sempit. βͺοΈ Mahu rezeki bertambah tetapi tidak tahu apa yang perlu diperbaiki. βͺοΈ Banyak masalah tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula. βͺοΈ Mahu berubah tetapi sukar istiqamah. βͺοΈ Mahu dekat dengan Allah tetapi terasa semakin jauh.
Kadang-kadang kita sangka masalah utama ialah duit.
Padahal belum tentu.
Ada orang duitnya banyak, tetapi jiwanya tidak tenang.
Ada orang hidup sederhana, tetapi hatinya lapang dan bahagia.
Sebab itulah perubahan sebenar tidak bermula dengan duit.
Ia bermula apabila kita mula melihat diri sendiri.
Apa yang perlu diperbaiki? Apa yang perlu ditinggalkan? Apa yang perlu ditambah?
Mungkin hari ini Allah sedang mengajak kita untuk bermuhasabah.
Bukan mencari siapa yang perlu disalahkan.
Tetapi mencari apa yang perlu diperbetulkan dalam diri kita sendiri.
π€² Ya Allah, tunjukkanlah kekurangan diri kami dan bimbinglah kami untuk memperbaikinya.
#MuhasabahDiri #AlwaysBackToAllah #RezekiBerkat #BinaDiri #FormulaTarikRezeki #TipsMagnetRezeki #UtamakanKeberkatan
Orang yang memiliki qanaah tidak akan sentiasa hidup membandingkan nikmatnya dengan orang lain. Dia terus berusaha mencari rezeki yang halal, namun kebahagiaannya tidak bergantung pada banyaknya harta.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita hati yang sentiasa bersyukur, reda dengan ketentuan-Nya dan merasa cukup dengan rezeki yang diberkati.
#ustazwadiannuar
π· Sudahkah kita beristighfar hari ini? π
Rasulullah SAW telah berpesan:
"Barang siapa yang memperbanyakkn istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
(HR Ahmad dan Al-Hakim)
π€
Apa pun kesulitan yang sedang kita hadapi...
Saat hati dilanda kesedihan, fikiran berserabut dengan pelbagai masalah, atau rezeki terasa sempit,
antara amalan yang jangan kita tinggalkan ialah istighfar.
π· Istighfar mendekatkan kita kepada Allah.
π· Istighfar menghapuskan dosa-dosa kita.
π· Istighfar menenangkan hati yang gelisah.
π· Istighfar membuka pintu-pintu rezeki yang tidak pernah kita sangka.
Kata Ustaz Adi Hidayat, antara istighfar yang paling tinggi kedudukannya ialah Sayyidul Istighfar.
Maka walau sesibuk mana hari kita, jangan lupa basahkan lidah dengan:
β¨ Astaghfirullahal 'Azim wa atubu ilaih.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, melapangkan segala urusan, menghilangkan kesedihan, menenangkan hati yang resah dan mengurniakan rezeki yang penuh keberkatan.
π€² Jom istighfar hari ini.
π€ Bi Iznillah. Fi Amanillah. Allahul Musta'an.
πΉ Semoga bermanfaat. Barakallahu fiikum. πΉ
π Ada yang bertanya bacaan yang saya kongsikan dalam posting tadi.
Inilah buku yang sedang saya baca sekarang.
Semoga Allah memberi manfaat dan membuka pintu kebaikan kepada sesiapa yang membacanya. π€²β€οΈ
https://tinyurl.com/rezekiberkat99
> Kadang-kadang perubahan terbesar dalam hidup bukan bermula dengan duit.
Ia bermula apabila hati mula kembali kepada Allah
Kadang-kadang kita terlalu fokus meminta rezeki.
"Ya Allah, tambahkan duitku." "Ya Allah, lapangkan urusanku."
Tetapi tanpa sedar, Allah sebenarnya sedang menunggu kita melangkah lebih dekat kepada-Nya.
Saya tersentuh membaca perkongsian ini.
Pada awalnya beliau mencari jalan keluar daripada masalah hidup.
Namun yang ditemui bukan sekadar rezeki yang bertambah.
π Solat semakin dijaga. π Solat taubat mula diamalkan. π Al-Quran semakin dekat di hati. πCeramah agama semakin diminati. π Hati menjadi lebih tenang.
Dan apabila hubungan dengan Allah semakin baik...
Rezeki juga datang dengan cara yang tidak disangka-sangka.
