DausDK
Daftar Moomoo (Free RM100 Guna Code "DAUSDK37" ) : https://j.moomoo.com/017Fln
Больше📈 Аналитический обзор Telegram-канала DausDK
Канал DausDK (@dausdk) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 13 807 подписчиков, занимая 8 660 место в категории Экономика и финансы и 2 672 место в регионе Малайзия.
📊 Показатели аудитории и динамика
С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 13 807 подписчиков.
Согласно последним данным от 13 сентября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -39, а за последние 24 часа — -2, при этом общий охват остаётся высоким.
- Статус верификации: Не верифицирован
- Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 6.47%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 3.78% реакций от общего числа подписчиков.
- Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 893 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 522 просмотров.
- Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 4.
📝 Описание и контентная политика
Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Daftar Moomoo (Free RM100 Guna Code "DAUSDK37" ) : https://j.moomoo.com/017Fln”
Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 14 сентября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Экономика и финансы.
Загрузка данных...
| Дата | Привлечение подписчиков | Упоминания | Каналы | |
| 14 сентября | 0 | |||
| 13 сентября | 0 | |||
| 12 сентября | +2 | |||
| 11 сентября | +2 | |||
| 10 сентября | +1 | |||
| 09 сентября | 0 | |||
| 08 сентября | +2 | |||
| 07 сентября | 0 | |||
| 06 сентября | +2 | |||
| 05 сентября | 0 | |||
| 04 сентября | 0 | |||
| 03 сентября | +1 | |||
| 02 сентября | 0 | |||
| 01 сентября | +1 |
| 2 | SIAPA SEBENARNYA OWNER AYAM BRAND?
Tin yang ada dalam kabinet dapur hampir setiap rumah Malaysia, tapi ramai tak pernah tanya siapa owner dia.
Jawapannya satu keluarga Perancis. Keluarga Denis. Generasi kelima.
Beberapa perkara yang Daus jumpa masa research.
Pengasasnya Alfred Clouët, anak tukang jahit dari Le Havre, Perancis. Sampai Singapura 1891 sebagai pembantu di syarikat import cerut, buka syarikat sendiri Julai 1892.
Bisnes asal dia minyak wangi, coklat dan bahan binaan. Minyak wangi tak laku, baru tukar ke makanan bertin pada 1899.
Nama "Ayam" diberi oleh pelanggan tempatan, bukan oleh syarikat. Gambar ayam jantan tu simbol tidak rasmi Perancis. Orang pasar panggil cap ayam, akhirnya syarikat mengalah dan tukar nama rasmi.
Dibeli Denis Frères pada 1954. Keluarga Denis mula di Saigon 1862 dengan perniagaan beras, dan kargo beras pertama mereka gagal.
Kilang utama di Taiping sejak pertengahan 1970an, satu lagi di Batu Pahat. Kira-kira 1,200 pekerja di Malaysia, lebih 60 juta tin setahun.
134 tahun, tiada IPO. Tiada penyata kewangan kumpulan diterbitkan. Jadi soalan berapa jumlah aset diorang, jawapan paling jujur ialah angka tu tak pernah didedahkan kepada umum.
Satu lagi. Sampai 2024 jenama bernama Ayam ni tak pernah jual ayam. Produk ayam pertama diorang baru dilancarkan November 2024.
Carousel penuh 10 slide dah naik kat Instagram dan Facebook. Sumber ada dalam setiap slide.
Korang guna jenama apa kat rumah? | 429 |
| 3 | 99% untung saham AS daus bukan datang dari saham AI yang daus pilih sendiri 😅
Minggu ni duit AI bergerak gila2:
• Nvidia runding nak labur sampai US$10 bilion (lebih RM40 bilion) dlm Anthropic, pembuat Claude, yang nak IPO. Mungkin antara IPO paling besar dlm sejarah. Masih rundingan.
• Siri baru iPhone jalan guna Gemini, AI Google (deal dilaporkan sekitar US$1 bilion). Hari Apple umum, saham Google pula jatuh 2.6%.
• Microsoft tak cukup data centre sampai hadkan pelanggan cloud baru. OpenAI pula sewa kapasiti dua data centre kt Malaysia.
daus pegang Nvidia, Microsoft dan Google. Tpi bila buka akaun Moomoo daus tengah hari tadi:
• Total aset RM611,267
• Untung saham & ETF +RM73,827 (atas kertas, belum jual)
• 4 bakul ETF bawa 99% untung saham AS daus
• 5 saham pilihan sendiri campur semua untung USD155 je
• Bursa campur semua rugi RM235
ETF ni satu bakul yang isi ratusan syarikat. Dlm VOO dh ada Nvidia, Apple, Microsoft dan Google, so daus tumpang sekali tanpa perlu teka syarikat mana yang menang. Ni apa daus buat, bukan suruh korang ikut.
