en
Feedback
MPP UTHM OFFICIAL

MPP UTHM OFFICIAL

Open in Telegram

Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.

Show more
2 889
Subscribers
+6224 hours
+1927 days
+19930 days
Posts Archive
MAJLIS SYARAHAN PERDANA SIRI 1/2022 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Canselori UTHM dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan UTHM akan mengadakan Majlis Syarahan Perdana Siri 1/2022 seperti ketetapan berikut: Penceramah : Prof. Sr. Dr. Wan Zahari bin Wan Yusoff Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan / Pengarah Pusat Pembangunan Perniagaan (BizDeC) Tarikh : 21 Julai 2022 (Khamis) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Bilik Bankuet, DSI, UTHM Pakaian : Rasmi Atur Cara Majlis : https://drive.google.com/file/d/1vaDZEl_s6azV4_0FWgfg0uA_n8sXfdHw/view?usp=sharing 3. Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan untuk mengesahkan kehadiran melalui maklum balas google form untuk tindakan urusetia selanjutnya. Capaian kehadiran boleh diakses di pautan https://docs.google.com/forms/d/1rYqh9dt7L-SX8fqJwhRxyBmh8Cw7vdaS5Xlv5nFqZjg/edit Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan Terima kasih. 'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA' 'WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030'

photo content

[ SALAM TAKZIAH AMIR YUSOF BIN YUSWADI] Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera, Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan SAUDARA AMIR YUSOF BIN YUSWADI,pelajar Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. "Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa" Ikhlas daripada, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

photo content

[MAJLIS MUNAJAT DAN BACAAN YASSIN PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2021/2022 ] Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM mengadakan Majlis Munajat Dan Bacaan Yassin Perdana Sempena Peperiksaan Akhir Semester ll sesi 2021/2022. Maklumat majlis adalah seperti berikut : 📅 Tarikh : 14 Julai (Khamis) ⏰ Masa : 7:30 malam hingga 9 malam 🏠 Tempat : Masjid Sultan Ibrahim 💻 Platform : Zoom Meeting Semua muslimin/muslimat dijemput untuk hadir bersama supaya kita dapat mengimarahkan majlis tersebut.🤲 Segala pertanyaan boleh hubungi: Saudari Ain - http://wa.me/601158646817 Saudara Imran - http://wa.me/60182554984 Sekian, terima kasih. “Pencetus Legasi Mahasiswa” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2021/2022

photo content

PENCARIAN DUTA PERPADUAN UTHM Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rukun Negara UTHM mempelawa seluruh mahasiswa Tahun 1 dan Tahun 2 UTHM untuk menjadi Duta Perpaduan UTHM. Duta Perpaduan merupakan inisiatif di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor. Sehubungan itu, seluruh mahasiswa UTHM (Parit Raja dan Pagoh) adalah dipelawa untuk mendaftarkan diri. ✅ Manfaat Menyertai - Lantikan dari YAB MB Johor - Penyertaan program berimpak tinggi - Pendedahan luar kampus - Rakan Strategik dan Kolaborasi ✨ Terbuka kepada Mahasiswa Tahun 1 dan 2 ✨ Penyertaan berbilang bangsa adalah digalakkan Daftar sekarang di pautan: bit.ly/dutasrnuthm ------------------------------------------- Sekretariat Rukun Negara UTHM 📷: @srnuthm -------------------------------------------

photo content

[MAJLIS MUNAJAT DAN BACAAN YASSIN PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2021/2022 ] Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Sukacita dimaklumkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM mengadakan Majlis Munajat Dan Bacaan Yassin Perdana Sempena Peperiksaan Akhir Semester ll sesi 2021/2022. Maklumat majlis adalah seperti berikut : 📅 Tarikh : 14 Julai dan 21 Julai (Khamis) ⏰ Masa : 9 malam hingga 10 malam 🏠Platform : Zoom Meeting Semua muslimin/muslimat dijemput untuk hadir bersama supaya kita dapat mengimarahkan majlis tersebut.🤲 Segala pertanyaan boleh hubungi: Saudari Ain - http://wa.me/601158646817 Saudara Imran - http://wa.me/60182554984 Sekian, terima kasih. “Pencetus Legasi Mahasiswa” Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2021/2022