Mungkin inilah rezeki yang paling besar.
Bukan sekadar bertambah pada angka, tetapi bertambah pada iman, ketenangan dan keberkatan hidup.
Allah tidak melihat sejauh mana kita sudah sampai.
Tetapi Allah melihat sejauh mana kita berusaha kembali kepada-Nya. π€²β€οΈ
#BackToAllah #MuhasabahDiri #RezekiBerkat #BacaBacaSentap #UtamakanKeberkatan #UlangBacaTakJemu
"MERAIH CINTA ALLAH"
"Salah satu peringkat yang paling agung dalam mendekatkan seorang hamba kepada Allah SWT adalah ketika dia mengeluarkan kecintaannya terhadap dunia daripada dalam hatinya.
Tatkala dia mengeluarkan kecintaan terhadap dunia dan menggantikannya dengan kecintaan kepada Allah semata-mata, nescaya Allah akan mencintainya.
Cinta Allah tidak akan dapat diraih kecuali apabila kita benar-benar menjadi hamba kepada-Nya.
Penghambaan itu bererti tunduk, patuh, merendah diri dan menyerahkan seluruh kehidupan kepada Allah SWT."
π [Jagalah Allah, Allah Menjagamu] β Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
π€² Semoga Allah menjadikan hati kita lebih mencintai-Nya daripada segala yang ada di dunia ini.
#UtamakanKeberkatan #Muhasabah_diri #BackToAllah
#SampaikanDarikuWalauSatuAyat
"MERAIH CINTA ALLAH"
"Salah satu peringkat yang paling agung dalam mendekatkan seorang hamba kepada Allah SWT adalah ketika dia mengeluarkan kecintaannya terhadap dunia daripada dalam hatinya.
Tatkala dia mengeluarkan kecintaan terhadap dunia dan menggantikannya dengan kecintaan kepada Allah semata-mata, nescaya Allah akan mencintainya.
Cinta Allah tidak akan dapat diraih kecuali apabila kita benar-benar menjadi hamba kepada-Nya.
Penghambaan itu bererti tunduk, patuh, merendah diri dan menyerahkan seluruh kehidupan kepada Allah SWT."
π [Jagalah Allah, Allah Menjagamu] β Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
π€² Semoga Allah menjadikan hati kita lebih mencintai-Nya daripada segala yang ada di dunia ini.
"Moleknya 3,000 Sebulan ,
Setuju Tak Muslimat?Setuju ..." π
-Ustaz Azhar Idrus-
π Buku yang sedang saya baca.
Banyak mengajar saya tentang memperbaiki diri, hubungan dengan Allah dan melihat rezeki dari sudut yang berbeza.
Semoga Allah memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. π€²β€οΈ
Saya dapatkan disini:
π https://tinyurl.com/rezekiberkat99
β¨οΈ Muhasabah_diri β¨οΈ
Setiap hari kita berdoa...
"Ya Allah, murahkan rezekiku."
"Ya Allah, lapangkan urusanku."
"Ya Allah, selesaikan masalah kewanganku."
"Ya Allah, bahagiakan rumah tanggaku."
"Ya Allah, permudahkan segala urusanku."
Tetapi hari ini saya tanya kepada diri sendiri...
Adakah saya sedang membina diri yang layak menerima apa yang saya minta daripada Allah?
Adakah saya sedang memperbaiki solat?
Adakah saya sedang menjaga hubungan dengan Allah?
Adakah saya sedang berusaha menjadi lebih sabar, lebih bersyukur dan lebih baik daripada semalam?
Kadang-kadang kita terlalu fokus meminta hasil.
Sedangkan Allah sedang mengajar kita membina diri.
Kerana apabila diri berubah...
Cara berfikir berubah.
Cara bertindak berubah.
Cara melihat ujian juga berubah.
Dan di situlah Allah membuka jalan yang tidak pernah kita sangka.
π€² Ya Allah, perbaikilah diri kami sebelum Engkau memperbaiki keadaan hidup kami.
#BackToAllah #Muhasabah_diri #FormulaTarikRezeki #RezekiKelasPertama #UtamakanKeberkatan #UlangBacaTakJemu
π Jika awak sedang mencari bacaan yang membantu memperbaiki hubungan dengan Allah sambil memperbaiki kehidupan, saya kongsikan buku yang sedang saya baca di ruangan komen. β€οΈ
Available now! Telegram Research 2025 β the year's key insights 
