en
Feedback
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Open in Telegram

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Show more

📈 Analytical overview of Telegram channel CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Channel CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (@cprckkm) is an active participant. Currently, the community unites 511 901 subscribers, ranking 29 in the Medicine category and 176 in the Malaysia region.

📊 Audience metrics and dynamics

Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 511 901 subscribers.

According to the latest data from 08 September, 2024, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -3 073 over the last 30 days and by -54 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Verified (Officially confirmed by Telegram)
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 0%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects N/A% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 0 views. Within the first day, a publication typically gains 0 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

📝 Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 09 September, 2024), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Medicine category.

511 901
Subscribers
-5424 hours
-6797 days
-3 07330 days
Posts Archive
Cuci permainan dan peralatan anak anda dengan pencuci berasaskan klorin dan air. Larang anak anda dari memasukkan mainan atau
Cuci permainan dan peralatan anak anda dengan pencuci berasaskan klorin dan air. Larang anak anda dari memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Sekiranya anak anda demam, hilang selera makan dan terdapat ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan d
Sekiranya anak anda demam, hilang selera makan dan terdapat ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat.. Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Cuaca panas yang berselang-seli dengan hujan berpotensi menyumbang peningkatan populasi nyamuk Aedes di persekitaran. Semua p
Cuaca panas yang berselang-seli dengan hujan berpotensi menyumbang peningkatan populasi nyamuk Aedes di persekitaran. Semua pihak perlu bekerjasama bagi menjaga kebersihan persekitaran dalam langkah pencegahan gigitan nyamuk Aedes. 1. Buang sampah di tempat yang ditentukan 2. Lakukan semburan aerosol di dalam bilik darjah atau ruang kerja sebelum memulakan sesi persekolahan setelah tamat cuti sekolah dengan menyasarkan tempat tersembunyi dan gelap. 3. Galakkan pelajar sekolah menggunakan bahan repelan pada anggota badan yang terdedah apabila menjalankan aktiviti di luar bilik darjah bagi mencegah gigitan nyamuk.

☀️☀️ Berikutan daripada cuaca panas, setiap individu berpotensi mengalami kehilangan air dari tubuh seterusnya mengalami dehi
☀️☀️ Berikutan daripada cuaca panas, setiap individu berpotensi mengalami kehilangan air dari tubuh seterusnya mengalami dehidrasi. Terdapat beberapa jenis buah-buahan tempatan dan import yang mengandungi kandungan air yang tinggi.🍉🥭 Oleh itu, orang ramai disarankan untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan berjus bagi mengekalkan status hidrasi agar kekal sihat.💧💧

Jangan bawa anak keluar jika bergejala seperti demam, ulser pada tekak, mulut dan lidah dan ruam dengan lepuh pada tangan dan
Jangan bawa anak keluar jika bergejala seperti demam, ulser pada tekak, mulut dan lidah dan ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki. Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Gigitan anjing liar boleh menyebabkan penyakit Rabies. Sekiranya digigit anjing liar, segera cuci bahagian yang digigit dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak. Sejumla
Sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak. Sejumlah 31 buah fasiliti KKM di seluruh Negeri Sarawak menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies. Manakala sembilan (9) buah hospital memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi. KKM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dalam usaha mencapai status Sarawak dan Malaysia bebas rabies menjelang 2030. Justeru, semua penduduk Malaysia diminta agar sentiasa mematuhi semua nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh KKM, pihak berkuasa dan agensi berkaitan.

Sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak. Sejumla
Sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak. Sejumlah 31 buah fasiliti KKM di seluruh Negeri Sarawak menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies. Manakala sembilan (9) buah hospital memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi. KKM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dalam usaha mencapai status Sarawak dan Malaysia bebas rabies menjelang 2030. Justeru, semua penduduk Malaysia diminta agar sentiasa mematuhi semua nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh KKM, pihak berkuasa dan agensi berkaitan.

𝗛𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 merupakan penyakit kronik yang boleh mengakibatkan kom
+1
𝗛𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 merupakan penyakit kronik yang boleh mengakibatkan komplikasi seterusnya kematian pra matang jika tidak dicegah dan dirawat. Hampir 50% dari penghidap hipertensi di kalangan dewasa di Malaysia tidak menyedari mereka mengalaminya (NHMS 2019) oleh itu lewat mendapatkan rawatan. Kebanyakan kes hipertensi tidak menunjukkan simptom awal. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk melakukan pemeriksaan awal untuk mengetahui status tekanan darah. 𝑱𝒐𝒎 𝒔𝒂𝒓𝒊𝒏𝒈 !

