DausDK
Daftar Moomoo (Free RM100 Guna Code "DAUSDK37" ) : https://j.moomoo.com/017Fln
Show more📈 Analytical overview of Telegram channel DausDK
Channel DausDK (@dausdk) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 13 817 subscribers, ranking 8 715 in the Economy & Finance category and 2 682 in the Malaysia region.
📊 Audience metrics and dynamics
Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 13 817 subscribers.
According to the latest data from 06 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -48 over the last 30 days and by 0 over the last 24 hours, overall reach remains high.
- Verification status: Not verified
- Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 5.59%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 3.93% reactions from the total number of subscribers.
- Post reach: On average, each post receives 772 views. Within the first day, a publication typically gains 543 views.
- Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 4.
📝 Description and content policy
The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Daftar Moomoo (Free RM100 Guna Code "DAUSDK37" ) : https://j.moomoo.com/017Fln”
Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 07 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Economy & Finance category.
Data loading in progress...
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 06 September | +2 | |||
| 05 September | 0 | |||
| 04 September | 0 | |||
| 03 September | +1 | |||
| 02 September | 0 | |||
| 01 September | +1 |
| 2 | ✨ Kalau korang ada RM100,000 hari ni, korang pilih mana?
A) Saham dividend Malaysia — lebih kurang RM450 masuk poket setiap bulan.
B) SPUS — tak dapat cash flow banyak, tapi kalau ikut purata sejarah, RM100K tu berpotensi jadi sekitar RM600K selepas 20 tahun.
Nampak macam obvious kan siapa menang?
Tapi peliknya, kalau SPUS jauh lagi tinggi, kenapa ramai uncle-uncle kaya Malaysia masih pegang saham dividend macam Maybank?
Sebab ada satu benda yang ramai orang muda tak kira bila compare investment: bila sebenarnya korang perlukan duit tu.
Dalam video latest ni Daus kira habis:
• Dividend Malaysia vs SPUS
• RM100K jadi berapa lepas 20 tahun
• Kenapa dividend masih ada kelebihan
• Kesan Ringgit vs USD
• Perangkap dividend yield tinggi
• Cukai & kos
• Dan siapa sebenarnya patut pilih dividend atau growth
Video ni agak panjang, tapi kalau korang tengah bina portfolio untuk 10–20 tahun akan datang, rasanya wajib tengok sampai habis.
Tengok sini ➡️https://youtu.be/uNJrMU_1u1I | 679 |
| 3 | BIL KAU: FELDA, 20 slide (bahagian 2 dari 2)
Slide 14 yg paling gila: hotel FELDA di London, syarikat pemilik dlm laporan akaun tak wujud langsung. Yang wujud syarikat British Virgin Islands nama sama.
Slide 16: pinjaman RM100 juta (2007) jadi RM12.1 bilion (2017). Yang bayar, korang.
Slide 19: 3 soalan korang boleh tuntut jawapan. Save.
Reply satu nama yg korang rasa patut jawab dulu. | 831 |
| 4 | BIL KAU: FELDA, 20 slide (bahagian 1 dari 2)
Gaji korang dipotong cukai. Cukai tu bayar hutang FELDA RM12 bilion.
Sumber utama: podcast Rafizi Ramli YBM episod 62, 4 jam. Daus tak baca Kertas Putih 106 muka surat tu sendiri, daus guna AI untuk cross-check setiap angka dan muka surat yg Rafizi sebut dgn PDF rasmi dan laporan berita. Yang tak sah, daus buang.
10 slide pertama: FELDA dulu, politik masuk, dan dua item pertama dlm bil (kondo RM8.4 juta, ladang Indonesia RM2.26 bilion).
10 slide seterusnya dlm album bawah: hotel Langkawi, syarikat farmasi, tiga hartanah London, bil penuh, dan siapa peram 15 tahun.
Sumber: youtube.com/watch?v=0M5hweswMpE (YBM #62), pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/04/Kertas-Putih-FELDA-2019.pdf, rafiziramli.com kategori FELDA, kenyataan SPRM 2 Sept 2026. Bukan nasihat kewangan. | 627 |
| 5 | BITCOIN UPDATE 5 SEP 2026
Bitcoin jatuh bawah $80K minggu ni. Hari yang sama, dana besar Amerika (ETF Bitcoin) sumbat USD 731 juta dalam satu hari, paling besar sejak Januari.
