cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

🍁Coretanida🍁

꧁Dakwah kerana Allah❤️꧂ 🌷July 2020🌷 • • •﷽ • • • dakwah bukan untuk mencari populariti tapi dakwah la kerana Allah agar kau mendapat keredhaan si DIA ☺️ Channel : @Dakwahida Join Now! Instagram : @TheDakwah_Ida Follow Now! ʀᴏᴀᴅ ᴛᴏ 2K 🙏🙇

Show more
Malaysia12 754The language is not specifiedEducation48 868
Advertising posts
821Subscribers
No data24 hours
-27 days
-1730 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Repost from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Contohi Akhlak Rasulullah عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: خَدَمْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ سِنِينَ وَاللهِ مَا قَالَ لِي: أُفًّا قَطُّ وَلَا قَالَ لِي لِشَيْءٍ: لِمَ فَعَلْتَ كَذَا وَهَلَّا فَعَلْتَ كَذَا Daripada Anas bin Malik RA berkata : Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku “ Uff ” dan tidak pernah berkata kepadaku kerana sesuatu : Kenapa awak buat begini ? Kenapa awak tidak buat begini ?  (HR Muslim No : 2309) Status: Hadis Sahih. Pengajaran : 1.  Rasulullah SAW memiliki akhlak yang sangat terpuji. Tutur katanya sangat lembut dan penuh hikmah kepada sesiapa sahaja walaupun terhadap hamba. 2.  Kalimah Uff adalah ucapan atau suara yang menunjukkan rasa tidak hormat dan menyakitkan hati. Mungkin bagi kita adalah kata-kata seperti: “ah !! , Ish !! Hoi !! Hey!! Bodo!! dan sebagainya. 3.  Tutur kata merupakan antara penyebab utama seseorang itu mendapat dosa kerana terlalu mudah untuk menyebut perkataan yang tidak baik atau diterjemah dalam bentuk tulisan di media sosial. Menjaga tutur kata juga adalah tanda orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. 4.  Rasulullah SAW tidak pernah berkata perkataan kasar kepada sahabat hatta kepada pekerja seperti perkataan “Uff ”. Baginda juga tidak  memarahi orang yang berkhidmat dengannya. 5.  Marilah kita membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menjadikan Rasul sebagai contoh terbaik dalam kehidupan kita. Antaranya menjaga tutur kata dengan tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk termasuk dalam penulisan. Firman Allah: لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (al-Ahzab: 21). #BangunkanJiwamu #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 28hb Sept  2023 12hb Rabiul Awal 1445H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Show all...
RITUAL TANPA SPIRITUAL Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar bersama seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami itu pergi, kucing itu akan ikut bersama. Namun keadaan ini menimbulkan sedikit masalah, terutamanya ketika ketua sami menyembah berhala ditengah-tengah kuil itu. Konsentrasinya akan terganggu apabila kucing kesayangannya menggesel-gesel dan mengelus-ngelus disisinya. Setelah berfikir panjang mencari jalan penyelesaian , akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan dia akan mengikat kucing tersebut di sebatang tiang di tepi kuil. Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, ketua sami akan mengikat kucingnya ditiang yang sama. Perlakuan ketua sami itu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya. Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua sami yang baru dilantik. Namun begitu, setiap kali ketua sami yang baru hendak mengetuai penyembahan, dia akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga. Tidak lama selepas itu, kucing itu pun mati. Ironisnya, ketua sami yang baru tadi mencari kucing yang baru sebagai pengganti untuk diikat ditiang yang sama setiap kali upacara penyembahan berhala diadakan. Begitulah rutin itu berlaku, tahun demi tahun, ketua sami dan kucing datang dan pergi silih berganti. Akhirnya terciptalah ritual dalam agama tersebut , setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari terlebih dahulu seekor kucing akan ditambat pada tiang itu. Pengajaran Sering berlaku dalam ajaran agama (termasuk Islam) amalan ritual dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap taklid secara membuta tuli. Penganut di belakang kerap menjadi ’pak turut’ tanpa mengerti sebab dan tujuan amalan tersebut. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat. Sumber : buku ANGGUK GELENG
Show all...
Repost from NASIHAT² KEHIDUPAN
10 khasiat Al-Quran #alquran #khasiatalquran @quotephotovideo 💚💚💚
Show all...
tips pasal huraian dalil tu saya dapat daripada ustaz ni
Show all...
