MPP UTHM OFFICIAL
Open in Telegram
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Show more2 889
Subscribers
+6224 hours
+1927 days
+19930 days
Posts Archive
2 889
[TINJAUAN BERKENAAN PENGAGIHAN SIJIL DEKAN BAGI SETIAP FAKULTI ]
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
2. Jabatan Akademik & Kebolehpasaran Graduan, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 sedang menjalankan Tinjauan Berkenaan Pengagihan Sijil Dekan Bagi Setiap Fakulti, di Kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
3. Oleh yang demikian, pelajar boleh mengisi borang yang tertera dibawah selewat-lewatnya 30 Jun 2022, (Khamis) jam 5:00 petang. Kami memerlukan sekurang-kurangnya 100 responden.
Pautan borang tinjauan:
bit.ly/TinjauanPengagihanSijilDekan
Sekian, Terima kasih.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Jabatan Akademik dan Kebolehpasaran Graduan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PEMAKLUMAN: PENDAFTARAN UJIAN MUET SESI 3 TAHUN 2022 BAGI PUSAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA]
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin memaklumkan bahawa pendaftaran Ujian MUET bagi Sesi 3 Tahun 2022 di Pusat Universiti Tun Hussein Onn Malasyia akan dibuka pada 30 Jun 2022 (09:00am) dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 3 Ogos 2022 (11:59pm).
2. Turut disertakan panduan pengguna bagi memudahkan pelajar untuk mendaftar Ujian MUET Sesi 3 bagi Pusat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
3. Kami berharap para pelajar cakna akan tarikh pendaftaran MUET Sesi 3 Tahun 2022 yang berpusat di UTHM bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan pada masa akan datang.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Sekian, terima kasih.
Jabatan Akademik dan Kebolehpasaran Graduan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
Assalamualaikum & salam sejahtera, saya Anwar Arif bin mahmmud merupakan salah seorang ahli Persidangan Mahasiswa UTHM Edisi Ke-2 yang akan berlangsung pada 19-21 Jun 2022.
Sehubungan itu, saya mohon jasa baik kalian untuk mengisi Google Form ini sebagai data yang akan digunakan sebagai rujukan ketika usul ini dibentangkan. Kerjasama kalian, amat saya hargai.
Pautan untuk kampus induk:
https://forms.gle/Zr9CQzY7ddJd7ZHT8
Pautan untuk kampus pagoh:
https://forms.gle/QS9pUcHmF2k8UUQM8
2 889
[TINJAUAN KEPERLUAN MENGADAKAN MUET ON DEMAND (MOD) BAGI BULAN OGOS 2022 DI KAMPUS UTHM]
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
2. Jabatan Akademik & Kebolehpasaran Graduan, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 sedang menjalankan Tinjauan Keperluan mengadakan Muet On Demand (MOD) sekitar Bulan Ogos 2022, di Kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. MOD berkeperluan bagi pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.
3. Oleh yang demikian, pelajar boleh mengisi borang yang tertera dibawah selewat - lewatnya 30 Jun 2022, (Khamis) jam 5:00 petang. Kami memerlukan 100 responden untuk Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menawarkan Ujian MUET on Demand (MOD) di Kampus UTHM.
Pautan borang:
bit.ly/KajiSelidikKeperluanMOD
4. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Sdri. Amirah, di talian (wa.me/60136452246)
Sekian, Terima kasih.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Jabatan Akademik dan Kebolehpasaran Graduan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[KELAS RENANG UTHM 2022 (BATCH 2]
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan Universiti akan menganjurkan Kelas Renang UTHM 2022 (Batch 2) seperti ketetapan berikut :
Hari : Setiap Sabtu
Jadual : Akan dimaklumkan selepas pendaftaran
Tempat : Kompleks Renang UTHM
Yuran : RM150.00 (Staf, Pelajar & Anak Tanggungan Staf)
: RM170.00 (Orang Awam)
Kategori : Kanak-Kanak (7 hingga 12 Tahun) / Dewasa Lelaki / Wanita
Sesi : 4 Sesi (1 Jam Per Sesi)
Tutup Penyertaan : 30/6/2022 (Khamis) 5.00 petang
Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas renang. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput warga universiti untuk menyertai program ini.