Kenapa jatuh? Bukan sebab crypto. Amerika tambah 162,000 kerja bulan Ogos, lima kali ganda purata biasa. Ekonomi kuat, bank pusat Amerika takde sebab nak turunkan kadar faedah. Duit lari dari benda berisiko.
Tapi jangan ingat duit besar masuk maknanya harga naik. 1 Sep keluar USD 236 juta pulak. Ombak, bukan garis lurus.
Akaun HATA Daus pagi ni (screenshot dalam slide 4):
Modal masuk: RM97,380
Nilai sekarang: lebih kurang RM76,164
Rugi atas kertas: RM21,216 (-21.78%)
Yang penting kat slide 5. Satu akaun, aset sama, dua cara masuk:
- RM30 sehari, 21 bulan tak putus: rugi 12%
- RM1,000 sehari, 60 hari masa puncak: rugi 26%
Beza dia cara masuk, bukan Bitcoin. Plan RM60k tu sorang-sorang sumbang 74% kerugian Daus.
Nak mula Auto-Invest macam Daus:
1. Daftar HATA: dausdk.app
2. Code AF01JCMFAA masa daftar, dapat 10% diskaun trading fee
3. Set ikut kemampuan, RM30 sehari pun boleh
Baca slide 9 dulu. Crypto boleh jatuh 50% atau lebih. Bukan fixed return. Guna duit yang korang sanggup tengok merah bertahun.
Daus declare awal: Daus dapat komisen rujukan kalau korang daftar guna link atau code Daus. Korang tak bayar lebih.
Peringatan penting:
HATA dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bukan nasihat kewangan, buat kajian sendiri. Prestasi lepas tidak menjamin prestasi masa depan. Aset digital berisiko, nilai boleh naik dan turun. 18+ Malaysia sahaja. | 840 |
| 6 | 🧋 Era Mixue dah tamat?
📉 89 kedai overseas tutup, untung jatuh 15% untuk first half 2026.
Tapi bukan sebab orang berhenti beli. Jualan dorang naik 2.3% jadi 15.2 bilion yuan (USD2.26 bilion). Untung bersih 2.32 bilion yuan.
😮💨 3 benda yang himpit peniaga franchise:
• Terlalu banyak Mixue satu kawasan, rebut pelanggan sama
• Kos import naik, peniaga yang tanggung
• Harga tak boleh naik, sebab brand ni jual nama murah
⚔️ Brand China lain pun tiru formula murah tu bulat-bulat. Jadi buka kedai banyak-banyak dah bukan kelebihan Mixue lagi.
🔄 Tapi Mixue kata ni bukan kegagalan, tapi transformasi. Dari banyak kedai kecil kepada kedai besar kat lokasi utama.
☕ Beza dengan Starbucks? Mixue ubah struktur sendiri, Starbucks kena faktor luaran. Satu pilih berubah, satu kena paksa.
🤔 Kalau Mixue jadi high-end macam Coffee Bean atau Chagee dan harga naik, korang still beli?
Sumber: https://e.vnexpress.net/news/business/companies/world-s-biggest-f-b-chain-mixue-closes-89-overseas-stores-many-in-vietnam-indonesia-5116111.html | 951 |
| 7 | 🟢 Update akaun Wahed daus, 3 Sep 2026
NVIDIA baru belanja 12.9 bilion dolar beli Hugging Face. daus ada saham NVIDIA, tak pernah tekan butang buy pun. sbb daus letak duit dlm Wahed.
📊 akaun "Jadi Jutawan Tanpa Sedar" (slide 2)
baki RM100,617
modal masuk RM74,563
untung RM26,053
35% atas modal, 5 tahun 2 bulan
cara daus: auto deposit tiap bulan, pstu buat dek. Wahed masukkan dlm bakul HLAL, 213 syarikat US dh saring syariah. NVIDIA 13%, Apple 11%, Microsoft 9%, Google 9%, Broadcom 5%.
