en
Feedback
Tips, motivasi dan perkongsian Pengalaman turunkan berat badan

Tips, motivasi dan perkongsian Pengalaman turunkan berat badan

Open in Telegram

Channel bagi memastikan kalian Fokus dan Konsisten dalam usaha penurunan berat badan.

Show more
863
Subscribers
No data24 hours
No data7 days
No data30 days
Posts Archive
Tips sahur bagi yang nak turunkan berat badan

Siri 2 - Berapa KG kah Penurunan Boleh Dibuat Dalam Bulan Ramadan. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228295714363129&id=1386866984 Siri 3 - 3 Peel Perlu Elak Sebelum Ramadan. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228300731848563&id=1386866984 Siri 4 -Ramadan, Masa paling sesuai untuk bina tabiat baru. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228316710608022&id=1386866984 Siri 5 - 15 perkara Optimumkan Penurunan Berat Badan di bulan Ramadan. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228321662211809&id=1386866984&sfnsn=mo Siri 6 - Kenapa Berat boleh naik walaupun dah berpuasa https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228326792380060&id=1386866984&sfnsn=mo Siri 7 - Tips Bersahur untuk Turunkan Berat Badan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228331966349406&id=1386866984 Siri 8 - Tips Berbuka Puasa Untuk Turunkan Berat Badan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228336998475206&id=1386866984

TURUNKAN BERAT BADAN MENJELANG RAMADAN RUJUKAN LENGKAP BAGI MEREKA YANG BERHASRAT. 16 NASIHAT UNTUK MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN DALAM BULAN RAMADAN. Penulisan itu adalah dari pengalaman saya sendiri dan pengalaman induvidu yang telah saya bimbing selama ini. Saya harap kalian dapat sesuatu, inspirasi ataupun ilmu dalam setiap perkongsian saya. Hari ni saya nak kongsikan nasihat nasihat yang saya rasakan amat berguna jika kalian nekad nak berusaha ramadan kali ini. 1. Ambil kesempatan ramadan kali ini untuk bina tabiat baru. Bukan semata mata nak kurus. 2. Aim penurunan yang munasabah, jangan aim nak buang 20-30kg berat kalian. Sasarkan 5-7 kg pun sangat berbaloi, kalau lebih ianya bonus. 3. Berpuasa semata mata tidak akan menurunkan berat badan, apa yang akan menyebabkan berat badan kita turun ialah usaha kita mengawal pemakanan di bulan Ramadan. 4. Ia tidak mudah! Ramai yang fikir pasti usaha ini mudah disebabkan puasa makan minum. Cabaran bulan penuh berkah ini sangat banyak. Ia tak mudah seperti yang dijangkakan. 5. Avoid atau kurangkan air manis. Sehabis boleh saya mohon kalian tinggalkan berbuka puasa dengan tabiat minum air manis. 6. Ber Briswalk atau slow jog sejam sebelum berbuka. Ini nasihat paling baik. Disamping bina tabiat baru kalian dapat bakar lemak yang bertempel selama ini dalam badan kalian. Ini kerana pada masa tersebut, tenaga dari makan sahur dah tak ada, tubuh akan guna lemak yang bertempel sebagai tenaga 8. Keyword paling penting ialah jaga pemakanan. Jadi kawallah nafsu dengan setiap makanan yang akan timbul semasa ramadan. Hadkan kehadiran kalian ke bazar Ramadan sangat baik. 9. Masak sendiri juadah berbuka. Ini bagi kalian dapat mengawal apa yang kalian makan semasa berbuka. 10. Berbuka bukanlah aktiviti balas dendam tak makan disiang hari. Ingat, makanlah sepertimana kita beribadah. Kerana setiap apa yang kita lakukan di bulan mulia ini adalah ibadah. 11. Makan kuih muih sejenis sahaja setiap hari. Kita ada 30 hari berpuasa. InsyaAllah sempat makan kesemua kuih muih kegemaran kita nanti. 12. Lakukan usaha kalian step by step dan secara perlahan-lahan. Jangan jangka kesempurnaan pada hari pertama lagi. Buat yang kalian mampu dulu. Hari demi hari tambah baik dan lakukan tips yang telah saya kongsikan. Ini membantu kalian untuk konsisten dengan mudah dan tidak mudah berputus asa. 13. Jika ada hari kalian tersasar. Makan dengan banyak semasa berbuka. Maafkan diri, kita manusia ada kelemahan. Jangan terbawa bawa dengan penyesalan dan terus berputus asa. Sehari kalian makan banyak tak memusnahkan usaha yang telah dilakukan. 14. Tidur awal, ini satu proses penurunan berat badan. Tabiat ini bakal membantu kalian cepat turunkan berat badan. 15. Lakukan secara berjemaah usaha kalian. Ini tips yang sangat membantu. Jika kita ada team semangat kita makin tinggi. Jika kita kurang semangat, ada kawan yang akan naikkan semangat kita. Ajak kawan lakukan usaha ini bersama. Atau jika kalian nak lakukan bersama sama saya dan 200 induvidu yang lain, jom join Misi Ubah, pemantauan berkumpulan secara online. Nak tahu detail sila ke https://www.jommula.com/ 16. Setkan minda, ramadan ialah bulan latihan. Kita bukan nak buat sebulan sahaja, kita nak kekalkan momentum ini selamanya. Kalau boleh kita akan usaha sehingga kita keluar dari obesiti. 16 nasihat ini saya rasa mencukupi jika kalian benar benar nekad nak usaha turunkan berat. Tanam betul betul dan tekad. Insyaallah kalian akan dapat penurunan dan penambahbaikan tahap kesihatan. Saya doakan usaha kalian di permudahkan, dan kalian fokus dan konsisten dalam usaha mengubah tabiat ini. Jika kalian baru baca post ini, saya ada tulis 8 artikel berkenaan persediaan menjelang ramadan bagi mereka yang nak turunkan berat badan. Boleh rujuk di link dibawah. Siri 1 - Benarkah Bulan Ramadan Berat Badan Mudah Turun? https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10228290717558212&id=1386866984

