MPP UTHM OFFICIAL
Open in Telegram
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Show more2 889
Subscribers
+6224 hours
+1927 days
+19930 days
Posts Archive
2 889
[PEMAKLUMAN OPERASI BAS KONTRAK SEMASA CUTI SEMESTER SEMESTER II SESI 2021/2022]
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa cuti semester akan bermula pada 31hb Julai 2022 hingga 15hb Oktober 2022.Sehubungan itu, TIADA perkhidmatan bas kontrak yang akan beroperasi di UTHM Kampus Parit Raja pada tarikh tersebut. Manakala di UTHM Kampus Cawangan Pagoh, perkhidmatan bas akan mula beroperasi untuk Semester Khas pada 07hb Ogos 2022 hingga 01hb Oktober 2022.
Sekian, terima kasih.
''Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa''
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[ SALAM TAKZIAH SYAZWANI BINTI MOHD NGADIRANRAJA]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, sahabat dan kenalan SAUDARI SYAZWANI BINTI MOHD NGADIRANRAJA, pelajar Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi UTHM Kampus Cawangan Pagoh. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.
"Kepimpinan Berintegriti Pemacu Inspirasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[SELAMAT HARI SARAWAK "SARAWAK MAKMUR"]
Assalamualaikum wt dan selamat sejahtera
Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2021/2022 ingin mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh warga Sarawak.
"Sarawak Ibu Pertiwi, Tanah Tumpah Darahku".
“Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas Daripada,
Mahlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
2 889
[SELAMAT HARI SARAWAK "SARAWAK MAKMUR"]
Assalamualaikum wt dan selamat sejahtera
Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2021/2022 ingin mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh warga Sarawak.
"Sarawak Ibu Pertiwi, Tanah Tumpah Darahku".
“Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas Daripada,
Mahlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
2 889
[PEMAKLUMAN: PENDAFTARAN UJIAN MUET on DEMAND (MoD)
SESI OGOS TAHUN 2022
PUSAT UTHM]
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin memaklumkan bahawa Pendaftaran MUET on Demand (MoD) Sesi Ogos Tahun 2022 berpusat UTHM adalah pada 13 hingga 24 Julai 2022.
Pendaftaran adalah melalui pautan berikut:
http://bit.ly/PendaftaranMoDUTHM
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
*[PEMAKLUMAN: PENDAFTARAN UJIAN MUET on DEMAND (MoD)
SESI OGOS TAHUN 2022
PUSAT UTHM]*
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ingin memaklumkan bahawa Pendaftaran MUET on Demand (MoD) Sesi Ogos Tahun 2022 berpusat UTHM adalah pada 13 hingga 24 Julai 2022.
*Pendaftaran adalah melalui pautan berikut:*
http://bit.ly/PendaftaranMoDUTHM
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Sekian, terima kasih.
_Majlis Perwakilan Pelajar_
_Sesi 2021/22_
_Universiti Tun Hussein Onn Malaysia_
2 889
[MAJLIS MUNAJAT DAN BACAAN YASSIN PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN SEMESTER II 2021/2022]
Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera
Pada 14 & 21 Julai 2022, Majlis Perwakilan Pelajar telah menganjurkan Majlis Munajat Dan Bacaan Yassin Perdana Sempena Peperiksaan Semester II 2021/2022
Antara tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memupuk rasa cinta kepada ibadah supaya sahsiah diri dan ilmu keagamaan dipertingkatkan dalam kalangan pelajar.
Sekian, terima kasih.
"Pencetus Legasi Mahasiswa"
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[ LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN E-HAILING ]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 ingin memaklumkan langkah keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan E-Hailing seperti Grab, EzGrab dan sebagainya. MPP UTHM melahirkan kegusaran terhadap keselamatan pelajar ketika menggunakan perkhidmatan E-Hailing di dalam kolej mahupun di luar kolej.
Amalkan pergerakan secara dalam berkumpulan apabila menggunakan perkhidmatan E-Hailing. Semoga mahasiswa/i UTHM kekal selamat di mana jua anda berada.
…
The Student Representative Council Session 2021/2022 would like to inform the safety measures when using E-Hailing services such as Grab, EzCab and so on. MPP UTHM expressed concern over the safety of students when using the E-Hailing service inside the college or outside the college.
Practice group - movement when using the E-Hailing service. May UTHM students remain safe wherever there are.
“Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[MAJLIS MUNAJAT DAN BACAAN YASSIN PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2021/2022 ]
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM mengadakan Majlis Munajat Dan Bacaan Yassin Perdana Sempena Peperiksaan Akhir Semester ll sesi 2021/2022. Maklumat majlis adalah seperti berikut :
📅 Tarikh : 21 Julai (Khamis)
⏰ Masa : 9:00 malam hingga 10 malam
🏠Platform :
Zoom Meeting
Semua muslimin/muslimat
dijemput untuk hadir bersama supaya kita dapat mengimarahkan majlis tersebut.🤲
Segala pertanyaan boleh hubungi:
Saudari Ain - http://wa.me/601158646817
Saudara Imran - http://wa.me/60182554984
Sekian, terima kasih.
“Pencetus Legasi Mahasiswa”
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sesi 2021/2022
2 889
[EVALUATION OF ACADEMIC STAFF’S TEACHING AND COURSES]
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera
Merujuk perkara di atas, ruangan penilaian SPARK telah dibuka kepada semua mahasiswa/i sehingga 30 Julai 2022.
Dimohon agar semua mahasiswa/i untuk turut serta mengisi penilaian bagi membantu proses penambahbaikan taraf perkhidmatan staf akademik UTHM.
Pautan borang permohonan:
https://spark.uthm.edu.my
Sekian terima kasih.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