Repost from Jom Masuk Matrik
...Assalamualaikum, Selamat Pagi... Motivasi pagi bersama Cikgu Muiez
Show all...
🔴ASASI UPMKepada adik² lepasan SPM yang tidak tahu nak ambik apa. Saya sarankan untuk ambik Asasi sains Pertanian (AsPer) di @uputramalaysia. 🟥Kebaikan AsPer di sini anda akan dijamin mengambil ijazah di UPM juga. Tiada risiko untuk kena buang seperti asasi yang lain. (Ini adalah bebenang) 🟧Nama Pertanian di belakang asasi ini bukan bermakna anda akan mengambil pertanian pada peringkat ijazah, nak ambil jurutera dan perubatan pun tiada masalah. Boleh masuk kemana mana ijazah yang ditawarkan di UPM. 🟨Pada peringkat asasi anda akan belajar satu subjek pertanian dan ianya merupakan subjek yang digemari pelajar. Sebelum era pandemik kami akan ke ladang untuk belajar secara langsung. Memang seronok dapat belajar benda baharu semasa di landang. Setiap minggu lain tempat. 🟩Pelajar yang baru mendaftar akan ditempatkan di kolej kediaman didalam UPM. Kebanyakkan pelajar asasi akan tinggal di Kolej13 dan selebihnya akan ditempatkan di kolej lain. 🟦Subjek biologi, fizik, math dan kimia juga akan dimasukkan didalam subjek sepanjang setahun pengajaran. Memang kita akan belajar secara umum sebelum masuk ke peringkat ijazah. Tu yang best, easy peasy. Gambar acah semestinya perlu. 🟪UPM ditempatkan ditengah bandar dan terdapat banyak pusat membeli belah berdekatan. Contohnya IOI city mall, The mines, Alamanda dan banyak lagi. Kenderaan awam juga tiada masalah disini Tahun ini stesen MRT UPM akan siap dan tempatnya dibelakang KAE tempat pelajar asasi. ⬛️AsPer dulu ada 3 sem tetapi berita terkini ada 2 sem. Betulkan kalau silap. Yang paling best setiap sem akan ada elaun yang akan dibiayai oleh kerajaan. Dapat elaun memang berjimba lah semua ⬜️Kepada yang ingin mendaftar usah membawa cangkul 😂. Wet shoe sahaja sudah mencukupi. Banyak akan dipelajari semasa di ladang. Pensyarah-pensyarah asasi sangat baik. Mereka akan membantu pelajar yang tidak faham asalkan korang jenis bertanya lah. 🟫Pergerakan didalam kampus adalah dengan menaiki bas. Jalan hari-hari boleh je tapi memang kuruslah. Kawasan UPM ni memang agak luas semput nak jalan. Pelajar asasi tidak boleh bawa kenderaan ya. Pelajar ijazah tahun pertama sahaja boleh. Kini saya sudah di tahun akhir peringkat ijazah. Banyak kenangan semasa asasi yang tidak dapt dilupakan dan masih segar walaupun telah lama berlalu. AsPer juga akan membantu anda memilih dari segi kerjaya. Anda ada satu tahun untuk memikirkannya sebelum memilih ambik ijazah. Banyak lagi benda yang belum diceritakan. Boleh bertanya jika mahu. Pandemik pastinya sudah mengubah cara pelajar kini belajar di asasi. Goodluck mengisi UPU. Pastikan fikir masak² dan buat istikharah. 👁‍🗨twitter: @\DIJeffry ❁ཻུ۪۪⸙‌.@jawapanbukutekst5kssm
Show all...
