Coach Aizac
Open in Telegram
665
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-530 days
Posts Archive
665
SEMUA BENDA NAIK! APA LANGKAH KITA?
Kadang-kadang kita tak sedar… bil elektrik yang kita bayar setiap bulan tu sebenarnya sedang “berubah diam-diam”.
Sejak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mula kurangkan subsidi melalui pelarasan AFA, ramai yang mula rasa bil makin lama makin tinggi.. Tambah pula dengan keadaan dunia sekarang, harga minyak pun tak menentu. Saya pun pernah berada dalam situasi tu.
☕ Cerita Ringkas Dari Rumah Saya
Dulu, bil elektrik rumah saya sekitar RM350 – RM400 sebulan.
Itu sebelum ada solar, dan sebelum pakai EV.
Bila saya mula explore pasal solar, vendor tanya satu soalan je:
👉 “Berapa bil elektrik bulanan?”
Dari situ, mereka cadangkan sistem sekitar 7kWp – 9kWp.
Akhirnya saya pilih 7.44kWp (12 panel) dan pasang pada April 2025 di bawah skim NEM 3.0.
Lepas pasang?
Bil tu turun… dari ratus-ratus ringgit kepada sekitar RM10 – RM30 sebulan.
Memang terasa bezanya, walaupun perubahan tu berlaku “senyap-senyap”.
🚗 Bila EV Masuk Dalam Cerita
Masuk Januari 2026, saya mula guna BYD Sealion 7. Saya pasang wallbox charger di rumah untuk pengecasan.
Jujurnya, saya jangka bil akan naik banyak..
Tapi rupanya masih terkawal.
Sekarang bil sekitar RM70 – RM90 sebulan.
Kalau fikir logik:
Rumah guna elektrik..
Kereta pun guna elektrik..
Tapi sebahagian tenaga tu datang dari bumbung sendiri.
☀️ Sedikit Perbezaan Tentang Pakej Solar Sekarang berbanding masa saya pasang tahun lepas..
Masa saya pasang dulu, saya sempat guna NEM 3.0 di mana lebihan tenaga boleh “tolak” bil dengan kadar 1:1.
Tapi sekarang, skim NEM untuk pengguna domestik sebenarnya dah ditamatkan.
Sebagai gantinya, pakej yang ada sekarang adalah di bawah ATAP.
Pendekatan ATAP ni sedikit berbeza:
Lebih fokus kepada guna tenaga sendiri (self-consumption)
Kurangkan kebergantungan kepada grid,
Lebih kepada “protect diri” daripada kenaikan tarif masa depan.
Maksudnya, cara kita melihat solar pun dah berubah:
👉 Bukan lagi semata-mata nak “jual balik tenaga".. tapi lebih kepada kawal penggunaan sendiri dengan lebih bijak
🤔 Jadi… Perlu Pasang Solar?
Saya tak kata semua orang kena pasang sekarang.
Tapi mungkin soalan yang lebih menarik:
Bil elektrik rumah anda sekarang berapa?
Kalau tarif naik lagi, apa impaknya?
Kalau satu hari nanti guna EV, macam mana pula?
Kadang-kadang jawapan tu bukan terus “ya” atau “tidak”… Tapi lebih kepada “bila masa yang sesuai untuk mula”.
Kesimpulannya..
Bagi saya, solar ni bukan sekadar pasang panel di bumbung. Ia lebih kepada satu langkah kecil untuk:
✔️ Lebih kawal kos sendiri
✔️ Kurangkan kebergantungan pada faktor luar
✔️ Bersedia untuk masa depan terutama bila gaya hidup dah mula berubah (contohnya EV)
Dan semuanya bermula dari satu perkara yang simple:
👉 kita mula ambil tahu ke mana sebenarnya duit bil elektrik kita pergi setiap bulan
Kalau anda tengah fikir-fikir pasal solar sekarang, itu pun sebenarnya dah satu langkah ke depan 👍
So, daripada kita terus bermuram durja, lebih baik kita fikir dan ambil langkah sewajarnya.