photo content

🤩 Jeremiah Welfare Charity Society 🤩  Date: 1st - 28th August 2022  Duration: 4 weeks  Mode: Hybrid  Do you think education is important to our next generation? This project is aiming to provide education to primary or secondary school children to be a better person physically, mentally and spiritually. 🔥🔥   Why volunteering with Jeremiah❓🤔  👩‍🏫Practical teaching experience  👩‍🏫Connections with AIESEC international relations, NGOs and other externals  👩‍🏫Experience handling a webinar and workshop  👩‍🏫Enhance soft skills and presentation skills  👩‍🏫e-Certificate upon completion  Key Activities :  🔥Daily Teaching  🔥National Science Center Workshop  🔥James Dyson Foundation Workshop  🔥Self-awareness + mental health talk  🔥Education Path Space  🔥Jeremiah Night  🔥Crowdfunding   ⚡️ Interested to know more? Click here: https://bit.ly/3n8jzXU  ⚡️ Join our Telegram broadcast channel to get any new updates: https://t.me/developwithAJB  #MalaysianYouthVolunteer  #withaiesec

photo content

[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2021/2022] Assalamualaikum wt dan salam sejahtera, Kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UTHM ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2021/2022 kepada semua mahasiswa/i UTHM. Kami mendoakan yang terbaik untuk semua mahasiswa/i sepanjang bulan peperiksaan akhir khususnya ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan. Semoga mahasiswa/i UTHM dipermudahkan segala urusan serta dapat menjalani peperiksaan dengan tenang dan memperoleh keputusan yang cemerlang. “Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa” Ikhlas Daripada, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

photo content
+4

[MISI BANTUAN BANJIR BALING KEDAH UTHM - 07 JULAI 2022] Assalamualaikum wt dan selamat sejahtera Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 UTHM ingin memaklumkan bahawa misi sukarelawan banjir Baling Kedah seramai 47 sukarelawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyertai misi bantuan banjir bagi membantu mangsa yang terlibat dengan kejadian kepala air dan banjir kilat di Baling, Kedah pada 7 Julai 2022 lalu. Seramai 10 staf dan 37 pelajar dihantar bagi melaksanakan kerja-kerja kesukarelawanan di beberapa lokasi yang dikenal pasti di daerah tersebut. Kehadiran sukarelawan UTHM adalah dengan harapan usaha kecil ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir di Baling, Kedah dan mampu memberi sedikit keceriaan kepada mereka untuk menyambut Aidiladha Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan Misi Bantuan Banjir UTHM, sumbangan boleh disalurkan ke Akuan Yayasan UTHM Bank Rakyat - 1101686275 Kesudian saudari/i menghulurkan bantu kepada mangsa amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih. "Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa" Ikhlas Daripada, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

photo content

[SALAM AIDIL ADHA 1443H] Asalamualaikum wbt. dan salam sejahtera, Kami dari Majlis Perwakilan Perlajar UTHM ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1443H Moga kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknda, Nabi Ismail AS dapat memberikan pengajaran kepada kita akan pengorbanan yang tidak berbelah bagi dan ketaatan secara penuh kepada Allah SWT sebagai seorang muslim.Mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amalan kebaikan kita dan menjadikan kita seorang muslim yang sentiasa taat dan patuh akan perintahNya.InsyaAllah. "Mudah-mudahan Allah menerima amal ibadah kita dan kamu semua, dan terimalah ya (Allah) yang Maha Mulia" “Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa” Ikhlas Daripada, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022

photo content

[PROGRAM SETULUS KASIH AIDILADHA] Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Saudara/i, Semua pelajar dijemput hadir ke Program Setulus Kasih Aidiladha yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dengan kerjasama Yayasan UTHM pada 10 Julai 2022 (Ahad). Pelajar dimohon untuk memakai baju melayu, baju kurung atau baju kebangsaan. ''Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa'' Ikhlas daripada, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

photo content
+4