cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

doa2 harian dan kata-kata positif ❤️

✐ Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Terus sokong kami dengan #hatihatijagahati ye 😘 *muchlove

Show more
Malaysia5 836The language is not specifiedReligion & Spirituality51 985
Advertising posts
787
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Repost from Ad-Dien Abdul Kadir
Sesalilah dosa-dosa yang kita buat itu seperti ianya dosa besar. Kata Fudhail bin Iyadh: ‎وبقدر ما يعظم عندك يصغر عند الله ‎“Dosa itu sesuai dengan kadar tanggapanmu, semakin kau anggap ia besar, semakin kecil dosa itu disisi Allah.” [Siyar A’lam an-Nubala’ 8/427]
Show all...
Repost from Ad-Dien Abdul Kadir
Kata Abu Laith as-Samarqandi, orang yang selalu dengki rezeki/nikmat orang lain akan ditimpa 5 musibah: 1. Kesedihan berterusan 2. Musibah yang banyak 3. Celaan orang ramai 4. Murka Allah 5. Ditutup pintu taufiq [al-Mustatraf 1/221] Dengki rezeki orang, sempit rezeki sendiri.
Show all...
اللهم صل على سيدنا محمد
Show all...
Seberat apapun ujian yg kamu hadapi, percayalah itu adalah bahasa cinta dari tuhan. Cubalah cari hikmah disebalik kesakitan. Didoakan semoga kalian semua bahagia dan dipermudhkn segala urusan. Moga istiqamah dalam mencari hikmah dan cintaNya. Aamiin
Show all...
Semoga yg diberi kenikmatan jgn lupa bersyukur, n smoga yg diberi ujian, utk bersabar juga bersyukur. Ujian mendekatkan kita pada penciptaNya.
Show all...
Sgt2 bagus hadis tu. Baca skali dgn pengajaran hadis skali ye☺️
Show all...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Bersyukur Atas Nikmat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْهُ. Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan bentuk tubuh, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.” (HR Bukhari No: 6490). Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.Allah SWT telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah SWT juga memberikan kepada setiap hamba akan kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu perkara sebagai ujian. Menerusi ujian tersebut Allah SWT akan menilai hakikat keimanan seseorang hamba, adakah dia benar-benar bersyukur dengan kelebihan atau bersabar di atas kekurangan yang diberikan. 2.Seorang yang benar-benar beriman akan memiliki hati yang sentiasa mengekalkan sifat syukur diatas segala nikmat dan rezeki yang dimiliki. Dia akan sentiasa menjauhi sifat hasad dengki terhadap nikmat yang diperoleh orang lain serta mengurangkan kerisauan hati daripada mengejar harta duniawi. Syukur dan sabar dengan ujian dan godaan duniawi seperti kemiskinan dan musibah boleh diperoleh secara memandang kepada orang lain yang lebih daif atau yang lebih rendah daripadanya. 3.Memandang kepada seseorang yang memiliki kelebihan harta dan tubuh badan akan menyebabkan bertambah keinginan atau kerunsingan yang membawa kepada kedengkian dan mengikis sifat syukur. Adapun jika memandang kepada seseorang yang kurang daripadanya, maka ia akan menjadikan seseorang itu lebih bersyukur, bertambah ketenangan dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT. 4. Seringlah memandang orang yang lebih rendah atau kurang daripada kita agar kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Namun dalam perkara yang berhubung dengan akhlak, ilmu dan ibadah maka lihatlah orang yang lebih baik sebagai ikutan kita. Negara Rahmah Ummah Sejahtera #KeluargaUtuh #MasyarakatProgresif #BinaNegaraRahmah #PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor 26hb Julai 2022 26hb Zulhijjah 1443H Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram
Show all...
1 Hari 1 Hadis

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

Repost from Jentik Hati
Untuk yang tengah cari kerja, mencari jodoh yang baik, dan ada hajat, boleh amalkan doa ini 😊🤲
Show all...