Coach Aizac
Open in Telegram
665
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-530 days
Data loading in progress...
Similar Channels
Tags Cloud
No data
Any problems? Please refresh the page or contact our support manager.
Incoming and Outgoing Mentions
---
---
---
---
---
---
Attracting Subscribers
September '26
September '260
in 0 channels
August '26
+1
in 0 channels
Get PRO
July '260
in 0 channels
Get PRO
June '26
+2
in 0 channels
Get PRO
May '26
+3
in 0 channels
Get PRO
April '26
+1
in 0 channels
Get PRO
March '26
+2
in 0 channels
Get PRO
February '26
+1
in 0 channels
Get PRO
January '26
+1
in 0 channels
Get PRO
December '25
+1
in 0 channels
Get PRO
November '25
+2
in 0 channels
Get PRO
October '25
+2
in 0 channels
Get PRO
September '25
+1
in 0 channels
Get PRO
August '25
+5
in 0 channels
Get PRO
July '25
+2
in 0 channels
Get PRO
June '25
+5
in 0 channels
Get PRO
May '25
+1
in 0 channels
Get PRO
April '25
+4
in 0 channels
Get PRO
March '250
in 0 channels
Get PRO
February '25
+5
in 0 channels
Get PRO
January '25
+4
in 0 channels
Get PRO
December '24
+2
in 0 channels
Get PRO
November '24
+4
in 1 channels
Get PRO
October '24
+1
in 0 channels
Get PRO
September '24
+2
in 0 channels
Get PRO
August '24
+2
in 1 channels
Get PRO
July '24
+4
in 0 channels
Get PRO
June '24
+4
in 0 channels
Get PRO
May '24
+5
in 0 channels
Get PRO
April '24
+2
in 0 channels
Get PRO
March '24
+7
in 0 channels
Get PRO
February '24
+6
in 0 channels
Get PRO
January '24
+7
in 0 channels
Get PRO
December '23
+7
in 0 channels
Get PRO
November '23
+4
in 0 channels
Get PRO
October '23
+4
in 0 channels
Get PRO
September '23
+2
in 0 channels
Get PRO
August '23
+3
in 0 channels
Get PRO
July '23
+9
in 0 channels
Get PRO
June '23
+8
in 0 channels
Get PRO
May '23
+3
in 0 channels
Get PRO
April '23
+3
in 0 channels
Get PRO
March '23
+1
in 0 channels
Get PRO
February '23
+1
in 0 channels
Get PRO
January '23
+10
in 0 channels
Get PRO
December '22
+4
in 0 channels
Get PRO
November '22
+6
in 0 channels
Get PRO
October '22
+3
in 0 channels
Get PRO
September '22
+779
in 0 channels
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 08 September | 0 | |||
| 07 September | 0 | |||
| 06 September | 0 | |||
| 05 September | 0 | |||
| 04 September | 0 | |||
| 03 September | 0 | |||
| 02 September | 0 | |||
| 01 September | 0 |
Channel Posts
EKSTREMIS ATAU NASIONALIS?
Adakah seseorang yang lantang mempertahankan hak bangsa dan negara boleh terus dilabel sebagai ekstremis atau sebenarnya, beliau hanyalah seorang nasionalis yang berani menyuarakan pendirian?
Dalam episod kali ini, SBP membawakan tetamu istimewa:
šļø Islah Wahyudi Zainudin
Calon Bebas DUN Sri Tanjung (N33)
Pilihan Raya Negeri Sembilan
Beliau berkongsi mengenai asal usul nama Port Dickson yang sebenarnya adalah warisan penjajah dan siapa sebenarnya "Dickson" itu, isu Bahasa Melayu yang "dilacurkan", cabaran menjadi calon bebas dalam pilihanraya serta harapan dan visi beliau untuk rakyat Sri Tanjung, Negeri Sembilan.
Tiada skrip. Tiada tapisan. Tiada soalan yang disembunyikan.
Di SBP, kami percaya bahawa setiap pandangan wajar didengar supaya rakyat sendiri boleh membuat penilaian berdasarkan fakta, bukan persepsi.