Kenapa Moomoo: saham AS dan Bursa satu akaun (TNB duduk sebelah Nvidia dlm akaun daus), boleh beli pecahan unit, RM dan USD satu akaun (baki daus RM9,212 dan USD888), boleh labur auto (RSP), dan berlesen SC.
Cara claim reward sampai RM1,500:
1. Daftar: https://j.moomoo.com/017Fln
2. Dlm app, search "Special Deposit"
3. Masukkan kod DAUSDK37
4. Deposit RM1,000 hingga RM40,000 dlm 30 hari lepas register. RM1,000 dapat reward RM150, deposit lagi besar sampai RM1,500
5. Claim kt "My Rewards"
daus bagitau awal: reward (cash coupon atau stock reward) nampak terus lepas layak, tpi nak unlock kena kekalkan deposit 60 hari. Duit boleh keluar bila2, cuma kalau keluar sebelum 60 hari, reward tak unlock. Lepas 30 hari baru deposit, reward terlepas.
Tutorial daftar: https://moomoo.dausdk.com/tutorial/cara-register-moomoo
Risiko: Fed mungkin naikkan kadar faedah minggu ni, untung atas kertas boleh hilang, ringgit kuat kurangkan nilai dlm RM, dan saham boleh jatuh teruk (KJTS −40%, 5ER −21%, FUTU −11% dlm akaun daus sendiri). Labur guna duit yang sanggup tgk turun.
⚠️ Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (lesen SC: eCMSL/A0397/2024), dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini bukan nasihat kewangan. Prestasi lepas tidak menjamin prestasi masa depan. Pelaburan saham melibatkan risiko; nilai boleh naik dan turun. 18+ Malaysia sahaja. Daus mungkin terima komisen jika korang daftar melalui link atau kod di atas. | 456 |
| 4 | SLGC nak IPO. SLGC Berhad, kod 0476, masuk ACE Market pada 6 Oktober 2026. Harga IPO RM0.28 sesaham, kutip RM29.4 juta, market cap RM156.8 juta atas 560 juta saham, dan P/E 11.2 kali ikut untung FYE2025.
Yang kuat, order book belum dibil dia RM1.00 bilion, lebih 3 kali ganda hasil setahun. Pecahan ikut tahun RM322.3 juta untuk 2026, RM510.4 juta untuk 2027 dan RM128.8 juta untuk 2028. Client dia berulang, Daiwa House dah bagi sampai Phase 4. Dari duit IPO tu, 84.4% balik ke bisnes dan cuma 15.6% jadi kos penyenaraian.
Yang korang kena tahu pula, margin kasar jatuh dari 17.5% pada 2024 ke 13.77% pada separuh pertama 2026, dan margin untung bersih tinggal 3.55%. RM131 juta duit dia tersangkut dalam aset kontrak sampai tunai di tangan tinggal RM0.56 juta. 85% order book bergantung pada 3 projek sahaja, dan ada beberapa kes tuntutan undang-undang dengan bekas client serta subkontraktor yang masih berjalan.
Tarikh penting, permohonan tutup 22 September, ballot 24 September, listing 6 Oktober.
Ini bukan nasihat kewangan. Buat research sendiri. | 541 |
| 5 | 🎮 Game buatan Malaysia masuk Nintendo Direct!
Nama dia Ondeh Ondeh Kaya's Tasty Tale, keluaran studio Metronomik dari KL. Dijadualkan keluar 2027 untuk Switch 2, PS5, Xbox Series X|S dan Steam.
Kenapa ni besar? 👇
• Slot Nintendo Direct tak dijual. Publisher sendiri yang bawa masuk game ke situ, dalam kes ni Bandai Namco Entertainment Asia 🇯🇵
• Founder dia Wan Hazmer, dulu lead game designer Final Fantasy XV. Co-founder, Daim Dziauddin, pernah jadi concept artist Street Fighter V
• Game ni ada pilihan Bahasa Melayu, pelakon suara Megat Adli terlibat, dan trailer dia ada Rasa Sayang Hey, wau bulan serta motif batik 🇲🇾
💡 Nak masukkan Bahasa Melayu tu ada kos. Kena upah pelakon suara, rakam, terjemah semua dialog. Publisher sanggup bayar sebab yakin jualan dari pasaran kita cukup besar untuk tutup balik duit tu.