By Sera Najwa (final year student of medical school) ❗️MEDIC EXPERIENCE ❗️ SPM Nak jadi Dr result memang kena gempak, bukan nak tunjuk budak medic ni pandai, tapi mostly memang nak jadi doktor SPM kena cemerlang. STRAIGHT A's dari course Science stream (physics, bio, chemistry, addmath, math paling penting kena ada). Yang tak ambil pure science jangan bermimpi di siang hari untuk jadi Doktor sebab memang tak layak. Realiti walaupun pahit. Jadi, kalau nak jadi doktor sila ceburkan diri dalam science stream. Kalau tak dapat science stream that's mean bukan rezeki awak untuk jadi Doktor. Sadly this is how Malaysian system works. LALUAN Masuk 'asasi' senang. Doktor memang mostly ambil foundation (asasi). Lepas tu baru ambil Ijazah Kedoktoran. Tapi, ada beberapa laluan lain untuk Doktor juga : 1. Asasi Perubatan (UKM, UPM, UMS, UNIMAS, UM etc) 2. Matrikulasi 3. Diploma (sangat jarang untuk seorang student lepasan diploma masuk Medic. Selalu memang Dr akan guna jalan pintas seperti matrik/Asasi. Tapi, ianya tak mustahil.) 4. STPM 5. Course Medic oversea (belajar luar negara apply menerusi official website universiti tu sendiri) # ni general laluan for course medic tapi selalunya daripada asasi 6. Asasi Swasta BEFORE MASUK MEDIC DEGREE Dulu tak ada interview, tapi sekarang memang kebanyakan University tempatan akan buat interview untuk kemasukan ke bidang medic. Dia akan interview awak dulu before beri awak masuk. Kalau lulus, alhamdulillah. Kalau gagal, InsyaAllah rezeki di tempat lain. Muet perlu Band 3 at least sebab bi band 3 tu dah kira OK. Sambil tu boleh search tentang biasiswa JPA/PETRONAS dan banyak lagi. UNTUK MEDIC OVERSEA Medic belajar oversea tak semudah yang disangka. Kadang dapat biasiswa pun bukan fully 100% kita akan ditanggung. Sekiranya kita gagal atau kena repeat paper pun berkemungkinan biasiswa tu dah tak valid lagi dan akan jadi pinjaman. My friend ambil biasiswa tapi dia gagal pada tahun tertentu dan perlu repeat year end up kena bayar RM80,000. Trust me, belajar medic di oversea mental kena kuat lebih lebih lagi di kalangan orang biasa. Kalau parents kaya senang untuk awak. Ramai yang ambil medic di luar negara end up berhenti belajar sebab burnout dan stress plus overload dengan study. Realitinya sangat ramai. Luar negara tak seperti Malaysia, tak seperti negara sendiri. Tapi kalau awak mampu, mindset kena kuat. Sebolehnya pilih negara yang menggunakan bahasa English sebagai bahasa utama so that ia akan memudahkan urusan kita nanti. SUBJECT Banyak sangat subjek (tak boleh list). First and second year dekat uni belajar teori aje dulu. Then baru masuk clinical year, means banyak praktikal. 2 tahun pre-clinical year, 3 tahun clinical year. Dan, kita akan praktikal dekat ward. Belajar untuk doktor ni macam biasalah tentang blood pressure, injections, etc. Study environment in medicine as usual as people said, sangat tough. Tak ada masa free sangat pun. Kelas panjang (8 am - 5 pm). Cuti sem sekejap dalam 2-3 minggu aje. Course lain cuti sem berbulan sampai 3 bulan, medic students hanya 2/3 minggu aje. Exam akan selalu ada 2 minggu or 3 minggu sekali. Exam memang banyak. Medic khas untuk orang yang rajin. Kalau malas, memang fail awal. LANGUAGE We use fully english for all modules and subject. LEPAS HABIS DEGREE Habis study, kalau dalam Malaysia, kita akan intern/ jadi houseman officer. Akan buat praktikal di 6 disiplin utama dalam Perubatan (ada pembahagian dan nanti awak akan tahu kalau awak ambil medic). Kalau dulu lepas 2 tahun baru jadi pegawai perubatan penuh (MO) dan boleh pilih kepakaran kita. Sekarang tak sure macam mana sebab sistem berubah-ubah. Dulu ada dua cara untuk jadi Doktor pakar. First mohon program Master klinikal di ipta. Second, join peperiksan yg dibuat oleh kolej Diraja UK (MRCP/MRCOG yang diiktiraf kerajaan secara persendirian). Tempoh jadi pakar ialah dalam 6-7 tahun after grad. Sistem kerajaan Malaysia sekarang dah rumit sikit. cc: @withathenarose ★‣ @upu_online
Show all...
Pendapat STPM or Matrik? https://vt.tiktok.com/ZSLjspmw7/
Show all...
Hasbunallahu wa ni'mal wakil💕
Show all...