š Tonton sekarang dan nilai sendiri.
https://youtu.be/4MEiKpfSbvE?si=0LlLalVYZjcsb8VT
š¬ Kongsikan pendapat anda di ruangan komen: Pada pandangan anda, di manakah garis pemisah antara seorang ekstremis dan seorang nasionalis?
Jangan lupa:
š Subscribe channel SBP
š Like š¬ Comment š¤ Share kepada rakan-rakan agar lebih ramai dapat mengikuti perbincangan yang matang dan berfakta.
#SBPPodcast #SembangBudakPandai #CoachAizac #IslahWahyudi #SriTanjung #N33 #PRNNS #PolitikMalaysia #Nasionalisme #Ekstremisme #SuaraRakyat #Podcast #BicaraTerbuka #FaktaBukanAuta
| 2 | Memohon Kebenaran Pindahmilik daripada pihak berkuasa negeri adalah proses penting sebelum anda boleh menjual hartanah kepada pembeli.
Bagaimanakah caranya nak memohon Kebenaran Pindahmilik ini?
Dengarkan perkongsian daripada Coach ya.
https://youtu.be/Hvthb17bWkE?si=GHFnYoQTLPAXqqUw
Jangan lupa SUBSCRIBE channel Coach Aizac dan kongsikan video ini kepada rakan anda.
#Consent #KebenaranPindahmilik #CoachAizac #Peguam | 71 |
| 3 | No text... | 69 |
| 4 | No text... | 73 |
| 5 | CARA MEMOHON PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH
Ramai yang ingin menggunakan simpanan KWSP untuk membeli rumah, tetapi tidak pasti bagaimana prosesnya.
Berikut adalah langkah-langkah asas yang perlu anda ketahui:
1ļøā£ Pilih rumah yang ingin dibeli
āļø Rumah baharu atau rumah subsale.
āļø Pastikan anda memenuhi syarat pembelian.
2ļøā£ Tandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA)
āļø SPA perlu ditandatangani terlebih dahulu kerana ia merupakan antara dokumen utama yang diperlukan oleh KWSP.
3ļøā£ Sediakan dokumen sokongan
Antaranya:
š Salinan SPA.
š Kad Pengenalan.
š Surat Tawaran Pinjaman (jika membeli melalui pembiayaan bank).
š Maklumat akaun bank.
š Dokumen lain yang diminta oleh KWSP.
4ļøā£ Hantar permohonan kepada KWSP
āļø Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (e-Pengeluaran) atau di kaunter KWSP.
5ļøā£ KWSP akan menyemak permohonan
āļø KWSP akan memastikan permohonan memenuhi syarat serta mengira jumlah kelayakan pengeluaran mengikut formula yang ditetapkan.
6ļøā£ Pengeluaran diluluskan
āļø Jika permohonan berjaya, wang akan dibayar mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KWSP.
ā ļø Penting untuk diingat!
Mempunyai simpanan yang banyak dalam Akaun 2 tidak semestinya bermaksud anda boleh mengeluarkan kesemua wang tersebut.
Jumlah pengeluaran bergantung kepada syarat dan formula yang ditetapkan oleh KWSP.
š” Tip daripada Peguam Hartanah:
Sebelum menandatangani SPA atau membuat sebarang bayaran, semak dahulu kelayakan pengeluaran KWSP anda.
Perancangan yang betul akan mengelakkan masalah di kemudian hari.
Nota penting: Sebaiknya, pembeli menyemak kelayakan pinjaman dan membuat anggaran kelayakan pengeluaran KWSP terlebih dahulu sebelum menandatangani SPA, supaya mereka tahu sama ada dana yang diperlukan benar-benar mencukupi untuk melengkapkan transaksi. Ini dapat mengelakkan risiko pembeli gagal meneruskan pembelian akibat kekurangan dana.
š Perlukan khidmat nasihat berkaitan pembelian rumah, dokumentasi SPA atau pengeluaran KWSP? Hubungi Coach Aizac di 0126550685 untuk mendapatkan panduan yang tepat mengikut situasi anda.