Yang lagi mantap, Metronomik sekarang pegang 2 game serentak dengan 2 publisher Jepun berbeza. Satu lagi No Straight Roads 2 dengan Shueisha Games. Ni bukan tuah sekali, ni studio yang betul-betul dah settle. 🔥
⚠️ Tapi ingat, ni baru pengumuman, bukan pelancaran. Tarikh sebenar dalam 2027 belum keluar, dan industri game memang selalu tangguh.
Korang nak try tak game ni nanti? 👀
https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2026/09/11/malaysias-039ondeh-ondeh-kaya039s-tasty-tale039-gets-its-moment-at-nintendo-direct | 1 091 |
| 6 | Update portfolio Moomoo daus, 11 Sep 2026 📉📈
Minggu ni pasaran US kena 2 berita buruk serentak. Kerajaan AS siasat Nvidia, saham jatuh 3 hari berturut. Pastu Fed mungkin naikkan kadar faedah minggu depan, peluang dah 70%. Portfolio daus merah RM2,439 dalam sehari.
Tapi daus tak jual satu pun. Untung belum jual daus masih RM71,078, screenshot ada dalam slide 3.
Apa daus buat? Takde apa. Setiap bulan lepas gaji, daus masuk duit dalam Moomoo, beli bakul ETF yang sama. Bila pasaran jatuh, duit yang sama dapat unit lebih banyak. Bukan pandai. Konsisten je.
Korang gaji RM3-4k? Tengok slide 5. Daus pegang 0.59 unit Microsoft je. Kat Moomoo boleh beli pecahan saham, beberapa ratus ringgit sebulan pun boleh mula.
Nak mula, ada reward new user RM150 sampai RM1,500:
1️⃣ Daftar: https://j.moomoo.com/017Fln
2️⃣ Search "Special Deposit" dalam app
3️⃣ Kod: DAUSDK37
4️⃣ Deposit min RM1,000 dalam 30 hari lepas register
5️⃣ Claim kat My Rewards
⚠️ Reward nampak terus, tapi nak unlock kena hold deposit tu 60 hari dalam Moomoo. Keluar awal, reward hilang.
Baca slide 9 dulu sebelum daftar. Saham boleh rugi, Bursa daus pun tengah merah. Jangan guna duit emergency.
Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd., lesen SC eCMSL/A0397/2024. Bukan nasihat kewangan. 18+ Malaysia sahaja. Daus mungkin dapat komisen kalau korang daftar guna link atau kod daus. | 1 076 |
| 7 | 🚗 Grab nak 'telan' Atome, bakal jadi fintech king Southeast Asia?
Dulu Grab telan Uber kat Southeast Asia. Sekarang giliran Atome, platform BNPL dari Singapore 👀
Harga yang dia sanggup bayar pun bukan kecil. Lebih US$2 bilion (RM8.13 bilion), sedangkan market cap Grab sendiri baru US$12.4 bilion. Satu deal ni je dah makan lebih 16% nilai seluruh syarikat.
🛒 Dan ni bakal jadi pembelian ketiga tahun ni
• Stash Financial (US), US$425 juta
• Foodpanda Taiwan, US$600 juta
• Atome, lebih US$2 bilion
Kenapa Atome? Sebab revenue 2025 dia naik 80% jadi US$470 juta, dan dua tahun berturut-turut dah untung. Grab bukan beli potensi, dia beli bisnes yang dah proven 📈
Cuma deal ni belum sah lagi, masih dalam rundingan dan dua-dua pihak tak nak keluarkan statement.
Yang menarik, saham Grab dah jatuh 39% tahun ni. Biasanya syarikat berhati-hati spending bila harga saham lembik. Grab buat sebaliknya 🤔
Korang rasa ni langkah bijak, atau Grab bayar terlalu mahal?
https://theedgemalaysia.com/node/817581 | 1 027 |
| 8 | Нет текста... | 757 |
| 9 | 🇲🇾 PAK LAH: JASA BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Beliau kata aset paling berharga negara bukan menara, tapi otak rakyat.
Daus habis 3 hari research untuk carousel ni, dan jujur cakap, makin gali makin terkejut.