Dak gitu?
#SOLAR #ATAP #TARIFTNB #AFA #KONFLIKPERANG #EV #MASADEPAN
https://www.facebook.com/share/p/14iRGN1y3XC/
665
BILA SEBENARNYA PEMINJAM SELAKU PEMBELI MULA MEMBAYAR LOAN INSTALMENTS KEPADA BANK?
.
Dalam urusan jual-beli hartanah, pembeli yang membuat pinjaman dengan bank akan mula membayar loan instalments kepada pihak bank sejurus selepas bank disburse atau melepaskan pinjaman tersebut.
.
Berapa kali bank akan buat disbursements?
.
Ia bergantung kepada status hartanah tersebut sama ada ia masih mempunyai gadaian/bebanan (encumbered) atau bebas dari sebarang bebanan (free from any encumbrances).
.
Jika ia masih mempunyai gadaian/bebanan, bank pembeli akan melepaskan sebahagian daripada loan pembeli kepada bank penjual untuk melunaskan bayaran tebus hutang (redemption sum) kepada bank penjual yang juga dikenali sebagai 1st disbursement.
.
Ketika inilah, pembeli selaku peminjam akan mula membayar sebahagian daripada loan instalments untuk service interest mengikut jumlah yang telah di lepaskan oleh bank pembeli tadi. Jumlah bayaran bergantung kepada berapakah jumlah loan yang telah dilepaskan oleh pihak bank pembeli kepada bank penjual.
.
Setelah pelepasan gadaian ditandatangani oleh bank penjual dan pindahmilik atas nama pembeli boleh didaftarkan di pejabat tanah, maka bank pembeli akan melepaskan pula baki pinjaman sepenuhnya kepada peguam pihak penjual. Proses ini juga dikenali sebagai final disbursement. Ketika itulah pembeli akan membayar full instalments sepenuhnya kepada bank pihak pembeli.
.
Jika hartanah tersebut adalah bebas daripada sebarang bebanan dan tak perlu melepaskan gadaian bank penjual, maka bank pembeli akan terus melepaskan sepenuhnya jumlah loan pembeli kepada peguam pihak penjual untuk melunaskan keseluruhan baki harga jual mengikut terma yang terkandung di dalam Perjanjian Jual Beli.
.
Sejurus selepas bank melepaskan keseluruhan pinjaman tersebut, maka bayaran instalments pembeli pon akan bermula dan pembeli harus menjelaskan sepenuhnya full installments nya kepada pihak bank.
.
Dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat daripada posting ini?
.
Kongsikan posting ini kepada rakan-rakan anda supaya mereka juga boleh mempelajari sesuatu daripadanya.
.
Terima kasih
.
#HARTANAHDANANDA #HARTANAH #LOANDISBURSEMENT #LOANINSTALLMENTS #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
665
Bagaimana Memastikan Ejen Hartanah Berlesen & Urusan Jual-Beli Selamat
Nak beli atau jual rumah?
Jangan ambil mudah soal ejen hartanah. Silap langkah, duit dan masa boleh melayang. Ini panduan ringkas tetapi penting untuk melindungi anda 👇
✅ 1. Pastikan Ejen Hartanah Berlesen
Ejen hartanah yang sah mesti berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).
Apa yang perlu anda semak:
Ejen Hartanah mesti ada REN Tag (ada gambar & nombor pendaftaran).
Status ejen boleh disemak di laman web rasmi LPPEH.
Pastikan ejen bernaung di bawah Agensi Hartanah berlesen, bukan bergerak sendiri
📌 Jika tiada nombor REN atau enggan tunjuk REN Tag – itu tanda amaran.