#HartanahDanAnda #PeguamHartanah #KWSP #PengeluaranKWSP #RumahPertama #BeliRumah #SPA #IlmuHartanah | 105 |
| 6 | BETUL KE KITA BOLEH KELUARKAN KESEMUA WANG DI AKAUN 2 KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH?
Semalam, saya ditanyakan soalan ini oleh seorang bakal pembeli rumah pertama:
"Coach, saya ada RM70,000 dalam Akaun 2 KWSP. Jadi saya boleh keluarkan semua duit itu untuk beli rumah berharga RM70,000 kan?"
Ini antara soalan yang paling kerap saya terima daripada bakal pembeli rumah.
Jawapan saya...
Belum tentu boleh.
Mari saya berikan satu contoh..
Ahmad (bukan nama sebenar) ingin membeli rumah pertamanya yang berharga RM70,000.
ā
Simpanan Akaun 2 KWSP Ahmad ada RM70,000
Ahmad menyangka dia boleh mengeluarkan kesemua RM70,000 daripada KWSP untuk membayar harga rumah.
Tetapi apabila dia membuat permohonan, jumlah yang diluluskan tidak semestinya RM70,000.
Kenapa?
Kerana KWSP mempunyai formula pengiraan sendiri.
Jumlah pengeluaran bergantung kepada beberapa faktor, antaranya:
āļø Adakah pembelian dibuat secara tunai atau menggunakan pinjaman bank?
āļø Berapakah jumlah pinjaman yang diluluskan?
āļø Berapakah baki simpanan dalam Akaun 2?
Sebagai contoh, jika Ahmad mendapat pinjaman bank 90%, dia mungkin hanya layak mengeluarkan sebahagian kecil daripada simpanan KWSP, bukannya keseluruhan RM70,000.
Sebab itulah, jangan sesekali membuat andaian berdasarkan baki Akaun 2 semata-mata.
Sebelum menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) atau membayar wang pendahuluan, pastikan anda mengetahui berapa sebenarnya jumlah yang boleh dikeluarkan daripada KWSP.
Sedikit perancangan di awal boleh mengelakkan masalah kewangan dan kelewatan dalam proses pembelian rumah.
š Jika anda ingin membeli rumah dan bercadang menggunakan simpanan KWSP, dapatkan nasihat terlebih dahulu. Setiap kes adalah berbeza, dan perancangan yang betul boleh menjadikan urusan pembelian rumah anda lebih lancar.
#HartanahDanAnda #PeguamHartanah #KWSP #RumahPertama #BeliRumah #IlmuHartanah #SPA #PengeluaranKWSP | 85 |
| 7 | No text... | 93 |
| 8 | PERANCANGAN PERWARISAN HARTA BUKAN BERMULA APABILA KITA TELAH TIADA
Ramai menyangka urusan pusaka hanya perlu difikirkan selepas kematian berlaku. Hakikatnya, perancangan yang sebenar bermula ketika kita masih hidup.
Luangkan sedikit masa untuk menyenaraikan dan merekodkan:
š Semua hutang dan komitmen kewangan
š Hartanah yang dimiliki
š Akaun bank dan simpanan
š Pelaburan, saham dan unit amanah
š Polisi takaful dan insurans
š Perniagaan serta aset-aset lain
Simpan maklumat tersebut di tempat yang selamat dan pastikan waris atau individu yang dipercayai mengetahui kewujudannya.
Selain itu, tinggalkan juga panduan ringkas tentang perkara yang perlu dilakukan oleh waris selepas pemergian kita seperti:
āļø Mendapatkan sijil kematian
āļø Menuntut manfaat takaful
āļø Menyelesaikan hutang-hutang yang tertunggak
āļø Memulakan proses tuntutan pusaka dan pentadbiran harta
Jangan biarkan keluarga yang sedang bersedih terpaksa berdepan pula dengan kesukaran mencari dokumen, mengesan aset atau menyelesaikan pertikaian.
Perancangan yang baik hari ini adalah hadiah terakhir yang paling berharga untuk keluarga yang kita tinggalkan. ā¤ļø
#PerancanganPerwarisanHarta #Wasiat #Hibah #Takaful #Pusaka #BijakMerancang #HartaDanAnda #AmanahUntukKeluarga #coachaizac #peguamhartanah | 109 |
| 9 | *"Jangan Tandatangan Power of Attorney (PA) Terlalu Mudah Dengan Pemaju Hartanah"*
(Bahagian 2)
Apa Yang Tuan Tanah WAJIB Buat Sebelum Tandatangan?