Benda yang paling melekat:
▪️ 2008 beliau kalah teruk. Dalam tangan beliau ada kawalan polis, kuasa darurat, dan ISA. Negara kita pun ada sejarah hitam bila keputusan undi tak menyebelahi kerajaan.
Beliau serahkan kesemua 5 negeri tu kepada pembangkang. Tanpa darurat. Lepas tu letak jawatan sendiri.
▪️ 2004 beliau menang 198 daripada 219 kerusi. 90.4%. Rekod tu belum pecah sampai hari ini. Pada saat tu beliau PM paling berkuasa dalam sejarah moden negara. Slogan beliau? "Work with me, not for me."
▪️ Datuk beliau, Syeikh Abdullah Fahim, mufti yang pilih tarikh 31 Ogos 1957. Dalam kiraan huruf Arab tahun tu bermaksud "tahun kebaikan telah datang kepada kita."
Al-Fatihah 🤲 | 755 |
| 10 | Minggu ni Apple keluar iPhone lipat RM9,499, Meta lompat 6% sehari, Nvidia simpan $99 bilion dalam syarikat lain. Daus ada bahagian dalam semua ni dgn RM100 seminggu je.
Caranya senang. Daus tak pilih saham satu-satu. Daus beli satu bakul nama VWRA, dalam dia ada 3,758 syarikat seluruh dunia. Set RSP kat FSM One, setiap Selasa app beli sendiri, macam auto-debit ASB.
Update sebenar (screenshot slide 6):
Dah 15 minggu jalan
Modal USD 366.25
Nilai skrg USD 370.30
Untung USD 4.05 (+1.11%)
Kecil je, daus tak nak tipu. Yang beli bulan Ogos malah rugi sikit. Tapi RSP ni bukan pasal untung cepat, pasal disiplin beli konsisten.
Nak try? FSM One ada reward RM25 new user:
1. Buka akaun kat https://www.fsmone.com.my/referral/DAUSDK37
2. Kod rujukan DAUSDK37
3. Settle e-KYC
4. Deposit min RM100 atau first trade
5. RM25 Cash Account Credit + 50% off fees 30 hari, masuk dalam 60 hari bekerja
Risiko: nilai boleh naik boleh turun, modal berisiko, pelaburan dalam USD ada risiko kadar tukar. Ni portfolio peribadi daus, bukan cadangan beli VWRA. Buat research sendiri.
Platform iFAST Capital Sdn Bhd, dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Participating Organisation Bursa Malaysia. Bukan nasihat kewangan. 18+ Malaysia sahaja. Daus mungkin terima komisen rujukan. Reward tertakluk terma FSM One semasa.
dausdk.app | 911 |
| 11 | 🚨 Data Misi Rakyat didakwa bocor, dijual kat dark web
Nama Misi Rakyat panas lagi. Kali ni pasal kebocoran data. Cerita ni mula bila akaun pemantau siber Dark Web Intelligence post screenshot orang tengah jual data tu.
📦 Apa yang penggodam kata dia pegang:
- Hampir 300k data pelanggan, termasuk nama, emel, nombor telefon dan koordinat rumah
- 22k rekod rider, lengkap nombor IC, lesen, nombor plat dan lokasi GPS
- 28,562 vendor dan dalam 1.88 juta rekod transaksi e-dompet
Data tu bertarikh 7 September 2026, jadi memang baru.
😱 Kenapa ni lagi teruk dari kes biasa:
- Kalau betul, scammer dapat 3 benda serentak. Siapa korang, macam mana korang belanja duit, dan rumah korang kat mana
- Call scam bukan lagi setakat "encik ada parcel tertahan". Dorang boleh sebut nama penuh dan kawasan rumah korang
🛵 Yang paling kesian rider. Kita sebagai pengguna paling teruk pun boleh tukar password malam ni juga. Rider tak boleh buat macam tu, sebab nombor IC dan nombor plat memang kekal seumur hidup.
⚠️ Tapi semua ni masih dakwaan. Belum ada pengesahan dari pihak berkuasa atau pakar siber.
Baca penuh 👇
https://thevocket.com/siap-ada-koordinat-gps-maklumat-300000-pengguna-misi-rakyat-didakwa-bocor-dijual-di-dark-web/ | 773 |
| 12 | Нет текста... | 670 |
| 13 | ASTRO: RM14 BILION TINGGAL RM313 JUTA
Daus siapkan 15 slide penuh pasal ni. Ringkasan untuk korang yang nak baca dulu sebelum swipe.