Bagi sebarang maklumat lanjut dan pendaftaran peserta, sila berhubung dengan En. Muhammad Noor Saddam bin Hussin di talian 011-23319676 (telefon bimbit) atau 07-453 7476 (pejabat) dan Pn. Tuan Noraini binti Tuan Mohd di talian 016 7182767 (telefon bimbit) atau 07-453 7476 (pejabat). Borang pendafataran boleh didapati di pautan berikut https://drive.google.com/drive/folders/1O4CYFc0YsCPzpvIY8NtikULnj6C6Y-TC?usp=sharing atau boleh mengimbas kod QR pada poster yang dilampirkan.
Segala kerjasama yang diberikan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PEMAKLUMAN SESI PEMBUATAN KAD MATRIKS BAGI PELAJAR YANG BELUM MEMPUNYAI KAD MATRIKS]
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera
Perhatian kepada pelajar kampus cawangan Pagoh, satu sesi pembuatan kad matriks pelajar akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 28/06/2022
Hari : Selasa
Masa : 9.30 pagi - 3.30 petang (1-2 petang rehat)
Tempat : Bilik Mesyuarat 6
Pakaian : Formal
Semua pelajar yang terlibat dikehendaki menghadirkan diri mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan bagi memudahkan proses pembuatan kad matriks pelajar.
Khas untuk pelajar kampus cawangan Pagoh
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
http://wa.me/01127533889
(Saudari Fadlin Afina)
Sekian, terima kasih.
"Pencetus Legasi Mahasiswa"
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
Repost from MPP UTHM OFFICIAL
[PEMAKLUMAN JADUAL PERJALANAN BAS SEMESTER II BAHAGIAN 2 SESI 2021/2022 - UTHM KAMPUS INDUK PARIT RAJA & UTHM KAMPUS CAWANGAN PAGOH]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa berikut merupakan jadual perjalanan serta jumlah pengangkutan bas di UTHM Kampus Induk Parit Raja dan UTHM Kampus Cawangan Pagoh yang akan berkuatkuasa pada 20 Mac 2022 hingga 29 April 2022. Bersama-sama ini dilampirkan jadual perjalanan bas untuk rujukan semua pelajar
...
Referring to the above, we are pleased to inform there are bus schedule as well as the amount of the bus transport at UTHM Parit Raja Main Campus and UTHM Pagoh Campus which will be effective on 20th March 2022 until 29th April 2022. Enclosed together is the schedule for the reference of all students.
Sekian, terima kasih.
"Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 21/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa 2022 buat para Bapa sedunia. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan dalam membesarkan dan mendidik kami anak-anak bapa.
"Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PENCARIAN PELAJAR UNTUK MENYERTAI MAJLIS SAMBUTAN HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN]
Dimaklumkan bahawa Kolej Kediaman Pagoh telah mengadakan majlis sambutan hari Gawai dan Pesta Kaamatan 2021/2022
Oleh yang demikian, pihak kami sedang mencari mana-mana pelajar yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi misi tersebut. Pencarian ini terbuka kepada semua pelajar UTHM induk.
Majlis Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan🎉🎉mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 18 Jun 2022(Sabtu)
Masa : 2.00 ptg - 10.00 mlm
Tempat : Kafeteria Kolej Kediaman Kampus Pagoh
Para pelajar yang berminat boleh mengisi maklumat yang telah disediakan pada Google Form berikut 👇🏻👇🏻👇🏻
https://forms.gle/iK3UMfF7bTDVgzi8A
ps; segala pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi :
☎️ http://wa.me/601117684803
(NUR IZZAH)
☎️ http://wa.me/60198504773 (BONIFACE)
Majlis Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[PROGRAM MUNAJAT PERDANA]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Sukacitanya Pusat Islam UTHM akan mengadakan Program Munajat Perdana seperti ketetapan berikut :
📅 Tarikh : 21 Jun 2022 (Selasa)
⏰ Masa : 7:00 petang sehingga 9:30 malam
🏠 Tempat : Masjid Sultan Ibrahim, UTHM
Terbuka kepada semua pelajar UTHM
Pengangkutan disediakan bagi Pelajar Pagoh dan Pelajar Induk
Pelajar yang mahu mengikuti program tersebut boleh masuk ke dalam group Whatsapp.
https://chat.whatsapp.com/DkmF7dsrm02IdsfYoGlIID
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