1. Semak Latar Belakang Pemaju
Jangan hanya percaya brochure atau profile cantik dan janji manis Pemaju. Periksa dan buat "Due Diligence" untuk kenalpasti siapa sebenarnya Pemaju dan latarbelakang syarikat nya dengan melihat:
- rekod projek terdahulu;
- status kewangan syarikat;
- litigasi mahkamah;
- track record projek terbengkalai;
- siapa director dan shareholder syarikat.
2. Pastikan JV Agreement Jelas
Antara perkara penting:
āļø Tempoh pembangunan
āļø Formula pembahagian keuntungan
āļø Siapa tanggung kos
āļø Apa berlaku jika projek gagal
āļø Hak penamatan agreement
āļø Mekanisme audit akaun projek
3. Jangan Beri PA Terlalu Luas! Kuasa yang diberikan mestilah:
- spesifik;
- terhad kepada urusan pembangunan tanah sahaja;
- mempunyai tempoh tertentu;
- tidak memberi kuasa mutlak tanpa kawalan;
- elakkan memberi kuasa kepada PA boleh menggadaikan tanah kepada pihak bank:
- ada "exit clause" jika PA gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam tempoh yang diberikan.
4. Lantik Peguam anda sendiri untuk menjaga hak dan kepentingan anda. JANGAN percaya bulat-bulat apa yang Peguam Pemaju janjikan kepada anda.
Nah, sekarang anda dah tahu apa yang sepatutnya anda buat? KONGSIKAN maklumat ini kepada orang lain supaya mereka juga dapat belajar sesuatu daripada posting ini.
#POWEROFATTORNEY #SURATKUASA #PA #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH | 97 |
| 10 | JANGAN TANDATANGAN POWER OF ATTORNEY (PA) TERLALU MUDAH DENGAN PEMAJU HARTANAH!
(Bahagian 1)
Ramai tuan tanah teruja apabila didatangi pemaju yang menawarkan projek āJoint Venture" (JV) untuk membangunkan tanah mereka menjadi projek perumahan, komersial atau industri.
Nampak menarik kerana:
ā
Tuan tanah tidak perlu keluarkan modal besar
ā
Tanah boleh dimajukan
ā
Keuntungan boleh dikongsi bersama pemaju
ā
Nilai tanah meningkat berkali ganda
Tetapi, hakikatnya di sebalik JV Agreement, biasanya akan ada satu lagi dokumen yang sangat penting dan berisiko tinggi:
POWER OF ATTORNEY (PA)
Ramai tandatangan PA tanpa benar-benar faham kesannya.
Apa Itu Power of Attorney (PA)?
Secara mudah, PA ialah dokumen yang memberi kuasa kepada pihak lain untuk bertindak bagi pihak pemilik tanah.
Dalam projek JV hartanah, PA biasanya diberikan oleh tuan tanah kepada pemaju untuk:
a) urus tukar syarat tanah;
b) mohon kelulusan PBT;
c) tandatangan dokumen berkaitan pembangunan;
d) urus pinjaman projek;
e) tandatangan SPA dengan pembeli unit rumah;
e) berurusan dengan pejabat tanah dan agensi kerajaan.
PA ini sangat penting untuk melancarkan pembangunan projek, tetapi⦠jika tidak dikawal dengan betul, PA boleh menjadi āsenjataā yang memakan diri tuan tanah sendiri.
Risiko Besar Kepada Tuan Tanah kerana:
1. Kuasa Terlalu Luas
Ada PA yang memberi kuasa terlalu umum sehingga pemaju boleh
mencagar tanah kepada bank, menandatangani dokumen tanpa pengetahuan tuan tanah dan membuat urusan yang melebihi skop JV.
Tuan tanah akhirnya hilang kawalan terhadap tanah sendiri.