✅ 2. Fahami Peranan Ejen Hartanah Yang Betul
Ejen berlesen sepatutnya:
Memberi penerangan tepat tentang hartanah
Menyediakan Booking Form yang jelas
Menguruskan proses sehingga SPA ditandatangani
Berurusan dengan peguam & bank secara profesional
❌ Ejen tidak boleh sesuka hati ubah terma, janji pulangan palsu atau tekan pembeli buat bayaran tergesa-gesa.
💰 3. Tatacara Bayaran Earnest Deposit (Booking Fee)
Ini bahagian paling kritikal.
👉 Earnest Deposit MESTI dibayar ke akaun Agensi Hartanah, BUKAN ke akaun peribadi ejen.
Kenapa penting?
Akaun agensi diaudit & ada rekod rasmi
Melindungi pembeli jika urusan terbatal
Mengelakkan penipuan & salah guna wang
📄 Pastikan anda menerima:
Resit rasmi agensi
Salinan Booking Form yang lengkap & ditandatangani
⚠️ Jika ejen minta bayar ke akaun individu dengan alasan “cepat” atau “urusan dalaman” – TOLAK.
🏠 Kesimpulan
Urusan jual-beli hartanah melibatkan nilai yang besar.
Ejen berlesen + prosedur betul = urusan lebih selamat & terjamin.
Jangan malu bertanya, jangan takut buat semakan kerana hartanah bukan urusan sekadar "cuba-cuba".
✍️ Dikongsikan oleh Coach Aizac,
Peguam Hartanah & Founder Hartanah Dan Anda
#RENTAG #EJENHARTANAH #JUALBELIRUMAH #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
665
KENAPA BANKER JE YANG KENA DAKWA?
“Kenapa banker kena tangkap… tapi peguam yang bagi rasuah ‘macam tak kena’?”
Ramai yang marah.
Ramai yang keliru.
Ramai yang rasa sistem ni berat sebelah.
Isunya begini..
Bila SPRM tangkap seorang banker kerana menerima rasuah, sebenarnya ia bukan sekadar isu “dia ambil duit haram”. Ia adalah isu pengkhianatan amanah awam.
Seorang banker memegang kuasa besar: – Kuasa lulus atau gagalkan pinjaman
– Kuasa melantik peguam yang uruskan dokumentasi pinjaman
– Kuasa mempercepat atau melambatkan proses pinjaman
Bila kuasa ini “dijual”, kerosakan dia bukan kecil. Ia rosakkan sistem kewangan. Ia rosakkan pasaran. Ia rosakkan kepercayaan rakyat.
Sebab itu, banker yang menerima rasuah sering menjadi sasaran utama pendakwaan.
“Tapi peguam yang bagi tu takkan tak kena dakwa?”
Undang-undang tak pernah membezakan.
➡️ Memberi rasuah = satu jenayah
➡️ Menerima rasuah = satu jenayah
➡️ Orang tengah = satu jenayah
Bezanya cuma satu iaitu BUKTI.
Dalam kes-kes rasuah, yang paling sukar ialah membuktikan si pemberi:
– Duit mungkin melalui orang tengah
– Transaksi mungkin berlapik
– Perjanjian mungkin hanya lisan
– Saksi mungkin tak mahu tampil
Kadang-kadang, pemberi akan didakwa — cuma bukan dalam masa yang sama.
SPRM tidak dakwa berdasarkan emosi tetapi berdasarkan BUKTI.
Dan bila bukti cukup, siapa pun boleh di dakwa..
tak kira banker, peguam, kontraktor, tauke, pengurus atau orang biasa.
Kesimpulan yang paling penting:
Rasuah bukan sekadar “nak senangkan urusan”.
Ia adalah racun yang:
– merosakkan sistem
– menghancurkan kerjaya
– menjahanamkan keluarga
– memusnahkan masa depan
Hari ini mungkin “lepas”.
Esok mungkin “viral”.
Lusa mungkin “mahkamah”.
Jadi pesanan ikhlas saya:
❌ Jangan sesekali memberi rasuah
❌ Jangan sesekali menerima rasuah
❌ Jangan sesekali jadi orang tengah
Tak kira dalam dunia hartanah, perbankan, guaman, bisnes, projek kerajaan atau swasta.