📈 graf slide 6: 2021 smpi tengah 2023 flat, hampir x de untung. ramai cabut kt situ. 26k tu majoriti datang dlm 18 bulan terakhir je. yg cabut awal tak nampak part ni.
⚠️ risiko (slide 8)
• 94% saham US, US jatuh akaun jatuh sekali
• nilai ikut USD/MYR
• awal 2025 tarif Trump, untung susut rapat balik dgn modal
• 26k untung atas kertas, esok boleh jadi 18k
rahsia daus: 5 tahun tak pernah withdraw sbb panik.
✅ kenapa Wahed: lesen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, 0% bank 0% riba, start RM100, fee 0.79% setahun, x de komisen tiap kali beli.
🎁 bonus RM20
1. register: dausdk.app
2. kod DAUSDK masa daftar
3. deposit RM300 dlm mana2 fund, hodl 30 hari
4. RM20 masuk dlm 30 hari bekerja
RM20 tu bonus daftar, bukan untung pelaburan. hodl 30 hari wajib, cabut awal hilang bonus.
Wahed dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini bukan nasihat kewangan. Prestasi lepas tidak menjamin prestasi masa depan. Pelaburan saham melibatkan risiko, nilai boleh naik dan turun. 18+ Malaysia sahaja. Daus mungkin terima komisen jika korang daftar melalui link atau kod di atas. | 870 |
| 8 | 🛒 KWSP kini pemegang saham utama Eco-Shop
Pegangan KWSP dah lebih 5%, bersamaan sekitar 296 juta saham. Kenapa dana sebesar KWSP masuk kedai barang murah?👇
• 59.9 juta transaksi dalam 6 bulan. Purata 330,000 orang bayar kat kaunter setiap hari 🧾
• Cawangan expand laju. Dua tahun lepas 323, sekarang dah 462 🏪
• Untuk setahun penuh, jualan RM2.92 bilion, untung bersih RM264.57 juta 💰
Setiap RM1 korang belanja, 9 sen jadi untung syarikat.
Yang lagi menarik 👀
Jualan naik 4.6% je, tapi untung melonjak 29%.
Bukan sebab kita beli lagi banyak. Tapi sebab:
• Harga dinaikkan sikit
• Tukar ke produk yg bawa untung lebih tinggi
• Ringgit kuat, kos import turun
Margin untung kasar naik 31.9% ➡️ 34.5%. Beza beberapa sen je, tapi darab 59.9 juta transaksi memang besar 🤯
https://thevocket.com/beli-8-68-juta-saham-kwsp-kini-pemegang-saham-utama-eco-shop/ | 1 009 |
| 9 | Saham RM2 JUTA satu lot. Daus masuk dengan RM100 je.
Nama dia ASPEED, saham paling mahal di Taiwan, NT$17,725 sesaham. Daus tak beli terus. Duit Daus masuk ikut fund ASN Equity Global dalam RIA myASNB. Dalam fund yang sama ada Microsoft, TSMC, Samsung, SK Hynix.
Minggu ni je dalam fund tu:
🔵 Microsoft buka angka Azure kali pertama, US$101.9 bilion setahun, masih kalah AWS
🔵 SK Hynix: memori AI kekurangan sampai 2030
🔵 ETF tenaga naik 45.6% tahun ni sebab perang Iran bulan ke-7
Hasil sebenar Daus, screenshot harini dalam slide 7:
Modal RM17,454.66 → Nilai RM19,431.72 → Untung +RM1,977.06 (10.52%)
Setahun lepas baru breakeven. Semua untung ni dalam 12 bulan.
Risiko Daus bagitau awal:
⚠️ Untung RM1,977 tu boleh hilang kalau ekuiti jatuh 13%
⚠️ Fund setahun ni kalah benchmark (20.5% vs 32.3%), 3 tahun menang
⚠️ Tarif cip Trump kena lebih kurang 13% fund ni
⚠️ Yuran fund sehingga 1% setahun
Cara mula dan dapat RM10:
1️⃣ Download apps myASNB
2️⃣ Daftar dan siapkan KYC, page awal tak payah isi referral
3️⃣ Pergi bahagian RIA, masa buka akaun RIA masukkan code QCYVTW
4️⃣ Deposit RM100 ke mana-mana fund
5️⃣ RM10 masuk dalam 30 hari
Link dan info penuh: dausdk.app
Daus declare awal: Daus dapat komisen rujukan kalau korang guna code tu. Bukan nasihat kewangan, buat kajian sendiri dulu. Prestasi lepas tak jamin masa depan. Nilai boleh naik dan turun. 18+ Malaysia sahaja. ASNB dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. | 1 016 |
| 10 | 🔥 VIDEO BARU DAH LIVE
Daus reveal semua saham yang Daus pegang sekarang.
