cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Coach Aizac

Sharing of Legal Infos, tips and handouts from Coach Aizac

Больше
Рекламные посты
754
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
+130 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

PUA 194_2024.pdf
Показать все...
PUA 194_2024.pdf8.13 KB
PINDAAN PUSAKA KECIL Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Untuk Makluman semua, terdapat pindaan terkini Peraturan Pembahagian Pusaka Kecil (Akta A1643) yang telah disiarkan pada 12.7.24 dan akan berkuat kuasa pada 15.7.2024. Dengan berkuatkuasanya pindaan tersebut, ia antara lain menetapkan: 1. Harta pusaka kecil adalah termasuk harta alih *atau* tak alih yang nilaiannya *tidak melebihi RM5 juta*; 2. Permohonan pembahagian pusaka kecil ke atas harta pusaka kecil tersebut boleh dikemukakan kepada Unit/Caw Pembahagian Pusaka, Jab Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). Harap maklum.
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
CELEBRATE BIRTHDAY SAMBIL BUAT SHARING . Dah beberapa kali terjadi secara kebetulan, pihak penganjur menjemput saya untuk berkongsi ilmu pada hari ulangtahun kelahiran saya yang jatuh pada 11 Julai. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang.. peluang berkongsi ilmu sebegini tidak pernah saya tolak dan persiakan. . Alhamdulillah, hari ini saya turun ke Melaka untuk berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu bersama kumpulan guru-guru dan pesara guru yang juga ahli Gabungan Koperasi Guru-Guru Negeri Johor yang diadakan di Bayview Hotel, Melaka. . Kebanyakan peserta program dan ahli-ahli koperasi ini telah bertapak berpuluh-puluh tahun dalam bidang koperasi tetapi masih "hijau" dalam pembangunan hartanah. . Antara yang sempat saya kongsikan kepada para peserta adalah: . 1) Potensi dan peluang besar yang terhidang dan patut direbut oleh sektor Koperasi dalam bidang hartanah, 2) Insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam memudahkan urusan pemilikan hartanah oleh sektor Koperasi, 3) Bagaimana Koperasi boleh memohon untuk mendapatkan Pengecualian Stamp Duty dalam pembelian hartanah, 4) Cara penjimatan RPGT dalam pelupusan hartanah oleh sektor Koperasi, 5) Teknik beli tanah murah - ubah syarat kegunaan tanah - pecah lot - jual semula pada harga tinggi dan macam-macam lagi.. Malam ni kita sambung sesi LDK pula.. Habis je program lewat malam nanti, akan bergegas balik ke Kajang sebab esok pagi ada meeting dengan klien di pejabat. Penat memang penat.. tapi kepuasan nya tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Lepas ni, kita lebarkan sayap ke koperasi-koperasi lain pula Insya Allah. Itulah cerita 11 Julai 2024, Birthday saya 😍😁 #KOPERASI #PEMBANGUNANHARTANAH #ALK #SHARINGSESSION #KONGSIILMU #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
1 MUHARRAM 1446H . Salam Ma'al Hijrah 1446H diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat sempena tahun baru Hijri. . Semoga kita beroleh kejayaan dan keberkatan di tahun baru ini. . #MAALHIJRAH1446 #TAHUNBARUHIJRI #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
NAK TAU? SURVEI DULU! . Insya Allah jika tiada aral melintang, bermula penghujung bulan Julai ini, Coach & Adi Effendi akan mula bersiaran dalam podcast yang dikenali sebagai "SURVEI DULU" bersama Persatuan Pengguna Hartanah Malaysia (PPHM). . Podcast ini akan membincangkan pelbagai topik isu-isu semasa khususnya berkaitan kepenggunaan hartanah dan hak kita sebagai pengguna. . Ramai tokoh-tokoh berkaliber dan selebriti yang akan dijemput untuk duduk sepentas berborak bersama Coach & Adi dalam sesi podcast tersebut. . Jemput menonton dan Survei Dulu bersama kami nanti ya! . #SURVEIDULU #PODCAST #VODCAST #PPHM #HAKPENGGUNA #AIDI #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Pembangunan Hartanah Bersama Koperasi . Semalam saya bersama sahabat Cikgu Jamrus Property dan Amran Aziz bertandang ke Muar. Ada mesyuarat bersama Gabungan Koperasi Daerah Muar (GKDM). . Banyak perkara yang kami bincangkan termasuklah pembabitan koperasi dalam pembangunan hartanah. . Insya Allah jika tiada aral melintang, GKDM akan menganjurkan Kursus Pembangunan Hartanah untuk ahli-ahli nya minggu depan. . Banyak kelebihan yang kami nampak melalui program ini nanti. Antara lain, dalam kursus tersebut, peserta akan didedahkan bagaimana entiti Koperasi boleh memainkan peranan dalam membangunkan hartanah di kawasan mereka melalui penggabungan aset, modal dan kepakaran di kalangan ahli dan konsultan yang berpengalaman. . Itulah juga hasrat saya sebagai Pengerusi Annadicorp untuk menjalin kerjasama erat bersama koperasi lain dalam memartabatkan institusi koperasi di mata masyarakat dan membangunkan perniagaan berskala kecil atau besar secara bersama. . Kalau nak jalan laju.. kita boleh je jalan sendiri.. tapi kalau laju sangat.. takut penat di tengah jalan dan tak sampai ke destinasi.. . So, kita jalan "slow & steady" secara berkumpulan supaya stamina boleh bertahan dan lebih jauh kita boleh kutip pengalaman. . Yang penting.. sebagai hamba-Nya, kita usahakan je.. Allah jua yang menentukan. . #KOPERASI #GABUNGANKOPERASI #JIHADEKONOMI
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.