P/S: Coach hadir mewakili HartaGuam ke mesyuarat meja bulat memerangi rasuah bersama SPRM dan YADIM baru-baru ini.
#BENCIRASUAH #JANGANBERI #JANGANTERIMA #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
665
MESYUARAT AGUNG HARTAGUAM KALI KE-10
Semalam, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan ke-10, Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) di Cyberjaya.
Banyak perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut terutamanya berkaitan aktiviti yang telah dan bakal dijalankan oleh HartaGuam khususnya demi mengangkat martabat ahli-ahlinya dan masyarakat secara amnya.
Dalam mesyuarat tersebut juga, ahli telah bersepakat untuk memperbanyakkan lagi aktiviti bersifat kemasyarakatan dengan menganjurkan sesi "klinik guaman hartanah" kepada masyarakat.
Selain itu, HartaGuam juga merancang untuk menerbitkan rancangan Podcast sebagai wadah untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat khususnya berkaitan Undang-undang dan hartanah.
Dalam mesyuarat tersebut juga, ahli-ahli telah bersepakat melantik Ahli Majlis Tertinggi HartaGuam yang baru seperti berikut:
Jawatankuasa Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Guaman Hartanah Malaysia sesi 2025 - 2027:
Pengerusi :
Nazri bin Mustafa
Timbalan Pengerusi :
Aizac Bin Ismail
Setiausaha:
Marisa Binti Mamat
Penolong Setiausaha:
Azrin Zarina Binti Abd Ragis
Bendahari:
Deidra Nur Binti Azmi
AJK:
1) Nur Nabilah Mohd Aris
2) Madihah bt Abdullah
Turut dilantik ialah 2 orang ahli sebagai Juruaudit iaitu :
1. Atiqah
2. Nabila Azmi
Diharapkan dengan adanya AMT yang baru ini, HartaGuam dapat terus menyumbang bakti kepada ahli-ahlinya dan juga masyarakat dengan lebih giat lagi.
#HartaGuam #AGM #Coachaizac #PeguamHartanah
665
IBARAT "TELUR ATAU AYAM DULU?"
Kebimbangan utama bagi mereka yang mahu beralih kepada kereta elektrik (EV) ialah jarak pandu dan ketersediaan stesen pengecas, terutama di kawasan luar bandar.
Situasinya ibarat persoalan klasik: “Yang mana dulu… telur atau ayam?” Pengguna menunggu lebih banyak stesen pengecas untuk rasa yakin, manakala pembekal pula menunggu lebih ramai pengguna EV sebelum memperluaskan rangkaian pengecasan.
Hakikatnya, inilah fasa peralihan teknologi. Semakin ramai yang memilih EV, semakin cepat infrastruktur akan berkembang. Dan apabila stesen pengecas mula memenuhi bandar hingga ke pekan kecil, keyakinan untuk memiliki EV akan datang dengan sendiri.
Perubahan besar bermula dengan langkah pertama. Sama ada kita suka atau tidak, masa depan mobiliti negara ini tetap menuju ke arah teknologi hijau yang kian hari bertambah pesat membangun.
#EV #TeknologiHijau #GreenEnergy #Annadikop #KOPERASIANNADI
https://www.facebook.com/share/v/1Bsnj2wQXH/
665
MENYIMPANLAH BERMULA HARI INI
Menyediakan deposit 10% sebelum beli rumah bukan lagi pilihan, ia adalah asas paling penting untuk mana-mana bakal pembeli rumah.
Dengan adanya deposit yang cukup, proses beli rumah jadi lebih lancar, bank lebih mudah luluskan pinjaman, dan anda juga menunjukkan komitmen kewangan yang kukuh kepada penjual.
Anggaplah deposit ini sebagai langkah pertama menuju rumah impian anda. Lagi awal anda rancang dan simpan, lagi cepat impian itu menjadi kenyataan.