Ada saham yang dah untung +61%.
Ada yang masih sangkut -34%.
Ada satu saham Malaysia bulan lepas rugi RM400, bulan ni terus bertukar jadi untung RM1,500.
Bila campur portfolio saham Malaysia + US, total profit Daus sekarang dah sekitar RM75,000.
Tapi soalan paling menarik…
Saham mana sebenarnya yang tengah carry portfolio Daus sekarang?
Dalam video ni Daus tunjuk satu-satu:
• saham Malaysia
• saham US
• ETF
• mana paling untung
• mana paling teruk rugi
• berapa total modal & profit Daus
Takde sorok-sorok. Semua Daus buka.
Tengok video terbaru ➡️ https://youtu.be/4bOHJm-XJsk | 893 |
| 11 | ⚡ NEEAP 2.0 dah dilancarkan. Bil elektrik korang turun ke?
Sebenarnya tarif tak berubah langsung.
Yang berubah 3 benda 👇
• Label bintang tenaga — tunjuk barang mana makan elektrik lebih kuat. Contoh aircond, sama harga tapi inverter dengan non-inverter beza jauh. Benda ni tak nampak kat price tag.
• Kadar off-peak — elektrik waktu tertentu lagi murah. Guna mesin basuh dengan dryer luar waktu puncak, bil turun walaupun guna tenaga sama banyak.
• Skop lagi luas — dulu elektrik je, sekarang gas dengan tenaga terma masuk sekali. Sasaran, potong permintaan tenaga negara 11.6% menjelang 2035.
Dasar ni dilaksanakan berperingkat sampai 2035. Kerajaan sasar penjimatan RM85 bilion untuk seluruh ekonomi, kilang dengan pejabat dicampur sekali.
Untuk rumah korang, bergantung kat barang apa korang guna dan macam mana korang guna 🏠
Korang rasa dasar ni boleh turunkan bil, atau sama je sebab rutin harian bukan senang nak ubah? Cuba komen sikit 👇🏻 | 708 |
| 12 | No text... | 640 |
| 13 | ECO-SHOP: SETIAP RM2.60 KORANG BELANJA, DIA SIMPAN 86 SEN
Ramai fikir kedai RM2.60 untung nipis. Daus buka filing Bursa dan kira sendiri. Jawapan dia lain.
KIRAAN ASAS
Harga sebiji: RM2.60
Kos barang: lebih kurang RM1.74
Untung kasar: lebih kurang 86 sen
Margin kasar: 33.3%
Untung setahun: RM264.57 juta
86 sen tu Daus terbitkan dari margin kasar 33.3% dalam filing, bukan angka per barang yang syarikat umumkan.
KENAPA MARGIN DIA LAIN
Sebab 1. Volume. 800 transaksi sehari untuk satu kedai. Purata satu bakul lebih kurang RM25, jadi untung kasar dari satu bakul lebih kurang RM8. RM8 je, tapi 800 kali, setiap hari, setiap kedai. Angka 800 tu kiraan Daus dari filing suku terakhir FY2026.
Sebab 2. Jenama sendiri. 60% jualan datang dari jenama Eco-Shop sendiri. Dipesan terus dari kilang, masuk terus ke rak. Takde orang tengah ambil bahagian. Setiap sen yang orang tengah tak ambil, terus jadi untung.
Sebab 3. Kadar tukaran. 60% hingga 70% barang dipesan dari China, hampir 90% dibayar dalam yuan. Bila ringgit menguat, kos setiap barang turun sendiri tanpa mereka ubah apa-apa. Ini bukan kerja mereka, ini angin yang bertiup arah dia.