2012 Astro disenarai semula pada RM3.00 sesaham. Modal pasaran RM14.17 bilion. Dana dikutip RM4.6 bilion, IPO ketiga terbesar tahun tu. Semua orang panggil dia blue chip.
2014 harga cecah puncak RM3.70. Itu kali terakhir.
2026 harga RM0.06. Modal pasaran RM313 juta. Turun 97.8%.
Kenapa jatuh:
Monopoli 20 tahun. Lesen penyiaran satelit eksklusif sampai 28 Februari 2017. Astro tak pernah belajar lawan sebab tak pernah ada lawan.
Netflix masuk Januari 2016. Tiada piring, tiada pemasangan, tiada kontrak. Astro sibuk jaga pagar dari pesaing TV berbayar, sedangkan pembunuh datang dari internet.
Harga. Pakej Astro dengan sukan penuh RM150 sampai RM200 sebulan. Netflix RM17 sampai RM55. YouTube dan TikTok percuma, dan itu yang paling bahaya.
Kos tak boleh lari. Hutang bersih RM1.79 bilion. Gearing 1.4 kali. Hak EPL naik 20 sampai 30% setiap kitaran. Bil cukai LHDN RM734.88 juta untuk tahun taksiran 2019 sampai 2023.
FY2026 berbanding puncak: hasil RM5.48b turun ke RM2.79b, susut 49%. Untung RM462.9 juta turun ke RM63.1 juta, susut 86%. Harga saham susut 98%.
Yang orang tak cakap: Astro Shaw sedang menang. 5 daripada 10 filem tempatan tertinggi sepanjang masa. Blood Brothers Bara Naga RM73.64 juta. Sheriff Narko Integriti RM60.4 juta. Polis Evo 3 RM54 juta. Mereka sedang bina ASCU, universe filem sendiri, sasaran crossover 2028.
Tapi seluruh kutipan box office filem tempatan setahun cuma RM244 juta. Bahagian yang menang terlalu kecil untuk tampung bahagian yang kalah.
Kalah bidaan Piala Dunia 2026 kepada RTM dan TM Unifi TV. Dengan hutang RM1.79 bilion, tak menang bidaan RM200 juta tu mungkin penyelamat, bukan kekalahan.
Sumber: Laporan kewangan Astro FY2026 tahun berakhir 31 Januari 2026, Bursa Malaysia, prospektus Astro 2012, NST dan Bernama Julai 2024, Kementerian Komunikasi 2026.
Korang berhenti langgan Astro tahun bila? Balas kat channel ni.
Bukan nasihat kewangan. | 727 |
| 14 | 🏦 Maybank pun dah turun padang buat benda ni. Daus dah 3 tahun dalam benda yang sama.
8 Sep, Maybank lancar Savings+ dalam MAE. Mula RM10, Shariah, takde kunci, sehingga 3.32% setahun. Tapi dia bukan akaun simpanan, dia fund. Bank paling besaq Malaysia buat ni sebab duit orang tengah lari dari akaun simpanan bawah 1%.
Daus punya versi: Versa Cash-i. Fund bawah dia AHAM Aiiman Enhanced-i Profit Fund, base nett return Ogos 2026 3.18% setahun.
Akaun daus, screenshot 9 Sep, bonus dah tolak, untung fund je:
💰 Modal masuk ± RM71,000
📈 Untung dari fund RM6,221.02
⏳ Hampir 3 tahun, dalam 3% setahun
🚪 Keluar bila-bila, takde penalti
Kalau korang letak RM10,000 → ± RM26 sebulan, RM318 setahun. Akaun simpanan biasa dapat ± RM50 setahun je.
⚠️ Risiko: bukan FD, tak dilindungi PIDM (sama macam Savings+ Maybank). Kadar berubah tiap bulan. Bonus Quest ikut kempen. Duit korang duduk dalam fund AHAM bawah pemegang amanah, bukan dalam akaun Versa.
🎁 Claim RM10 (new user sahaja):
1. Download Versa: https://download.versa.com.my/1bAf/vdausdkhome
2. Promo code: VDAUSDK
3. Settle e-KYC
4. Cash in min RM100 ke mana-mana fund
5. Reward masuk dalam 30 hari bekerja
Peringatan penting: Versa Asia Sdn Bhd dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (RMO). Bukan nasihat kewangan. Prestasi lepas tidak menjamin prestasi masa depan. Nilai boleh naik dan turun. 18+ Malaysia sahaja. Daus mungkin terima komisen jika korang daftar melalui link atau kod di atas. | 664 |
| 15 | 🇲🇾 PULAU PINANG JADI KAYA SEBAB AI. Macam mana kita nak ambil peluang sekali?