Mulakan simpanan anda untuk memiliki rumah hari ini kerana deposit 10% adalah kunci masuk rumah baru anda.
#Deposit #10peratus #SPA #MilikiRumah #mulakansimpanan #coachaizac #peguamhartanah
665
B. Jika Rayuan Masih Ditolak
Pilihan lain:
1. Buat rayuan kali kedua (dengan dokumen lebih kukuh)
2. Tukar pembeli kepada Bumiputera
3. Batal SPA (jika ada klausa "Subject to State Consent")
7️⃣ Perkara Penting Yang Wajib Ada Dalam Surat Rayuan
Surat rayuan perlu memasukkan elemen berikut:
✔ Latar belakang kes
✔ Sebab penolakan
✔ Alasan kukuh kenapa permohonan patut dipertimbangkan
✔ Bukti kegagalan jual kepada Bumiputera
✔ Bukti “financial hardship” penjual
✔ Permohonan agar PBN mempertimbangkan secara “compassionate grounds”
✔ Keterbukaan untuk mematuhi syarat tambahan PBN
Jika anda perlukan panduan atau khidmat nasihat berkenaan proses Rayuan Kebenaran Pindahmilik ini, anda boleh hubungi Coach untuk membantu anda dalam urusan tersebut.
#Consent #KebenaranPindahmilik #KTN #Coachaizac #Peguamhartanah
665
LANGKAH-LANGKAH RAYUAN UNTUK KES BUMI JUAL KEPADA BUKAN BUMI (NEGERI SELANGOR)
Bagi negeri Selangor, polisi pemilikan hartanah adalah agak ketat terutamanya bagi pindah milik tanah berstatus Bumiputera kepada bukan Bumiputera.
Namun, rayuan masih dibenarkan, dan terdapat kes di mana rayuan diluluskan jika alasan kukuh dan keadaan mendesak dapat dibuktikan.
Situasi penjual dalam kes ini (dalam tempoh lebih setahun, penjual telah cuba menjual kepada Bumiputera tetapi tidak berjaya dan penjual menghadapi masalah Kewangan yang serius) meletakkan beliau dalam kategori “Hardship Case” kes kesulitan yang boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Berikut ialah langkah-langkah yang perlu dibuat oleh penjual:
1️⃣ Dapatkan Surat Penolakan Rasmi dari Pejabat Tanah
Sebelum merayu, penjual perlu mendapatkan:
✔ Surat rasmi yang menyatakan permohonan pindah milik ditolak
✔ Sebab penolakan — dalam kes ini:
“Pindah milik Bumiputera kepada bukan Bumiputera tidak dibenarkan di bawah dasar Negeri Selangor.”
Surat ini diperlukan sebagai dokumen asas untuk rayuan.
2️⃣ Sediakan Surat Rayuan Rasmi Kepada:
📌 Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS)
dan/atau
📌 Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Selangor
Rayuan biasanya dihantar melalui Pejabat Tanah Daerah untuk dimajukan ke peringkat lebih tinggi.
Surat rayuan mesti disediakan oleh:
• Penjual sendiri, ATAU
• Peguam yang mewakili penjual
3️⃣ Nyatakan Alasan Rayuan Secara Terperinci & Disokong Bukti
Rayuan perlu membuktikan dua faktor utama:
A. Pihak Penjual Telah Berusaha Menjual Kepada Bumiputera (Tetapi Gagal)
Ini sangat penting untuk menunjukkan bahawa:
✔ Penjual tidak sengaja mahu jual kepada bukan Bumi
✔ Penjual telah mencuba semua saluran yang munasabah
✔ Tiada pembeli Bumiputera dalam tempoh yang panjang
Bukti yang perlu disertakan:
Iklan jualan di portal hartanah (PropertyGuru, Mudah, iProperty)
Iklan media sosial (FB Ads, IG Ads, Marketplace)
Surat penjelasan daripada ejen hartanah (jika ada)
Tempoh pengiklanan (sekurang-kurangnya 12 bulan)
Ini menunjukkan kepada PBN bahawa pasaran sebenar tidak mempunyai permintaan Bumi terhadap tanah itu.