2. Tanah Digadai Kepada Bank
Dalam banyak projek JV, pemaju akan menggunakan tanah tersebut sebagai āsecurityā untuk mendapatkan pembiayaan projek. Jika projek gagal atau pemaju bermasalah, bank boleh mengambil tindakan terhadap tanah tersebut. Ini antara risiko paling besar yang ramai tuan tanah tidak sedar.
3. JV Gagal Tetapi PA Masih Berkuatkuasa
Ada keadaan di mana projek perumahan sudah terbengkalai, tetapi PA masih belum dibatalkan. Akibatnya:
ā Pemaju masih mempunyai kuasa ke atas tanah;
ā Berlaku pertikaian undang-undang;
ā Sukar untuk tuan tanah mendapatkan semula kawalan penuh.
4. Pemaju Menjual Hak Kepada Pihak Ketiga
Sesetengah agreement membenarkan pemaju menyerahkan hak kepada syarikat lain tanpa kawalan jelas. Tiba-tiba tuan tanah berurusan dengan pihak yang tidak dikenali atau tidak mempunyai kemampuan kewangan yang baik.
5. Keuntungan Tidak Telus
Jika mekanisme audit dan pemantauan tidak jelas, kos projek boleh dimanipulasi. Keuntungan bersih menjadi terlalu kecil dan
tuan tanah sukar mengetahui angka sebenar projek.
Kita sambung di bahagian 2 apa yang perlu dibuat oleh anda sebagai Tuan Tanah jika berminat nak JV dengan Pemaju tadi.
#JVA #POWEROFATTORNEY #PEMAJU #TUANTANAH #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH | 74 |
| 11 | No text... | 84 |
| 12 | Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik yang saya hormati.
Pada hari yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik, membimbing dan membentuk diri saya ā daripada zaman tadika, alam persekolahan, sehinggalah ke hari ini.
Setiap teguran, nasihat, ilmu dan pengorbanan cikgu-cikgu semua telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya. Mungkin ketika kecil saya belum benar-benar memahami nilai setiap didikan itu, tetapi hari ini saya sedar bahawa kejayaan, disiplin dan prinsip hidup yang saya pegang banyak terbina hasil sentuhan seorang guru.
Terima kasih kerana tidak pernah jemu mendidik, sabar melayan kerenah anak didik, dan sentiasa percaya bahawa setiap pelajar mampu menjadi insan yang lebih baik.
Jasa cikgu bukan sekadar mengajar di dalam kelas, tetapi membentuk masa depan dan mencorakkan kehidupan.
Daripada saya, Aizac Ismail,
setulus penghargaan buat semua guru yang pernah hadir dalam perjalanan hidup saya.
#TerimaKasihCikgu | 78 |
| 13 | BUAT PERANCANGAN PERWARISAN HARTA
āKita bekerja bertahun-tahun untuk membina harta⦠tetapi adakah kita sudah merancang apa yang akan berlaku kepada harta itu selepas kita tiada?ā
Ramai yang bersungguh-sungguh mencari rezeki, membeli rumah, membina perniagaan, menyimpan aset dan menyediakan kehidupan terbaik untuk keluarga. Namun hakikatnya, tanpa perancangan perwarisan harta yang betul, segala yang kita tinggalkan boleh menjadi punca kesukaran kepada insan yang kita sayangi.
Bagi umat Islam, perancangan harta bukan sekadar strategi kewanganāia juga sebahagian daripada tanggungjawab dan amanah.
ā
Wasiat membantu menjelaskan hasrat kita terhadap pengurusan harta, pelantikan pentadbir, serta mengelakkan urusan pusaka menjadi rumit dan tertangguh.
ā
Hibah pula boleh membantu mempercepatkan pemindahan harta kepada insan tersayang, sekali gus mengurangkan risiko pertikaian atau perbalahan dalam kalangan ahli keluarga selepas pemergian kita.
ā
Takaful adalah pelindung kewangan yang sangat penting, khususnya untuk membantu melunaskan baki hutang seperti pembiayaan rumah, kereta, pembiayaan peribadi atau komitmen lain agar keluarga tidak menanggung beban kewangan yang ditinggalkan.
