EZMY #MutiaraIlmuIlahi
Ir al canal en Telegram
REZEKI TAK DISANGKA-SANGKA Siapa yang memegang hati manusia? Siapa yang pegang REZEKI kita? Semestinya Allah SWT https://aboutme.style/evaaisyah 🤍
Mostrar más724
Suscriptores
Sin datos24 horas
+57 días
+430 días
Archivo de publicaciones
🕊 PETANG INI SAYA TERHENTI PADA SATU TESTIMONI...✨️
Pada awalnya, beliau membeli buku FTR kerana mahu belajar mengurus hutang dan kewangan.
Tetapi sesuatu yang lebih besar berlaku...
Bukan sekadar urusan rezekinya berubah.
Bukan sekadar bisnesnya semakin teratur.
Tetapi beliau mula sedar selama ini dirinya kurang mengingati Allah.
Beliau mula berdoa agar dijauhkan daripada perkara yang Allah tidak suka.
Dan yang paling beliau syukuri...
❤️ Hatinya menjadi lebih tenang.
Kadang-kadang kita mencari rezeki yang banyak.
Sedangkan apa yang jiwa kita perlukan terlebih dahulu ialah ketenangan.
Kerana bila hati dekat dengan Allah, segala ujian terasa lebih ringan.
🤲 Semoga Allah mengurniakan kepada kita bukan sahaja rezeki yang luas, tetapi juga hati yang tenang dan jiwa yang sentiasa dekat dengan-Nya.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
#BackToAllah #BacaBacaSentap #UtamakanKeberkatan #UlangBacaTakJemu
☀️ SELAMAT PAGI
Ramai orang berdoa agar hutang selesai.
Ramai orang berdoa agar rezeki bertambah.
Ramai orang berdoa agar hidup lebih tenang.
Tetapi kadang-kadang kita terlupa satu perkara...
📖 Ilmu juga adalah rezeki.
Kerana dengan ilmu, kita tahu apa yang perlu diperbaiki.
Dengan ilmu, kita tahu kesilapan yang selama ini menghalang keberkatan.
Dan dengan ilmu, kita belajar kembali bergantung kepada Allah, bukan semata-mata kepada usaha diri.
Sebab itulah saya suka membaca buku ini sedikit demi sedikit.
Kadang-kadang satu formula sahaja sudah cukup membuatkan kita bermuhasabah.
🤲 Semoga Allah membuka pintu ilmu, keberkatan dan ketenangan buat kita semua.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
📚 121 Formula Tarik Rezeki
Ada tak salah satu daripada 8 perkara ini yang sedang kita alami?
▪️ Hati tidak tenang. ▪️ Banyak berdoa tetapi hidup masih terasa sempit. ▪️ Mahu rezeki bertambah tetapi tidak tahu apa yang perlu diperbaiki. ▪️ Banyak masalah tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula. ▪️ Mahu berubah tetapi sukar istiqamah. ▪️ Mahu dekat dengan Allah tetapi terasa semakin jauh.
Kadang-kadang kita sangka masalah utama ialah duit.
Padahal belum tentu.
Ada orang duitnya banyak, tetapi jiwanya tidak tenang.
Ada orang hidup sederhana, tetapi hatinya lapang dan bahagia.
Sebab itulah perubahan sebenar tidak bermula dengan duit.
Ia bermula apabila kita mula melihat diri sendiri.
Apa yang perlu diperbaiki? Apa yang perlu ditinggalkan? Apa yang perlu ditambah?
Mungkin hari ini Allah sedang mengajak kita untuk bermuhasabah.
Bukan mencari siapa yang perlu disalahkan.
Tetapi mencari apa yang perlu diperbetulkan dalam diri kita sendiri.
🤲 Ya Allah, tunjukkanlah kekurangan diri kami dan bimbinglah kami untuk memperbaikinya.
#MuhasabahDiri #AlwaysBackToAllah #RezekiBerkat #BinaDiri #FormulaTarikRezeki #TipsMagnetRezeki #UtamakanKeberkatan
Orang yang memiliki qanaah tidak akan sentiasa hidup membandingkan nikmatnya dengan orang lain. Dia terus berusaha mencari rezeki yang halal, namun kebahagiaannya tidak bergantung pada banyaknya harta.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita hati yang sentiasa bersyukur, reda dengan ketentuan-Nya dan merasa cukup dengan rezeki yang diberkati.