Chip yg keluar dari kilang besar mcm TSMC belum boleh guna. Kena potong, cantum, bungkus, uji satu-satu. Kerja tu ramai buat kat Bayan Lepas: 13% kerja pasang & uji chip dunia, Malaysia yg buat (MIDA).
Bila AI masuk, chip jadi bertingkat-tingkat. Kerja lagi susah, upah lagi mahal, untung syarikat yg buat kerja tu naik. Hampir RM40 bilion pelaburan kilang diluluskan masuk Penang dlm 2 tahun (InvestPenang 2024 + 2025).
Daus pegang NVIDIA, Broadcom. Saham tempatan AI belum ada satu pun. So daus explore, 3 kumpulan:
1️⃣ Reka chip sendiri: SkyeChip, Oppstar
2️⃣ Pasang & uji chip: Inari, MPI, NationGate
3️⃣ Buat mesin utk kilang chip: ViTrox, Pentamaster, Mi, Greatech, UWC, QES
Setakat 3 Sep 2026 (skrin moomoo): SkyeChip +235% sejak IPO Mei, ViTrox +126% YTD, Oppstar +118%, NationGate +100%, Inari +57%. Ni sejarah, bukan jangkaan. Hari result boleh terjun 10-20% sehari. Masuk sikit dulu.
Cara cari dlm moomoo: Markets > MY > Investment Themes > Penang AI > semua counter keluar. Pstu Financials > Revenue Breakdown, tengok segmen naik ke tak. Tak faham, tanya Moomoo AI (Flash / Reason / Expert). Check syariah kat tab Shariah.
Nak cuba 👉 dausdk.app
1. Daftar & e-KYC : https://j.moomoo.com/017Fln
2. Search "Special Deposit"
3. Kod DAUSDK37
4. Deposit min RM1,000 dlm 30 hari lepas daftar
5. Claim kat My Rewards
Reward RM150 sampai RM1,500 ikut deposit (cash coupon + saham Apple). Unlock lepas hold 60 hari, modal kekal dlm moomoo. Daus cakap awal.
Fakta daus cross-check guna AI (MIDA, InvestPenang, The Edge, laporan syarikat). Yg tak sah daus buang.
Bukan nasihat kewangan. Daus Licensed MR Moomoo Securities Malaysia, dapat komisen bila korang daftar.
Penang boleh pergi sejauh mana lagi dgn AI ni? | 702 |
| 16 | 🇲🇾 PULAU PINANG JADI KAYA SEBAB AI. Macam mana kita nak ambil peluang sekali?
Chip yg keluar dari kilang besar mcm TSMC belum boleh guna. Kena potong, cantum, bungkus, uji satu-satu. Kerja tu ramai buat kat Bayan Lepas: 13% kerja pasang & uji chip dunia, Malaysia yg buat (MIDA).
Bila AI masuk, chip jadi bertingkat-tingkat. Kerja lagi susah, upah lagi mahal, untung syarikat yg buat kerja tu naik. Hampir RM40 bilion pelaburan kilang diluluskan masuk Penang dlm 2 tahun (InvestPenang 2024 + 2025).
Daus pegang NVIDIA, Broadcom. Saham tempatan AI belum ada satu pun. So daus explore, 3 kumpulan:
1️⃣ Reka chip sendiri: SkyeChip, Oppstar
2️⃣ Pasang & uji chip: Inari, MPI, NationGate
3️⃣ Buat mesin utk kilang chip: ViTrox, Pentamaster, Mi, Greatech, UWC, QES
Setakat 3 Sep 2026 (skrin moomoo): SkyeChip +235% sejak IPO Mei, ViTrox +126% YTD, Oppstar +118%, NationGate +100%, Inari +57%. Ni sejarah, bukan jangkaan. Hari result boleh terjun 10-20% sehari. Masuk sikit dulu.
Cara cari dlm moomoo: Markets > MY > Investment Themes > Penang AI > semua counter keluar. Pstu Financials > Revenue Breakdown, tengok segmen naik ke tak. Tak faham, tanya Moomoo AI (Flash / Reason / Expert). Check syariah kat tab Shariah.