Jangan tunggu sehingga terlambat. Merancang hari ini bukan kerana kita mahu pergi, tetapi kerana kita mahu memastikan orang yang kita sayangi dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang, terjaga dan bermaruah.
Harta yang baik bukan sekadar apa yang kita tinggalkan⦠tetapi bagaimana kita merancangnya sebelum kita meninggal dunia.
#HARTA #PUSAKA #PERWARISAN #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH | 91 |
| 14 | LAYAK TAK SEMESTINYA MAMPU DIK!
Ramai anak muda hari ini memasang impian untuk memiliki rumah pertama. Semangat itu bagus⦠tetapi ada satu soalan yang wajib dijawab sebelum melangkah lebih jauh:
āAku nak beli rumah⦠tapi betul ke aku mampu?ā
Hakikatnya, rumah pertama bukan dibeli kerana emosi, trend, atau tekanan melihat orang lain sudah memiliki aset.
Rumah pertama perlu dibeli dengan ilmu, kiraan yang betul dan perancangan.
Jangan beli sebab kawan sudah beli.
Jangan beli sebab takut harga naik.
Jangan beli sebab rumah contoh nampak cantik.
Beli kerana anda benar-benar mampu untuk memilikinya.
Ramai fokus pada berapa harga rumah⦠tetapi terlupa untuk kira berapa kemampuan sebenar diri sendiri.
Sebab itu, sebelum hantar permohonan loan, kenali dahulu Debt Service Ratio (DSR) iaitu antara formula utama yang digunakan oleh pihak bank untuk menilai tahap komitmen kewangan anda.
Apa itu DSR?
DSR ialah nisbah antara jumlah komitmen bulanan berbanding pendapatan bersih bulanan.
Formula DSR:
DSR = Jumlah Komitmen Bulanan Ć· Pendapatan Bersih Bulanan x 100%
Apa yang termasuk dalam komitmen bulanan?
Antaranya:
ā Ansuran kereta
ā Pinjaman peribadi
ā Kad kredit
ā PTPTN / pinjaman pendidikan
ā Pembiayaan lain
ā Termasuk anggaran ansuran rumah yang ingin dibeli
Berapa kadar DSR yang biasanya bank lihat?
Secara amnya di Malaysia:
Bawah 40% ā Sangat sihat, peluang kelulusan biasanya lebih baik
40% ā 60% ā Masih dianggap baik dan selesa
60% ā 70% ā Masih berpotensi lulus, bergantung kepada bank dan profil kredit
Lebih 70% ā Risiko semakin tinggi dan sesetengah bank mungkin lebih berhati-hati atau menolak permohonan
Setiap bank mempunyai polisi dalaman masing-masing, tetapi kebanyakan institusi kewangan biasanya melihat DSR sekitar 60% hingga 70% sebagai penanda umum kelayakan.
Contoh pengiraan mudah:
Pendapatan bersih: RM5,000
Komitmen sedia ada: RM1,500
Anggaran ansuran rumah: RM1,200
Jumlah komitmen = RM2,700
Maka DSR anda ialah:
DSR = 2700 Ć· 5000 x 100% = 54%
Ini bermaksud 54% daripada pendapatan bulanan anda sudah digunakan untuk komitmen hutang. Dari sudut penilaian bank, angka ini masih dalam julat yang biasanya boleh dipertimbangkan.
Sebelum kejar rumah impian, kira dahulu kemampuan kerana rumah yang dibeli dengan ilmu akan menjadi aset⦠tetapi rumah yang dibeli tanpa ilmu boleh menjadi beban bertahun-tahun.
"Ukur baju di badan sendiri".. Beli ikut kemampuan, bukan sekadar kemahuan.
#FORMULA #DSR #DEBTSERVICERATIO #KIRADULUBARUBELI #BELIDENGANILMU #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH | 74 |
| 15 | KENALI ANAK KITA DAN FAHAMI JIWA DAN MINAT MEREKA
Anak-anak bukan sekadar dibesarkan⦠mereka perlu dibentuk menjadi insan yang syumul dan berguna.
Kenali minat mereka sejak kecil. Apa yang mereka suka, di situlah potensi mereka bermula.
