MPP UTHM OFFICIAL
Open in Telegram
Saluran Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM bagi hebahan maklumat dan aktiviti MPP dan mahasiswa.
Show more2 889
Subscribers
+6224 hours
+1927 days
+19930 days
Posts Archive
2 889
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
2. Jabatan Akademik & Kebolehpasaran Graduan, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 sedang menjalankan Tinjauan Keperluan mengadakan Muet On Demand (MOD) sekitar Bulan Ogos 2022, di Kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. MOD berkeperluan bagi pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET.
3. Oleh yang demikian, pelajar boleh mengisi borang yang tertera dibawah selewat - lewatnya 18 Jun 2022, (Sabtu) jam 5:00 petang. Kami memerlukan 100 responden untuk Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menawarkan Ujian MUET on Demand (MOD) di Kampus UTHM.
Pautan borang:
bit.ly/KajiSelidikKeperluanMOD
4. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Sdri. Amirah, di talian (wa.me/60136452246)
Sekian, Terima kasih.
“Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa”
Jabatan Akademik dan Kebolehpasaran Graduan
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[JEMPUTAN MAJLIS HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN]*
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Dimaklumkan bahawa Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 14 dan 16 Jun 2022 bertempat di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru. Sehubungan dengan itu, kepada pelajar yang berminat untuk hadir, sila isikan maklumat di bawah:
(sebelum 13 Jun 2022, 5.00 PM)
Pengangkutan dan makanan disediakan.
Bertolak jam 7.00 pagi dari Masjid Sultan Ibrahim.
Pakaian:
Lelaki - Baju Melayu lengkap bersongkok
Perempuan - Baju Kurung / Jubah
Sila isi maklumat di bawah untu pendaftaran:
https://forms.gle/bL5B4BHnzauNAs7s7
http://wa.me/601121829644
(Sdr. Farhan)
Sekian, Terima Kasih
Anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor
2 889
[JERAYAWARA MPP BERSAMA PELAJAR]
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan menganjurkan Jerayawara Bersama Pelajar mengikut ketetapan berikut:
📆Tarikh:
6 Jun 2022 (Isnin)- di Kafe Kolej Kediaman TDI
7 Jun 2022 (Selasa)- di hadapan SCLH Kolej Kediaman Perwira
8 Jun 2022 (Rabu)- di sekitar Dewan A9
⏰Masa: 8:30 malam - 10:00 malam
3. Kehadiran saudara/i sangat dialu-alukan bagi memeriahkan majlis disamping berkongsi masalah dan aduan anda kepada MPP khususnya berkaitan kebajikan pelajar dan pembangunan mahasiswa.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
6.6.2022
2 889
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
Saudara/i,
KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN DI PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR UTHM BAGI TAHUN 2022
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) sedang menjalankan Kajian Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM Bagi Tahun 2022. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan di PHEP.
3. Sehubungan itu, kami memohon perhatian dan kerjasama Saudara/i untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi soal selidik ini dan memberi maklum balas sebelum atau pada 23 Jun 2022 (Khamis). Sila layari pautan seperti di bawah untuk mengakses soal selidik ini.
https://forms.gle/quoZWixTtha1sQiX9
Segala komitmen yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2023”
Yang benar,
Pengarah
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera,
Saudara/i,
KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PERKHIDMATAN DI PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR UTHM BAGI TAHUN 2022
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) sedang menjalankan Kajian Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM Bagi Tahun 2022. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan di PHEP.
3. Sehubungan itu, *kami memohon perhatian dan kerjasama Saudara/i untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi soal selidik ini dan memberi maklum balas sebelum atau pada 23 Jun 2022 (Khamis)*. Sila layari pautan seperti di bawah untuk mengakses soal selidik ini.
https://forms.gle/quoZWixTtha1sQiX9
Segala komitmen yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
*"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"*
*“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2023”*
Yang benar,
Pengarah
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[DIRGAHAYU MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH]
Asalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Sempena ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 6 Jun 2022.
Kami mendoakan Tuanku dikurniakan umur yang panjang, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik.
"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
💡*CAREER MONTH @UTHMJOBCENTRE*💡
Anda perlu peka dengan program yang bakal menyusul anjuran Jabatan Kerjaya Pelajar di bawah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni (PKKA). Nak tahu ape yang menarik? 🤩 Jom sertai kami! 🙋🏻♂️🙋🏻♀️
🗓 Tarikh: 1 - 31 Jun 2022
Program yang instimewa adalah seperti berikut:
📋Resume Check
🎙Career Talk
🖥 Meet The Employer
💻 Mock Interview
👥 Hiring & Physical Interview
Stay Tune✨
Jangan lepaskan peluang. Kerjaya anda mungkin bermula di sini!
Layari program-program menarik sepanjang bulan ini⤵️
https://linktr.ee/UTHMCAREERMONTH
📍Pertanyaan lanjut, hubungi:
http://wassap.my/601121896481 atau email jobcentre@uthm.edu.my
📍Layari media sosial kami untuk mendapat pelbagai informasi terkini mengenai peluang latihan industri dan pekerjaan:
https://linktr.ee/PKKAUTHM
#MyCareer #MyIntern #PKKA_UTHM #JobCentre@UTHM #UTHMCareerMonth #CentreOfHiring
2 889
[INFORMATION : MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) RESULT SESSION 1 YEAR 2022]
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,
Dimaklumkan, rayuan semak semula MUET Sesi 1 2022 daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah pada 30 Mei 2022 sehingga 5 Jun 2022. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian, melalui pautan berikut:
http;//webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/
...
Assalamualaikum wbt. and greetings,
Be informed of the Malaysian University English Test (MUET) Appeal Session 1 Year 2022 from Malaysian Examination Council (MPM) will be on 30th May 2022 until 5 June 2022. Students can refer to the official website of Malaysian Examinations Council (MPM) using the link provided.
"Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2 889
[FESTIVAL KONVOKESYEN UTHM 2022 GLOBAL FIESTA-THE FUTURE IS HERE]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Festival Konvokesyen UTHM 2022 GLOBAL FIESTA - THE FUTURE IS HERE kembali lagi!
Sama-sama kita nantikan pelbagai aktiviti menarik termasuk penampilan artis-artis terkenal tanah air serta karnival jualan besar-besaran yang akan
kami bawakan kepada anda ✨
Tarikh: 21 Mei - 26 Mei 2022
Masa: 9 Pagi - 12 malam
Lokasi: Tempat Letak Kereta Palapes (UTHM)
Semua warga UTHM dan orang ramai dijemput hadir
"Keterampilan Pemimpin, Pencetus Legasi Mahasiswa"
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/2022
Universiti Tun Hussein On Malaysia
2 889
[ PEMAKLUMAN INISIATIF KAD PRIHATIN SISWA UTHM ]
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Sukacitanya dimaklumkan kepada mahasiswa/i UTHM bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam seluruh Malaysia dan Bank RHB akan melancarkan inisiatif Kad Prihatin Siswa (Kad Pelbagai Fungsi) untuk semua pelajar universiti awam dalam masa terdekat yang meliputi ;
📌Kad Matrik Pelajar
📌Kad Debit
📌Kad Diskaun, dan
📌E-wallet
Kad Prihatin Siswa ini diwujudkan bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT serta mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada mahasiswa/i UTHM.
Sekian, Terima Kasih.
“Keterampilan Pemimpin Pencetus Legasi Mahasiswa”
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2021/22
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