DUA ANGKA LAGI
2.5 juta orang dah daftar membership. Setiap kali korang scan, Eco-Shop belajar apa korang beli dan bila korang datang. Kad tu percuma, tapi bukan free.
Duit Eco-Shop balik ke tangan dia dalam 34 hari. MR.DIY ambil 148 hari. Sebab tu dia mampu buka kedai baru tanpa kelam kabut cari duit.
TIGA RISIKO
Satu, ringgit kukuh yang tolong margin tadi boleh bertukar arah bila-bila.
Dua, setiap kali harga naik, pelanggan hilang buat sementara. Trafik turun dari 988 ke 800 transaksi sehari selepas harga naik.
Tiga, sebahagian lonjakan margin datang dari perubahan cara rebat pembekal dicatat, bukan margin yang benar-benar bertambah baik.
Yang ketiga tu paling penting dan paling jarang disebut orang.
SUMBER
Filing Bursa 22 Julai 2026. Perbandingan kitaran tunai dari nota penyelidik Kenanga, Mei 2025.
Ini bukan nasihat kewangan. Bukan cadangan beli mana-mana saham. Buat kajian sendiri sebelum buat keputusan. | 764 |
| 14 | REIT Malaysia jatuh paras terendah setahun. KWAP jual, Tabung Haji & EPF beli, hari yang sama 😅
Portfolio REIT daus kt Rakuten Trade merah -RM67 (slide 5), tapi sewa masuk auto RM92.60 tahun ni, RM145 lagi dlm perjalanan (slide 6). Harga turun, sewa tetap masuk.
Slide 4: KIP REIT bagi institusi harga RM0.815, pasaran skrg RM0.85 je. Media tak cover.
Nak start? RM85 pun boleh mula beli REIT, brokerage RM1.
👉 https://www.rakutentrade.my/device/accountopening?mode=web&source=DausDK
· code DAUSDK
Activate akaun dapat 1,000 RT Points. Nak NVDA sekali, deposit min RM1,000 + trade RM100 sebelum 30 Sep.
Risiko kt slide 9, baca dulu. Esok BNM umum OPR.
Bukan nasihat kewangan. 18+ Malaysia sahaja. Daus mungkin terima komisen kalau korang daftar guna kod daus. | 842 |
| 15 | ⛽ Kuota BUDI95 naik semula ke 300 liter sebulan, berkuat kuasa hari ni.
Tapi kenapa u-turn, sedangkan 5 bulan lepas kerajaan sendiri yang potong dari 300 ke 200?
Masa tu:
• Konflik Asia Barat push harga minyak mentah lepas USD100 setong
• Beban subsidi melonjak dari RM3 bilion ke anggaran RM4 bilion sebulan
• Kuota dipotong untuk kawal permintaan, tapi harga kekal RM1.99 seliter
• PM Anwar cakap potongan tu sementara je
Yang korang perlu tahu sekarang 👇
• Kuota diselaraskan automatik, tak payah mohon semula
• Pemilik pikap dan jip boleh dapat sampai 400 liter sebulan
• 100 liter tambahan tu kena mohon sendiri kat budimadani.gov.my
Tapi kenaikan ni bukan sebab harga minyak dah reda. RON95 tanpa subsidi baru naik 5 sen jadi RM3.82 seliter. Ni salah satu daripada enam ikhtiar segera dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan, untuk ringankan kos sara hidup tanpa tunggu Belanjawan 2027.
Menariknya, majoriti takkan rasa apa-apa perubahan:
• Purata penggunaan sekitar 100 liter sebulan
• Hampir 90% pengguna guna kurang dari 200 liter
Dan sebab kuota ni pernah diselaraskan sekali, tak ada apa yang halang benda sama berulang. 📉 | 908 |
| 16 | No text... | 856 |
| 17 | COFFEE BEAN BUKAN MILIK AMERIKA LAGI
Coffee Bean & Tea Leaf dah 29 tahun di Malaysia. Bermula di KL Plaza tahun 1997, bangunan yang sekarang dikenali sebagai Fahrenheit 88. Ramai ingat ia syarikat Amerika. Asalnya memang dari Los Angeles. Tapi sejak 2019 pemilik majoritinya duduk di Metro Manila. Jollibee Foods Corporation.