Pupuk dengan penuh kesabaran, beri galakan tanpa jemu, dan ajar mereka buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
Jangan biarkan minat itu sekadar hobi. Bantu mereka tetapkan sasaran, supaya mereka belajar fokus, berusaha dan berdisiplin dalam mengejar impian.
Ingat⦠anak-anak adalah amanah..
Amanah ini bukan hanya untuk dijaga, tetapi untuk dibimbing menjadi insan yang punya arah dan tujuan dalam hidup.
Kenali apa minat anak-anak kita sejak dari kecil. Pupuk minat tersebut dan berikan galakan kepada anak-anak ini supaya mereka buat dengan bersungguh-sungguh.
Letakkan target atau sasaran kepada mereka supaya mereka fokus dan tidak lari dari mengejar matlamat tersebut selain berazam untuk mencapai target yang telah diletakkan.
Anak-anak adalah amanah kita, jagalah amanah ini dengan sebaik mungkin.
#DEKATIMEREKA #FAHAMIMEREKA #SAYANGIMEREKA #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH | 80 |
| 16 | SUAMI GAJI KECIL?
1. Jangan malu bila laki kita gaji kecil walau dengan adik beradik sendiri.
2. Tiada lelaki yang nak lihat anak isteri hidup susah jika akal mereka sihat. Mereka pasti usaha buat keluarga tercinta.
3. Bantu suami dengan tidak meminta minta dan bandingkan apa sahaja yang adik beradik atau jiran tetangga ada.
Kasihani mereka, jangan tambah beban didada.
4. Jangan sesekali sindir dia bahawa perkahwinan ini satu bebanan, dia juga sedang ushakan.
5. Mereka selalu tahan makan agar anak isteri kekal ada makanan.
6. Bantu mereka dengan rancang perbelanjaan keluarga (berjimat) jika dapat jana pendapatan sampingan (tambah) itu lebih hebat.
Buat satu wawasan keluarga, tampal bila nak ada rumah kecil pertama kita.
"Kita akan ada rumah pertama tahun 2027" di muka pintu.
7. Kurangkan melayan media sosial yang banyak kisah orang jalan kemana mana, benci lelaki sahaja, nanti kita suka bandingkan suami kita.
8. Setiap wang yang dia berikan walau kecil, ushakan untuk simpanan kita juga. Jangan belanja semuanya.
9. Manfaatkan media sosial untuk jana wang, hadir kursus singkat dan pendek untuk belajar kemahiran agar jana pendapatan.
Kawan kawan,
10. Hormat suami kita jangan sampai menghina sebab gajinya kecil sahaja, lihat sisi baiknya.
Dia tidak mengatal, tak pernah tinggi suara, solat jemaahnya terjaga. Banyakkan berdoa ibu ibu semua ya.
*Kredit kepada Dr Azizul Azli Ahmad, penulis asal posting ini.
#JagaKewanganKeluarga
#BelajarUrusWang.
#SayangiKeluarga | 79 |
| 17 | KRISIS MINYAK DUNIA, APA ALTERNATIF YANG ADA?
Minyak dunia tak pernah benar-benar āstabilā.. sekali bergolak, kesannya sampai ke dapur rumah kita.
Dalam episod terbaru Sembang Budak Pandai (SBP) kali ini, kita bersembang santai bersama Suzardi Maulan (Pakdi), Perunding Kewangan dan juga pengguna EV, membincangkan satu persoalan besar:
š Adakah kita masih terlalu bergantung kepada minyak?
šļø Apa yang kami kupas?
Bukan sekadar teori⦠tapi realiti yang kita semua sedang hadapi:
ā”ļø Kesan krisis minyak dunia kepada kos sara hidup
ā”ļø Bil elektrik yang makin terasa sejak pelarasan oleh Tenaga Nasional Berhad
ā”ļø Pengalaman sebenar guna solar di rumah
ā”ļø Kehidupan sebagai pengguna EV
ā”ļø Solar + EV: betul-betul jimat atau sekadar hype?
Kami juga sentuh isu yang jarang dibincangkan secara jujur:
Adakah Malaysia benar-benar bersedia untuk gelombang EV?