Nak cuba 👉 dausdk.app
1. Daftar & e-KYC : https://j.moomoo.com/017Fln
2. Search "Special Deposit"
3. Kod DAUSDK37
4. Deposit min RM1,000 dlm 30 hari lepas daftar
5. Claim kat My Rewards
Reward RM150 sampai RM1,500 ikut deposit (cash coupon + saham Apple). Unlock lepas hold 60 hari, modal kekal dlm moomoo. Daus cakap awal.
Fakta daus cross-check guna AI (MIDA, InvestPenang, The Edge, laporan syarikat). Yg tak sah daus buang.
Bukan nasihat kewangan. Daus Licensed MR Moomoo Securities Malaysia, dapat komisen bila korang daftar.
Penang boleh pergi sejauh mana lagi dgn AI ni? | 587 |
| 17 | KWSP rank no.11 dana pencen paling top di dunia 🏆
Daus macam tak percaya. Rakyat Malaysia baru 30+ juta orang, yang mencarum lagi kecil, tapi KWSP tetap masuk top 11 dunia.
Laporan Global Top 300 Pension Funds (Thinking Ahead Institute, 7 Sept 2026) letak KWSP di USD347,037 juta atau RM1.4 trilion. Setakat Jun 2026 dah cecah RM1.53 trilion.
Kenapa negara kecil boleh naik tinggi?
• Caruman wajib, masuk tiap-tiap bulan tanpa putus
• Duit terkumpul berdekad-dekad, pulangan compound atas timbunan sama
• Sistem kita terpusat, negara lain pencen berpecah jadi dana kecil
• Ringgit cuma susut 0.2% vs USD sejak 2021, keempat paling stabil
Tapi jangan terlalu selesa. KWSP campur KWAP pun cuma 1.4% daripada jumlah aset top 300. US sorang pegang 38.9%.
Dan yang paling penting, ranking tu kira duit semua ahli dicampur, bukan baki akaun korang 💰
Bayangkan satu kolam yang berjuta orang tuang sama-sama. Kolam tu boleh jadi terbesar di dunia, tapi apa yang korang dapat balik nanti tetap ikut berapa banyak korang tuang masuk.
https://says.com/my/news/epf-ranks-11th-top-pension-funds-kwsp-stats | 831 |
| 18 | Нет текста... | 675 |
| 19 | 🌋 ANAK KRAKATAU MELETUS — DAN KENAPA KORANG PATUT AMBIL TAHU
Daus dah siapkan satu carousel 15 slide pasal ni. Tapi sebelum korang tengok, ada satu benda Daus nak betulkan awal-awal.
❌ JEREBU SEKARANG BUKAN DARI KRAKATAU
MetMalaysia dah keluar menafikan hantaran tular yang kata sulfur dioksida dari Anak Krakatau dah masuk ruang udara kita. Ketua Pengarah MetMalaysia sahkan pergerakan debu tu menuju Lautan Hindi di barat laut Sumatera, bukan ke Malaysia.
Jerebu kita punca lain sepenuhnya: kebakaran hutan dan tanah gambut di Kalimantan dan Sumatera.
Kenapa semua orang keliru? Sebab timing.
- 4 Sept petang — IPU Serian cecah 515, darurat diisytihar
- 4 Sept 11 malam — Anak Krakatau mula pancut lava
Hari yang sama. Dua krisis berlainan. Orang sambung dua-dua.
━━━━━━━━━━━━━━
📊 APA YANG BETUL-BETUL JADI
- Erupsi menerus 25 jam tanpa henti
- Kolom abu naik 15 km — kapal terbang komersial cuma terbang 10-12 km
- 8 lapangan terbang Indonesia ditutup
- 41 penerbangan Malaysia ke Jakarta dibatalkan
- Status: Level III (Siaga) dari 4 tingkat
━━━━━━━━━━━━━━
📜 DAN SEJARAH IBU DIA
1883. Letupan paling kuat dalam sejarah manusia yang pernah direkod.
Kedengaran 4,800 km jauh di Pulau Rodrigues, dekat Mauritius, arah Afrika. Pegawai British catat dalam log kapal: bunyi macam "meriam berat dari jauh". Depa ingat ada perang laut.
Dentuman tu didengar di 1/13 permukaan bumi.
Gegendang telinga kelasi pecah dalam kapal 65 km jauh. Tsunami 41 meter, setinggi bangunan 12 tingkat. Lebih 36,000 nyawa terkorban.
