MPP UTHM OFFICIAL
Open in Telegram
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Show more2 889
Subscribers
+6224 hours
+1927 days
+19930 days
Posts Archive
2 889
[PEMAKLUMAN JADUAL PERGERAKAN BAS PADA 10 JULAI 2022 SERTA JADUAL PERJALANAN BAS SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 2021/2022]
Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera,
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pada 10 Julai 2022 (Ahad) adalah cuti umum bersempena Hari Raya Aidiladha. Sehubungan itu, TIADA pergerakan bas pada hari tersebut dan bas akan mula beroperasi semula pada 11 Julai 2022 (Isnin).
2. Bagi Kampus Parit Raja, bas akan menurunkan penumpang di hadapan Dewan F2.
3. Bagi Kampus Pagoh, bas akan masuk ke perkarangan kawasan parkir Dewan Serbaguna (MPH).
Bersama-sama ini dilampirkan jadual perjalnan untuk rujukan semua pelajar.
Sekian, terima kasih.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PERHATIAN KEPADA PELAJAR TAJAAN PTPTN]
Asalamualikum wbt. dan salam sejahtera,
Mulai Februari 2023, wang pinjaman pelajar tajaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan disalurkan terus ke akaun Kad Prihatin Siswa. Pelajar tajaan PTPTN adalah DIWAJIBKAN untuk melengkapkan borang Setuju terima Kad Prihatin Siswa melalui SMAP dengan kadar segera bag memastikan proses penyaluran wang dapat dilaksanakan dengan
lancar.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas Daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
2 889
[ SALAM TAKZIAH MUHAMMAD HAFIZ AZIZI BIN MUHAIMIN]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan arwah SAUDARA MUHAMMAD HAFIZ AZIZI BIN MUHAIMIN,dari pusat Pengajian Diploma Pagoh UTHM. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.
...
"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[TINJAUAN PELAJAR KANAN UTHM KAMPUS INDUK YANG MASIH TIADA RUMAH SEWA (FASA 1)]
Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Merujuk perkara diatas, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM sedang menjalankan tinjauan kepada pelajar kanan yang masih ketiadaan rumah sewa bagi semester akan datang. Tujuan utama tinjauan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti bilangan pelajar yang masih tidak mempunyai rumah sewa bagi kemasukan bulan Oktober akan datang.
Pautan tinjauan: http://bit.do/PelajarKananTiadaRumahSewa
Diharapkan semua mahasiswa/i dapat mengisi maklumat yang diperlukan dengan jujur dan lengkap.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Tew Heng Yao: 016-7156451
Nur Adrianna: 011-10617909
"KETERAMPILAN PEMIMPIN, PENCETUS LEGASI MAHASISWA"
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia
2 889
[Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Faris bin
Abdul Hadi]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Faris bin Abdul Hadi dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) kerana telah dijemput untuk menyertai Program Malaysia-Turkiye and Technology Co-Creation Roadmap. Program tersebut berlangsung pada 5 hingga 8 Julai 2022 bertempat di Ankara, Turki. Program in akan diketuai oleh pihak Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) yang akan mengadakan lawatan industri yang memfokuskan bidang aeorangkasa dan teknologi, dan produk pertahanan di mana akan melibatkan beberapa agensi dari Malaysia seperti MARii-MITI, SIRIM-MITI, DRB-Hicom Defence
Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) dan lain-lain lagi.
Kami dari Majlis Perwakilan Perlajar mendoakan semoga saudara Faris dipermudahkan segala urusan dan selamat maju jaya!
"Keterampilan Pemimpin,Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein On Malaysia
2 889
[ PEMAKLUMAN OPERASI BAS SEMASA MINGGU ULANG KAJI PEPERIKSAAN ]
Asalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa TIADA operasi bas di Kolej Kediaman Tun Fatimah/Tun Dr. Ismail dan Kolej Kediaman Pagoh semasa minggu ulang kaji peperiksaan bermula 03hb hingga 09hb Julai 2022.
Walaubagaimanapun, terdapat operasi bas di Kolej Kediaman Perwira pada tarikh yang dinyatakan. Bas akan beroperasi semula seperti biasa mulai 11hb Julai 2022. Berikut dilampirkan jadual perjalanan bas di Kolej Kediaman Perwira bagi minggu ulang kaji peperiksaan untuk rujukan semua pelajar.
Oleh itu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar UTHM 21/22 ingin menyeru supaya mahasiswa/i merancang perjalanan dengan baik sepanjang minggu ulang kaji peperiksaan.
Sekian, terima kasih.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
2 889
[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANGKAJI SEMESTER 2 SESI 2021/2022]
Assalamualaikum wt. dan salam sejahtera,
Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2021/2022 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulangkaji Semester 2 Sesi 2021/2022 kepada semua mahasiswa/i UTHM.
"One day, all your hard work will pay off"
"Keterampilan Pemimpin,Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN
PEMANGKU RAJA]
Assalamualaikum wt. dan salam sejahtera,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 ingin merafak sembah ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja bersempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang Ke-38 pada 30 Jun 2022 Bersamaan 30 Zulkaedah 1443H
"Keterampilan Pemimpin,Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[BORANG SOAL SELIDIK FASILITI SUKAN KOLEJ KEDIAMAN DALAM KAMPUS (KKDK)]
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
2. Jabatan Sukan dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 sedang menjalankan kaji selidik mengenai fasiliti sukan di kolej kediaman dalam kampus (KKDK).
3. Oleh yang demikian, anda sebagai pengguna dan penghuni kolej kediaman wajib untuk mengisi borang kaji selidik ini bagi pembaharuan fasiliti sukan di KKDK, seperti berikut:
1) Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF)
2) Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (KKTF)
Pautan borang kaji selidik:
https://bit.ly/KajiSelidikFasilitiSukanKKDK
Sekian, Terima kasih.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Jabatan Sukan dan Kebudayaan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[ PENCAPAIAN PELAJAR UTHM: YSS-ASEAN GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN (GSVC)
VIETNAM 2022]
Kami dari Majlis Perwakilan Pelajar 21/22 UTHM ingin mengucapkan syabas dan tahniah serta selamat maju jaya kepada:
SAUDARA MUHAMMAD SULTAN BIN SUWONDA (FPTP)
SAUDARA MUHAMMAD ALLIMAN BIN ABDUL NASIR
(FPTV)
SAUDARA MOHAMAD KHAIRUL IKMAL BIN YAHAYA
(FPTV)
SAUDARI SYAFAWATI BINTI SAMION (FKEE)
SAUDARI SASHVIENI A/P GANASEN (FAST)
SAUDARI CHANG LEE NA (FKAAB)
atas kejayaan dipilih oleh Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mewakili UTHM dalam Misi Sukarelawan Siswa YSS ASEAN GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN (GSVC) VIETNAM 2022 yang akan dilaksanakan bermula 7 Julai hingga 11 Ogos 2022
"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