B. Penjual Menghadapi Masalah Kewangan Yang Serius (Hardship Basis)
Dalam banyak kes, PBN akan mempertimbangkan kelonggaran jika penjual berada dalam kesusahan yang serius.
Penjual perlu menerangkan:
✔ Hutang yang sedang ditanggung
Contoh: hutang bank, pinjaman peribadi, tunggakan, pinjaman perniagaan.
✔ Risiko tindakan undang-undang
Contoh: notis saman, notis tuntutan, final reminder, legal letter.
✔ Keadaan kewangan yang mendesak
Contoh: keperluan untuk menyelamatkan rumah/tanah lain, kos rawatan keluarga, masalah syarikat.
Bukti yang boleh disertakan:
Surat tuntutan daripada pihak pemiutang
Notis pra-saman (Letter of Demand)
Penyata hutang bank / laporan CCRIS
Bukti pendapatan rendah / kehilangan kerja
Surat pengesahan daripada peguam
Semakin kuat bukti, semakin tinggi peluang rayuan dipertimbangkan.
4️⃣ Saranan Alternatif Dalam Rayuan (Jika perlu)
Untuk meningkatkan peluang, surat rayuan boleh mengandungi cadangan seperti:
✔ Pembeli bersetuju membayar "Levy / Premium" tambahan
Sesetengah negeri membenarkan pindah milik merentas kaum dengan bayaran tambahan tertentu (Selangor menilai kes demi kes).
✔ Penjual memohon pelepasan sekatan untuk sekali sahaja ("one-off exemption")
Berdasarkan faktor kesusahan kewangan.
✔ Menyarankan PBN mengenakan apa-apa syarat tambahan yang dianggap perlu
Ini menunjukkan penjual terbuka untuk mematuhi apa sahaja syarat negeri.
5️⃣ Hantar Rayuan Secara Rasmi melalui Pejabat Tanah Daerah
Prosesnya:
1. Serahkan surat rayuan
2. Sertakan semua dokumen sokongan
3. Dapatkan akuan terima (penting untuk rekod)
4. Fail akan dimajukan ke PTGS
5. PTGS akan bawa ke Mesyuarat PBN untuk pertimbangan
Sesi pertimbangan boleh mengambil masa antara 1–3 bulan atau lebih.
6️⃣ Bersedia Dengan Dua Keputusan:
A. Jika Rayuan Diluluskan
PBN akan keluarkan:
✔ Surat Kebenaran Pindah Milik (dengan syarat tertentu, jika ada)
✔ Peguam boleh teruskan Borang 14A untuk pendaftaran
665
NAK JIMAT BIL ELEKTRIK, TENGOK NI DULU!
Podcast Hartanah dan Anda kali ini kita menampilkan Mr Karuna dan Mr Tan daripada Syarikat Tenaga Solar Jaya Maju Sdn Bhd membincangkan topik "Tenaga Hijau Melestarikan Alam".
Anda boleh tonton podcast tersebut melalui link di bawah:
https://youtu.be/X0LVfJPsZXw?si=q4TyfdlYQVupIHtz
Jika anda berhasrat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pakej pemasangan tenaga solar di rumah atau di premis perniagaan anda, sila hubungi syarikat Tenaga Solar melalui:
No tel: +6012 206 4359 (whatsapp)
Email: tm@tenagasolar.com
Anda juga boleh follow mereka di:
https://www.facebook.com/tenagasolar.jaya.maju.sdn.bhd/
Atau lawati laman web mereka di:
Website: www.tenagasolar.com
Jangan lupa mention podcast Hartanah dan Anda untuk dapatkan diskaun menarik daripada Tenaga Solar ya!