Lepas tu suhu dunia turun sampai 1.2°C selama 5 tahun. Matahari terbenam jadi merah menyala di seluruh dunia sampai bomba New York keluar sebab ingat ada kebakaran besar. Bulan nampak biru berminggu-minggu.
Satu gunung di Asia Tenggara. Tukar langit Eropah.
━━━━━━━━━━━━━━
⚠️ PELAJARAN 2018 YANG RAMAI TERLUPA
22 Disember 2018. Bukan letusan besar. Cuma sisi gunung runtuh masuk laut. Kurang dari 0.2 km³.
437 nyawa terkorban. Tanpa sebarang amaran.
Sebab sistem amaran tsunami direka untuk kesan gempa bumi. Bukan untuk gunung yang runtuh senyap ke dalam air.
Bahaya paling besar dia bukan letusan. Ia runtuhan.
━━━━━━━━━━━━━━
🇲🇾 MALAYSIA DALAM BAHAYA?
Tsunami — tidak. Sumatera bertindak sebagai perisai.
Tapi kita tetap terkesan, cuma melalui pintu lain: penerbangan, kargo udara, perniagaan dan pelancongan, kualiti udara, harga dan bekalan. | 827 |
| 20 | 🌋 ANAK KRAKATAU MELETUS — DAN KENAPA KORANG PATUT AMBIL TAHU
Daus dah siapkan satu carousel 15 slide pasal ni. Tapi sebelum korang tengok, ada satu benda Daus nak betulkan awal-awal.
❌ JEREBU SEKARANG BUKAN DARI KRAKATAU
MetMalaysia dah keluar menafikan hantaran tular yang kata sulfur dioksida dari Anak Krakatau dah masuk ruang udara kita. Ketua Pengarah MetMalaysia sahkan pergerakan debu tu menuju Lautan Hindi di barat laut Sumatera, bukan ke Malaysia.
Jerebu kita punca lain sepenuhnya: kebakaran hutan dan tanah gambut di Kalimantan dan Sumatera.
Kenapa semua orang keliru? Sebab timing.
- 4 Sept petang — IPU Serian cecah 515, darurat diisytihar
- 4 Sept 11 malam — Anak Krakatau mula pancut lava
Hari yang sama. Dua krisis berlainan. Orang sambung dua-dua.
━━━━━━━━━━━━━━
📊 APA YANG BETUL-BETUL JADI
- Erupsi menerus 25 jam tanpa henti
- Kolom abu naik 15 km — kapal terbang komersial cuma terbang 10-12 km
- 8 lapangan terbang Indonesia ditutup
- 41 penerbangan Malaysia ke Jakarta dibatalkan
- Status: Level III (Siaga) dari 4 tingkat
━━━━━━━━━━━━━━
📜 DAN SEJARAH IBU DIA
1883. Letupan paling kuat dalam sejarah manusia yang pernah direkod.
Kedengaran 4,800 km jauh di Pulau Rodrigues, dekat Mauritius, arah Afrika. Pegawai British catat dalam log kapal: bunyi macam "meriam berat dari jauh". Depa ingat ada perang laut.
Dentuman tu didengar di 1/13 permukaan bumi.
Gegendang telinga kelasi pecah dalam kapal 65 km jauh. Tsunami 41 meter, setinggi bangunan 12 tingkat. Lebih 36,000 nyawa terkorban.
Lepas tu suhu dunia turun sampai 1.2°C selama 5 tahun. Matahari terbenam jadi merah menyala di seluruh dunia sampai bomba New York keluar sebab ingat ada kebakaran besar. Bulan nampak biru berminggu-minggu.
Satu gunung di Asia Tenggara. Tukar langit Eropah.
━━━━━━━━━━━━━━
⚠️ PELAJARAN 2018 YANG RAMAI TERLUPA
22 Disember 2018. Bukan letusan besar. Cuma sisi gunung runtuh masuk laut. Kurang dari 0.2 km³.
437 nyawa terkorban. Tanpa sebarang amaran.
Sebab sistem amaran tsunami direka untuk kesan gempa bumi. Bukan untuk gunung yang runtuh senyap ke dalam air.
Bahaya paling besar dia bukan letusan. Ia runtuhan.
━━━━━━━━━━━━━━
🇲🇾 MALAYSIA DALAM BAHAYA?
Tsunami — tidak. Sumatera bertindak sebagai perisai.
Tapi kita tetap terkesan, cuma melalui pintu lain: penerbangan, kargo udara, perniagaan dan pelancongan, kualiti udara, harga dan bekalan. | 2 |