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hidup ini perlukan TAMBAH BAIK. Nak apapun, itulah sifir kepada kejayaan. Nak berjaya dalam perniagaan, kehidupan, turunkan berat badan, dunia dan akhirat pun perlu guna sifir ni. TAMBAH BAIK. Dalam usaha kita nak tambah baik, kita juga haruslah buat usaha itu secara perlahan-lahan. Kerana jika kita tak sabar dan gelojoh. Ia membebankan kita. Jadi paling penting ialah setkan perubahan tambah baik secara perlahan-lahan. Ini nasihat saya kepada kalian individu yang ada dalam group saya kerana nak baiki keadaan obesiti atau gemuk kalian. Cuma hari ni saya nak share satu sudut tambah baik yang lain sedikit dari selalu saya share. Saya sarankan kalian cuba tambah baik hal ini. Insyallah, percayalah. Dengan sedikit usaha setiap hari dalam hal ini. Usaha kalian dalam nak turunkan berat badan atau berjaya dalam apa pun usaha kalian pasti dipermudahkan. Belajar bahasa Al Quran. Saya nak ajak kalian cuba satu kaedah mudah dan interaktif belajar Bahasa Arab. Cuba dulu yer. Jangan lepaskan peluang bernilai ni. https://bit.ly/jommulatambahbaik Mohon kalian cuba dan saya doakan kalian mampu konsisten belajar 10 minit sehari bagi memahamkan kita dengan bacaan solat kita. Moga perkongsian saya peroleh manfaat buat kalian dan saya juga.

DAPATKAN 11 PANDUAN TURUNKAN BERAT BADAN BULAN PUASA & 52 RESEPI BERBUKA TINGGI PROTEIN SECARA PERCUMA.

Sesuaikah ramadan bulan usaha turunkan berat badan

Kalau dah doc suruh makan ubat. Makanlah.

Mungkin ramai yang dah tak bersemangat nak usaha turunkan berat badan