en
Feedback
Tips, motivasi dan perkongsian Pengalaman turunkan berat badan

Tips, motivasi dan perkongsian Pengalaman turunkan berat badan

Open in Telegram

Channel bagi memastikan kalian Fokus dan Konsisten dalam usaha penurunan berat badan.

Show more
863
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Adakah suplemen fat burner membantu membakar lemak badan? Fat burner adalah suplemen yang dikatakan dapat membakar lemak yang bertempel dalam badan kita. Ada pengeluar fat burner yang claim melampau lampau terhadap produk mereka. Tak perlu jaga makanlah, tak perlu bersenamlah, hanya ambil supplemen fat burner mereka, kalian pasti akan kurus! Tapi tak semua pengeluar fat burner begitu. Ada juga yang bertanggungjawab. Mereka mengeluarkan produk yang memang mengandungi bahan yang mampu membantu membakar lemak kita. Tapi kena faham dulu. Bukan bahan tu secara automatik membakar lemak lemak kita. Memang terdapat beberapa bahan semulajadi yang boleh diambil untuk membantu proses pembakaran lemak menjadi lebih efisien. Tapi keyword dia adalah membantu. Sebenarnya fungsi utama fat burner ni adalah meningkatkan kadar metabolisma (kadar tubuh membakar kalori). Memang ada kajian terhadap makanan makanan semulajadi yang dapat meningkatkan kadar metabolisma badan. Contohnya kopi. Sebab itu antara bahan yang popular dalam suplemen fat burner adalah kopi. Saya pun secara peribadi hanya mengamalkan kopi kosong atau americano sejam sebelum workout dari dulu lagi. Seingat saya, supplemen fat burner ni sekali jea saya beli dan amalkan selama saya dapat turunkan berat badan dari 135 ke 70kg. Saya juga pernah amalkan teh hijau yang juga punya bukti saintifik dapat meningkatkan metabolisme. Selain itu makanan biasa yang ada dirumah juga boleh meningkatkan kadar metabolisma seperti sumber protein. Telur, susu daging mampu jadi fat burner! Jadi kesimpulannya jika kalian nak beli fat burner untuk diamalkan, terpulang. Tapi kalau mengikutkan kepada matlamat nak naikkan kadar metabolisma tubuh, apa yang saya ceritakan diatas dah banyak membantu. Juga diingatkan, tubuh secara automatik sebenarnya adalah alat membakar lemak kalian untuk dijadikan tenaga. Salah satu cara mengoptimumkan pembakaran lemak secara semulajadi adalah dengan lakukan senaman secara kerap dan jadikan rutin. Kerana rutin ini disamping membakar kalori ia juga membina otot, dimana otat adalah fungsi paling optimum membakar kalori. Dan itulah paling baik disamping mengambil fat burner semulajadi ataupun suplemen. Anda dah stuck dalam keadaan gemuk bertahun tahun lamanya. Nak benar benar nekad dan konsisten untuk turunkan berat badan. Jom join saya dalam misi raya 2024. Nak tahu detail misi,klik www.jommula.com

Video khas ini saya dedikasikan khas kepada mereka yang masih cakap esok nak mula. Saya siap listkan 5 step bagaimana nak mula hari ini. Mohon tengok, dan sebarkan. Terima kasih

Amaran yang azam nak turunkan berat badan

Idea sneking bulan puasa. Boleh buat malam ni

Kesilapan masa berbuka mereka yang nak turunkan berat badan