Dan permulaan Jollibee sendiri bukan restoran.
1975. Tony Tan Caktiong baru habis ijazah kejuruteraan kimia. Umur 22, guna simpanan keluarga, dia buka dua kedai aiskrim francais. Pelanggan mula minta makanan panas. Dia layan je. Beberapa tahun kemudian jadi jelas yang makanan panas jual lebih laku. Tahun 1978 keluarga tu batalkan francais aiskrim, tukar kedai yang sama jadi fast food, nama baru Jollibee.
1981 McDonald's masuk Filipina. Jollibee ada 10 kedai. Kawan-kawan cakap jangan lawan gergasi. Tony tak dengar. Dia belajar sistem operasi McDonald's, dan bertaruh pada satu benda yang dia ada tapi mereka takde, dia faham cita rasa lidah orang Filipina. Dia menang, dan sampai hari ni masih menang.
Lepas kuasai rumah sendiri, mereka mula beli jenama lain. Chowking 2000. Yonghe King 2004. Smashburger. Lepas tu 2019.
ANGKA DEAL YANG RAMAI SALAH FAHAM
24 Julai 2019, nilai transaksi US$350 juta, sekitar RM1.4 bilion, atas asas bebas hutang. Maksudnya sebahagian duit tu untuk langsaikan hutang Coffee Bean dulu. Duit baru Jollibee sendiri cuma US$100 juta untuk 80% ekuiti.
Masa dibeli, Coffee Bean tengah rugi US$21 juta, sekitar RM85 juta, atas hasil US$313 juta. Enam bulan kemudian 2020 sampai. Kumpulan tu rugi Php11.5 bilion, hampir RM1 bilion dalam setahun. Php7 bilion daripada tu mereka belanja sendiri untuk tutup kedai dan susun semula.
HARI NI
10,767 kedai. Jumlah aset Php283 bilion, hampir RM20 bilion. Tapi tolak semua liabiliti, ekuiti tinggal sekitar RM5.5 bilion. Coffee Bean sendiri naik semula ke 1,271 kedai September lepas, tiga bulan kemudian tinggal 1,079. Pemulihan tak pernah lurus.
Satu fakta yang Daus rasa paling underrated. Coffee Bean cipta Ice Blended pada 1987, lapan tahun sebelum Frappuccino Starbucks wujud. Jenama ni pun dah ada sejak 1963, lebih tua dari Starbucks.
Korang nampak apa lagi? | 1 |
| 18 | COFFEE BEAN BUKAN MILIK AMERIKA LAGI
Coffee Bean & Tea Leaf dah 29 tahun di Malaysia. Bermula di KL Plaza tahun 1997, bangunan yang sekarang dikenali sebagai Fahrenheit 88. Ramai ingat ia syarikat Amerika. Asalnya memang dari Los Angeles. Tapi sejak 2019 pemilik majoritinya duduk di Metro Manila. Jollibee Foods Corporation.
Dan permulaan Jollibee sendiri bukan restoran.
1975. Tony Tan Caktiong baru habis ijazah kejuruteraan kimia. Umur 22, guna simpanan keluarga, dia buka dua kedai aiskrim francais. Pelanggan mula minta makanan panas. Dia layan je. Beberapa tahun kemudian jadi jelas yang makanan panas jual lebih laku. Tahun 1978 keluarga tu batalkan francais aiskrim, tukar kedai yang sama jadi fast food, nama baru Jollibee.
1981 McDonald's masuk Filipina. Jollibee ada 10 kedai. Kawan-kawan cakap jangan lawan gergasi. Tony tak dengar. Dia belajar sistem operasi McDonald's, dan bertaruh pada satu benda yang dia ada tapi mereka takde, dia faham cita rasa lidah orang Filipina. Dia menang, dan sampai hari ni masih menang.
Lepas kuasai rumah sendiri, mereka mula beli jenama lain. Chowking 2000. Yonghe King 2004. Smashburger. Lepas tu 2019.