#podcast #hartanahdananda #tenagahijau #solarenergy #tenagasolar #EV #CPO #coachaizac #peguamhartanah
665
*JOM KICKSTART 2026 BERSAMA HARTANAH DAN ANDA*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seperti yang telah Coach war-warkan kepada anda dalam sesi Webinar semalam, Coach nak ajak anda semua untuk memulakan tahun 2026 dengan persediaan yang lebih teratur, jelas dan bertenaga melalui sesi perkongsian eksklusif bersama Hartanah dan Anda melalui program *KICKSTART 2026*.
Program ini direka khusus untuk Pejuang-pejuang Hartanah yang mana ia akan memberikan perspektif baru, panduan komprehensif, kefahaman jelas dan strategi yang boleh terus diaplikasikan bagi membantu anda melangkah ke tahun baru 2026 dengan lebih yakin.
Barisan penceramah:
👨🏫 Cikgu Jamrus Property – Otai Hartanah
⚖️ Coach Aizac – Pengamal Undang-Undang
🏗️ Encik Amran – Guru Pecah Lot
Dalam seminar ini, anda akan didedahkan dengan:
* Perspektif baru dalam dunia hartanah - bagaimana urusan "Pecah Lot" boleh dibuat dengan tersusun menggunakan langkah yang betul;
* Pencerahan isu undang-undang terutamanya untuk "newbie" dalam bidang perundingan hartanah; dan
* Perkongsian pengalaman dan teknik untuk kekal konsisten khususnya dalam bidang hartanah
Program ini akan dijalankan secara *OFFLINE* seperti berikut:
📅 13 Disember 2025 (Sabtu)
⏰ 9.00 AM – 1.00 PM
📍 Suasana Ilmu, BTHO Cheras
Tempat adalah *terhad kepada 30 pax sahaja* bagi memastikan sesi yang lebih fokus dan berkualiti.
Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, boleh mendaftar di link : https://tinyurl.com/KICKSTART-2026
Atau boleh hubungi 📞 010-9852454 (Shykin)
Ayuh kita MULAKAN tahun 2026 dengan sesuatu yang benar-benar berbeza dan memberi impak yang positif kepada semua.
#KICKSTART2026 #CIKGUJAMRUSPROPERTY #COACHAIZAC #PECAHLOT #MOTIVASIHARTANAH #REN #PEGUAMHARTANAH
665
NAK BELI RUMAH SECARA SUBSALE?
JOM FAHAMI 10 LANGKAH NI DULU!
.
1. Buat kira-kira hartanah untuk semak KELAYAKAN dan KEMAMPUAN kita sebelum beli rumah. Pastikan bajet kita tak burst dan semuanya under control.
.
2. Kaji rumah yang nak dibeli sama ada ia berbaloi atau sebaliknya. Buat inspection dengan ejen hartanah untuk tengok keadaan rumah.
.
3. Sign borang booking untuk mulakan pembelian dengan ejen hartanah.
.
4. Bayar Booking Fee rumah 3% atas nama syarikat Agency Hartanah. Jangan sekali-kali buat bayaran terus kepada ejen atas nama individu.
.
5. Apply pembiayaan perumahan dengan bank.
.
6. Once loan dah lulus, Sign letter of offer dengan banker.
.
7. Dapatkan quotation legal fees daripada peguam dan lantik peguam untuk uruskan Perjanjian Jual Beli.
.
8. Sign perjanjian jual beli dan buat bayaran baki deposit 7% kepada peguam yang anda lantik tadi.
.
9. Peguam uruskan proses jual beli dan pendaftaran pindah milik di pejabat tanah.
.
10. Setelah urusan pendaftaran pindahmilik selesai, TAHNIAH kerana kunci rumah boleh diserahkan kepada anda!
.
SHARE kan maklumat ini kepada rakan-rakan anda supaya mereka juga boleh mendapat manfaat daripadanya.
.
#HARTANAHDANANDA #10LANGKAH #BELIRUMAH #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