Infrastruktur charging ā cukup atau masih jauh?
Bukan untuk mengkritik⦠tapi untuk kita semua fikir dan faham arah masa depan tenaga negara.
š± Bukan soal trend, tapi persediaan.
Dalam dunia yang semakin tidak menentu, kita mungkin tak boleh kawal harga minyak duniaā¦
Tapi kita masih ada pilihan untuk kawal bagaimana kita guna tenaga dalam kehidupan harian.
š„ Tonton episod penuh sekarang di channel SBP melalui link di bawah:
https://youtu.be/riXeD0yR470?si=qYFO1D6HSjH-mc-D
Dan kongsikan pula pandangan anda..
š Anda rasa Malaysia dah bersedia ke untuk era solar & EV?
#SembangBudakPandai #SBP #SolarMalaysia #EVMalaysia #KosSaraHidup #TenagaMasaDepan | 83 |
| 18 | PEMAJU JANGAN "SYOK SENDIRI"!
1) Ramai orang ingat masalah hartanah di Malaysia ni sebab ātak cukup rumahā.
2) Tapi realitinyaā¦rumah ada banyak, cuma tak kena dengan kemampuan pembeli.
3) Di bandar dan pinggir bandar, kita nampak projek demi projek naik. Cantik, moden, fasiliti lengkap. Tapi bila tengok harga⦠ramai pembeli rumah pertama terus angkat tangan.. Mereka mampu tengok aje.
4) Akhirnya apa jadi? Unit tak terjual makin bertambah. Inilah yang dipanggil āoverhangā ā rumah ada, tapi tak ada pembeli.
5) Jadi persoalannya, apa sebenarnya pasaran perlukan?
6) Jawapannya jelas:
š Rumah mampu milik.
š Harga yang realistik dengan pendapatan semasa.
š Fokus kepada pembeli rumah pertama.
7) Pemaju sebenarnya tak rugi kalau ubah sedikit strategi. Lagi ramai yang mampu beli, lagi cepat unit terjual. Cashflow pun lebih sihat, projek pun bergerak lancar.
8) Daripada bina projek mahal yang ambil masa bertahun nak habis jual, lebih baik bina rumah yang orang betul-betul mampu beli sekarang.
9) Pasaran hari ini bukan lagi tentang siapa bina paling mewah,
tapi siapa paling faham kemampuan pembeli.
10) Kalau pemaju dan pembeli āberjumpa di tengahā, semua orang akan gembira dan isu overhang ni sebenarnya boleh dikurangkan dengan lebih cepat.
11) Oleh itu wahai pemaju, fikir dulu sebelum bina dan jual. Janganlah "SYOK SENDIRI" jual rumah harga mahal yang takde siapa nak beli. Akhirnya, anda yang rugi dan Rakyat masih tak mampu nak ada rumah sendiri.
#PRIMARYMARKET #PEMAJUHARTANAH #RUMAHMAMPUMILIK #RUMAHMURAH #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH | 94 |
| 19 | No text... | 78 |
| 20 | BILIK SEWA MURAH DI CHERAS
.
Assalamualaikum & Salam Ramadhan al-Mubarak
.
Bilik "Twin Sharing" untuk di sewakan kepada WANITA MUSLIMAH di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn.
.
Kemasukan SEGERA!
.
* PEREMPUAN sahaja.
* Pangsapuri Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn
* 600m dari MRT station BTHO, Cheras
* Kelengkapan rumah disediakan termasuklah MyTV, Katil Single, Tilam, Bantal, Almari, kipas siling, Peti sejuk besar, mesin basuh fully auto, dapur gas memasak, meja makan, kitchen kabinet, iron board dan lain2.
* Rumah ada balkoni, mudah untuk sidai kain
* Mudah access ke public transport
* Berpengawal 24 jam
* Kadar sewa untuk seorang RM250 sebulan (termasuk bayaran utilities).
.
Berminat? Sila wassap 0126550685 SEKARANG
.
Book SEGERA!
.
#SEWABILIK #MRTBTHO #CHERASPERDANA #BTHO #HARTANAHDANANDA | 74 |