ANGKA DEAL YANG RAMAI SALAH FAHAM
24 Julai 2019, nilai transaksi US$350 juta, sekitar RM1.4 bilion, atas asas bebas hutang. Maksudnya sebahagian duit tu untuk langsaikan hutang Coffee Bean dulu. Duit baru Jollibee sendiri cuma US$100 juta untuk 80% ekuiti.
Masa dibeli, Coffee Bean tengah rugi US$21 juta, sekitar RM85 juta, atas hasil US$313 juta. Enam bulan kemudian 2020 sampai. Kumpulan tu rugi Php11.5 bilion, hampir RM1 bilion dalam setahun. Php7 bilion daripada tu mereka belanja sendiri untuk tutup kedai dan susun semula.
HARI NI
10,767 kedai. Jumlah aset Php283 bilion, hampir RM20 bilion. Tapi tolak semua liabiliti, ekuiti tinggal sekitar RM5.5 bilion. Coffee Bean sendiri naik semula ke 1,271 kedai September lepas, tiga bulan kemudian tinggal 1,079. Pemulihan tak pernah lurus.
Satu fakta yang Daus rasa paling underrated. Coffee Bean cipta Ice Blended pada 1987, lapan tahun sebelum Frappuccino Starbucks wujud. Jenama ni pun dah ada sejak 1963, lebih tua dari Starbucks.
Korang nampak apa lagi? | 902 |
| 19 | MACAM MANA APPLE BUAT DUIT?
Ringkasnya: bukan iPhone yang paling untung.
- iPhone = separuh jualan, tapi setiap RM100 barang cuma RM37 untung
- "Kedai tol" dia (App Store, iCloud, Apple Pay) = RM75 untung setiap RM100. Dua kali ganda
- Sampai Google pun bayar $20 bilion setahun nak duduk dalam pagar Apple
- Tapi kedai tol ni tengah kena serang kat mahkamah US + Eropah — risiko dia daus cerita sekali
Carousel penuh 16 slide ada kat atas ni. Angka semua daus semak sendiri dari laporan rasmi Apple.
Nak siasat syarikat macam ni sendiri, guna AI dalam Moomoo — tanya je, dia hadamkan. Berlesen SC Malaysia, duit boleh keluar bila-bila. Download dulu free: dausdk.app
Bila dah yakin: kod DAUSDK37 + deposit RM1,000-RM40,000 dalam 30 hari lepas daftar → reward RM150 sehingga RM1,500. Reward terus nampak dalam My Rewards, unlock lepas hold deposit 60 hari. Daus bagitau awal supaya takde yang terkejut.
Lepas Apple, nak daus bedah syarikat apa? Reply kat sini.
Bahagian promo — daus dapat komisen rujukan bila kod digunakan. Bukan nasihat kewangan, pelaburan ada risiko. 18+. Kempen sampai 23 September 2026. | 1 164 |
| 20 | MACAM MANA APPLE BUAT DUIT?
Ringkasnya: bukan iPhone yang paling untung.
- iPhone = separuh jualan, tapi setiap RM100 barang cuma RM37 untung
- "Kedai tol" dia (App Store, iCloud, Apple Pay) = RM75 untung setiap RM100. Dua kali ganda
- Sampai Google pun bayar $20 bilion setahun nak duduk dalam pagar Apple
- Tapi kedai tol ni tengah kena serang kat mahkamah US + Eropah — risiko dia daus cerita sekali
Carousel penuh 16 slide ada kat atas ni. Angka semua daus semak sendiri dari laporan rasmi Apple.
Nak siasat syarikat macam ni sendiri, guna AI dalam Moomoo — tanya je, dia hadamkan. Berlesen SC Malaysia, duit boleh keluar bila-bila. Download dulu free: dausdk.app
Bila dah yakin: kod DAUSDK37 + deposit RM1,000-RM40,000 dalam 30 hari lepas daftar → reward RM150 sehingga RM1,500. Reward terus nampak dalam My Rewards, unlock lepas hold deposit 60 hari. Daus bagitau awal supaya takde yang terkejut.
Lepas Apple, nak daus bedah syarikat apa? Reply kat sini.
Bahagian promo — daus dapat komisen rujukan bila kod digunakan. Bukan nasihat kewangan, pelaburan ada risiko. 18+. Kempen sampai 23 September 2026. | 975 |