#ustazwadiannuar
🌷 Sudahkah kita beristighfar hari ini? 🕊
Rasulullah SAW telah berpesan:
"Barang siapa yang memperbanyakkn istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."
(HR Ahmad dan Al-Hakim)
🤍
Apa pun kesulitan yang sedang kita hadapi...
Saat hati dilanda kesedihan, fikiran berserabut dengan pelbagai masalah, atau rezeki terasa sempit,
antara amalan yang jangan kita tinggalkan ialah istighfar.
🌷 Istighfar mendekatkan kita kepada Allah.
🌷 Istighfar menghapuskan dosa-dosa kita.
🌷 Istighfar menenangkan hati yang gelisah.
🌷 Istighfar membuka pintu-pintu rezeki yang tidak pernah kita sangka.
Kata Ustaz Adi Hidayat, antara istighfar yang paling tinggi kedudukannya ialah Sayyidul Istighfar.
Maka walau sesibuk mana hari kita, jangan lupa basahkan lidah dengan:
✨ Astaghfirullahal 'Azim wa atubu ilaih.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita, melapangkan segala urusan, menghilangkan kesedihan, menenangkan hati yang resah dan mengurniakan rezeki yang penuh keberkatan.
🤲 Jom istighfar hari ini.
🤍 Bi Iznillah. Fi Amanillah. Allahul Musta'an.
🌹 Semoga bermanfaat. Barakallahu fiikum. 🌹
📚 Ada yang bertanya bacaan yang saya kongsikan dalam posting tadi.
Inilah buku yang sedang saya baca sekarang.
Semoga Allah memberi manfaat dan membuka pintu kebaikan kepada sesiapa yang membacanya. 🤲❤️
https://tinyurl.com/rezekiberkat99
> Kadang-kadang perubahan terbesar dalam hidup bukan bermula dengan duit.
Ia bermula apabila hati mula kembali kepada Allah
Kadang-kadang kita terlalu fokus meminta rezeki.
"Ya Allah, tambahkan duitku." "Ya Allah, lapangkan urusanku."
Tetapi tanpa sedar, Allah sebenarnya sedang menunggu kita melangkah lebih dekat kepada-Nya.
Saya tersentuh membaca perkongsian ini.
Pada awalnya beliau mencari jalan keluar daripada masalah hidup.
Namun yang ditemui bukan sekadar rezeki yang bertambah.
💐 Solat semakin dijaga. 💐 Solat taubat mula diamalkan. 💐 Al-Quran semakin dekat di hati. 💐Ceramah agama semakin diminati. 💐 Hati menjadi lebih tenang.
Dan apabila hubungan dengan Allah semakin baik...
Rezeki juga datang dengan cara yang tidak disangka-sangka.
Mungkin inilah rezeki yang paling besar.
Bukan sekadar bertambah pada angka, tetapi bertambah pada iman, ketenangan dan keberkatan hidup.
Allah tidak melihat sejauh mana kita sudah sampai.
Tetapi Allah melihat sejauh mana kita berusaha kembali kepada-Nya. 🤲❤️
#BackToAllah #MuhasabahDiri #RezekiBerkat #BacaBacaSentap #UtamakanKeberkatan #UlangBacaTakJemu
"MERAIH CINTA ALLAH"
"Salah satu peringkat yang paling agung dalam mendekatkan seorang hamba kepada Allah SWT adalah ketika dia mengeluarkan kecintaannya terhadap dunia daripada dalam hatinya.
Tatkala dia mengeluarkan kecintaan terhadap dunia dan menggantikannya dengan kecintaan kepada Allah semata-mata, nescaya Allah akan mencintainya.
Cinta Allah tidak akan dapat diraih kecuali apabila kita benar-benar menjadi hamba kepada-Nya.
Penghambaan itu bererti tunduk, patuh, merendah diri dan menyerahkan seluruh kehidupan kepada Allah SWT."
📖 [Jagalah Allah, Allah Menjagamu] — Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
🤲 Semoga Allah menjadikan hati kita lebih mencintai-Nya daripada segala yang ada di dunia ini.
#UtamakanKeberkatan #Muhasabah_diri #BackToAllah
#SampaikanDarikuWalauSatuAyat
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
