cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Show more
Malaysia66The language is not specifiedMedicine4
Advertising posts
511 901Subscribers
-27824 hours
-2 0187 days
-7 32330 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini TIDAK WUJUD. Justeru, orang ramai adalah diseru dan dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu. #TidakPastiJanganKongsi
Show all...
๐Ÿ“ŒJabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula pada 11 November 2023 dan berterusan sehingga Mac 2024. Dalam tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku. Sentiasa peka dengan amaran awal bencana dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa. โ€œ๐พ๐ธ๐‘†๐ผ๐ด๐‘ƒ๐‘†๐ผ๐ด๐บ๐ด๐ด๐‘ ๐ต๐ธ๐‘๐ถ๐ด๐‘๐ด ๐‘‡๐ด๐‘๐บ๐บ๐‘ˆ๐‘๐บ๐ฝ๐ด๐‘Š๐ด๐ต ๐ต๐ธ๐‘…๐‘†๐ด๐‘€๐ดโ€
Show all...
๐€๐ฐ๐š๐ฌ! Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit- birit Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya seperti dikongsikan sebelum membuat pembelian. Anda juga dinasihatkan untuk: 1. Membeli mengikut keperluan 2. Simpan telur di tempat yang sesuai 3. Basuh telur sebelum guna "๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ"
Show all...
Setiap individu berhak mendapatkan akses terhadap bantuan dan rawatan, terutama dalam isu kesihatan mental. โ˜Ž๏ธTalian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555, beroperasi setiap hari termasuk cuti umum 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. "Help With Empathy And Love" #KesihatanMentalMilikSemua #hentikanstigma #WorldMentalHealthDay2023
Show all...
Jangan abaikan gejala awal strok atau angin ahmar! Dikongsikan cara-cara mengenalpasti individu yang menghidap penyakit strok dengan menggunakan singkatan huruf 'B.E.F.A.S.T.'. Ingat! Strok adalah satu kecemasan perubatan di mana pesakit perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Pengesanan awal dapat membantu elakkan risiko dan komplikasi yang lebih teruk.
Show all...
๐Ÿ’จ๐Ÿ˜คAsap rokok yang dihembuskan oleh perokok boleh disedut oleh orang di sekeliling (secondhand smoker) secara terus. ๐Ÿ’ฅSisa asap basi (SAB) adalah sisa rokok (dalam bentuk habuk atau bahan kimia) yang tidak kelihatan tetapi melekat di persekitaran. Asap rokok basi ini mampu kekal dalam udara selama 5 jam di dalam bilik. SAB ini juga mampu bertahan sehingga 2 tahun walaupun telah dicuci. ๐๐„๐‘๐‡๐„๐๐“๐ˆ๐‹๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐Ž๐Š๐Ž๐Š ๐’๐„๐Š๐€๐‘๐€๐๐†.โ€ผ๏ธ Anda akan lebih sihat. Layari jomquit.com untuk bantuan berhenti merokok.
Show all...
โ€ผ๏ธPerokok terdedah dengan risiko serangan jantung yang serius sehingga boleh mengakibatkan kematian. ๐Ÿซ€Jantung memainkan fungsi penting dengan mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen. Namun, jantung perokok terpaksa bekerja lebih keras disebabkan penyempitan saluran darah seterusnya memicu serangan jantung. Oleh itu, para perokok boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang https://jomquit.com/ ๐Ÿ’ฅ
Show all...
๐Ÿ˜ทJerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. ๐ŸŒซ๏ธโš ๏ธJerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai. Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan
Show all...
โš ๏ธMenurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, ๐Ÿฐ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿฑ ๐—ฑ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ yang berusia 16 ๐™ฉ๐’‚๐™๐’–๐™ฃ ๐™ ๐’† ๐’‚๐™ฉ๐’‚๐™จ adalah TIDAK AKTIF. โ—๏ธ ๐ŸšฒAktiviti fizikal yang mencukupi sangat penting untuk mengelakkan risiko menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, orang ramai hendaklah mengambil inisiatif meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti sedentari agar kekal sihat dan cergas.
Show all...