🫀🫀Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 17 Mei 2023. Di Malaysia, ianya akan dilancarkan pada 25 Mei dengan
🫀🫀Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 17 Mei 2023. Di Malaysia, ianya akan dilancarkan pada 25 Mei dengan tema Awasi Tekanan Darah, Kawal Pengambilan Garam : Cegah Hipertensi, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi) di kalangan masyarakat Malaysia. Laporan NHMS 2019 menunjukkan 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi atau hipertensi. Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan gejala di peringkat awal penyakit. Jom saring!

Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri. ➡️ Sentiasa minum air kosong secukupnya ➡️ Kurangkan aktiviti di luar ➡️ Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah ➡️ Pakai cermin mata gelap dengan anti-uv ➡️ Pakai topi ketika bekerja di bawah panas matahari ➡️ Kerap cuci tangan, muka dan mandi Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Kini anda tidak perlu lagi walk in dan menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian. Tempah j
Kini anda tidak perlu lagi walk in dan menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian. Tempah janji temu di fasiliti kesihatan berhampiran anda melalui aplikasi MySejahtera! Sumber: MySejahtera

Cegah HFMD. Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu selepas mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD. Ela
Cegah HFMD. Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu selepas mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD. Elakkan membawa anak ke tempat sesak dan berisiko tinggi. #ANMS #KekalSihat #hfmd #sihatmiliķku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

☀️☀️Gelombang haba merupakan situasi di mana suhu harian maksimum melebihi 37 darjah Celsius selama 3 hari berturut-turut. Ap
☀️☀️Gelombang haba merupakan situasi di mana suhu harian maksimum melebihi 37 darjah Celsius selama 3 hari berturut-turut. Apabila berada di luar rumah, seseorang berpotensi terdedah kepada pancaran matahari secara terus. ⛱️Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menghadkan pendedahan terhadap cuaca panas dengan memakai topi/payung agar dapat mengurangkan pancaran terus cahaya matahari ke badan.👒👒☂️☂️

Denggi yang Dengki Sazali panik apabila mendapat tahu beberapa orang jirannya telah dimasukkan ke hospital kerana demam dengg
Denggi yang Dengki Sazali panik apabila mendapat tahu beberapa orang jirannya telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Kemudian muncul seorang lelaki bernama Wahid yang mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai gajet yang kononnya boleh menghapuskan nyamuk Aedes. Betul ke gajet-gajet tersebut berjaya menghapuskan nyamuk Aedes? Nantikan dalam episod Denggi yang Dengki, malam ini (17 Mei 2023) pada pukul 10.30 malam di TV1. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

Impak Cuaca Ekstrem Terhadap Kesihatan Mental Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Irna Hasymirayas
Impak Cuaca Ekstrem Terhadap Kesihatan Mental Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Dr. Irna Hasymirayasmin binti Mohd Yusof, Pegawai Perubatan dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, KKM. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Aedes semakin mengganas. Kes terus meningkat. Kematian semakin ramai. Ayuh semua kita gempur Aedes habis-habisan sebelum ahli
Aedes semakin mengganas. Kes terus meningkat. Kematian semakin ramai. Ayuh semua kita gempur Aedes habis-habisan sebelum ahli keluarga kita menjadi mangsa Aedes. #TiadaAedesTiadaDenggi #CariDanMusnah Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama #10minitseminggu

Tip Semasa Cuaca Panas ☂️ Gunakan payung atau topi 🧢 🥤 Sentiasa minum air kosong secukupnya 😎 Pakai cermin mata gelap dengan anti-UV 👕 Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah Kekal sihat dan hidrat sepanjang masa #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

☀️☀️Sejak kebelakangan ini, beberapa kawasan di negara ini telah mengalami fenomena cuaca panas yang telah menyumbang kepada
☀️☀️Sejak kebelakangan ini, beberapa kawasan di negara ini telah mengalami fenomena cuaca panas yang telah menyumbang kepada peningkatan suhu persekitaran. Berada di luar bangunan mendedahkan seseorang kepada cuaca panas secara langsung. Cuaca yang terlampau panas boleh menyebabkan kehilangan cecair tubuh dan mengakibatkan individu tersebut mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta berisiko mendapat dehidrasi dan strok haba. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengoptimakan proses nyah haba dari badan dengan berada di persekitaran yang lebih sejuk. ⛱⛱

Bermula 15 Mei 2023, orang awam boleh membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di fasiliti kesihatan KEMENTERIAN KE
Bermula 15 Mei 2023, orang awam boleh membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di fasiliti kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) melalui aplikasi MySejahtera dan tidak perlu lagi beratur panjang menunggu giliran. Kami komited untuk mengintegrasikan teknologi dengan perkhidmatan kesihatan sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021-2025 KKM di bawah Teras Strategik Kedua iaitu Pemantapan Teknologi Baharu. Semoga inisiatif ini dapat menjimatkan masa pesakit, mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan efisiensi sistem perkhidmatan kesihatan pergigian negara. #DrZ #KKM #MalaysiaMADANI